بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 24 April 2014

Restoran ayam kampung sekyen 7 Shah Alam ada sup belut sedap

Assalamualaikum

Baru ni makan nasi ayam kampung restoran Hassan, seksyen 13 Shah Alam. Terletak betul-betul belakang perumahan Laman Seri. Cerita dalam group whatsapp. Ada pula kawan beritahu di Seksyen 7 Shah Alam pun ada restoran ayam kampung. Ada sup belut lagi. Saya dengan AI terus cari malam tu. Lepas pusing-pusing jumpa juga. Sebab kawan tu pun tak ingat kat mana.

Rupanya kedai ayam kampung tu terletak di jalan krystal k / 7k. Lot kedai belakang restoran mamak Hakim Maju. Signboard merah kuning. Ada tulisan besar ayam kampung.

Boleh cuba sup belutnya sedap. Tak hanyir. Habis saya makan ;). Ada orang cakap elok untuk orang asma. Saya makan saja-saja nak bagi sihat hehe.. kedai ni buka dari pagi sampai malam. Tengahari nasi campur. Banyak lauknya. Malam menu masakan panas. Ayam kampung dari pagi sampai malam ada :).

7 ulasan:

  1. laki kita suka sgt sup belut..
    nanti kalau g s.alam leh la try

    BalasPadam
  2. aym kg dia liat sikit kan kak?iman xbpe suke.tpi sup feveret lgi2 sup ekor

    BalasPadam
  3. Akak mkn ok je.. dapat yg panas2 lg :)

    BalasPadam
  4. sup belut?takpernah pulak makan..klu belut goreng dulu2 selalu gak makan..adik2 suka pancing.hehe

    BalasPadam
  5. Dulu2 ms keje sblm smp tmpt keje mst sgh mkn nasi lemak ayam kampung hage rm4 dgn portion ayam yg besar dkt wangsa maju.

    BalasPadam
  6. Siapa ada no phones kedai ni blh bg pda sy.

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...