بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 30 Januari 2014

Demam kerepek ngaku

Assalamualaikum

Musim perayaan tahun baru cina masing-masing sibuklah mencari ngaku. Orang cina tak tahulah buat apa dengan ngaku ni. Tapi orang melayu suka buat kerepek.

Sebenarnya saya pun turut teringin juga nak rasa. Dah sana sini ngaku kan. Sebelum ni pun ada nampak orang post kat blog. Buat orang lain teruja je.

Kebetulan masa sibuk group sekolah menengah whatsapp. Ada kawan hantar gambar kerepek ngaku makan kat office. Apalagi masing-masing pun order termasuklah saya. Semua kata sedap. Baru tau rasanya macamana. Macam kentang sikit. Manis dan ada rasa macam kelat sikit (tak rasa sangatlah kelat tu).

Ambil gambar dari whatsapp kawan sekolah. Dia beli di pasar sekilo RM7 lebih. Mahal sungguh. Diorang kata beli di Tesco murah. RM2.88 je sekilo. Kalau rajin bolehlah buat sendiri. Tak rajin beli ;)

Officemate kawan jual RM25 sebalang (tinggi). Pandai dia buat.. Cantik je.

Rabu, 29 Januari 2014

Muzium kapal selam lagi

Assalamualaikum

Lepas melawat anak adik. Sebelum balik singgah pantai klebang sekejap. Saja nak bawa Iman naik kapal selam. Dulu pergi tak boleh masuk dalam.

Bila dapat masuk, terkejut tengok ruangan dalam yang sempit. Nak berjalan pun muat seorang je. Lemas pula rasanya. Memang tak bolehlah kerja dalam kapal selam ;)

Iman pun tak selesa. Nak berdukung je, takut. Nampak je besar tapi dalam kecil je..

Lepas tu ingat nak beli coconut shake. Tapi tak jadi... panjang barisan ;) adik sibuklah cakap, kenapa tak berhenti. Tak sanggup nak tunggu. Mujur dah rasa sebelum ni. Memang paling sedap coconut shake kat situ. Teringat-ingat lagi kesedapannya :)

Selasa, 28 Januari 2014

Maahad Tahfiz Al-Quran Batu Berendam Melaka

Assalamualaikum

Sambung cerita di Melaka. Lepas makan kenduri di Jasin, saya ikut adik yang ingin melawat anaknya yang belajar di sekolah tahfiz yang terletak di Batu Berendam, Melaka.

Anak adik yang belajar di sini baru berusia 10 tahun. Anak sulung daripada 6 orang adik beradik. Semoga cemerlang dalam menghafaz Al-Quran dan dipermudahkan Allah.

Yuran di sini RM250 sebulan. Untuk mereka yang berminat untuk hantar anak. Setakat ni hanya pelajar perempuan sahaja yang diterima.

Isnin, 27 Januari 2014

Kenduri kahwin sepupu di Jasin

Assalamualaikum

Hari Sabtu baru ni saya dan adik ke Melaka untuk menghadirkan diri ke majlis perkahwinan sepupu lelaki (anak kepada arwah adik lelaki mak saya).

Kami bermalam di rumah adik lelaki saya (ada 2 orang adik lelaki di Alor Gajah). Kerana majlisnya hari Ahad. Sambil tu bolehlah ziarah adik-adik di sana.

Masa saya sampai mak dan makcik saya sudah ada di Melaka. Hari Ahad tu kami pergi kenduri pukul 12:15 tengahari. Adik beradik mak yang lain pun datang juga. Sempatlah jumpa mereka.

Lepas pengantin berarak dalam pukul 1:30 kami pun gerak balik. Tak balik terus singgah dua tempat lagi.

Ini sahaja gambar yang sempat diambil.

Sabtu, 25 Januari 2014

Pandai lipat kain

Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu. Semoga sentiasa ceria bersama keluarga. Nak cerita baru-baru ni masa saya angkat kain. Iman terus ambil kain dan lipat. Teruja ummi dia tengok :) dalam hati rajinnya Iman. Hasil lipatannya boleh tahan juga. Boleh tengok yang dah siap dilipatnya tu.

Yang kelakar lepas kita puji. Bukan main seronok. Melompat-lompat atas katil tu dengan baju-baju yang dilipat ikut melompat ;) bagus... Moral.. Anak kacau lipat kain jangan marah. Inshaallah dia pun seronok nak buat juga.



Ok.. Nak pergi jemur baju :)))

Jumaat, 24 Januari 2014

Pasangan serasi

Assalamualaikum

Salam Jumaat. Semoga kehidupan kita sentiasa dirahmati dan diberkati Allah. Amin. Malam tadi tengok sikit je semanis kurma. Tak boleh nak fokus sebab ada tetamu. Meriah dengan budak kecil :)

Semoga yang bergelar suami isteri sentiasa serasi bersama. Ada yang berpuluh tahun, tiba-tiba kata tak serasi dan berpisah. Nauzubillah. Cari keserasian bersama agar saling melengkapi. Jika pasangan buat salah, cepat maafkan. Manusia tak sempurna. Sentiasa belajar dari kesilapan. Adakala kesilapan tu banyak menyedarkan kita untuk perbaiki diri.



Banyakkan istighfar. Inshaallah akan jadi benteng kepada perkara yang tidak baik. Semoga hubungan kami dan semua pasangan yang baca ni sentiasa bahagia, dirahmati dan diberkati Allah dan kekal hingga ke syurga. Amin.

Khamis, 23 Januari 2014

Kreatif

Assalamualaikum

Baru-baru ni Iman menunjukkan daya kreativitinya. Kagum jugalah lihat hasil kerja dia tu.

Iman koyakkan buku warna angry birdnya tu dan jadikan bentuk kapal terbang. Bila dia pegang ditangan. Dia cakap burung pula. Sebab sayap tu lembikkan bila digerakkan.

Imaginasi tinggi tapi sentiasa perlukan perhatian. Nak taip entri ni pun dia kacau. Suruh layan dia je ;)

Selasa, 21 Januari 2014

Daun nona buat jaram ketika demam

Assalamualaikum

Daun nona sebelah kiri. Yang kanan tu daun bunga raya putih

Masa saya kecil-kecil dulu arwah nenek suka jaram (sapu) badan dengan air campuran daun-daun. Selalunya arwah akan guna daun durian belanda. Baru ni masa Iman demam, panas tak turun. Saya pergi kampung, minta tolong makcik carikan daun durian belanda. Pokok ada tapi tuan rumah takde. Jadi guna alternatif lain.

Makcik carikan daun nona dan daun bunga raya putih. Balik tu terus ambil daun nona, ramas-ramas dalam air dan sapu pada badan Iman. Makcik suruh buat satu-satu. Jadi saya pilih daun nona dulu. Lepas sapu seluruh badan dan kepala. Badan Iman terus sejuk. Alhamdulillah lega rasa hati. Esok tu memang dia dah tak demam. Tapi masih batuk.

Arwah nenek saya kata kalau air daun yang kita ramas tu warnanya merah pekat, maknanya orang yang demam tu tinggi suhu badannya. Masa ramas untuk Iman tu memang merah pekat lah warnanya.

Lepas dua hari Iman demam balik. Masa tu daun dah layu. Risau batuk dan demam yang panas sangat terus pergi hospital. Kenalah masuk ubat ikut punggung (cara moden). Mujur lepas tu baik juga. Ubat batuk herba yang doktor bagi tu memang elok walau ambil masa juga nak pulih sepenuhnya.  Sekurang-kurangnya, batuk dah tak teruk lepas bagi ubat tu.

Cuaca sekarang tak berapa baik. Nyamuk denggi pun dah mula banyak. Kawasan rumah adik saya ramai yang kena. Anak adik pun kena, alhamdulillah tak teruk sebab dia bagi air kelapa cepat. Bagi minum banyak air doktor cakap. Tak perlu masuk wad.

Semoga Allah lindungi kita dari penyakit yang memudaratkan. Amin.

Isnin, 20 Januari 2014

Umobile internet RM68 sebulan dengan 5GB + 5GB data

Assalamualaikum

Akhirnya boleh bernafas dah iPad ni dengan UMobile internet prepaid. Baru je beli simcard khas untuk internet semalam yang dimasukkan dalam WiFi. Top up dan pilih pakej broadband RM68 untuk 5GB. Dapat pula tambahan lagi 5GB, maka jadilah 10GB. Besarkan... Tengah ada offer ni sehingga 31 Januari 2014. Cepat rebut peluang :) macam iklan berbayar je bunyinya.. padahal percuma ;) bolehlah update iPad yang dah lama minta di upgrade. Size untuk update software 1.6GB. Bila nak update sebelum ni tak boleh, asyik suruh guna WiFi je. Padahal sama je bayarnya RM68 sebulan. Itu lah lebihnya... Sebab 10GB :)

Sekarang line telefon dan internet dua-dua guna UMobile. Suka lah UMobile sebab saya pilih dia ;) jadi jangan nakal-nakal nanti beralih arah pada yang lain ;) Setakat ni alhamdulillah puashati. Jimat duit telefon dan cepat. Ambil pakej RM48 sebulan dapat 2GB, 100 minit masa berbual dan 30 sms percuma. Berapa kali nak ulang pun tak tahulah hehe..nak bagi panjang ayat sikit ;) manalah tau ada yang tak tahu lagikan...

Nak tengok semua pakej Umobile internet klik sini. Untuk broadband pula klik sini. Dua-dua link tu akan pergi ke Umobile website.

Sabtu, 18 Januari 2014

Buat aiskrim oreo

Assalamualaikum

Selamat pagi. Dua hari lepas buat aiskrim oreo. Tengok blogger fieda buat teringin juga. Sebab senang. Iman pun suka sangat aiskrim. Terima kasih fieda untuk resepi aiskrim ni.

Resepinya:

1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 sudu besar ovalette
Sedikit perisa vanila
Putar semua bahan selama 30 minit

Kemudian masuk je apa-apa perisa yang kita nak. Gaul rata. Siap.

Mudahkan. Saya buat aiskrim oreo macam fieda. Tapi disebabkan perisa vanila takde. Saya blend oreo tanpa buang creamnya. Hancur sangat pula tu ;) Sepatutnya masukkan biskut oreo je.

Lama juga ambil masa nak beku. Mungkin bekas saya tu tinggi. Iman dah tak sabar nak rasa. Boleh tengok dalam gambar tu kesan jari dia. Masa tu tepi dah keras. Tengah masih tak berapa keras lagi.

Rasanya sedap. Tapi lainkali tak mahu campur cream oreo tu dan tak mahu hancur sangat biskutnya. Budak-budak cakap sedap. Memang sedap. Sebab lembut je aiskrimnya. Sama macam kat kedai tu. Boleh buat lagi lepas ni. Cuba perisa lain pula.

Jumaat, 17 Januari 2014

Blog dengan handphone

Assalamualaikum

Salam Jumaat. Selamat bercuti untuk yang bercuti dan selamat bekerja juga pada yang bekerja. Semoga terus beroleh keberkatan.

Semalam saya dah tutup akaun internet Celcom. Plan nak tukar UMobile internet prepaid je. Merajuk juga dengan Celcom. Sebelum ni Maxis. Nampaknya jadi pengguna setia UMobile. Setakat ni la.. kalau merajuk tukar lagi ;)

Buat sementara online guna handphone. Dalam proses nak beli simcard baru. Simcard untuk iPad kecil. Leceh sikit nak pergi cari. Oh lupa... kan ada wifi. Baru teringat.

Buat blogger jangan lupa setting mobile view. Senang untuk yang guna handphone. Sebab masa singgah ada yang tak set jadi susah sikit nak tengok. Sebab kecilkan. Nak komen pun jadi lambat juga. Sila check ya.. :)

Selasa, 14 Januari 2014

Beli pokok untuk serikan rumah

Assalamualaikum

Masa menghala ke rumah adik lalu depan tempat jual pokok. Makin cantik nampaknya. Rasa tertarik pula kan..

Masa balik lalu terus. Alih-alih pusing balik. Nafsu nak menyinggah tu bukan main lagi kan. Adeh..

Akhirnya, beli juga pokok rhu ni. Betul kan. Saja cari pokok yang daunnya tak luruh. Sesuai untuk orang rajin macam saya ;)

Iman pun suka pokok ni. Masa India tu alih ke pasu, Iman cakap "beli mi". Memang dah belilah tu.

Sampai rumah bukan main mengadap pokok. Sibuk nak jirus air. "Air mi... abang nak jirus". Sekarang ni "abang" kecil ni makin bijak. Boleh cakap dengan ummi dia.. "umi ni tak dengar". Biasa bila saya cakap dengan Iman. Kalau dia tak dengar cakap. Saya kata "Iman ni tak dengar ummi cakap". Tu yang dia cakap balik tu bila ummi dia tak ambil perhatian dia cakap :)

Harapnya pokok ni membesar dengan sihat dan subur. Ini baru pertama kali beli pokok hiasan. Sebelum ni ada tanam pokok limau purut masa menyewa di kampung. Tapi habis mati ulat kerjakan daunnya. Sebenarnya AI tak berapa suka. Buat sarang nyamuk katanya. Macam ni oklah kan.. dua pasu je :)

Lepas ni nak tanam pokok sayur pula. Macam cili, limau purut, pokok kari, pokok limau. Bersungguh je bunyinya... ;)

Isnin, 13 Januari 2014

Jom riadah di Taman Rakyat Klang

Assalamualaikum

Jarang-jarang datang sini. Kali ni datang dah ada perubahan. Ada alat bersenam seperti di gim dan taman permainan yang baru ganti yang lama. Dulu kecil, sekarang besar. Tapi sayang ada yang tak jaga.

Tak tahu hargai apa yang ada. Agaknya sebab free kot. Tak baiklah buat macam tu.

Terasa nak datang selalu lepas ni. Nak jogging. Kena tunggu AI balik terus sini. Kalau exercise main-main bila-bila boleh juga. Berpeluh-peluh dibuatnya.







Cadar cotton murah di Jusco

Assalamualaikum

Baru ni pergi Jusco Bukit Raja nak cari hadiah untuk anak saudara sempena birthday dia. Ambil peluang juga tukar frame cermin mata. Patah pula besi kat hidung. Asyik adjust sendiri. Sekali tolak patah terus.

Cerita tersasar nampaknya. Oklah cerita tentang cadar murah. Masa nak ke kedai cermin mata ternampak cadar queen yang tertulis RM20. Terus dekat tengok. Murah, cotton pula tu, corak pun menarik terus ambil dua. Satu queen size, dan satu lagi single yang cuma RM15.

Ada offer sempena tahun baru cina. Kalau berminat bolehlah tengok di ruangan legar atau tengah-tengah Jusco Bukit Raja tu. Boleh tengok show sekali ;) hebat libas pedang :)

Oklah.. maaf tak dapat nak singgah lagi. Kalau tengok macam tak cantik je susunan text dan gambar. Maksudnya guna handphone.

Single

Queen

Ahad, 12 Januari 2014

Resmi kolam mandi Ummu Muhammad

Assalamualaikum

Pertama kali update blog guna handphone. Line internet Celcom (iPad) slow lagi.

Minggu lepas baru resmi kolam mandi pemberian Ummu Muhammad. Dah lama sangat tersimpan. Mula masa nak kembangkan kolam guna pam angin. Rasa lambat pula nak mengembang. Akhirnya guna mulut. Ternyata angin dari mulut lebih cepat. Semput :D

Seronok Iman dengan anak saudara berendam. Penuh kolam kecil tu.. :) Gamat suasana. Program mandi tanpa dirancang.


Khamis, 9 Januari 2014

Gambar di Penang

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Internet dah laju kembali. Cerita Penang tak habis lagi. Dah simpan dalam draft jadi tunggu masa publish je. Macam-macam naik sekarang ni. Rasa nak kembali ke zaman tiada kemajuan dulu. Lebih tenang walaupun susah. Anak-anak nak bermain pun seronok. Semakin maju semakin ramai orang jahat. Ermmmm... apa nak jadi pun tak tahulah.

Sambung cerita asal. Tak banyak tempat kami singgah sewaktu pergi Penang baru ni. Masa suntuk sangat, lagi pun percutian tanpa dirancang. Lebih kepada nak test kereta. Pusing-pusing, pening-pening je banyak. Apa pun sempat juga ambil gambar apa yang patut buat kenangan :)

Menara Komtar. Menara ni senget ke tak? Saya tengok senget. AI kata tak. Kalian pula?

Menara jam Queen Victoria

Jeti apa ke nama tak ingat. Belakang tu star cruise dengan feri nak ke Langkawi. Tak boleh pergi dekat, takde parking.

Teringin juga nak naik tapi takut ;)

AI teringin nak seberang kereta naik feri, tapi saya tak mahu takut mabuk ;) lalu je lah jambatan Pulau Pinang

Teruja setiap kali lalu atas jambatan ni.

Masa jalan-jalan dua kali jumpa banglo Butik Fareeda ni. Cantik je signboard tu kan. Besar sungguh.

Ahad, 5 Januari 2014

Singgah Kampung Kuala Muda Kedah yang pernah dilanda tsunami

Assalamualaikum

Ingatan tsunami di kampung Kuala Muda Kedah yang menyebabkan 7 orang terkorban. Rumah yang hampir dengan laut memang musnah sama sekali. Macam tak percaya tengok. Ada dalam kawasan pagar berhampiran bot-bot ni.

Atas permintaan acik (adik yang belajar di Politeknik Seberang Prai), kami pergilah ikut dia yang mahu ziarah keluarga angkatnya di Kampung Kuala Muda Kedah. Kampung ni dengan Seberang Prai tak jauh sangat. Dalam setengah jam dah sampai. Tapi sesat jadilah lambat ;). Kami ikut belakang je.

Kami pergi dua kereta. Adik dengan kawan-kawan dia tiga orang. Saya sekeluarga dan mak. Seronok perjalanan ke kampung ni penuh sawah padi kiri kanan. Rugi tak ambil gambar kat tengah sawah. Keluarga angkat adik saya ni program anjuran Politeknik. Sekejap dah mesra macam keluarga. Mak saya dah pernah sampai sebelum ni.

Cantik kan tengok sawah padi

Memang baik pun keluarganya. Ramah sungguh. Pekat cakap Kedah. Hat laju memang che kena pasang telinga lebih bagi paham ;) seronok sungguh tengok kami datang. Siap jamu nasi. Lama juga duduk sembang. Dengar cerita pengalaman mereka di landa tsunami. Rumah mereka pun rosak teruk juga masa kejadian tu. Mujur dapat bantuan kerajaan. Iman pula ada kawan sebaya.. bukan main seronok main pasir.

Bergambar kenangan sebelum balik.

Terima kasih buat mereka yang baik hati. In shaa Allah jumpa lagi. Mujur dah buat draft awal-awal, kuota internet sedang merudum.


Sabtu, 4 Januari 2014

Penang bird park

Assalamualaikum

Semasa pergi Penang baru ni.. ternampak signboard Penang Bird Park. lepas pening-pening cari jalan akhirnya sampai juga. Masa cari susah nak jumpa, bila tak cari asyik lalu je pula ;).  Biasanya memang macam tu kan.. saja je menguji kesabaran. Mujur AI sabar semata-mata nak bawa Iman yang suka sangat dengan burung. Mula-mula tak guna GPS. Lepas dah pening kenalah guna.

Masa ni nak balik dah.. letih juga berjalan

Replika burung pun boleh ;)

Gambar burung belakang tu jumpa masa mula-mula masuk. Iman je bergambar di sini.. itu pun macam terpaksa je. Letih cari jalan tak habis lagi :)

Sempat suruh mak ambil gambar. Cantik view kat sini.





Tiket masuk RM18 untuk orang dewasa. Kanak-kanak RM10 rasanya.. (lupa pula). Ada 300 jenis spesis burung. Ada yang cantik ada yang menggerunkan. Macam burung hornbill dan burung hantu. Puas hati jugalah masuk sini.