بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 2 Februari 2014

BBQ di Pantai Kelanang

Assalamualaikum

Selamat pagi dan berhujung minggu. Cuti-cuti ni ada program bersama keluargakan? Semalam saya, mak dan adik beradik lain ber bbq di Pantai Kelanang, Banting. Akan jumpa signboardnya sebelum pantai morib.

Program mendadak. Pagi baru cari bahan dan perap. Pukul 4 baru sampai lokasi. Sampai bentang tikar dan terus bakar. Anak-anak pula sibuk main layang-layang dan playground. Tengok laut dari jauh je. Nak pergi dekat pun tak sempat ;)

Tempat cantik tapi kemudahan tandas dan surau memang teruk. Paip air dalam surau di tutup. Tandas pun tak terjaga dan sangat kotor. Kena tahan kencing. Siapa mandi boleh kencing kat laut ;)

Tak sangka pula kami duduk bersebelahan dengan keluarga mr Os. Yang pernah menang maharaja lawak tu. Cantik isteri dia. Adik saya ada bergambar dengan dia. Saya segan. Asyiklah dia menyakat Iman yang main layang-layang. Kami bagilah sikit apa yang dibakar. Famili dia pun ramah-ramah semuanya. Pukul 7 kemas-kemas dan terus balik.

4 ulasan:

  1. bestnya....bersantai bersama keluarga.....yan pun ada kesini tapi pagi sampai tengahari je.....lepas tu singgah kepantai morib pula.....

    BalasPadam
  2. wah! bestnya..BBQ tepi pantai..Iman mesti suka...:)

    BalasPadam
  3. bestnya..lama tak beraktiviti mcm ni...

    BalasPadam
  4. pantai kelanang yg lama ke baru.. tp kat kelanang mmg tempat dia mcm x berjaga berbanding morib huhuhuhu... bestnya jumpe os.. dia ade sakitkan sakit jantung klu x silap..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...