بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 7 April 2014

Bagan Hailam Seafood

Assalamualaikum

4hb April baru ni merupakan ulangtahun kelahiran Mohd Fahrin Izani yang ke 8. Kebetulan hari Jumaat jadi bolehlah ajak pergi makan sebab esoknya cuti. Saya ajak mak dan adik lelaki yang tinggal sekali dengan mak.

Pertama kali datang ke restoran makanan laut ni yang lebih dikenali dengan nama Bagan Hailam. Kawan saya kata sedap. Jadi bolehlah cuba. Tak biasa datang tercari-cari juga tempatnya. Lokasinya berhampiran Tanjung harapan, Pelabuhan Klang. Tapi sebelah kiri (Turun jambatan, terus jumpa kedai makan ada replika ketam, masuk kiri. Terus je sampai nampak signboard bagan seafood). Restoran ni belakang kolam pancing ikan no.2.

Harga makanan di kira ikut portion small, medium dan large. Bayaran termasuk makanan ringan (kacang & jeruk) dan tisu basah yang diletakkan atas meja. Juga cukai kerajaan 10%. Dari segi rasa oklah.

Menu yang saya cuba.. sup isi ketam campur tahu (pekat macam shark fin soup), sotong goreng tepung madu, kailan bawang putih dan jenahak sweet sour (medium semuanya) serta 1 jug orange juice. Total RM163+. Ok ke tak?

3 ulasan:

  1. Sup isi ketam 2 mcm menarik jer...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah kenyang dah pun. Kalau ikut harga perbandingan di JB pada kakak itu dah murah sangat Rose...

    BalasPadam
  3. Mohd fahrin izani..
    jadi anak yang soleh ye

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...