بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 18 Januari 2014

Buat aiskrim oreo

Assalamualaikum

Selamat pagi. Dua hari lepas buat aiskrim oreo. Tengok blogger fieda buat teringin juga. Sebab senang. Iman pun suka sangat aiskrim. Terima kasih fieda untuk resepi aiskrim ni.

Resepinya:

1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 sudu besar ovalette
Sedikit perisa vanila
Putar semua bahan selama 30 minit

Kemudian masuk je apa-apa perisa yang kita nak. Gaul rata. Siap.

Mudahkan. Saya buat aiskrim oreo macam fieda. Tapi disebabkan perisa vanila takde. Saya blend oreo tanpa buang creamnya. Hancur sangat pula tu ;) Sepatutnya masukkan biskut oreo je.

Lama juga ambil masa nak beku. Mungkin bekas saya tu tinggi. Iman dah tak sabar nak rasa. Boleh tengok dalam gambar tu kesan jari dia. Masa tu tepi dah keras. Tengah masih tak berapa keras lagi.

Rasanya sedap. Tapi lainkali tak mahu campur cream oreo tu dan tak mahu hancur sangat biskutnya. Budak-budak cakap sedap. Memang sedap. Sebab lembut je aiskrimnya. Sama macam kat kedai tu. Boleh buat lagi lepas ni. Cuba perisa lain pula.

8 ulasan:

  1. Sedapnye eskrwm oreo...nk sket

    BalasPadam
  2. Salam sabtu....sedapnya eskrim tu:D

    BalasPadam
  3. sedap....dan puas mkn bila buat sendirikan.. :)

    BalasPadam
  4. aiskrim homemade mmg best..ovelette je takde kt rumah klu tak bley dah buat

    BalasPadam
  5. Hye, saya suka bace blog awk, baru2 ni saya baru buat blog hope awk boleh follow dan singgah la blog saya :) http://awksweetgitu.blogspot.com

    BalasPadam
  6. wow... macam sedap je...
    xkan nak kena buat jugak kot... kekeke

    sedapnya tengok waktu tengahari2 ni kan? (^___^)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...