بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 9 Januari 2014

Gambar di Penang

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Internet dah laju kembali. Cerita Penang tak habis lagi. Dah simpan dalam draft jadi tunggu masa publish je. Macam-macam naik sekarang ni. Rasa nak kembali ke zaman tiada kemajuan dulu. Lebih tenang walaupun susah. Anak-anak nak bermain pun seronok. Semakin maju semakin ramai orang jahat. Ermmmm... apa nak jadi pun tak tahulah.

Sambung cerita asal. Tak banyak tempat kami singgah sewaktu pergi Penang baru ni. Masa suntuk sangat, lagi pun percutian tanpa dirancang. Lebih kepada nak test kereta. Pusing-pusing, pening-pening je banyak. Apa pun sempat juga ambil gambar apa yang patut buat kenangan :)

Menara Komtar. Menara ni senget ke tak? Saya tengok senget. AI kata tak. Kalian pula?

Menara jam Queen Victoria

Jeti apa ke nama tak ingat. Belakang tu star cruise dengan feri nak ke Langkawi. Tak boleh pergi dekat, takde parking.

Teringin juga nak naik tapi takut ;)

AI teringin nak seberang kereta naik feri, tapi saya tak mahu takut mabuk ;) lalu je lah jambatan Pulau Pinang

Teruja setiap kali lalu atas jambatan ni.

Masa jalan-jalan dua kali jumpa banglo Butik Fareeda ni. Cantik je signboard tu kan. Besar sungguh.

10 ulasan:

  1. Waa..bestnya..hari tu g Pulau Pinang jugak..hihik..rindu laksa Pinang..

    BalasPadam
  2. saya pun rasa menara komtar tak senget... hihihi

    BalasPadam
  3. salam rose..lamayer kite tak jenguk rose..mood hulang aritu..ni baru nk naikkan semangat berblog balik..rindu dgn kawan2 semua...bestnyer rose gi jalan2 ke penang ye..

    BalasPadam
  4. Puaslah anakanda Iman berjalan ye. Tak kanlah senget menara tu Rose. Takut pulak kalau dikatakan senget..

    BalasPadam
  5. Rindu dengan Penang bila tgk pic2 UI ni.. last sy ke Penang thn 2006 kot..msti dh banyak perubahan kan?..:)

    BalasPadam
  6. bestnya adik Iman jejalan pi penang..

    pict menara komtar je yg nampak senget..yg ori nya tak kott :)

    BalasPadam
  7. saya dah lama teringin nak gi penangtapi tak lepas lagi nih :)

    BalasPadam
  8. org png ni pun dah lama tak ke penang tau..:)

    naik feri besar tak mabuk la kak..cuba dulu best!

    BalasPadam
  9. ruginya tak naik feri..
    nur dulu pun takut gak..bila cuba..tak pening pun..biase2 je.. :)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...