بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 5 September 2014

Mandi kolam Pantai Indah Seaview Apartment

Assalamualaikum

Aktiviti hari Isnin baru ni. Cuti 1 September.

Hari tu Iman asyik request nak mandi kolam je.. nak pam kolam yang beli d toys r us tu terasa malas pula. Jadi survey lokasi nak mandi kolam. Cari-cari, tanya-tanya. Akhirnya ke apartment Pantai Indah Seaview lagi rezekinya. Sewa rm100 tapi tak tidur. Cuma untuk bawa Iman dan anak saudara mandi kolam sambil bersantai dan makan-makan di bilik. Oklah.. selesa.. boleh siap-siap di bilik dan rehat-rehat. Duduk sampai malam baru balik.

Ibu-ibu semua pun masuk kolam juga. Ada adik sorang tak mandi sebab baru mengandung. Kami je. Takdelah malu-malu. Puashatilah semuanya berendam. Itupun tak puas lagi Iman nak main air. Belum nampak bulan katanya. Nak rehat-rehat bolehlah datang sini. Murah je. Tapi x bolehlah nak masak sebab xde dapur. Kami bawa bekal siap-siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...