بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 3 Januari 2014

Pertama kali ambil darah

Assalamualaikum

Terima kasih pada semua yang mendoakan Iman dan bagi tips untuk sembuhkan penyakitnya. Ada yang saya dah cuba dan ada yang belum. Iman biasanya tak sihat disebabkan jangkitan pada tekak. Lepas tulis entri sebelum ni tiba-tiba badan Iman panas. Tak sedap hati saya bawa pergi hospital. Public holiday klinik pun tutup. Saya minta nasihat doktor yang rawat Iman sebelum ni. Dia cadang suruh buat ujian darah.

Saya bawa Iman pergi hospital Pantai. Suhu badan dia tinggi masa tu, kena masuk ubat ikut punggung. Doktor setuju buat ujian darah. Pertama kali di usia Iman 3 1/2 tahun kena ambil darah. Mujur sikit je. Itupun cucuk di hujung jari. Tapi darah susah nak keluar sebab tak makan. Kenalah urut-urut.

Sampai dua jari kena cucuk. Mula tu Iman tarik tangan dia jadi jarum tak kena dalam sangat. Bila darah dah tak keluar kena cucuk lagi sekali. Menangislah che Iman. Dahlah nak masuk ubat ikut punggung nangis juga. "taknak baring... taknak baring". Tak baring macamana nak masukkan.

Taknak ambil gambar.. takut nampak tak hensem :)

Kesian sungguh tengok dia. Tapi lepas ubat dah jalan. Berpeluh-peluh badan tu.. berlari sakan kat hospital. Maklumlah ada kawan (ajak adik dan anak dia). Lepas dapat result darah. Ada jangkitan kuman, jadi doktor suruh jumpa Dr Pediatrik esoknya.

Peneman setia kat hospital. Bagi Iman ceria sikit.

Esoknya pergi berdua je. Iman dah tak demam, masih batuk tapi dah kurang sikit. Sampai hospital Iman cakap "tak nak cucuk tangan eh". Berkali-kali ulang ayat tu. Bila tanya sakit ke.. "tak sakit". "habis tu kenapa nangis".. diam je..

Doktor kata tiada masalah bahagian dada. Mungkin tekak dia gatal tu yang dia batuk. Kena bagi antibiotik je sampai habis. Ubat batuk dan selsema pun tukar ubat lain. Sebelumnya ubat batuk dan selsema sekali. Tapi yang ni asing. Ubat batuknya pun jenis herba. Doktor kata bagus. Tentang kuman dalam darah, doktor kata biasa bila tak sihat ada jangkitan pada darah. Kalau tak ok juga dalam masa seminggu kena jumpa doktor semula.

Iman masih boleh makan minum dan doktor pun tengok aktif jadi doktor kata tiada apa-apa. Harap-harapnya macam tu lah.. Iman pandai jawab kalau doktor tanya. Dr pun senyum je dengar dia jawab. Ada sakit tekak tak? Iman angguk. Saya pun kerap tanya dia. Dia boleh bagitau dia sakit kepala, perut atau bahagian mana. Ada Dr yang tak percaya dulu bila saya kata Iman bagitau dia sakit kepala. Biasalah bila selsema teruk, kepala sakit. Kita pun macam tu juga kan..

Setakat ni ada perubahan positif. Saya teruskan bagi ubat demi kesihatan Iman. Dah sihat baru fikir untuk tingkatkan antibodi badan dia. Asyik minta mee je bila tak sihat ni. Bubur nasi tak mahu dah. Selera makan bihun sup :)


3 ulasan:

  1. Maaf lama x jenguk. Singgah ari ni & terima kasih mendoakan kesihatan saya yer!

    BalasPadam
  2. Kak ina memang tak sampai hati nak tengok kalau anak kena ambik darah...sian Iman...mudah2an Iman cepat sembuh...Aminnnn...

    BalasPadam
  3. Moga iman lekas sihat...jaga pemakanan dia kak....skrang ni cuaca tak menentu..udara pun xbersih....

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...