بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 18 Julai 2014

Pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine

Assalamualaikum

Seperti biasa sebelum tidur saya mencari info dan berita terkini. Jarang tengok tv jadi kena tengok melalui facebook atau twitter.

Bila terbaca cerita MH17 crashed di Ukraine. Rasa sangat terkejut. Ya Allah.. lepas satu-satu masalah pengangkutan udara kita timbul sejak dari peristiwa MH370. Ada saya terbaca tiada yang selamat. Apa pun peristiwa masih baru berlaku. Banyak yang perlu disahkan.

Bulan ramadhan banyak juga peristiwa sedih yang berlaku. Baru je dengar pasangan suami isteri meninggal kemalangan pagi tadi. Itu belum lagi termasuk peristiwa sedih lain yang berlaku dalam bulan ramadhan ni.

Kisah umat islam di Palestin lagi.. Ya Allah.. lindungilah seluruh umat islam dan berikanlah kemenangan kepada kami. Buat yang sudah tiada.. semoga roh mereka semua ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.

3 ulasan:

  1. Al-Fatihah buat mangsa beraga Islam...

    * pray for MH17...

    BalasPadam
  2. Salam takziah buat keluarga mereka dan alfatihah utk mangsa beragama Islam..

    BalasPadam
  3. Sama2 kita doakan agar keluarga mangsa tabah....malaysia sedang diuji. Salam kenal Ros, bw sini jemput datang blog saya dan jemut follow jika sudi :)
    ANISVITASHOP

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...