بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 4 Februari 2014

Tips erat hubungan suami isteri

Assalamualaikum

Pagi ni tengok rancangan Tanyalah Ustaz. Seronok banyak ilmu yang boleh dipelajari. Suka dengar cara ustaz ni bagi nasihat. Cukup dekat dengan apa yang biasa berlaku dan mudah difahami. Banyak tips dan nasihat tapi saya nak kongsi tips untuk erat hubungan suami isteri.

Tak banyak cuma tiga sahaja tips yang ustaz beritahu.
  1. Kongsi air minuman (cawan). Cari tempat mana yang pasangan kita minum. Romantik kan? :). Seperti Nabi Muhammad SAW lakukan. Begitu juga makanan. Makan satu pinggan atau ambil nasi dalam pinggan pasangan kita. Saya dan AI selalu buat macam tu. Kalau orang dulu-dulu, ada yang kata tak hormatkan?
  2. Selawat dan doa semasa membasuh beras. Doa agar sentiasa ada perasaan kasih sayang antara satu sama lain.
  3. Colek madu pada jari telunjuk dan suruh suami hisap madu tersebut. Sebab ada enzim pada jari yang meresap masuk dalam badan yang boleh mengeratkan hubungan. Macam yang kita lakukan semasa tahnik bayi.
Itu sahaja. Semoga sama-sama boleh amalkan daripada buat perkara yang tidak baik untuk pikat hati pasangan dan berdoa agar hubungan sentiasa diberkati Allah.


14 ulasan:

  1. Oh yg colek madu guna jari tu kakak baru tahu Rose. Terima kasih..

    BalasPadam
  2. TQ sharing ni UI.. insyaAllah nak amalkan...:)

    BalasPadam
  3. alhamdulillah yg no2 tu selalu diamalkan
    thanks sharing UI

    BalasPadam
  4. yg no 3 tu..nanti nak buat la..hihi..tq for sharing..:)

    BalasPadam
  5. makan sepinggan..tidur sepantal.. ehe..

    BalasPadam
  6. makan sepinggan tak pernah..tp makan bekas pinggan suami pernah..sama ke tak?

    BalasPadam
  7. selalu jugaklah share makan minum tu, Inshallah boleh practice ni walaupun malu2 kucing hehe

    BalasPadam
  8. senang je kan..

    kalau nur dah kawin oleh amalkan...

    BalasPadam
  9. assalamualaikum ummi...menarik ni...:)

    BalasPadam
  10. Owhhh baru tau pasal colek madu tu..

    TQ sharing ye :D

    BalasPadam
  11. Part minum air tu biasa buat tapi kalau depan orang tua (selain ibubapa), kami tak buat.. takut dikatakan kurang ajar.. ;)

    BalasPadam
  12. terima kasih akak berkongsi
    madu je tak pernah buat

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...