بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 22 Mei 2014

Kacang pool restoran bisik-bisik seksyen 7 Shah Alam

Assalamualaikum

Entri sebelum ni ada cerita dah pernah singgah makan di restoran bisik-bisik Johor Bharu kan. Baru-baru ni dalam group whatsapp kawan sekolah menengah, ada kawan buat sendiri kacang pool tu. Ada jual rupanya kacang tu dalam tin di pasaraya.. tapi orang rajin macam saya google je hehe.

Kawan sebut kedai makan seksyen 3 ada kacang pool. Tapi tak ingat nama kedai. Masa google.. ternampak pula yang di seksyen 7 pun ada. Jadi saya cuba di seksyen 7 dulu. Lebih biasa seksyen 7 dari seksyen 3 ;)

Pergi sini lepas balik dari hospital Sungai Buloh melawat suami kawan. Inshaallah nanti cerita. Mulanya tak pasti juga area mana kedai ni. Adik cakap belakang unisel.. masuk ikut stesen minyak Shell. Susah juga nak cari parking sebab tempat sempit. Mujur ada juga rezeki.. sebab orang keluar.

Kedai ni banyak menu.. satay pun ada. Adik saya makan nasi dengan ayam halia, anak-anak makan mee goreng. Saya pula tentunya makan kacang pool. Sedap.. tak cukup satu roti.. tambah lagi satu. Lepas ni nak ajak adik lain pula datang. Mereka ingat di Johor je ada kacang pool :)

5 ulasan:

  1. Mcm menarik je, sy pun x pernah mkn.. Ada jual satay kambing x kat situ?

    BalasPadam
  2. Tak tahu pula akak ada satay kambing ke tak :) tak tgk menu ;) cuma nampak org order satay hehe

    BalasPadam
  3. saya tak pernah lagi try kacang pool
    ada rasa teringin tapi tak sampai jodoh lagi hehe :)

    BalasPadam
  4. sy baru balik dr johor letih nk mencari tempat makan kat JB tu huhuhu tp xper nnti sy g carik lagi bisik2 tu

    BalasPadam
  5. Tak boleh bayang macam mana rasa kacang pool tu.. mmg tak pernah makan

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...