بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 30 Jun 2014

Bekam di Pusat Terapi Syifa Meru dan Shah Alam

Assalamualaikum

Bulan 5 baru ni saya dan kawan pergi berbekam di Pusat Terapi Syifa yang terletak di Meru, Klang. Bulan 6 pula kami pergi pula di cawangannya yang terletak di seksyen 7 Shah Alam.

Di Meru lokasinya berhampiran traffic light pekan Meru, tingkat atas bersebelahan Ayamas. Di Shah Alam pula bangunan belakang wisma Jakel. Tingkat atas juga.

Harga bekam 1 cup RM5, biasanya buat 10 cup (RM50) dan ke atas. Kalau di Meru buat dengan sis Lina. Di Shah Alam dengan sis Mira. Saya dan kawan suka buat dengan Mira. Untuk orang lelaki pun ada juga.

Bolehlah cuba.. tak sakit pun.. guna jarum. Saya dan kawan nak buat berturut-turut untuk 5 bulan (tak pasti pula betul atau tak jumlah bulan ni). Katanya paling eloklah hari yang ke 17, 19 dan 21 ikut kalender islam.

Di sini juga boleh buat rawatan ruqyah dan sebagainya.

Ini alamat pusat terapi syifa yang terletak di Meru

Ini pula alamat pusat terapi syifa Shah Alam

Sabtu, 28 Jun 2014

Selamat bersahur dan berpuasa

Assalamualaikum

Selamat bersahur, berpuasa dan mengerjakan ibadah sunat yang lain ya. Maaf sebab jarang singgah blog kalian. Masa tak mengizinkan. Kepada yang singgah tu.. terima kasih banyak-banyak.

Mohon maaf jika sepanjang berblog ada perbuatan atau kata-kata yang tidak menyenangkan dari saya.

Semoga sama-sama dapat keberkatan dalam mengerjakan ibadah. Inshaallah.

Millenium Hotel Dubai

Assalamualaikum

Gambar-gambar dalam hotel Millenium yang terletak di Dubai. AI berpeluang menetap di sini atas urusan kerja. Harganya boleh tahan ;)

Sekadar berkongsi dan ingatan buat AI juga..

Isnin, 23 Jun 2014

Gambar hasil tangkapan Iman

Assalamualaikum

Ummi nak simpan dalam blog ummi ni, gambar yang Iman ambil. Ada bakat dah anak ummi ni ;). Gambar ni dah lama..

Sabtu, 21 Jun 2014

Iman sudah 4 tahun semalam

Assalamualaikum

Semalam merupakan ulangtahun kelahiran Iman yang ke 4. Ummi dia boleh lupa ;). Teruk sungguh rasanya. Sebab saya boleh ingatkan birthday dia 26/6. Bila AI tanya preparation birthday Iman semalam. Subhanallah.. barulah saya sedar birthday Iman 20/6.

Teruslah saya nyanyi lagu birthday dan wish depan Iman. Senyum-senyum malu dia... lepas tu cakap pengsan :). Bila cakap umur Iman dah 4 tahun. Tak mau terima. 3 dia jawab. Alahai.. takut tua.

Malam barulah ummi sempat beli kek. Iman yang pilih kek chocolate moist Secret Recipe tu. Petang ada temujanji dengan orang. Tak pergi makan-makan luar pun. Beli bungkus makan rumah mak. Anak adik yang duduk dengan mak masuk wad malam tu.

Semoga Iman terus membesar dengan sihat dan dilindungi Allah dari segala musibah serta diberikan akal yang bijak untuk mencari ilmu yang bermanfaat. Aamiin.

Khamis, 19 Jun 2014

Wong Solo Seksyen 7 Shah Alam

Assalamualaikum

Nak cerita kisah kedai makan Wong Solo pula ni yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Ingat tak saya ada bagitau yang kedai ayam penyet paling sedap adalah Wong Solo. Akhirnya ada juga Wong Solo ni di Shah Alam. Dah dua kali datang makan di sini. Ambil menu ayam kampung. Sedap. Sambalnya memang menyengat pedas. Tapi sedap :)

Dekorasi kedainya sama dengan tempat lain.. cantik dan menarik. Ada ruangan untuk makan bersila. Memang penuh je orang makan di sini. Selamat mencuba bagi yang belum mencuba ya.. ;)

Sorry.. lupa nak ambil gambar makanan.. sama je rupanya dengan nasi ayam penyet yang lain. Cuma rasanya yang berbeza :) ada gambar kedai je.. yang merah kuning tu. lokasinya berdepan dengan bazar area belakang wisma Jakel.

Rabu, 18 Jun 2014

Kenangan bermalam di Kuala Krai

Assalamualaikum

Masa pergi Kuala Krai baru ni.. 3 hotel kami bermalam. Malam pertama stay di Hotel Mikraj. Hotel baru buka. Bilik besar.. harga bilik 1 katil bujang satu katil queen rm120 di bahagian ground floor. Tingkat atas rm100. Tak larat naik tangga yang cerun tu. Bilik besar.. kebersihan 3/5 star.

Malam esoknya bermalam di hotel Damar. Ada entri mengenainya sebelum ni. 2 katil single rm80. Dalam byk hotel di kuala krai serasi dengan Damar ;)

Sementara tunggu AI tiba.. bermalam di hotel mak mertua ;). Best termasuk makan lagi hehe. Bila AI sampai keesokannya kami bermalam di Al-Saif hotel. Berdepan dengan pasar besar kuala krai. Bilik kecil, bilik air besar :). Oklah.. bersih. Harga untuk katil queen rm80 satu malam.

On the way balik pelabuhan klang bermalam pula di hotel Goa Inn, Gua Musang. Bilik besar.. tinggal 2 katil single.. harga rm80. Pernah AI tumpang mandi di hotel ni sebelum ni.

Saja buat entri ni untuk rujukan yang lain. Banyak lagi hotel murah lain di Kuala Krai tu. Tapi nak puashati Hotel Damar atau Damar Inn lebih selesa.

Isnin, 16 Jun 2014

Gambar Iman tunggu AI di airport Pengkalan Chepa

Assalamualaikum

Gambar-gambar Iman sewaktu menunggu AI tiba di lapangan terbang Pengkalan Chepa dari Iraq baru ni untuk ziarah arwah abah AI. Walau tak sempat melihat arwah dan kebumikan arwah AI tetap nekad nak balik. Alhamdulillah company tanggung segala perbelanjaan dan bagi cuti.

Iman tak percaya masa ni yang AI balik. Mungkin biasa ambil di Klia dan mungkin juga dia rasa belum tiba masa AI balik. Bila nampak je AI dari cermin di bahagian ketibaan tu.. terkejut dan menangis dia. Sampai terbalik bibir.. sebak sungguh rupanya :)

Restoran Saba Cyberjaya

Assalamualaikum

Akhirnya sampai juga saya ke restoran Saba yang terletak di Cyberjaya. Dengar orang cerita je sebelum ni. Jadi teringin juga nak merasa. Saya pergi dengan mak mertua dan sepupu AI yang tinggal di Putrajaya. Dia yang tunjukkan arah jalan ;)

Saja bawa mak mertua makan sebelum esoknya.. pulang ke Kelantan. Tapi mak mertua tak pandai makan makanan arab. Tawar takde kuah katanya ;)

Restoran ni sentiasa ramai orang. Masa kami sampai kena tulis nama dulu. Mujur tak lama menunggu. Makanannya oklah.. sama je saya rasa dengan kedai arab yang lain. Cuma menu je sedikit berbeza. Harga pun tak mahal.

Ok.. di bawah ni gambar menu yang kami order.. nama nasi mendi ayam bakar, lagi satu roti dengan ayam masak apa tak ingat dah ;)

Panadol tiruan

Assalamualaikum

Hati-hati bila beli panadol di kedai. Kena tengok label belakang warna biru bukan yang berwarna merah. Yang merah adalah yang tiruan.

Cuma berkongsi maklumat yang diperolehi.

Isnin, 9 Jun 2014

Pencuci muka untuk masalah jerawat

Assalamualaikum

Baru free sedikit.. baru ni seminggu juga duduk di Kelantan. AI pun baru semalam terbang kembali ke tempat kerja. Rasa penuh jadual :)

Oklah just nak share pencuci muka untuk masalah jerawat ni. Baru-baru ni belikan untuk adik sebab tengok muka dia makin banyak jerawat. Baru pertama kali juga tahu tentang pencuci muka Aiken ni.. perasan masa sedang melihat-lihat produk di pasaraya. Bila tahu yang produk ni dah wujud lama. Tu yang bertambah yakin.

Memang berkesan.. muka adik pun nampak dah bersih. Cuma masih bersisa yang halus-halus. Tiada lagi yang besar-besar. Harganya pun murah Rm10.90 sahaja. Ok! Selamat mencuba.

Khamis, 5 Jun 2014

Al-fatihah buat bapa mertua

Assalamualaikum

Hari Isnin baru ni dalam pukul 10 pagi saya dapat panggilan dari anak angkat bapa mertua yang memberitahu bapa mertua saya sedang tenat di hospital kuala krai. Sejurus lepas tu.. saya telefon AI tapi tak berjawab. Mungkin tak sedar.. jadi saya tinggalkan pesanan.

Saya nekad nak balik walau sebelum ni tak pernah bawa kereta sorang-sorang sampai kelantan. Gerak hati saya mengatakan yang saya boleh. Lepas AI izinkan dan bertemankan sorang kawan yang prihatin.. alhamdulillah saya sampai kelantan pukul 9 malam dan terus pergi hospital.

Dalam pukul 11 saya check in hotel mikraj. Mandi dan rehat. Esok paginya dapat panggilan lagi. Bapa mertua saya sedang bergantung sepenuhnya pada mesin. Sampai hospital.. masih menunggu keputusan doktor untuk bawa balik. Dalam pukul 2 bapa mertua sampai di rumah. Terus kami bacakan yassin ramai-ramai. Habis sahaja bacaan yassin dan bisikan syahadah.. bapa mertua saya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Jenazah selamat dikapan dan disembahyangkan dalam pukul 6. Jenazah dikebumikan lepas maghrib di pondok sg durian. Setelah selamat semuanya saya bermalam lagi di kuala krai.

Esoknya saya gerak ke rumah mak mertua. Sebelum tu hantar kawan yang temankan saya naik bas untuk pulang ke kuala lumpur semula. Kesian pula tengok dia. Saya masih di kelantan kerana menunggu AI sampai malam ni.

Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya. Al-fatihah.