بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 27 Februari 2014

Restoran ZZ Sup Tulang Johor Bharu sedap

Assalamualaikum

Sebelum balik lepas tengok layang-layang. Singgah makan dulu. Adik bawa makan di Restoran ZZ, ZZ Sup Tulang yang terletak di Jalan Petri 5/1, Johor Bharu. Masa sampai sini Iman tidur. Penat agaknya. Jadi terpaksa gilir dengan AI. Lapar sungguh perut masa ni.

Bila dapat makan, wah nikmatnya. Sebab tengah lapar. Perut menggigit-gigit sebab makan jeruk betik  ;). Best tau tempat ni. Masakannya sedap. Saya makan nasi ayam penyet. AI yang order. Yang lain makan sup tulang. Tulang yang boleh disedut dalamnya. Saya tak makan. Rasa kuahnya je sikit. Sedap. Suka datang Johor. Masakan sedap-sedap.

Gambar makanan takde. Lapar sangat. Lagipun masa makan tu, yang lain dah habis makan. Jadi dah comot ;) Credit to rebeccasaw.com untuk gambar sup tulang tu. Siapa pergi Johor Bharu bolehlah singgah makan sini.

Rabu, 26 Februari 2014

Pesta layang-layang sedunia 2014

Assalamualaikum

Lokasi jalan-jalan terakhir di Johor baru ni. Lepas checkout hotel. Tak tahu nak ke mana. Adik ipar call ajak pergi tengok pesta layang-layang sedunia di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor.

Sampai matahari tengah terik. Silau mata nak tengok layang-layang. Singgah kejap je, AI dah ajak balik. Beli air dan buah je dengan bawa Iman naik basikal roda tiga.

Masa sampai sini selisih dengan blogger mama maszull dekat pokok buah tu. Mula dah nak pergi tegur dah. Bila tengok famili tu rasa macam confused pula. Takut salah orang. Malu. Lepas tengok blog mama. Memang betullah :). Kira mama, blogger pertama saya jumpa tapi tak bertegur ;)

Kadang jalan orang tengok lain je.. perasan juga. Dalam hati diorang ni pandang semacam je. Sebab pernah masuk blog saya ke hehe.. perasan.

Selasa, 25 Februari 2014

Pulai Springs Resort Johor

Assalamualaikum

Lepas keluar dari Legoland kami check in Pulai Springs Resort hotel. Pertama kali datang sini. Booking through internet murah sikit. 2 bedroom suite including breakfast untuk 4 orang RM350. Harga biasa RM430.

Mula nak tempah bilik termasuk tiket legoland. Lepas congak jimat lagi buat asing-asing ;) Sebab ada service charge. Untuk makluman hotel ni ada pakej bilik termasuk tiket legoland.

Suka sebab kawasan hotel ni tenang je. Jauh dari kesibukan kota (ayat sopan :)). Malam nak makan pun senang. Atas sikit dari hotel banyak kedai makan. Sedap masakannya. Malam tu lepas balik makan kami terserempak ustaz Fauzi (jus tok guru tu). Dia siap pegang Iman lagi sebab lari-lari terlanggar dia. Bersih sungguh airmuka dia.

Esoknya lepas breakfast, bawa Iman mandi kolam renang. Seronok betul dia :) sampai terminum air. Melompat-melompat terjatuh. Puaslah mandi. Nak makan pun tak senang tak sabar nak mandi sebab cafe bersebelahan kolam ;)

Isnin, 24 Februari 2014

Masuk Legoland di Johor

Assalamualaikum

Hari Sabtu baru ni saya sekeluarga, bersama mak dan adik lelaki sekeluarga pergi ke Legoland. Sebelum ni tengok luar je ;)

Boleh tahan harga tiket Legoland. RM120 dewasa. Kanak-kanak 3-11 tahun RM90 (warga emas pun harga ni juga). Total tiket kami RM750. Setiap tiket dapat voucher makan RM10. Jadi semuanya RM70. Makan dalam restoran Legoland biasalah mahal sikit. Mujur juga ada voucher tu.

Teringin nak masuk. Dah masuk ni oklah walau tak berapa puashati dengan harga tiket yang mahal. Rasa tak setimpal dengan apa yang kita dapat. Itu pendapat saya. Apa pun gambar banyak juga ambil ;)

Selipar refleksologi

Assalamualaikum

Beli selipar refleksologi ni semalam di hentian Machap, Johor. Sebelum ni pernah beli juga. Tapi dah lama. Susah juga nak cari kawasan klang ni.

Bila nampak semalam terus beli. Murah je RM9.90. Mula-mula pakai tak sakit. Bila dah lama, rasa juga sakit. Tapi best. Terasa pengaliran darah kat peha. Tak lah sesakit pijak batu ;)

Khamis, 20 Februari 2014

Beli kolam mandi besar di Toys R us

Assalamualaikum

Sebelum ni ada entri Iman dan anak saudara mandi menggunakan kolam pemberian Ummu Muhammad. Walau kecil tapi mereka tetap seronok.

Baru-baru ni, lepas cerita dengan AI nak cari kolam mandi besar sikit untuk mereka. AI pun beritahu ada jual di Toys R us dan belikan untuk mereka. Setakat ni belum resmi lagi. Tak sempat ;). Jadi tak pasti juga besarnya walau ada saiznya di situ. Harga kolam ni RM149.95. Tak termasuk pam angin yang berharga hampir RM39.95. Ada kolam saiz besar lagi daripada ni. Harga RM200 lebih.

Sebelum ni guna pam bola sebab tu lambat ;) tu yang guna mulut :). Kolam ni besar, jadi kenalah beli pam khas. Ada yang elektrik. Mahallah pula. Nak guna pun jarang-jarangkan. Rasa tak berbaloi pula nak beli ;).

Harapnya mereka lebih seronok lepas ni. Kolam besar, banyaklah airnya. Sekarang ni ada masalah airkan.. harap cuaca kembali elok. Jarang hujan sekarang ni. Hutan pun banyak yang terbakar. Semuanya kuasa Allah.

Selasa, 18 Februari 2014

Blue Coral Aquarium KL Tower

Assalamualaikum

Lawatan terakhir di KL Tower memasuki Blue Coral Aquarium yang merupakan tujuan asal ke sini. Bawa Iman tengok ikan. Tiket dewasa RM15, kanak-kanak 4 tahun ke atas baru kena bayaran. 

Tidaklah sebesar Aquaria KLCC, tapi tetap menarik mata yang memandang. Sungguh cantik ciptaan Allah. Lihat saja dalam gambar-gambar yang diambil.

Isnin, 17 Februari 2014

Pony Ride & Animal Zone KL Tower

Assalamualaikum

Sambungan cerita KL Tower. Macam-macam ada rupanya di KL Tower ni. Mula-mula sampai naik kereta kuda. RM20 untuk satu pusingan. Teruja naik pusing bangunan je pun boleh ;)

Lepas tu bergambar dengan burung depan Animal Zone. Bayar RM5 untuk bergambar sendiri. Tak masuk pun sebab nampak ular dulu.. memang tak boleh tengok ular. Gerun.

Ada terselit satu gambar Iman atas KL Tower ;) dan satu banner ceramah bersama ustaz Haslin. Tiket RM30. Rupanya selalu ada ceramah atas KL Tower ni. Ada pameran perkampungan budaya juga. Tapi kami tak pergi. AI kata takde apa. Nampak macam taman je.

Lepas ni entri KL Tower Blue Coral pula... aktiviti terakhir sebelum balik.

Ahad, 16 Februari 2014

Pertama kali ke KL Tower

Assalamualaikum

Hari ni pertama kali jejakkan kaki ke KL Tower. Menarik juga. Pertama kalikan teruja :)

Biar gambar yang cerita segalanya.. ;) Ada sambungannya.. banyak juga tempat lain di sini.

Jumaat, 14 Februari 2014

Bersangka baik

Assalamualaikum

Salam Jumaat yang penuh barakah. Hidup ni bahagia bergantung pada hati. Indahnya hati, indah jugalah hidup. Semoga kita sentiasa mendidik hati kita agar bersih dan suci.

Tidak mudah seperti apa yang dikata. Kita sendiri tahu hati kita. Bila gagal segeralah istighfar. Ya Allah aku bermohon agar kau tetapkan hati kami semua ke arah kebaikan dan berbaik sangka sesama manusia.

Ameen.

Khamis, 13 Februari 2014

Ayat untuk mudah menghafaz dan tidak lupa

Assalamualaikum

Nak kongsi info / ilmu yang saya jumpa di fb. Moga bermanfaat buat semua. Inshaallah. Ayat ringkas untuk kita mengingati apa yang kita hafaz dan tak tidak lupa.

Selasa, 11 Februari 2014

Waktu ambil ubat yang betul

Assalamualaikum

Semoga kita sentiasa diberikan kesihatan yang baik dari Allah. Ameen.

Selalu bila sakit kita makan ubat ikut waktu kita pergi klinik. Atau ikut waktu bila tak sihat.

Boleh cuba waktu yang betul ikut kaedah kementerian kesihatan seperti di bawah ni yang diambil dari fb Dr Zubaidi.

Isnin, 10 Februari 2014

Tiada lagi kabinet dapur

Assalamualaikum

Selamat tinggal kabinet dapurku... malam-malam buka sendiri kabinet dapur bersama dua orang adik yang hebat hehe.. hampir 2 jam juga ambil masa buka semua.

Buka malam sebab petang duk melayan anak-anak mandi kolam.

Masa buka tu, terkejut tengok. Penuh dah anai-anai dalam tu. Memang tak boleh diselamatkan lagi. Sayangkan.. 5 tahun je bertahan. Rezeki yang Allah tarik saya kata pada AI.

Bila dah buka rasa lapang pula.. sekarang masa untuk fikir macamana nak pasang balik hud dapur tu. Buat masa ni tak terfikir nak ganti yang lain. Dah survey aluminium semua. Cantik. Nampak moden. Sayang pula duitkan.. banyak juga nak kena perabih.

Ada plan lain.. masih ada ruang kosong kat tepi belah bawah. Ingat nak buat kat situ je.. tengok pada rezeki.