بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 15 Mei 2014

Tidur Damar Inn Kuala Krai pula

Assalamualaikum

Lepas balik Singapore & Johor. Kami pergi Kelantan pula sebab nak ziarah bapa mertua yang kurang sihat. Sampai dah lewat malam jadinya kami bermalam sahaja di Damar Inn, Kuala Krai. Dekat dah dengan rumah bapa mertua. Kawasan situ juga.

Mulanya nak tidur di hotel Damar. Tapi dah penuh. Tinggal katil queen double. Dia beritahu nak murah sikit pergi Damar Inn. Adik pada hotel Damar hehe.. pergi situ pun tinggal yang katil double juga.. tak kisahlah sebab masih murah lagi.

Pertama kali tidur sini.. sebelum ni tidur di hotel Damar. Oklah walau hotel budget tapi ada fridge kecil dalam bilik. Ada wifi free juga.. sesiapa nak cari tempat tidur tu bolehlah bermalam di hotel Damar / Damar Inn. Dalam perjalanan ke Kuala Krai tu.. akan jumpa Damar Inn dahulu sebelah kiri.. lupa nak ambil gambar luar.. ambil gambar dalam bilik je.

Esoknya kami bermalam di rumah bapa mertua pula sebelum bergerak balik keesokan harinya. Tak balik terus juga menyinggah lagi :). Alhamdulillah masa kami sampai bapa mertua dah sihat.. sempat makan ikan bakar di pekan Kuala Krai tu.. sedap juga.. fresh seafoodnya.

4 ulasan:

  1. Mana2 hotel skrang ni ada free wifi..
    hihihi, senang nak update blog :)

    BalasPadam
  2. sempat mkn ikan bako tu..nyum3

    BalasPadam
  3. dari selatan ke timur yer...

    BalasPadam
  4. wifi free itu yg best, mesti penatkan dr uss blk kelantan jauh tu...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...