بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 20 Februari 2014

Beli kolam mandi besar di Toys R us

Assalamualaikum

Sebelum ni ada entri Iman dan anak saudara mandi menggunakan kolam pemberian Ummu Muhammad. Walau kecil tapi mereka tetap seronok.

Baru-baru ni, lepas cerita dengan AI nak cari kolam mandi besar sikit untuk mereka. AI pun beritahu ada jual di Toys R us dan belikan untuk mereka. Setakat ni belum resmi lagi. Tak sempat ;). Jadi tak pasti juga besarnya walau ada saiznya di situ. Harga kolam ni RM149.95. Tak termasuk pam angin yang berharga hampir RM39.95. Ada kolam saiz besar lagi daripada ni. Harga RM200 lebih.

Sebelum ni guna pam bola sebab tu lambat ;) tu yang guna mulut :). Kolam ni besar, jadi kenalah beli pam khas. Ada yang elektrik. Mahallah pula. Nak guna pun jarang-jarangkan. Rasa tak berbaloi pula nak beli ;).

Harapnya mereka lebih seronok lepas ni. Kolam besar, banyaklah airnya. Sekarang ni ada masalah airkan.. harap cuaca kembali elok. Jarang hujan sekarang ni. Hutan pun banyak yang terbakar. Semuanya kuasa Allah.

9 ulasan:

  1. Iman boleh mandi dgn umi sekali:)
    Kalau tak Iman tak ada geng.

    Tunggu bil air ajelah Rose bila dah ada kolam macam ini kat rumah.

    BalasPadam
  2. sama besar dgn kolam kat umah saya ni...

    BalasPadam
  3. wahhh! mesti Iman seronok ni..Kolam besar lagi puas dia nak mandi...:)

    BalasPadam
  4. seronok sakanlah anak2 nnti yer !

    BalasPadam
  5. wah,,bestlah iman..!boleh mandi ramai2. :)

    BalasPadam
  6. mandi kolam sakan la lepas ni.. adik Afif tumpang mandi boleh?..kolam Afif dah rosak....

    BalasPadam
  7. bestnya dapat berendam dalam kolam time panas2 ni
    tapi hari ni dah start hujan
    coce tak menentu :)

    BalasPadam
  8. assalamualaikum ummi...wah bestnya mesti seronok dpt mandi kolam nanti...;)

    BalasPadam
  9. wahh..besarnye kolam..best2!! =)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...