بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 14 Oktober 2014

Photobook Iman tempah melalui facebook

Assalamualaikum

Alhamdulillah setelah bertahun berhajat akhirnya siap juga photobook Iman. Bermula dari sembang di group whatsapp tentang gambar. Kawan beritahu ada orang boleh tolong buatkan photobook. Cuma tempah melalui dia sahaja. Apalagi laju je saya pm dia melalui facebook dan terus suruh buatkan. Nak buat sendiri asyik tak terbuat.

Untuk permulaan saya buat photobook Iman dari usia 0-2 tahun. Lepas ni nak buat 3-4 tahun pula dan lagi satu gambar kami sekeluarga. Teruja tengok hasilnya. Harga photobook ni RM85 termasuk kos buat dan hantar. Size A4. Harga ikut harga offer. Saya pilih hard cover. Dalamnya kertas licin. Puashati sebab gambarnya terang. Saya ambil gambar dari album Iman yang dimasukkan dalam fb. Memang setakat umur Iman 2 tahun je saya masukkan. Senang sikitla kerjanya.

Mudah sangat nak berurusan. Cuma perlu add facebook Hera's Pier. Beritahu nak photobook macamana. Kemudian hantar gambar. Sibuk juga dia sebab banyak tempahan. Jadi kenalah bersabar. Ikut giliran.

Bawah ni antara gambar dalam photobook Iman.

5 ulasan:

  1. lepas ni boleh buat framing pulak.
    gantung dalam umah.

    BalasPadam
  2. Salam UI.. wahh suka tgk photo book Iman ni..comel2 gambar kat dalam tu.. kami beli yang guna kupon Groupon tu, tapi belum send lagi.. :)

    BalasPadam
  3. assalamualaikum ummi...cantik boleh buat kenangan...:)

    BalasPadam
  4. Cantiknya
    ada juga terniat nak buat photobook
    thanks sharing UI :)

    BalasPadam
  5. Buat photobook ni memang ketagih tau...
    Bila dah buat satu, nak buat lagi, lagi dan lagi...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...