بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 21 Januari 2014

Daun nona buat jaram ketika demam

Assalamualaikum

Daun nona sebelah kiri. Yang kanan tu daun bunga raya putih

Masa saya kecil-kecil dulu arwah nenek suka jaram (sapu) badan dengan air campuran daun-daun. Selalunya arwah akan guna daun durian belanda. Baru ni masa Iman demam, panas tak turun. Saya pergi kampung, minta tolong makcik carikan daun durian belanda. Pokok ada tapi tuan rumah takde. Jadi guna alternatif lain.

Makcik carikan daun nona dan daun bunga raya putih. Balik tu terus ambil daun nona, ramas-ramas dalam air dan sapu pada badan Iman. Makcik suruh buat satu-satu. Jadi saya pilih daun nona dulu. Lepas sapu seluruh badan dan kepala. Badan Iman terus sejuk. Alhamdulillah lega rasa hati. Esok tu memang dia dah tak demam. Tapi masih batuk.

Arwah nenek saya kata kalau air daun yang kita ramas tu warnanya merah pekat, maknanya orang yang demam tu tinggi suhu badannya. Masa ramas untuk Iman tu memang merah pekat lah warnanya.

Lepas dua hari Iman demam balik. Masa tu daun dah layu. Risau batuk dan demam yang panas sangat terus pergi hospital. Kenalah masuk ubat ikut punggung (cara moden). Mujur lepas tu baik juga. Ubat batuk herba yang doktor bagi tu memang elok walau ambil masa juga nak pulih sepenuhnya.  Sekurang-kurangnya, batuk dah tak teruk lepas bagi ubat tu.

Cuaca sekarang tak berapa baik. Nyamuk denggi pun dah mula banyak. Kawasan rumah adik saya ramai yang kena. Anak adik pun kena, alhamdulillah tak teruk sebab dia bagi air kelapa cepat. Bagi minum banyak air doktor cakap. Tak perlu masuk wad.

Semoga Allah lindungi kita dari penyakit yang memudaratkan. Amin.

8 ulasan:

  1. saya x tau daun buah nona bole d buat ubat... yg sy tau, buah nona sedap jer ;)

    BalasPadam
  2. baru tahu....selalu yan guna daun alor vera atau pun daun durian belanda je....

    BalasPadam
  3. Baru tau daun nona pun boleh hilangkan demam.. sllu nya mak sy dulu2 guna daun bunga raya tu UI..
    moga dijauhkan dr pelbagai penyakit..amin!

    BalasPadam
  4. Bru tau daun nona leh wat jaram demam..dlu slalu guna duan bnga raya je

    BalasPadam
  5. tak pernah dgr saya selalu pakai serai wangi dgn daun jambu..

    BalasPadam
  6. mak saya pun buat macam tu..dia siap tanam pokok nona sebab senang nak guna kalau demam..kalau saya balik kampung anak tak demam pun dia ramas daun ni buat anak2 saya mandi..

    BalasPadam
  7. oo...boleh jugak yea daun ni...yg nur cuma tahu daun bunga raya je...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...