بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 4 Januari 2014

Jeruk madu Pak Ali Seberang Jaya Penang

Assalamualaikum

Entri terakhir jalan di Penang. Kalau pergi tak sah tak cari jeruk madu Pak Ali. Mula mak kata beli di stesen bas. Tapi masa pening-pening nak cari stesen bas, jumpa pula kedai jeruk madu Pak Ali ni. Sebelum tu ada nampak. Tapi tak ingat jalan. Akhirnya jumpa juga. Adalah rezeki untuk orang-orang yang nak jeruk madu Pak Ali ni.

Dari jauh dah ambil gambar ;) Lokasinya berhampiran Taman Wakaf Seetee Aisah

Closed up dekat sikit

Masuk dalam macam-macam jeruk ada. Pilih je nak yang mana. Selain jeruk ada lagi makanan lain yang dijual. Tshirt pun ada di tingkat atas. Kami pilih jeruk je..

Dekat dengan Bukit Bendera pun ada juga jeruk madu Pak Ali ni. Masa lalu situ jalan sesak. Nak naik Bukit Bendera pun tak jadi. Jem sikit jalan sebab ada sambutan Krismas di Padang Mahkota. PM datang, jadi jalan ada yang di tutup.


Sempat isi perut di RBB Station yang terletak berhampiran kedai jeruk Pak Ali. Malu pula nak ambil gambar makanan. AI dan mak makan nasi ayam. Saya makan chicken chop. Rasanya boleh tahan juga.



2 ulasan:

  1. jeruk pak ali jugak yg dicari ye..mmg pemes betul..kt sp ni ada gak satu baru bukak..

    BalasPadam
  2. dok beli kedai yang kat sp je... makan pun rasa terjamin.. x pikir yang bukan2 :)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...