بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 3 Februari 2014

Jalan-jalan Petrosains KLCC

Assalamualaikum

Semalam program bersama famili lagi. Kali ni saya cadang pergi ke Petrosains pula. Sampai pukul 3:30 petang, tapi dapat masuk pukul 4. Tunggu nak naik helmet ;) gelap Iman takut.

Harga tiket dewasa RM15, kanak-kanak dan warga emas RM8. Disebabkan AI staff Petronas maka dapat diskaun 20%. Warga emas tiada potongan ya, sebab harga dah murah.

Dah lama sangat tak datang, teruja juga. Adik saya ada yang belum pernah masuk. Duduk dalam tu 2 jam pun tak rasa. Itu pun ada yang tak sempat nak cuba. Iman seronok juga, macam-macam dia nak cuba.

Nak ambil gambar pun ikut mana sempat je.. kami keluar pukul 6, solat asar, makan di foodcourt, solat maghrib, tengok air pancut sekejap dan terus balik. Letih juga :)








6 ulasan:

  1. memang sesuai bawa anak2 ke sini :)

    BalasPadam
  2. mmg xsedar bape jam pun kalau duk dalam tu..nur hari tu pegi, keluar2 parking kena rm18...

    lama xlama duk dalam tu..huhuh

    BalasPadam
  3. Iman sayang... apasal botol susu tu digigit masa bermain.

    Betul-betul seronok dia Rose:)

    BalasPadam
  4. saya pun suka ke Petro sains.... Pernah bawa budak2 seharian duduk dalam tu... mmg byk benda boleh explore :)

    BalasPadam
  5. tepat yg best untuk bawak anak2,macam2benda boleh explore..mak2 ayah2 pun boleh join sekaki

    BalasPadam
  6. tempat yg sesuai untuk anak-anak..begitu juga kita orang dewasa...banyak benda yg kita tak tahu juga kan

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...