بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 17 Julai 2014

Baru free diaper

Assalamualaikum

Dah lama rasa tak buat catatan ;). Catat di sini hari bersejarah Iman free diaper. Dah besar baru nak ajar. Itu pun sebab tahun depan nak sekolah.

Ada kelebihan juga.. umur macam Iman dah tentulah faham apa kita bagitau pada dia. Lepas 2 hari.. nampaknya Iman dah lulus ujian tanpa lampin pakai buang. Hari pertama 3 kali terlepas. Hari kedua sekali. Hari ketiga.. alhamdulillah.

Bila nak buang air cepat-cepat lari. Buka seluar depan bilik air dan masuk sendiri.. buang dalam toilet bowl dan flush (banyaklah bil air). Lepas tu jirus air kat bebird. Cuma masa tidur masih pakai lagi.. tak yakin lagi nak biarkan bangun sendiri malam-malam.

Saja usik dia.. kenapa abang tak bangun malam buang air? Terlupa.. abang tak ingat. Cakap sambil gelak.

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah..mudah iman free diaper :)
    Abg da besar da.. boleh sekolah.. hehe..

    BalasPadam
  2. Alhmdlh...

    utk malam, bole start dgn sowh Iman p toilet sblm tido... pas2 set jam dalam jam 2pagi, kejutkan sowh p toilet g sekali... lama2 bole adjust, InsyaAllah...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...