بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 4 Januari 2014

Penang bird park

Assalamualaikum

Semasa pergi Penang baru ni.. ternampak signboard Penang Bird Park. lepas pening-pening cari jalan akhirnya sampai juga. Masa cari susah nak jumpa, bila tak cari asyik lalu je pula ;).  Biasanya memang macam tu kan.. saja je menguji kesabaran. Mujur AI sabar semata-mata nak bawa Iman yang suka sangat dengan burung. Mula-mula tak guna GPS. Lepas dah pening kenalah guna.

Masa ni nak balik dah.. letih juga berjalan

Replika burung pun boleh ;)

Gambar burung belakang tu jumpa masa mula-mula masuk. Iman je bergambar di sini.. itu pun macam terpaksa je. Letih cari jalan tak habis lagi :)

Sempat suruh mak ambil gambar. Cantik view kat sini.





Tiket masuk RM18 untuk orang dewasa. Kanak-kanak RM10 rasanya.. (lupa pula). Ada 300 jenis spesis burung. Ada yang cantik ada yang menggerunkan. Macam burung hornbill dan burung hantu. Puas hati jugalah masuk sini.

2 ulasan:

  1. seronoklah iman yea..puas dia jalan2 tgk burung.. :)

    BalasPadam
  2. sy tak pernah pegi sini..serius..boleh tahan gak ekk harga tiket..seronok la iman dpt tgok macam2 jenis burung

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...