بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 16 September 2014

Aktiviti di hari ulangtahun

Assalamualaikum

Baru-baru ni genap usia saya 38 tahun. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk perbaiki diri. Masih banyak lagi yang kurang ni. Semoga Allah beri kekuatan dan sentiasa bimbing hati ini ke arah yang lebih baik. Aamiin.

Di hari ulangtahun baru ni.. saya hadirkan diri ke majlis persandingan rakan kolej. Sudah 19 tahun tak jumpa. Lama sungguh. Baru-baru ni jumpa di facebook. Tu yang bertaut kembali. Tahniah buat Mariah. Moga kekal bahagia hingga ke syurga.

Balik dari Kg Kelanang rumah keluarga Mariah. Saya terus ke Meru untuk berjumpa rakan sekolah menengah pula. Sebenarnya nak ambil shawl. Tapi sambil-sambil sembang jumpa mana yang free untuk sama-sama menggembirakan hati ;). Alhamdulillah kawan-kawan buat surprise nyanyi lagu birthday. Terkejut, terharu dan malu pun ada. Masing-masing bawa potluck. Meriah makan-makan sambil belajar cara pakai shawl.

Sembang-sembang.. lepas isyak baru balik. Memang terhibur sangat hati. AI hari tu sampai 3x nyanyi lagu happy birthday. Selama bersama ni baru pertama kali nyanyi :-)

3 ulasan:

  1. Happy belated birthday UI...
    Seronoknya kawan2 buat surprise cenggitu... sporting habis :)

    BalasPadam
  2. happy belateb besday..meriah sgt n tambah terharu klu diraikan oleh kawan2 begini rupa

    BalasPadam
  3. HAPPY BELATED BESTDAY UMMI IMAN ... MOGA DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI INSYAALLAH .. AMIN....

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...