بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 26 Mac 2014

Santai di tasik titiwangsa bersama rakan

Assalamualaikum

Hari ahad minggu lepas ada perjumpaan rakan kolej di tasik titiwangsa. Sembang-sembang di whatsapp.. akhirnya masing-masing setuju nak jumpa. Lama juga tak berjumpa ramai-ramai macam tu.

Seronok sangat dapat sembang-sembang. Terhibur hati seketika.. sunyi bila AI tiada. Anak-anak buat aktiviti mereka. Main bola dan main buih sabun. Seronok Iman.

Khamis, 20 Mac 2014

Mohon hidayah dari Allah

Assalamualaikum

Ya Allah aku bermohon kepadamu
Kau bukakanlah hati-hati mereka yang tertutup dalam mencintaimu.
Kau berikanlah taufiq dan hidayah kepada mereka.
Janganlah kau pesongkan hati-hati mereka ke arah perkara-perkara yang tidak baik.

Ya Allah hanya padamu aku memohon pertolongan.
Bimbingilah kami ke jalan yang lurus yakni jalan-jalan orang yang beriman terhadapmu.
Peliharalah hati kami agar sentiasa cinta kepadaMu Ya Allah.

Jumaat, 14 Mac 2014

Menjaga 7 sunnah Nabi SAW setiap hari

Assalamualaikum

Sedikit sharing drp Ustaz Don Daniyal yang diterima melalui whatsapp.

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh2 sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

Selasa, 11 Mac 2014

Semoga MH370 ditemui

Assalamualaikum

Hari ni masuk hari ke 4 misteri kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac 2014. Pelbagai spekulasi yang di reka dan kita dengar. Apa pun ceritanya diharap usaha untuk menemukan pesawat tersebut berhasil. Kasihan kepada keluarga yang terbabit. Saya yang melihat ni pun sudah beberapa kali menitiskan airmata. Apatah lagi keluarga mereka sendiri.

Selagi tidak temui sebarang petunjuk selagi itulah mereka masih mengharapkan sesuatu agar segala pertanyaan terjawab.

Semoga Allah beri petunjuk agar MH370 segera ditemui. YA ALLAH PERMUDAHKANLAH URUSAN MEREKA. AAMIIN.

Jumaat, 7 Mac 2014

Tablet baru Iman Cariku

Assalamualaikum

Salam Jumaat. Semoga kita semua sentiasa dipelihara Allah dengan rahmat dan kasih sayang dariNya.

Baru-baru ni masa AI balik bercuti. AI belikan Iman tab. Yang lama Iman punya tu masih elok. Cuma agak leceh nak connect dengan internet. Sebab kena guna WiFi. Lagi satu sebab Iman suka guna handphone saya. Biasalah buka YouTube. Saya tak rajin nak download apa yang dia suka tengok.

Jadi lepas saya tengok-tengok terus berkenan dengan tab Cariku macam dalam gambar tu. 1st sebab tak mahal sangat. Harga RM380. 2nd boleh masuk 2 simcard. 3rd boleh buat call. 4th ada kamera depan belakang. 5th gambar terang. 6th ringan. Memori tab 4gb. Ni produk Malaysia. Nak tergelak juga tengok nama brand tu.

Oklah Iman suka. Tapi masih kacau handphone saya juga kadang tu. AI kata baik beli sama. Saya tak bagi sebab handphone ni mahal sikitkan. Tab lama Iman dah bagi pada Faris.

Rabu, 5 Mac 2014

Petua ringankan badan

Assalamualaikum

Pertama kali tengok dan tahu tentang petua ringankan badan ni. Belum pernah cuba lagi. Inshaallah akan cuba. Simpan dulu dalam blog. Senang nak cari nanti.

Kadang badan berat je kan. Rasa malas-malas. Masa tu bolehlah cuba.

Isnin, 3 Mac 2014

Usrah bersama ustazah Saadah Din dan rakan sekolah

Assalamualaikum

Hari Sabtu baru ni lepas hantar AI ke KLIA pukul 9 pagi. Petangnya pukul 3-5 ada program usrah bersama rakan sekolah. Kami jemput ustazah Saadah Din untuk sampaikan ilmu petang tu. Ustazah Saadah pernah belajar di Hishamuddin Kg Jawa. Jadi ada rakan yang kenal dengan beliau. Macam saya tak kenal sebab tak layak sambung tingkatan 6 di situ ;). Umur sebaya.

Saya tiada Astro. Menurut rakan ustazah ni ada dalam rancangan 3 ustazah. Ini program usrah pertama yang kami rancang bersama group whatsapp. Inshaallah akan ada yang seterusnya.

Program bertempat di Shah Alam. Rumah ibu kepada salah seorang rakan. Tajuk usrah "penyucian hati". Saya kongsi sini ilmu yang kami dapat petang tu. Saya screen shoot whatsapp kawan yang dah di share dalam group family :)

Kedai jual barangan Arab di Shah Alam

Assalamualaikum

Jumaat lepas AI nak beli kurma buat kawannya yang terkena penyakit kanser darah. AI tahu ada kedai jual barangan arab di Shah Alam tapi tak tahu lokasinya.

Lepas whatsapp kawan. Mereka kata kedai tu nama Mahnaz Food terletak di Sekyen 26 Shah Alam. Lepas guna google maps. Sampai juga di lokasinya.

Bila masuk sini. Rambang mata. Macam-macam ada. Saya cuma ambil campuran buah kurma, apricot, kiwi dan buah tin 3 bekas. RM13 satu. Bunga saffron RM10 satu botol. AI beli kurma, capsul olive oil, serbuk polen, teh perisa anggur. Iman pula ambil dried cranberry. Sampai rumah baru perasan. AI ingat saya yang ambil ;) mujur sedap rasanya. Iman tak makan pun.

Ahad, 2 Mac 2014

Tebuk dan tanam ubat anai-anai

Assalamualaikum

Hari Khamis minggu lepas. Kami dah buat temujanji dengan syarikat kawalan serangga Skill Pest Control yang beralamat di Cheras. Tapi mereka ada stor di Klang. Cawangan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pun ada juga.

Saya dapat nombor telefon company ni masa tengah cuci kereta. Ada dalam pamplet. Tempoh tebuk dan tanam ni lama juga. 4 jam. Diorang sembur bumbung sekali.

Kos untuk rumah saya RM1.4k. Ada warranty 5 tahun. Setiap 6 bulan sekali diorang kata diorang datang check. Puashati dengan servis mereka. Siap kerja bayar duit dan terus dapat sijil warranty.

Diorang kata anai-anai tak aktif di rumah saya. Erm.. mungkin dah selalu sembur sebelum ni dan dah pasang perangkap anai-anai. Tapi lepas buang kabinet hari tu. Menjalar laluan tanah keluar dari lubang screw kabinet. Tu yang takut tu.

Sabtu, 1 Mac 2014

Restoran Korea halal Subang Jaya

Assalamualaikum

Baru ni kami makan di The Street Cafe yang merupakan restoran korea halal yang terletak di SS15 Subang Jaya. Lokasi berdepan dengan INTI College. Sebelah Subway.

Pertama kali datang sini. Kawan yang perkenalkan. Suka juga makanan korea. Sebab ada rasa pedas :)

Nama menu yang di order tak tahu pula apa. Boleh lihat apa yang kami makan di bawah tu. Rasanya boleh tahan. Tekak saya sekarang ni.. semua sedap je ;)

Harganya sedang-sedang je. Oklah. Macam saya punya tu. Set nasi dengan ayam RM16.90. AI punya RM19.90. Set nasi dengan ikan.