بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 30 Ogos 2014

Abang motor

Assalamualaikum

Malam-malam merdeka ni cerita pasal motor pula :-). Tiba-tiba teringat blog. Tu yang update. Melayan teruna yang kebosanan tanpa ayah. Tiba-tiba teringin nak pergi Space U8. Nak bawa Iman main di playground dalam tu sebenarnya. Tapi dia tak mau pula. Nayli je yang masuk. Iman 2 kali round naik motor. Tak tau la takut apa. Lagi pula kena pakai stokin. Lagi dia tak mau.

Macam biasa ambil je la gambar-gambar aktiviti di situ ya.. hantar pada AI. Dalam masa yang sama simpan dalam catatan di sini ; )

Isnin, 18 Ogos 2014

Positif

Assalamualaikum

Sekadar berkongsi mutiara kata yang menarik sebagai ingatan bersama. Jangan lupa sentiasa istighfar, zikir dan selawat untuk dapatkan jiwa yang tenang. Inshaallah. Fikir positif semuanya akan jadi positif :)

Isnin, 11 Ogos 2014

Kawan baik zaman kolej datang beraya

Assalamualaikum

Semalam.. 2 daripada 4 rakan zaman kolej datang beraya di rumah. Sibuklah tuan rumah memasak. Kelam kabut juga.. ;) prepare laksa, kuey teow goreng dan puding caramel je pun..

Banyak lagi plan nak buat tapi tak sempat. Kebetulan ada pula sepupu 3 beradik dengan famili masing-masing. Kemudian nenek saudara bersama anak-anak dan cucu. Adik saya sorang je datang.. yang lain sibuk beraya.

Walau letih tapi seronok sebab jarang tetamu datang rumah sebab tuan rumah selalu merayap ;). Sepah-sepah rumah bila Iman layan 'tetamu kecil' dengan menabur mainan ;). Janji bahagia hehe.

Rabu, 6 Ogos 2014

Bomoh patah jalan kebun klang

Assalamualaikum

Apa khabar? Lama tak jenguk blog. Harap semuanya sihat-sihat sahaja. Free sikit malam ni.. jadi bolehlah nak mencatatkan sesuatu untuk pengetahuan yang lain.

Baru-baru ni saya mencari bomoh patah. Bukan sebab patah tapi tulang ternaik sedikit. Tak pastilah sebab apa. Yang rasa sakit urat atas tulang tu. Sakit sikitlah. Tak la teruk sangat. Cuma ikut nasihat makcik yang urut saya di Kelantan baru ni suruh cari bomoh patah.

Lepas tanya kawan dalam group whatsapp. Ada sorang kawan call beritahu tentang bomoh patah yang tinggal di jalan kebun klang. Terus saya pergi malam tu juga. Alhamdulillah ada rezeki walau tutup masa tu sebenarnya. Ada orang call dia sebab tangan dah terkulai jatuh dalam bilik air. Jadi dia tolong juga la.. masa tengah merawat orang tu saya sampai. Dia suruh saya tunggu.

Segan sebenarnya sebab orang lelaki. Tapi alhamdulillah lepas dia urut tiada lagi rasa sakit. Lepas urut dia suruh tuam air panas campur seketul garam kasar dan selawat 3x.

Hari ni AI pula pergi. Tangannya urat bengkak. Selalu lenguh. Belakang badan pun sakit. Lepas urut tanya AI. Dia kata rasa ok sikit. Sekejap je urutnya. Bayaran ikut kita berapa nak bagi.

Di bawah ni saya letak gambar 'klinik' dan waktu rawatan. Gambar rumah tu.. adalah rumah bomoh patah. Masuk lorong rumah tu.. belakang rumah tu jumpalah 'klinik'nya. Ada mesin nombor giliran. Cantik dan kemas tempatnya. Masuk jalan kebun cari kg batu 7. Kemudian cari lorong hj said. Pandang belah kiri.