بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 8 April 2014

Cendol dan laksa atas van Seksyen 7 Shah Alam

Assalamualaikum

Nak cerita pengalaman singgah makan cendol dan laksa atas van yang terletak berhampiran pintu masuk iCity berdepan dengan lot kedai setingkat di Seksyen 7 Shah Alam.

Selalu tiap kali lalu nampak ramai orang singgah makan. Tapi tak pernah dapat nak singgah. 2 minggu lepas semasa balik dari Taman Botani, ajak adik singgah. Mula kami order cendol. Habis cendol, makan laksa pula. Sedapnya... rasa nak tambah je lagi hehe. Lebih-lebih lagi masa tu tenaga banyak dah keluar ;)

Minggu baru ni singgah lagi dengan mak, balik dari makan kenduri rumah famili kawan. Kenduri kahwin adik lelakinya di Seksyen 7. Tengok dah jadi macam ketagih pula. Padahal saya tak minat cendol sebelum ni :). Iman pun suka...

11 ulasan:

  1. akhirnya sedap juga makan tepi jalan..
    terinign plk nk mkn cendol.

    BalasPadam
  2. kakak pula memang suka cendol Rose. kalau nampak yg jual cendol ada campur macam-macam mesti nak singgah.

    Kakak suka campur pulut dan durian huiii! sedap:)

    BalasPadam
  3. Bunda selalu gak beli n makan kat van2 yang berjual gini...selalu nya yang ada jual rojak pasembur dan cendol..selalunya diorang ni ada kat tepi2 atau simpang jalan kan..

    BalasPadam
  4. selalu jugak nampak port tu tapi tak pernah singgah lagi, kalau tak silap pernah masuk JJCM

    BalasPadam
  5. adui! nampak sedap cendol & laksa tu UI.. dah lama tak minum cendol ni..:)

    BalasPadam
  6. Betul. Byk tepi2 jln. Secara jujur jarang singgah beli. Bila dah rasa nk singgah byk kali ;)

    Ya. Ada plak jjcm kat van tu :)

    BalasPadam
  7. assalamualaikum ummi...wah sedapnya tengok Iman makan laksa n cendol tu...:)

    BalasPadam
  8. Kadang2 teringin jgk nk mkn cendol van ni tp x pernah2nya nak sggh.

    BalasPadam
  9. sedap tu, selalu cendol & rojak aje kan.. ni ada laksa juga !

    BalasPadam
  10. xsilap iman penah msuk jjcm dgn iqram beberapa thn lepas. meme xd nafi la sedapnya.kena pula tengah pns2..perghhh nyaman je

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...