بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 17 April 2014

Minat kereta mainan HotWheels

Assalamualaikum

Antara mainan yang Iman suka adalah koleksi kereta hotwheels. Kecil-kecil dah pandai nak buat koleksi. Tau pula tu mana satu kereta hotwheels.

Semalam masa pergi Giant Jalan Kebun. Iman dah pegang box untuk koleksi kereta HW bersama 2 kereta yang dilekatkan sekali. Pergi pasaraya kalau nampak. Mesti nak kalau jumpa mana yang dia takde. Tapi tak semua dia nak. Memilih juga ;)

Gambar di bawah, atas meja tu Iman yang susun atas arahan ummi dia hehe. Bukan semua kereta HW tu. Kereta mainan murah-murah je. Asyik punggah box mainan cari kereta. Jadi suruh dia susun.. senang.. nak main boleh ambil situ. Suka betul dia dapat box untuk koleksi kereta HW tu. Ummi dia suruh masukkan kereta lain.. mulanya tak terima sebab bukan brand HW. Akhirnya akur juga.. saja nak penuhkan box saya cakap :).

Mainan banyak-banyak tu.. kebanyakannya AI yang beli. Alasannya.. sorang.. saja nak bagi Iman happy. Mujurlah boleh bertolak ansur kalau kita taknak beli mainan yang diminta. Kena pandai-pandai cakap. Ayat yang dia rasa logik mesti luluslah untuk tolak permintaan dia tu ;)

6 ulasan:

  1. haaaa jom main sama2 Amsyar... sama kepala, HW jadi minat he3

    BalasPadam
  2. uii dah banyak koleksi Iman
    simpan elok2 nanti dah besa jadi kenangan :)

    BalasPadam
  3. wahhh..boleh tahan banyak juga koleksi iman tu

    BalasPadam
  4. pandailah iman ni.. tahu pulak kereta hotwheel tu hihihihi

    BalasPadam
  5. Satu kakak puji Iman pandai jaga mainan dia. Bagus kalau beli pun tak rugi. Boleh belikan satu almari khas utk Iman simpan mainan sampai dia besar. Boleh jadi koleksi kan..

    Kakak tengok pun suka sebab dulu kakak sebenarnya ada koleksi kereta mainan tapi bila bagi budak main lama-lama habis rosak...

    BalasPadam
  6. wahh! dah banyak koleksi Iman ni.. boleh buat almari utk letak..hehe..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...