بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 17 Mei 2014

Bermalam di Hotel De La Ferns Cameron Highland

Assalamualaikum

Sambungan cerita yang tak habis lagi ;). Dari Kuala Krai kami singgah Cameron Highland pula. Dah lama sangat tak datang sini. Dari Kuala Krai nak ke CH ambil masa 2 jam lebih. Jalan macam ular.. Iman yang mabuk kenderaan.. 3x muntah. Kesian dia.. tinggi juga laluan berbukitnya.

Bila sampai Cameron Highland, dah maghrib.. kami gerak lewat. Sempat singgah rumah arwah pakcik AI. Hari Sabtu.. Brinchang sesak sikit sebab ada pasar malam. Mula rasa sejuk. Mujur pakai baju dua lapis.

Sampai-sampai pusing-pusing cari hotel dulu.. bila tak dirancang.. jadilah macam tu. Hotel banyak dah penuh. Tinggal tilam double.. harga pun up sikit. Sempat makan dulu di medan selera di Tanah Rata kalau tak silap. Mujur sedap. Nampak artis. Tapi artis tambahan selalunya. Lepas makan sambung cari lagi.. akhirnya terpaksa bermalam di Hotel De La Ferns. Terpaksa tu hehe.. tinggal katil double je.. so harga lebih. AI redha.. oklah..

Esoknya lepas sarapan.. pusing-pusing ladang strawberi. Ok juga sarapannya.. banyak pilihan.. tak pergi pun ladang teh.. cari tak jumpa :(. Balik tu je lalu.. tu pun tengok je hehe.. kami menyinggah 3 tempat tanaman strawberi. Ada tempat yang kecil je.. ada tempat yang besar. AI beli satu kotak strawberi di Healthy Strawberry's Farm. Sedap.. manis. Di strawberry's park.. saya beli minuman yogurt strawberry.. sedap.. beli satu je.. berebut dengan Iman ;).. dah sampai rumah buat sendiri... ermmm sedapnya.

Sempat jumpa pakcik (adik arwah abah yang memang menetap di sana). Dia ada homestay.. tapi tu lah main datang je kan. Kami jumpa di Kelab Golf. Pakcik saya tu memang suka main golf. Makcik pula ada kerja di situ. Kami sembang sambil makan kat situ. Harga makanan dalam tu takdelah mahal sangat. Standard harga restoran. Kami teman je.. order mushroom soup dengan garlic bread. Janji nak makan sekali tapi pakcik habis lewat. Kami makan nasi arab dulu hehe.

Macam biasa dah puas bebel.. tunjuk gambar.. sekarang update guna handphone tu yang jadi macam ni.. gambar takde capture. Nak buat boleh.. tapi malas nak edit. Sebab update guna application blog. Edit kena masuk blog through internet. Nak cepat.. ;)

5 ulasan:

  1. iman pun lama dh xpergi CH. ingt nk honeymoon sna walau sekankang kera je dari umah

    BalasPadam
  2. Bk sudah berdua ya.. lama tak jenguk blog bk.. tu yg tak tahu :) pergilah.. seronok honeymoon tempat sejuk ;) ikut makcik ada bln2nya sejuk..

    BalasPadam
  3. waa,,bestnya gi CH.. dah lama tak pi..kena pi lagi ni..

    jemput ke http://mabelleshoppe.blogspot.com/ untuk cuci mata dengan barangan tupperware..

    BalasPadam
  4. saya baru naik bulan 3 hari tu.hihi
    alhamdulillah dpt jga pergi kedua dua ladang teh. boh n bharat :)
    boh mmg susah sikit.masuk pon jauh ke dalm.
    bharat kalau nk blk kl lalu tapah snng la singgah

    BalasPadam
  5. jalan² sakan yer.. sementara ayah iman cuti hihihihi ... lg pun sekali jalan nak blk kan.

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...