بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 29 September 2014

Adam Lai Sri Gombak

Assalamualaikum

Bersiaran dari Kelate. Semalam dalam perjalanan nak menuju ke Kelantan singgah makan di restoran Adam Lai masakan cina muslim yang terletak di Sri Gombak.

Akhirnya dapat juga peluang makan di sini. Masakannya sedap dan puashati. Banyak menu ada. Kami order ikan siakap masak kari nyonya. Sedap sangat. AI pun puji. Mula rasa curiga nak cuba. AI takut tak sedap. Atas cadangan pelayan kami pun setuju. Katanya ramai order kari nyonya. Ada banyak jenis ikan selain siakap. Ada kerapu, patin, bawal emas dan ikan talapia.

Salah satu sebab nak cuba atas cadangan tuan kedai yang pernah singgah dan komen di blog saya ni. Lepas baca saya terus google. Nampak menarik. Selain Sri Gombak ada cawangan di Wangsa Melawati dan seksyen 15 Shah Alam.

Kalau makan ramai-ramai lagi best. Harga ikut portion small, medium dan large.

Khamis, 25 September 2014

Susu unta

Assalamualaikum

AI dah balik :). Kali ni AI bawa balik susu unta. Sebelum ni ada juga suruh bawa balik sebab teringin nak rasa. AI kata tak tahan lama takut rosak. Tapi alhamdulillah kali ni AI beli dan terus naik flight sampai sini. Susunya masih elok. Dapatlah rasa. Daging unta je belum ada rezeki dapat makan ;). Macam-macam teringinnya hehe..

Oh ya mesti nak tahu rasanya macamana. Rasanya sedap dari susu kambing. Ikut tekak saya la ya. Mak saya pula sebaliknya. Susu unta ni tak pekat sangat. Bau pun tak hamis.

Selit sekali gambar unta yang AI ambil masa bekerja.

Sabtu, 20 September 2014

Bila anak turut berselfie

Assalamualaikum

Salam pagi Sabtu. Hari ni hari sanding sepupu lelaki di Cameron Highland. Seronokla mak dan adik-adik di sana. Dapat jumpa adik beradik arwah abah :(. AI tak balik lagi.. jadi tak dapat nak pergi. Inshaallah esok lusa atau tulat sampailah agaknya ;). AI kata nanti kita pergi.

Berbalik pada cerita Iman yang berselfie tu.. anakkan suka tiru apa yang ummi dia buat. Lepas tengok umminya selfie dia pun selfie. Senyum je la.. nak selfie macam Iman kena la beli shutter (bluetooth).

Jumaat, 19 September 2014

Belajar pakai shawl

Assalamualaikum

Baru-baru ni beli shawl lagi.. beli 1 tambah lagi 3. Hah.. kalau dalam gambar shawl warna coklat tu. Shawl kain chiffon yang mudah di pakai dan dibentuk. Beli dengan sepupu kawan.

Shawl yang hitam tu beli di Kelantan. Coklat hitam AI beli dan yang last coklat cair bunga-bunga tu kawan bagi. Mula-mula memang pening nak pakai. Sampai simpan balik pun ada. Biasa time 'cuti' pakai ;). Kalau tak ambil masa nak lilit. Tapi yang terbaru tu boleh pakai bila-bila masa sebab mudah. Oh ya.. shawl halfmoon namanya. Tengok shawl je ya.. muka ketat ;)

Rabu, 17 September 2014

Santai di padang Setia City Mall

Assalamualaikum

Minggu lepas bersantai bersama adik-adik dan mak di padang setia city mall di setia alam. Seronok juga walaupun hanya padang :)

Ramai sungguh orang.. macam-macam aktiviti boleh dibuat. Paling menjadi tumpuan ialah bermain buih sabun. Bukan kanak-kanak je, orang dewasa pun seronok nak main ;). Dari gelung saiz kecil hingga ke saiz besar. Bayar ikut saiz. Paling kecil rm2. Yang besar tak tanya pula ;)

Ada juga playground di sini. Boleh bagi ikan makan. Selebihnya terpulang aktiviti keluarga masing-masing. Luas pemandangannya.

Selasa, 16 September 2014

Aktiviti di hari ulangtahun

Assalamualaikum

Baru-baru ni genap usia saya 38 tahun. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk perbaiki diri. Masih banyak lagi yang kurang ni. Semoga Allah beri kekuatan dan sentiasa bimbing hati ini ke arah yang lebih baik. Aamiin.

Di hari ulangtahun baru ni.. saya hadirkan diri ke majlis persandingan rakan kolej. Sudah 19 tahun tak jumpa. Lama sungguh. Baru-baru ni jumpa di facebook. Tu yang bertaut kembali. Tahniah buat Mariah. Moga kekal bahagia hingga ke syurga.

Balik dari Kg Kelanang rumah keluarga Mariah. Saya terus ke Meru untuk berjumpa rakan sekolah menengah pula. Sebenarnya nak ambil shawl. Tapi sambil-sambil sembang jumpa mana yang free untuk sama-sama menggembirakan hati ;). Alhamdulillah kawan-kawan buat surprise nyanyi lagu birthday. Terkejut, terharu dan malu pun ada. Masing-masing bawa potluck. Meriah makan-makan sambil belajar cara pakai shawl.

Sembang-sembang.. lepas isyak baru balik. Memang terhibur sangat hati. AI hari tu sampai 3x nyanyi lagu happy birthday. Selama bersama ni baru pertama kali nyanyi :-)

Jumaat, 12 September 2014

Forum khas WANITA antara Keluarga & Kerjaya

Assalamualaikum

Dapat info mengenai forum khas yang bertajuk "Wanita.. antara Keluarga & Kerjaya" dari group whatsapp rakan sekolah.

Bolehlah beritahu kepada rakan wanita yang lain. Forum ini akan berlangsung pada 20 September 2014 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Bermula pada jam 8:00 pagi - 5:00 petang. Penyertaan adalah PERCUMA.

Info selanjutnya boleh rujuk dalam gambar.

Rabu, 10 September 2014

Pokok asam keping

Assalamualaikum

Beberapa minggu lepas kawan balik kampung di Melaka. Petik buah asam untuk buat asam keping. Pertama kali tengok pokok dan buah asam keping ni.

Dah tunjuk. Ramai la minta kat dia. Jadi saya pun dapat juga sebungkus. Tak kenal pokok asam keping juga? Saya tunjuk di bawah ni ;)

Selasa, 9 September 2014

Polperro Steak House Seksyen 7 Shah Alam

Assalamualaikum

Sabtu malam Ahad minggu lepas adik ajak makan di Polperro Steak House yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Memang penuh meja. Takde yang kosong. Walau kedainya terletak di bahagian belakang.

Nak tahu landmark. Kedainya belakang deretan kedai yang ada 99 speedmart dan asam pedas bersebelahan tasik.

Banyak menu dan harganya berpatutan serta banyak. Rasa sedang-sedang semuanya. Air tak western ;). Nak order barli panas pun ada. Bawah ni menu yang kami order. Gambar kedai lupa pula nak ambil. Signboardnya warna kuning.

Jumaat, 5 September 2014

Travel blender beli melalui Lazada

Assalamualaikum

Hari rabu baru ni ternampak promotion travel blender. Tertarik nak beli sebab harganya murah. Terus order melalui akaun yang sedia ada. Esok paginya barang pun sampai. Harga offer Rm38 + delivery Rm15. Kenalah rajin-rajin buat air buah lepas ni ;).

Tau tak kenapa dipanggil travel blender. Sebab bekas blender tu boleh terus di bawa ke mana-mana. Itu je :-)

Mandi kolam Pantai Indah Seaview Apartment

Assalamualaikum

Aktiviti hari Isnin baru ni. Cuti 1 September.

Hari tu Iman asyik request nak mandi kolam je.. nak pam kolam yang beli d toys r us tu terasa malas pula. Jadi survey lokasi nak mandi kolam. Cari-cari, tanya-tanya. Akhirnya ke apartment Pantai Indah Seaview lagi rezekinya. Sewa rm100 tapi tak tidur. Cuma untuk bawa Iman dan anak saudara mandi kolam sambil bersantai dan makan-makan di bilik. Oklah.. selesa.. boleh siap-siap di bilik dan rehat-rehat. Duduk sampai malam baru balik.

Ibu-ibu semua pun masuk kolam juga. Ada adik sorang tak mandi sebab baru mengandung. Kami je. Takdelah malu-malu. Puashatilah semuanya berendam. Itupun tak puas lagi Iman nak main air. Belum nampak bulan katanya. Nak rehat-rehat bolehlah datang sini. Murah je. Tapi x bolehlah nak masak sebab xde dapur. Kami bawa bekal siap-siap.

Khamis, 4 September 2014

Throwback raya

Assalamualaikum

Gambar Iman bersama anak-anak adik. Suka tengok gambar-gambar ni..

Ambil angin Pantai Morib

Assalamualaikum

Dua minggu lepas. Cerita lama.. baru nak catat. Membawa kereta yang akhirnya menuju ke Pantai Morib. Tak rancang sebenarnya. Tengok arah Shah Alam awan gelap. Jadi mencari langit yang cerah :-)

Akhirnya sampai ke Pantai Morib. Seronok Iman dan anak saudara. Main di playground. Bagi ikan makan. Banyak juga ikan kecil-kecil kat situ. Nak tengok.. tabur makanan hehe. Kemudian bermain di cengkerang laut. Memang sesuai untuk bersantai di sini. Kemudahan pun ok.

Makan-makan rumah Lia dan Lin

Assalamualaikum

Ahad 31 Ogos baru ni.. pergi kenduri rumah Lia di Bandar Putera 2. Sambil tu dapatlah berjumpa kawan sekolah menengah. Sekarang ni memang kerap ada aktiviti jumpa ramai-ramai. Kiranya aktif juga la. Tapi tak semua dapat pergi.

Gambar yang bawah tu pula gambar di rumah Lin. Ada jamuan raya dan birthday anaknya Firas.

Adik beradik arwah abah

Assalamualaikum

Bawah ni gambar adik beradik arwah abah yang diambil sewaktu pertunangan sepupu lelaki saya di Melaka. Abah saya yang pertama meninggalkan adik beradik mereka yang lain. Sebagai ganti adik saya yang berdiri baju merah tu ambil alih. Kebetulan gelaran adik dan arwah abah sama. Pak uda :-)