بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 30 Januari 2014

Demam kerepek ngaku

Assalamualaikum

Musim perayaan tahun baru cina masing-masing sibuklah mencari ngaku. Orang cina tak tahulah buat apa dengan ngaku ni. Tapi orang melayu suka buat kerepek.

Sebenarnya saya pun turut teringin juga nak rasa. Dah sana sini ngaku kan. Sebelum ni pun ada nampak orang post kat blog. Buat orang lain teruja je.

Kebetulan masa sibuk group sekolah menengah whatsapp. Ada kawan hantar gambar kerepek ngaku makan kat office. Apalagi masing-masing pun order termasuklah saya. Semua kata sedap. Baru tau rasanya macamana. Macam kentang sikit. Manis dan ada rasa macam kelat sikit (tak rasa sangatlah kelat tu).

Ambil gambar dari whatsapp kawan sekolah. Dia beli di pasar sekilo RM7 lebih. Mahal sungguh. Diorang kata beli di Tesco murah. RM2.88 je sekilo. Kalau rajin bolehlah buat sendiri. Tak rajin beli ;)

Officemate kawan jual RM25 sebalang (tinggi). Pandai dia buat.. Cantik je.

9 ulasan:

  1. mcm teringin lak nk try...huhu boleh ke kalo nk order

    BalasPadam
  2. Order dr kawan yg kerja d kompleks PKNS s.alam ni.. Kalau dekat bolehlah

    BalasPadam
  3. senang beli yang dah siap kan, hehe..
    ada jual online tak?

    BalasPadam
  4. Tak penah dngar name buah ngaku ni..oo agaknya penah kot makan kerepek ni tapi taktau diperbuat dari ape..heh

    BalasPadam
  5. Mesti sedap kan UI.. tak pernah makan lagi..sini, tak tau ada ke tak..:)

    BalasPadam
  6. kalau malas mmg elok beli jer hihihi.. bgs jgk yer.. boleh buat business

    BalasPadam
  7. assalamualaikum ummi...mesti sedap kan..:)

    BalasPadam
  8. tak dapat nak bayang mcm mana rasa kerepek ngaku... tgk aje la dulu :)

    BalasPadam
  9. org cina pun buat kerepek gak buah ni..

    nur de cari buah ni, konon nak buat sendiri, tapi xde...habis..huhuhu

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...