بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 31 Mei 2014

Kenduri merangkap perjumpaan kawan sekolah

Assalamualaikum

Petang tadi pergi rumah kawan sekolah menengah. Kenduri berkhatan anak lelaki dia. Sambil tu ambil peluang jumpa kawan lain. Ramai juga yang datang tadi. Meriah. Akhir-akhir ni kerap jumpa diorang. Duduk pun dekat-dekatkan. Selit sekali lah gambar perjumpaan sebelum-sebelum ni.. tak sempat nak update.

Khamis, 29 Mei 2014

Tini's Spa Seksyen 7 Shah Alam

Assalamualaikum

Dah lama sangat-sangat tak ke salun cuci muka. Baru ni kawan tanya salun mana yang ok. Sebab dia pergi banyak tempat tapi kurang puashati. Saya cadangkan Tini's Spa ni. Terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Sebaris dengan kedai ayam kampung yang pernah saya cerita sebelum ni. Kawan saya yang bagitau tentang salun ni. Jadi saya suruh dia set appointment. Sebab salun ni ramai juga customer.

Kami pergi dah dua kali start dari dua minggu lepas. Salun ni buat facial guna produk Dermalogica. Puashati ke? Oklah. Part lain ok. Cuma part buang jerawat tu tak buang habis. Saya dulu cuci muka orang sampai habis saya kerjakan ;) Apa pun saya ambil juga pakej untuk rawatan muka. Murah je lah.. Rm490 untuk 6x facial.

Selain facial ada juga rawatan badan. Nak try juga nanti.. best ke tak. Oklah.. bolehlah cuba sendiri nanti.

Selasa, 27 Mei 2014

Akhirnya beli monopod juga

Assalamualaikum.

Kelakar tak bila dengar saya beli monopod. Jangan gelakkan ya.. tu lah sebelum ni gelakkan adik. Akhirnya saya pun beli juga ;)

Sebab nak beli tu.. untuk ambil gambar bila kami berjalan bertiga. Boleh terima tak alasan tu hehe. Bila jalan-jalan nak ambil gambar sama tak bolehkan. Nak minta tolong orang malu pula rasanya. Saya beli dengan adik ipar kawan. Harga monopod rm35 + shutter bluetooth rm55. Baru ni adik saya beli lense pula.. hai macam-macam pula accessoriesnya hehe.

Jumaat, 23 Mei 2014

Ingatan dari ustaz Habib Ali Zainal Abidin

Assalamualaikum

Kita tahu siapa diri kita, tahap keimanan kita, tahap kesabaran kita, tahap keikhlasan kita dan sebagainya..

Saya kongsi di sini kata-kata daripada ustaz Habib Ali Zainal Abidin sebagai renungan bersama.

Trend corak askar

Assalamualaikum

Perasan tak sejak akhir-akhir ni.. pakaian corak askar ada di mana-mana. Bukan pakaian sahaja.. beg dan sebagainya. Saya pun tak tahu bila mula semua ni dan sebab apa. Suami adik yang mula dulu membeli dalam keluarga kami.

Bila tengok mulalah berjangkit pada yang lain. Iman pun nak juga.. baju asekar katanya. Saya belikanlah sepasang. Bila pakai siap berkawad. Mana tau askar berkawad pun saya tak pasti.. ;)

Saya pun ada tau seluar tidur corak askar warna biru hehe.. murah rm10 je. Beli di R&R :).  Iman pula beli set mainan peralatan askar. Sungguh-sungguh nak. Cepat betul terpengaruhnya kami hehe.

Khamis, 22 Mei 2014

Kacang pool restoran bisik-bisik seksyen 7 Shah Alam

Assalamualaikum

Entri sebelum ni ada cerita dah pernah singgah makan di restoran bisik-bisik Johor Bharu kan. Baru-baru ni dalam group whatsapp kawan sekolah menengah, ada kawan buat sendiri kacang pool tu. Ada jual rupanya kacang tu dalam tin di pasaraya.. tapi orang rajin macam saya google je hehe.

Kawan sebut kedai makan seksyen 3 ada kacang pool. Tapi tak ingat nama kedai. Masa google.. ternampak pula yang di seksyen 7 pun ada. Jadi saya cuba di seksyen 7 dulu. Lebih biasa seksyen 7 dari seksyen 3 ;)

Pergi sini lepas balik dari hospital Sungai Buloh melawat suami kawan. Inshaallah nanti cerita. Mulanya tak pasti juga area mana kedai ni. Adik cakap belakang unisel.. masuk ikut stesen minyak Shell. Susah juga nak cari parking sebab tempat sempit. Mujur ada juga rezeki.. sebab orang keluar.

Kedai ni banyak menu.. satay pun ada. Adik saya makan nasi dengan ayam halia, anak-anak makan mee goreng. Saya pula tentunya makan kacang pool. Sedap.. tak cukup satu roti.. tambah lagi satu. Lepas ni nak ajak adik lain pula datang. Mereka ingat di Johor je ada kacang pool :)

Selasa, 20 Mei 2014

LC Catering Johor Bharu

Assalamualaikum

Masa pergi USS baru ni, sebelum balik kami makan di LC Catering yang terletak di Johor Bharu.  Jalannya saya dah tak ingat ;). Masa ni pun tanya adik ipar kat mana nak makan sedap. Dia yang suruh datang sini. Guna gps juga nak cari sebab tak kenal tempatkan.

Kalau orang Johor mesti tahukan kedai makan ni. Kira famous jugalah. Ada menu makanan arab juga. Kami semua makan nasi ayam penyet. Rasanya biasa je.. nasi ayam penyet ni paling sedap di Wong Solo yang terletak di Ampang.

Ada banyak menu lain juga di sini. Bolehlah cuba.. :) Malam sebelum balik kami makan di restoran bisik-bisik yang terletak berdepan Danga Bay. Blogger kak zakie suka makan di sini kan.. akhirnya sampai juga saya. Takde entri khas sebab bateri handphone dah habis :(. Kami makan ala carte je. Masing-masing order ikut selera sendiri. Rasanya boleh tahan juga.

Belanja adik makan di kedai arab Harbour Place

Assalamualaikum

Masa AI balik baru ni.. adik saya minta belanja makan di kedai makanan arab yang terletak di Harbour Place. Ada entri sebelum ni mengenai kedai makan ni. Lupa dah nama kedainya ;)

Adik saya Ain teringin sangat nak makan kat sini. AI kata ok.. tiap kali balik memang dia selalu belanja makan. Kami selalu juga makan di sini. Senang sebab dekat dengan rumah. Makanannya pun ok.

Lepas makan sempat selfie dengan adik-adik.. kami adik beradik alhamdulillah rapat. Takde gaduh-gaduh hehe.. saya ni kakak yang sulong. Memang selalu jumpa diorang. Duduk pun dekat-dekat je.

Isnin, 19 Mei 2014

Pak Long Kopitiam Plaza Masalam

Assalamualaikum

Masih lagi cerita lama ;) jalan-jalan cari makan bersama AI. Pertama kali makan di Pak Long Kopitiam yang terletak dalam Plaza Masalam, Shah Alam.

Ok.. pertama kali sampai lihat menu.. dah puas tengok.. kami buat pilihan masing-masing. Pilihan sama cuma lauk yang berbeza :)

Dari segi rasa.. not bad jugalah.. sedap. Ada ala carte dan steamboat. Banyak juga pilihan menunya. Bolehlah singgah dan cuba sendiri ;) Oh ya kedai ni terletak di ground floor.

Ahad, 18 Mei 2014

Hantar Aiman belajar di St. Nazaire Paris

Assalamualaikum

Masih lagi cerita lama.. sibuk sangat sekarang ni.. maaf rakan-rakan blog.. ada masa inshaallah saya singgah.

Banyak kali sungguh ke klia baru ni.. ambil AI, hantar mak mertua umrah, hantar Aiman belajar di Paris, hantar AI sambung bekerja kembali, dan akhir sekali ambil mak mertua balik umrah. Dah macam kampung klia tu ;)

Aiman ni anak kepada anak angkat ayah mertua.. abang Din. Mereka tinggal sekali. Anak abang Din alhamdulillah menjadi semuanya. Aiman pelajar tajaan JPA. Ambil jurusan chemical engineering. Nama universiti tempat dia belajar tu Saint Nazaire.

Semoga selamat dan berjaya...

Sabtu, 17 Mei 2014

Bermalam di Hotel De La Ferns Cameron Highland

Assalamualaikum

Sambungan cerita yang tak habis lagi ;). Dari Kuala Krai kami singgah Cameron Highland pula. Dah lama sangat tak datang sini. Dari Kuala Krai nak ke CH ambil masa 2 jam lebih. Jalan macam ular.. Iman yang mabuk kenderaan.. 3x muntah. Kesian dia.. tinggi juga laluan berbukitnya.

Bila sampai Cameron Highland, dah maghrib.. kami gerak lewat. Sempat singgah rumah arwah pakcik AI. Hari Sabtu.. Brinchang sesak sikit sebab ada pasar malam. Mula rasa sejuk. Mujur pakai baju dua lapis.

Sampai-sampai pusing-pusing cari hotel dulu.. bila tak dirancang.. jadilah macam tu. Hotel banyak dah penuh. Tinggal tilam double.. harga pun up sikit. Sempat makan dulu di medan selera di Tanah Rata kalau tak silap. Mujur sedap. Nampak artis. Tapi artis tambahan selalunya. Lepas makan sambung cari lagi.. akhirnya terpaksa bermalam di Hotel De La Ferns. Terpaksa tu hehe.. tinggal katil double je.. so harga lebih. AI redha.. oklah..

Esoknya lepas sarapan.. pusing-pusing ladang strawberi. Ok juga sarapannya.. banyak pilihan.. tak pergi pun ladang teh.. cari tak jumpa :(. Balik tu je lalu.. tu pun tengok je hehe.. kami menyinggah 3 tempat tanaman strawberi. Ada tempat yang kecil je.. ada tempat yang besar. AI beli satu kotak strawberi di Healthy Strawberry's Farm. Sedap.. manis. Di strawberry's park.. saya beli minuman yogurt strawberry.. sedap.. beli satu je.. berebut dengan Iman ;).. dah sampai rumah buat sendiri... ermmm sedapnya.

Sempat jumpa pakcik (adik arwah abah yang memang menetap di sana). Dia ada homestay.. tapi tu lah main datang je kan. Kami jumpa di Kelab Golf. Pakcik saya tu memang suka main golf. Makcik pula ada kerja di situ. Kami sembang sambil makan kat situ. Harga makanan dalam tu takdelah mahal sangat. Standard harga restoran. Kami teman je.. order mushroom soup dengan garlic bread. Janji nak makan sekali tapi pakcik habis lewat. Kami makan nasi arab dulu hehe.

Macam biasa dah puas bebel.. tunjuk gambar.. sekarang update guna handphone tu yang jadi macam ni.. gambar takde capture. Nak buat boleh.. tapi malas nak edit. Sebab update guna application blog. Edit kena masuk blog through internet. Nak cepat.. ;)

Khamis, 15 Mei 2014

Tidur Damar Inn Kuala Krai pula

Assalamualaikum

Lepas balik Singapore & Johor. Kami pergi Kelantan pula sebab nak ziarah bapa mertua yang kurang sihat. Sampai dah lewat malam jadinya kami bermalam sahaja di Damar Inn, Kuala Krai. Dekat dah dengan rumah bapa mertua. Kawasan situ juga.

Mulanya nak tidur di hotel Damar. Tapi dah penuh. Tinggal katil queen double. Dia beritahu nak murah sikit pergi Damar Inn. Adik pada hotel Damar hehe.. pergi situ pun tinggal yang katil double juga.. tak kisahlah sebab masih murah lagi.

Pertama kali tidur sini.. sebelum ni tidur di hotel Damar. Oklah walau hotel budget tapi ada fridge kecil dalam bilik. Ada wifi free juga.. sesiapa nak cari tempat tidur tu bolehlah bermalam di hotel Damar / Damar Inn. Dalam perjalanan ke Kuala Krai tu.. akan jumpa Damar Inn dahulu sebelah kiri.. lupa nak ambil gambar luar.. ambil gambar dalam bilik je.

Esoknya kami bermalam di rumah bapa mertua pula sebelum bergerak balik keesokan harinya. Tak balik terus juga menyinggah lagi :). Alhamdulillah masa kami sampai bapa mertua dah sihat.. sempat makan ikan bakar di pekan Kuala Krai tu.. sedap juga.. fresh seafoodnya.

Berjalan ikut pakej ke USS Universal Studio Singapore

Assalamualaikum

28 haribulan April baru ni.. kami pergi ke Universal Studio Singapore melalui agen pelancangon Erwin Travel. Dapat tahu mengenai agen ni dari blog ZalinZalina @ kak ina. Saya booking melalui telefon je. Puashati dengan servis yang diberikan. Kami pergi hari Isnin, saja nak elak orang ramai hehe. Harga tiket pun murah sikitlah berbanding hari minggu. Nak tengok pakejnya, boleh google Erwin Travel. Officenya di Danga Bay. Kawasan situ ada banyak hotel budget. Senang nak naik bas. Sebab pagi-pagi pukul 7:30 dah kena ada di office Erwin Travel tu. Kena isi butir-butir diri dalam borang untuk masuk singapore dan ambil tiket.

Dalam bas ada diberikan taklimat serba sedikit cara nak masuk USS dan peraturan di sana. Pukul 8 pagi bas bergerak.. sampai pukul 10 pagi. Macam lama kan.. tapi tak terasa.. selesa basnya. Sampai imegresen kenalah naik escalator untuk scan passport.. lagi sekali turun cop passport bila sampai di Singapore. 2x turun.. pergi balik 4x turun naik tangga. Oklah.. exercise ;)

Memang seronok masuk USS ni.. puashati dengan apa yang kita bayar. Dapat voucher makan $5 seorang. So, jimat lagi situ. Nak main apa semuanya free dalam tu. Memang masa 10 pagi - 7 petang tu, cukup-cukup je rasanya. Itupun banyak juga yang kami tak sempat. Banyak permainan dan persembahan dalam tu. Seronok tengok movie 3D Shrek. Siap ada air terpercik kat muka, kerusi goyang-goyang macam naik kuda.. selebihnya kena pergi sendiri hehe.. tak surprise nanti ;)

Iman pula bila sampai sini.. takut. Tu yang terpaksa sewa stroller. Asyik nak berdukung je.. penat ayah dia. Biasalah tempat baru kenal memang macam tu. Nampak pula yang pelik-pelik lagilah. Pukul 11 pagi kami dah makan nasi di restoran arab oasis.. driver bas yang suruh hehe. Halal dan sedap katanya. Lama juga duduk dalam tu. Sejukkan diri sekali.. cuaca dah panas. Iman pula tidur.

Kami bawa bekal air mineral dengan roti untuk jimat belanja hehe.. ada surau berdekatan bangunan piramid. Cari tak jumpa juga.. kena tanya orang. Sebab takde lambang apa pun kat pintu rasanya. Mujur k.ina dah pesan bawa telekung sendiri. Selesa juga walau kecil.

Banyak pula membebel ya.. selebihnya boleh tengok gambar-gambar kami di sana.. :) ada lagi gambar dalam hp adik. Tak sempat nak upload. Inipun dah banyak ;) sakan bergambar hehe.

Ahad, 11 Mei 2014

Ramuan pembersih kolesterol

Assalamualaikum

Lama dah rasanya tak update blog. Sibuk ke sana ke mari bila AI balik. Semalam sudah terbang semula untuk bekerja :(

Banyak cerita dan aktiviti yang masih belum sempat diupdate. Untuk pembukaan nak kongsikan minuman untuk kesihatan yang bernama LEGA ni dulu.

Saya dapat tahu tentang produk ni dari kawan. Beli sebotol. Bila saya dan AI minum rasa tertarik dengan rasanya yang asli. Ramuannya daripada bawang putih, halia, lemon dan madu. Khas untuk membersihkan kolesterol dalam badan.

Ada testimoni orang yang tersumbat saluran jantung tidak jadi buat pembedahan selepas 2 minggu minum ramuan ni. Kalau lihat ramuan tu memang saya pernah terlihat di fb. Nak buat sendiri tak rajin. Jadi beli je dari yang dah biasa membuatnya. Nama kakak yang buat ramuan ni Siti Hawa. Saya ada beli 4 botol lagi dengan dia. Bahagi 2 dengan AI.

Siapa nak cuba boleh email ke ruse_nrk@yahoo.com