بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 5 Januari 2014

Singgah Kampung Kuala Muda Kedah yang pernah dilanda tsunami

Assalamualaikum

Ingatan tsunami di kampung Kuala Muda Kedah yang menyebabkan 7 orang terkorban. Rumah yang hampir dengan laut memang musnah sama sekali. Macam tak percaya tengok. Ada dalam kawasan pagar berhampiran bot-bot ni.

Atas permintaan acik (adik yang belajar di Politeknik Seberang Prai), kami pergilah ikut dia yang mahu ziarah keluarga angkatnya di Kampung Kuala Muda Kedah. Kampung ni dengan Seberang Prai tak jauh sangat. Dalam setengah jam dah sampai. Tapi sesat jadilah lambat ;). Kami ikut belakang je.

Kami pergi dua kereta. Adik dengan kawan-kawan dia tiga orang. Saya sekeluarga dan mak. Seronok perjalanan ke kampung ni penuh sawah padi kiri kanan. Rugi tak ambil gambar kat tengah sawah. Keluarga angkat adik saya ni program anjuran Politeknik. Sekejap dah mesra macam keluarga. Mak saya dah pernah sampai sebelum ni.

Cantik kan tengok sawah padi

Memang baik pun keluarganya. Ramah sungguh. Pekat cakap Kedah. Hat laju memang che kena pasang telinga lebih bagi paham ;) seronok sungguh tengok kami datang. Siap jamu nasi. Lama juga duduk sembang. Dengar cerita pengalaman mereka di landa tsunami. Rumah mereka pun rosak teruk juga masa kejadian tu. Mujur dapat bantuan kerajaan. Iman pula ada kawan sebaya.. bukan main seronok main pasir.

Bergambar kenangan sebelum balik.

Terima kasih buat mereka yang baik hati. In shaa Allah jumpa lagi. Mujur dah buat draft awal-awal, kuota internet sedang merudum.


5 ulasan:

  1. hehehe..terasa nak ckp kedah gak x bila berborak dgn org kedah??

    BalasPadam
  2. seronok dpt berjalan tmpt org kan?

    BalasPadam
  3. Tenang je tgk sawah padi tu..rindu suasana belajar di Kedah dulu..paling rindu dgn laksa...hehe

    BalasPadam
  4. Best berjalan tempat orang nak nak ada keluarga angkat kan..suami sy pun ada keluarga angkat dekat johor..diorang kenal masa suami sy terlibat dengan misi menyelamat mangsa mangsa banjir suatu ketika dulu...

    BalasPadam
  5. org utara semua peramah2 n baik hati kan?haha..

    dah dekat dah tu dengan sp..napa tak singgah?

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...