بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 29 April 2014

Girdle selesa dan murah

Assalamualaikum

Nak kongsi cerita girdle yang dibeli melalui kawan. Best pakai girdle ni.. kainnya pun selesa pakai dan tak gatal serta berpeluh. Berminat boleh email saya. Nanti saya suruh kawan poskan guna pos laju. Dia jual satu RM30. Kos penghantaran RM6. Kalau beli dua dapat murah lagi.

Baca testimoni kawan. Katanya ada perbezaan dalaman selepas guna. Saya pula bila pakai. Terkentut-kentut. Sedap dan selesa perut.

Ahad, 27 April 2014

Hantar ibu mertua pergi umrah

Assalamualaikum

Malam semalam pergi KLIA. Hantar ibu mertua, adik ibu mertua serta anaknya sekeluarga untuk menunaikan umrah dan ziarah. Seronok tengok jadual perjalanan mereka. Semoga mereka semua selamat pergi balik dan dapat tunaikan ibadah di sana.

Jumaat, 25 April 2014

Application softnet waktu solat untuk handphone

Assalamualaikum

Cuma ingin berkongsi maklumat application dalam handphone yang sangat menarik. Cuma perlu download dan akan berfungsi secara automatik tanpa perlu setting.

Bawah ni mesej yang saya terima dari whatsapp. Boleh tengok apa keistimewaannya. Handphone akan di 'mute' secara automatik masa azan selama 10 minit.

Saya ada 'perkongsian' software terbaik utk pengguna android phone.

Satu apps "Softnet. Waktu solat" yg diperkenalkan oleh staff saya....
Saya suka apps nih sb
1) ada selawat sblm masuk waktu so kita alert
2) selain solat 5 waktu dia ada peringatan utk solat tahajud n solat dhuha! Waktu sahur n waktu imsak jugak!
3) azannya lembut menyentuh kalbu
4) ada doa selepas azan
5) azannya tepat waktu ie sama dgn azan local masjid
6) dia akan adjust sendiri setiap kali kita travel
7) boleh adjust volume
8) boleh locate qiblat jugak...
Ingenuis kan...subhanAllah byk sungguh pahala apps developer nih dpt....selamat mencuba!

Check out "SOFTnet Waktu Solat" - https://play.google.com/store/apps/details?id=softnet.waktusolat.com

Khamis, 24 April 2014

Restoran ayam kampung sekyen 7 Shah Alam ada sup belut sedap

Assalamualaikum

Baru ni makan nasi ayam kampung restoran Hassan, seksyen 13 Shah Alam. Terletak betul-betul belakang perumahan Laman Seri. Cerita dalam group whatsapp. Ada pula kawan beritahu di Seksyen 7 Shah Alam pun ada restoran ayam kampung. Ada sup belut lagi. Saya dengan AI terus cari malam tu. Lepas pusing-pusing jumpa juga. Sebab kawan tu pun tak ingat kat mana.

Rupanya kedai ayam kampung tu terletak di jalan krystal k / 7k. Lot kedai belakang restoran mamak Hakim Maju. Signboard merah kuning. Ada tulisan besar ayam kampung.

Boleh cuba sup belutnya sedap. Tak hanyir. Habis saya makan ;). Ada orang cakap elok untuk orang asma. Saya makan saja-saja nak bagi sihat hehe.. kedai ni buka dari pagi sampai malam. Tengahari nasi campur. Banyak lauknya. Malam menu masakan panas. Ayam kampung dari pagi sampai malam ada :).

Rabu, 23 April 2014

Hari Terbuka KLIA 2

Assalamualaikum

Sekadar berkongsi info mengenai hari terbuka KLIA 2 pada hari Ahad 27hb April yang saya terima dari kawan. Ada berbagai aktiviti yang dijalankan di sana. Ada masa lapang bolehlah bawa keluarga sambil melawat airport baru :).

Saya tak dapat nak pergi.. inshaallah hari tersebut akan pergi ke Johor.

Selasa, 22 April 2014

Karipap sardin khas buat AI

Assalamualaikum

Pertama kali dalam hidup buat karipap hehe.. entah kenapa baru kali ni betul-betul tergerak hati nak buat karipap sardin. Dah lama AI suruh buat.. dari awal perkahwinan lagi.. siap ungkit-ungkit suruh buat tapi tak buat-buat ;)

Akhirnya hari Sabtu baru ni.. hari yang tanpa air menjadi juga buat karipap. Itupun puas fikir nak buat ke tak ;). Masa nak buat tu google resepi. Tengok list yang paling atas. Resepi dari website MyResepi. Mudah je.. tu yang laju je nak buat. Saya letakkan resepinya dalam ni. Tapi saya tak ikut bulat-bulat. Resepi inti sardin tu saya buat ikut resepi sendiri.

Saya basuh sardin tu.. buang tulangnya dan goreng. Kemudian saya ketepikan. Masukkan bawang merah 2 ulas, 1 ulas bawang putih yang dipotong dadu. Sebiji cili padi hijau potong bulat-bulat, asam keping dan sedikit garam. Hancurkan sardin. Tambah air sikit.. masak sampai kering.. siap.

Untuk kulit karipap saya guna butter gantikan marjerin. Potong nipis je. Saya cairkan guna microwave :). Minyak pun sama.. panaskan dalam tu ;) senang kerjakan. Tada.. boleh lihat hasilnya di bawah. Alhamdulillah.. AI puji sedap. 4 biji sekali makan. Puashati rasanya dapat tunaikan hajat AI yang berkurun lama tu.


Sabtu, 19 April 2014

Beli beg harga diskaun di Parkson Klang Parade

Assalamualaikum

Cerita beberapa minggu yang lepas. Baru ni pergi Taman Botani guna beg sangkut di bahu. Bila Iman nak dukung, susah pula dengan beg begitu. Alasan nak beli beg baru hehe. Sebenarnya memang dah plan nak cari sling beg sebelum tu. Senang bila nak travel.

Nak pergi Jusco Bukit Tinggi.. malas. Entah kenapa jiwa tak berkenan sangat nak pergi situ ;). Selalu pergi Jusco Bukit Raja. Suka pergi tempat yang tak bising dan tak ramai orang sangat. Senang nak shopping ;) ada juga orang macam ni ya.

Terbayang nak pergi Parkson di Klang Parade je. Banyak sikit pilihan. Lagipun baru di buka balik. Dah cantik Klang Paradenya. Sampai-sampai terus cari bahagian beg. Lepas tengok-tengok.. akhirnya ada yang berkenan di hati. Harganya pun tak mahal. Ada less 50%. Sempat lagi beli beg duit. Murah je RM53.++. harga asal RM100 lebih. Duit tak payah lipat. Masuk je.. Stok lama saya rasa beg duit tu. Sebab ada cacat sikit. Tu yang lama kena belek-belek ;). Suruh mak pilih satu. Mak pun nak tukar beg duit juga.

Cuba tengok.. cantik tak? Sling bag tu panjang ke atas. Bila pakai boleh lipat ke depan. Orang nak curi pun susah ;) kalau shopping, boleh isi barang dalam beg. Dua-dua tu brand Polo. Puashati jugalah.

Jumaat, 18 April 2014

DVD 30 Juzuk Al-Quran bacaan Sheikh Masyari Rasyid

Assalamualaikum

Minggu lepas setelah membaca entri mengenai penjualan DVD 30 Juzuk Al-Quran dari blog Ummu Muhammad. Saya terus tertarik hendak membelinya.

Lepas berbalas email dan whatsapp. Akhirnya pesanan selamat diterima pada hari selasa. Dapat je terus pasang. Iman tengok sekejap je. Selebihnya alunan bacaan ayat suci Al-Quran yang berkumandang. Saya beli sebab saya suka rumah didengari ayat-ayat suci Al-Quran. Biar Iman turut sama dengar. Kalau memori dia boleh ingat itu lebih bagus. Sambil ummi pun boleh mendengar bacaan yang betul dan sambil baca maksudnya.

Kalau boleh nak juga menghafaz mana yang boleh. Harap tahan lamalah DVD yang dibeli :). Ada sesiapa yang berminat bolehlah order dengan Ummu Muhammad.

Ada baca.. mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran boleh memberi kesan yang baik juga untuk kesihatan. Semoga ada keberkatannya. InshaAllah.



Khamis, 17 April 2014

Minat kereta mainan HotWheels

Assalamualaikum

Antara mainan yang Iman suka adalah koleksi kereta hotwheels. Kecil-kecil dah pandai nak buat koleksi. Tau pula tu mana satu kereta hotwheels.

Semalam masa pergi Giant Jalan Kebun. Iman dah pegang box untuk koleksi kereta HW bersama 2 kereta yang dilekatkan sekali. Pergi pasaraya kalau nampak. Mesti nak kalau jumpa mana yang dia takde. Tapi tak semua dia nak. Memilih juga ;)

Gambar di bawah, atas meja tu Iman yang susun atas arahan ummi dia hehe. Bukan semua kereta HW tu. Kereta mainan murah-murah je. Asyik punggah box mainan cari kereta. Jadi suruh dia susun.. senang.. nak main boleh ambil situ. Suka betul dia dapat box untuk koleksi kereta HW tu. Ummi dia suruh masukkan kereta lain.. mulanya tak terima sebab bukan brand HW. Akhirnya akur juga.. saja nak penuhkan box saya cakap :).

Mainan banyak-banyak tu.. kebanyakannya AI yang beli. Alasannya.. sorang.. saja nak bagi Iman happy. Mujurlah boleh bertolak ansur kalau kita taknak beli mainan yang diminta. Kena pandai-pandai cakap. Ayat yang dia rasa logik mesti luluslah untuk tolak permintaan dia tu ;)

Rabu, 16 April 2014

Pantang jumpa gambar ada lubang

Assalamualaikum

Kelakar pula letak tajuk macam tu hehe. Kalau pergi jalan-jalan ternampak gambar yang sengaja dilubangkan dibahagian kepala. Memang ada yang nak masukkan kepala. Memang itupun tujuannya kan.. jadi masukkan je lah kepala ;)

Motif diletakkan gambar yang berlubang tu untuk menceriakan suasana dan diri. Mesti suka kan... ;) Teringat gambar kawan-kawan yang masuk muzium di Kuching.. lucu pun ada tengok gambar mereka yang comel bersama anak-anak.. kucing berkepala manusia :D

Isnin, 14 April 2014

Taman rusa tasik perdana

Assalamualaikum

Semalam adik datang rumah. Petang keluar tak tahu nak ke mana. Tiba-tiba terfikir nak ke Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Saja bawa anak-anak berjalan.

Bila lalu depan taman rusa.. tengok jalannya dah terbuka. Dah siap rupanya. Jadi kami berjalan di kawasan situ sahaja. Itu pun dah letih. Turun naik tangga. Dah cantik tempatnya. Ada banyak juga reban ayam kawasan situ :)

Lepas dah penat berjalan.. bawa anak-anak ke taman permainan kat situ pula.. dah puas masing-masing main. Barulah balik.. tidur awal Iman kepenatan. Umminya pula tiba-tiba sakit kepala. Sampai ke pagi. Sapu minyak angin je.. alhamdulillah dah ok.

Jumaat, 11 April 2014

Bersangka baik

Assalamualaikum

Dalam hidup ni kita tak lari dari berbuat sangka pada orang lain. Kadang kita tak mahu, tapi hati tu masih berkata-kata. Sampai kadang berperang dengan hati sendiri untuk sentiasa bersangka baik. Ada tak yang macam saya hehe.

Bukan mudah sebenarnya nak lawan perasaan macam ni. Walau hati yang berkata bukan di mulut. Kalau di mulut tu dah di kira mengumpat pula.

Istighfar boleh lawan penyakit ni. Inshaallah. Perasaan bukan-bukan inshaallah boleh ditangkis. Kadang kita sendiri yang rasa macam-macamkan. Padahal orang tak kata pun kita macam tu.. hehe.

Cuma luahan kata-kata je. Semoga Allah sentiasa tunjukkan kita jalan yang lurus. Yakni jalan orang-orang yang beriman terhadapNya.

Rabu, 9 April 2014

Terlibat dengan catuan air akhirnya

Assalamualaikum

Semalam 8hb April, akhirnya bekalan air terputus juga. Mujur 3 hari sebelum tu dah buat persiapan awal. Dapat maklumat dari adik tentang jadual catuan air yang mana kawasan perumahan saya turut terlibat. Ikut jadual 4hb mula tiada air. Tapi ada pula.. sampailah pagi semalam tiba-tiba terputus.

Mujurlah tak ramai. Harap cukup bekalan air tangki, tong dan bekas-bekas air yang ada untuk 2 hari. Kalau melarat.. habislah. Dengar cerita ada yang terputus hingga 3 hari. Agak celaru juga masanya. Kenalah berjimat cermat ;)

Tong air saya dah beli dari bulan lepas. Masa dengar banyak tempat mula kena catu. Biasanya tong biru.. tapi tong saya warna hitam. Masa beli tu.. itu je yang ada :) dah basuh bersih-bersih. Simpan untuk mandi dan basuh apa yang patut sahaja. Untuk minum.. beli air mineral.

Selasa, 8 April 2014

Cendol dan laksa atas van Seksyen 7 Shah Alam

Assalamualaikum

Nak cerita pengalaman singgah makan cendol dan laksa atas van yang terletak berhampiran pintu masuk iCity berdepan dengan lot kedai setingkat di Seksyen 7 Shah Alam.

Selalu tiap kali lalu nampak ramai orang singgah makan. Tapi tak pernah dapat nak singgah. 2 minggu lepas semasa balik dari Taman Botani, ajak adik singgah. Mula kami order cendol. Habis cendol, makan laksa pula. Sedapnya... rasa nak tambah je lagi hehe. Lebih-lebih lagi masa tu tenaga banyak dah keluar ;)

Minggu baru ni singgah lagi dengan mak, balik dari makan kenduri rumah famili kawan. Kenduri kahwin adik lelakinya di Seksyen 7. Tengok dah jadi macam ketagih pula. Padahal saya tak minat cendol sebelum ni :). Iman pun suka...

Isnin, 7 April 2014

Mencari Bahagia bersama Ustaz Don & PU Ustaz Hamizul di Masjid Bukit Jelutong

Assalamualaikum

Sekadar menyampaikan maklumat. Yang berkesempatan bolehlah menghadirkan diri di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam mendengar ceramah yang bertajuk Mencari Bahagia bersama Ustaz Don Daniyal dan PU Ustaz Hamizul.

Bagan Hailam Seafood

Assalamualaikum

4hb April baru ni merupakan ulangtahun kelahiran Mohd Fahrin Izani yang ke 8. Kebetulan hari Jumaat jadi bolehlah ajak pergi makan sebab esoknya cuti. Saya ajak mak dan adik lelaki yang tinggal sekali dengan mak.

Pertama kali datang ke restoran makanan laut ni yang lebih dikenali dengan nama Bagan Hailam. Kawan saya kata sedap. Jadi bolehlah cuba. Tak biasa datang tercari-cari juga tempatnya. Lokasinya berhampiran Tanjung harapan, Pelabuhan Klang. Tapi sebelah kiri (Turun jambatan, terus jumpa kedai makan ada replika ketam, masuk kiri. Terus je sampai nampak signboard bagan seafood). Restoran ni belakang kolam pancing ikan no.2.

Harga makanan di kira ikut portion small, medium dan large. Bayaran termasuk makanan ringan (kacang & jeruk) dan tisu basah yang diletakkan atas meja. Juga cukai kerajaan 10%. Dari segi rasa oklah.

Menu yang saya cuba.. sup isi ketam campur tahu (pekat macam shark fin soup), sotong goreng tepung madu, kailan bawang putih dan jenahak sweet sour (medium semuanya) serta 1 jug orange juice. Total RM163+. Ok ke tak?

Kisah makan tengahari di rumah Lin

Assalamualaikum

Cerita hari Selasa 2 minggu yang lepas. Baru nak buat entri. Sayang tak simpan dalam blog ni buat kenang-kenangan. Kisah jemputan makan tengahari di rumah Lin (yang serba hitam kuning dan berkacamata). Alkisah ingin berjumpa Hanie (baju merah), yang balik bercuti di KL dari Kuching sempena cuti sekolah. Sempat tukar-tukar hadiah. Hanie yang request. Buat kenang-kenangan. Gamat masa tu.. sebab hanie kata dia bagi hadiah g-string. Semua takut. Rupanya... bukan. Pandai betul buat gimik. Iman sampai jerit-jerit.. bising.. Maaflah mak-mak dah jadi budak sekolah kembali ;)

Bila aktif group whatsapp.. rasanya banyak pula aktiviti yang dibuat. Kawan-kawan sekolah menengah saya memang sporting. Walhal tidak semua yang betul-betul rapat masa belajar dahulu.

Syukur.. ada juga hikmah kebaikan yang diperolehi dari facebook. Boleh merapatkan kembali ukhwah lama yang terputus.

Panjang pula berleter. Sekarang masa dengan blog agak kurang sedikit. Perasan tak? Ada angin-anginnya.. bila rindu baru jenguk ;)

Khamis, 3 April 2014

Taman Botani Shah Alam bersama adik

Assalamualaikum

Cerita hari Ahad yang lepas. Adik saya.. Ogy dan suami ajak saya dan Iman sertai mereka ke Taman Botani Shah Alam atau nama lama yang popular Bukit Cherakah / Bukit Cahaya Sri Alam. Ada entri sebelum ni di tempat yang sama. Waktu tu Iman kecil lagi, usia dalam setahun lebih.

Kali ni pergi ramai lebih meriah. Ramai budak-budakkan. Lagi pun masa panjang sikit dari mula-mula Iman pergi dahulu. Nak lawat semua kawasan dalam ni, kena datang pagi-pagi. Baru puas. Tapi ini pun dah letih.. kena rehat dulu.. ;)

Pasal makan jangan risau, kedai makan di situ, boleh tahan lauknya. Kami sempat isi perut dulu sebelum masuk.

Selasa, 1 April 2014

Restoran Bendang Setia Alam sedap

Assalamualaikum

Malam tadi adik belanja makan di Restoran Bendang yang terletak di Setia Alam. Pertama kali datang sini. Tapi adik dan mak dah beberapa kali sampai.

Cantik kedainya.. suasana menarik. Makanan pun sedap-sedap. Siapa yang belum pernah sampai.. boleh cuba. Antara menu yang jarang ada di tempat lain seperti mee sizzling, roti canai, steamboat, aiskrim goreng, sengkuang dengan sos merah.