بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 27 Februari 2014

Restoran ZZ Sup Tulang Johor Bharu sedap

Assalamualaikum

Sebelum balik lepas tengok layang-layang. Singgah makan dulu. Adik bawa makan di Restoran ZZ, ZZ Sup Tulang yang terletak di Jalan Petri 5/1, Johor Bharu. Masa sampai sini Iman tidur. Penat agaknya. Jadi terpaksa gilir dengan AI. Lapar sungguh perut masa ni.

Bila dapat makan, wah nikmatnya. Sebab tengah lapar. Perut menggigit-gigit sebab makan jeruk betik  ;). Best tau tempat ni. Masakannya sedap. Saya makan nasi ayam penyet. AI yang order. Yang lain makan sup tulang. Tulang yang boleh disedut dalamnya. Saya tak makan. Rasa kuahnya je sikit. Sedap. Suka datang Johor. Masakan sedap-sedap.

Gambar makanan takde. Lapar sangat. Lagipun masa makan tu, yang lain dah habis makan. Jadi dah comot ;) Credit to rebeccasaw.com untuk gambar sup tulang tu. Siapa pergi Johor Bharu bolehlah singgah makan sini.

4 ulasan:

  1. Pernah baca tentang kesedapan sup tulang ZZ ni.. mmg nampak menyelerakan tambah2 lagi klu makan masa lapar...:)

    BalasPadam
  2. sup tulang dier tu nampak sedap sunguh lar

    BalasPadam
  3. lama dah tak pi johor
    sedapnya sup tulang..
    gear box ea :)

    BalasPadam
  4. makanan johor mmg best2 kan..sy klu sup tulang makan kuah je,sedut2 tulang tak reti

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...