بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 15 Mei 2014

Berjalan ikut pakej ke USS Universal Studio Singapore

Assalamualaikum

28 haribulan April baru ni.. kami pergi ke Universal Studio Singapore melalui agen pelancangon Erwin Travel. Dapat tahu mengenai agen ni dari blog ZalinZalina @ kak ina. Saya booking melalui telefon je. Puashati dengan servis yang diberikan. Kami pergi hari Isnin, saja nak elak orang ramai hehe. Harga tiket pun murah sikitlah berbanding hari minggu. Nak tengok pakejnya, boleh google Erwin Travel. Officenya di Danga Bay. Kawasan situ ada banyak hotel budget. Senang nak naik bas. Sebab pagi-pagi pukul 7:30 dah kena ada di office Erwin Travel tu. Kena isi butir-butir diri dalam borang untuk masuk singapore dan ambil tiket.

Dalam bas ada diberikan taklimat serba sedikit cara nak masuk USS dan peraturan di sana. Pukul 8 pagi bas bergerak.. sampai pukul 10 pagi. Macam lama kan.. tapi tak terasa.. selesa basnya. Sampai imegresen kenalah naik escalator untuk scan passport.. lagi sekali turun cop passport bila sampai di Singapore. 2x turun.. pergi balik 4x turun naik tangga. Oklah.. exercise ;)

Memang seronok masuk USS ni.. puashati dengan apa yang kita bayar. Dapat voucher makan $5 seorang. So, jimat lagi situ. Nak main apa semuanya free dalam tu. Memang masa 10 pagi - 7 petang tu, cukup-cukup je rasanya. Itupun banyak juga yang kami tak sempat. Banyak permainan dan persembahan dalam tu. Seronok tengok movie 3D Shrek. Siap ada air terpercik kat muka, kerusi goyang-goyang macam naik kuda.. selebihnya kena pergi sendiri hehe.. tak surprise nanti ;)

Iman pula bila sampai sini.. takut. Tu yang terpaksa sewa stroller. Asyik nak berdukung je.. penat ayah dia. Biasalah tempat baru kenal memang macam tu. Nampak pula yang pelik-pelik lagilah. Pukul 11 pagi kami dah makan nasi di restoran arab oasis.. driver bas yang suruh hehe. Halal dan sedap katanya. Lama juga duduk dalam tu. Sejukkan diri sekali.. cuaca dah panas. Iman pula tidur.

Kami bawa bekal air mineral dengan roti untuk jimat belanja hehe.. ada surau berdekatan bangunan piramid. Cari tak jumpa juga.. kena tanya orang. Sebab takde lambang apa pun kat pintu rasanya. Mujur k.ina dah pesan bawa telekung sendiri. Selesa juga walau kecil.

Banyak pula membebel ya.. selebihnya boleh tengok gambar-gambar kami di sana.. :) ada lagi gambar dalam hp adik. Tak sempat nak upload. Inipun dah banyak ;) sakan bergambar hehe.

3 ulasan:

  1. Memang puas hati kan khidmat Erwin Travel tu, UI...rasa nak pegi lagi :)

    BalasPadam
  2. Pergilah kak ina... hari tu pegi tak puaskan hehe..

    BalasPadam
  3. bestnya dah pg uss, alahai urusan imegresen ssh jgk yer..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...