بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 3 Mac 2014

Kedai jual barangan Arab di Shah Alam

Assalamualaikum

Jumaat lepas AI nak beli kurma buat kawannya yang terkena penyakit kanser darah. AI tahu ada kedai jual barangan arab di Shah Alam tapi tak tahu lokasinya.

Lepas whatsapp kawan. Mereka kata kedai tu nama Mahnaz Food terletak di Sekyen 26 Shah Alam. Lepas guna google maps. Sampai juga di lokasinya.

Bila masuk sini. Rambang mata. Macam-macam ada. Saya cuma ambil campuran buah kurma, apricot, kiwi dan buah tin 3 bekas. RM13 satu. Bunga saffron RM10 satu botol. AI beli kurma, capsul olive oil, serbuk polen, teh perisa anggur. Iman pula ambil dried cranberry. Sampai rumah baru perasan. AI ingat saya yang ambil ;) mujur sedap rasanya. Iman tak makan pun.

5 ulasan:

  1. wah! macam2 ada kan UI.. rambang mata tengok kurma yg pelbagai jenis..:)

    BalasPadam
  2. sy baru p smlm... kurma d rumah baru abes...

    BalasPadam
  3. UI memang bestkan..nk kesane lagi..cari madu sidr..jawuh dgn kami

    BalasPadam
  4. murah juga barang dia,
    sama macam kedai kat bentong :)

    BalasPadam
  5. Kalaulah kat JB ada macam ini best. Tempat kakak sini adalah satu kedai Pak Arab tapi tak banyak macam yga Rose tunjuk ini...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...