بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 29 Julai 2014

Cerita Aidilfitri kami

Assalamualaikum

Alhamdulillah syukur masih berpeluang menyambut Syawal bersama keluarga. Permulaan pagi yang agak kelam kabut sedikit. Malam raya baru cari baju AI di Shah Alam. Tak cuba.. bila pakai labuh seluar. Kenalah saya jahit pagi raya. Iman pula bangun lewat sebab tidur lewat.

Lepas AI balik dari solat.. Iman masih belum mandi.. lepas siapkan Iman.. salam raya terus ke rumah mak. Sampai rumah mak.. lepas makan. Salam.. bagi duit raya pada anak buah yang ramai ;) ziarah kubur arwah abah dan adik. Kemudian beraya rumah saudara sampai ke malam baru balik.

Penuh aktiviti... letih juga rasa.. tapi puashati. Buat rakan blog.. saya ambil kesempatan ingin mengucapkan.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN. Terima kasih sudi singgah di sini... maaf kurang aktif sekarang ni.

Khamis, 24 Julai 2014

Pewangi Sutra pelbagai guna

Assalamualaikum

Sebelum puasa baru ni saya ada beli pewangi sutra dari kawan. Tertarik sebab boleh halau semut, lipas, anai-anai katanya. Kebetulan masa tu ada semut merah kecil-kecil tiba-tiba muncul.

Lepas spray.. tengok memang dah takde semut tu. Rumah pun bau wangi. Itu yang bestnya.. wangi satu rumah. Rupanya bukan boleh halau serangga je.. boleh guna untuk spray baju masa iron. Tapi tak pernah spray di baju ;)

Ada pelbagai jenis haruman. Boleh pilih nak yang mana. Saya beli haruman citrus. Ada rose, pandan dan lavender. Harga sebotol RM20. Nak raya ni kan.. boleh la spray.. harum bau rumah ;)

Jumaat, 18 Julai 2014

Jualan amal di Shah Alam

Assalamualaikum

Sekadar berkongsi maklumat. Siapa yang ingin membeli sambil menderma bolehlah datang ke Shah Alam. Ini adalah jualan amal dari golongan artis. Jualan amal untuk di salurkan ke GAZA. Yang lagi satu tu tak pasti..

Pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine

Assalamualaikum

Seperti biasa sebelum tidur saya mencari info dan berita terkini. Jarang tengok tv jadi kena tengok melalui facebook atau twitter.

Bila terbaca cerita MH17 crashed di Ukraine. Rasa sangat terkejut. Ya Allah.. lepas satu-satu masalah pengangkutan udara kita timbul sejak dari peristiwa MH370. Ada saya terbaca tiada yang selamat. Apa pun peristiwa masih baru berlaku. Banyak yang perlu disahkan.

Bulan ramadhan banyak juga peristiwa sedih yang berlaku. Baru je dengar pasangan suami isteri meninggal kemalangan pagi tadi. Itu belum lagi termasuk peristiwa sedih lain yang berlaku dalam bulan ramadhan ni.

Kisah umat islam di Palestin lagi.. Ya Allah.. lindungilah seluruh umat islam dan berikanlah kemenangan kepada kami. Buat yang sudah tiada.. semoga roh mereka semua ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.

Khamis, 17 Julai 2014

Baru free diaper

Assalamualaikum

Dah lama rasa tak buat catatan ;). Catat di sini hari bersejarah Iman free diaper. Dah besar baru nak ajar. Itu pun sebab tahun depan nak sekolah.

Ada kelebihan juga.. umur macam Iman dah tentulah faham apa kita bagitau pada dia. Lepas 2 hari.. nampaknya Iman dah lulus ujian tanpa lampin pakai buang. Hari pertama 3 kali terlepas. Hari kedua sekali. Hari ketiga.. alhamdulillah.

Bila nak buang air cepat-cepat lari. Buka seluar depan bilik air dan masuk sendiri.. buang dalam toilet bowl dan flush (banyaklah bil air). Lepas tu jirus air kat bebird. Cuma masa tidur masih pakai lagi.. tak yakin lagi nak biarkan bangun sendiri malam-malam.

Saja usik dia.. kenapa abang tak bangun malam buang air? Terlupa.. abang tak ingat. Cakap sambil gelak.

Khamis, 3 Julai 2014

Renungan Ramadhan

Assalamualaikum

Alhamdulillah sudah masuk hari kelima kita berpuasa. Semoga ibadah puasa kita diterima oleh Allah. Sedikit renungan ramadhan agar kita berfikir atas hikmah dan bersyukurnya kita atas rezeki yang ada.

Rabu, 2 Julai 2014

Clarks warehouse sale

Assalamualaikum

Bermula esok 3-6 Julai 2014 Clarks Petaling Jaya ada membuat warehouse sale selama 4 hari. Erm.. malam-malam cerita tentang kasut ;)

Kasut-kasut Clarks ni cantik. Harga pun boleh tahan. Ni ada sale dapatlah harga murah agaknya. AI dah belikan saya kasut. Harap padan dan sesuailah dengan kaki ni. Kalau tak.. sayangnya..

Jarang beli kasut mahal-mahal ;)

Salah maklumat

Assalamualaikum

Tu lah ghairah sangat update blog sampai salah bagi maklumat. Mula nak senyap je.. dah edit pun dalam entri kedai makan Wong Solo tu. Tapi rasa tak sedap hati juga.

Sebenarnya kedai makan tu bukanlah menggantikan kedai makan ayam bakar mas mono tu. Dua-dua kedai memang ada lagi di Seksyen 7 Shah Alam.

Baru ni masa pergi Jakel. Balik tu pusing-pusing kawasan kedai belakang tu. Sekali ternampak pula kedai makan ayam bakar mas mono. Saya pun terkejut juga. Ya Allah.. saya sudah tersilap rupanya.

Itulah kisahnya... haish... tu lah cepat sangat melatah hehe ;)

Kadar zakat fitrah seluruh negeri 2014

Assalamualaikum

Sekadar berkongsi jumlah zakat yang perlu di bayar mengikut negeri masing-masing bagi tahun 2014.

Selamat menunaikan zakat. Semoga zakat yang dikeluarkan oleh kita dapat membantu sesama kita.

Selasa, 1 Julai 2014

Beli online Salav garment steamer dari Lazada

Assalamualaikum

Just nak update kisah membeli Salav garment steamer secara online melalui Lazada. Dah lama teringin nak beli garment steamer macam ni. Bila tengok ada offer terus beli. Murah je.. saya beli RM109. Free delivery.

Bila dah cuba.. ok.. cepat juga. Macam saya tak cerewet sangat. Janji tak nampak kedut. Cuma kena iron sambil baju sambil tergantung. Belum cuba lagi iron kemeja. Mungkin susah sikit untuk bahagian kolar dan lengan baju.

Barang baru diterima

TA Q BIN syarikat penghantaran yang digunakan oleh Lazada.