بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 29 Januari 2014

Muzium kapal selam lagi

Assalamualaikum

Lepas melawat anak adik. Sebelum balik singgah pantai klebang sekejap. Saja nak bawa Iman naik kapal selam. Dulu pergi tak boleh masuk dalam.

Bila dapat masuk, terkejut tengok ruangan dalam yang sempit. Nak berjalan pun muat seorang je. Lemas pula rasanya. Memang tak bolehlah kerja dalam kapal selam ;)

Iman pun tak selesa. Nak berdukung je, takut. Nampak je besar tapi dalam kecil je..

Lepas tu ingat nak beli coconut shake. Tapi tak jadi... panjang barisan ;) adik sibuklah cakap, kenapa tak berhenti. Tak sanggup nak tunggu. Mujur dah rasa sebelum ni. Memang paling sedap coconut shake kat situ. Teringat-ingat lagi kesedapannya :)

6 ulasan:

  1. nory kalau balik melaka, tak pernah lagi singgah muzium ni...nnt nak singgah jugak lah...

    BalasPadam
  2. xpernah p lagi... mcm menarik jer...

    BalasPadam
  3. Salam Ummi Iman..bestnya dpt masuk melawat kapal selam,biasa tgk dr luar jer

    BalasPadam
  4. owh, sempit ek bahagian dalam kapal selam tu? Ok la tu, ada juga pengalaman... teringin juga nak ke sana:)

    BalasPadam
  5. oo..kapal selam ni pon Melaka jugak..tau yang kapal besar tu je

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...