بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 14 Januari 2014

Beli pokok untuk serikan rumah

Assalamualaikum

Masa menghala ke rumah adik lalu depan tempat jual pokok. Makin cantik nampaknya. Rasa tertarik pula kan..

Masa balik lalu terus. Alih-alih pusing balik. Nafsu nak menyinggah tu bukan main lagi kan. Adeh..

Akhirnya, beli juga pokok rhu ni. Betul kan. Saja cari pokok yang daunnya tak luruh. Sesuai untuk orang rajin macam saya ;)

Iman pun suka pokok ni. Masa India tu alih ke pasu, Iman cakap "beli mi". Memang dah belilah tu.

Sampai rumah bukan main mengadap pokok. Sibuk nak jirus air. "Air mi... abang nak jirus". Sekarang ni "abang" kecil ni makin bijak. Boleh cakap dengan ummi dia.. "umi ni tak dengar". Biasa bila saya cakap dengan Iman. Kalau dia tak dengar cakap. Saya kata "Iman ni tak dengar ummi cakap". Tu yang dia cakap balik tu bila ummi dia tak ambil perhatian dia cakap :)

Harapnya pokok ni membesar dengan sihat dan subur. Ini baru pertama kali beli pokok hiasan. Sebelum ni ada tanam pokok limau purut masa menyewa di kampung. Tapi habis mati ulat kerjakan daunnya. Sebenarnya AI tak berapa suka. Buat sarang nyamuk katanya. Macam ni oklah kan.. dua pasu je :)

Lepas ni nak tanam pokok sayur pula. Macam cili, limau purut, pokok kari, pokok limau. Bersungguh je bunyinya... ;)

5 ulasan:

  1. cantik..mmg berseri umah ummi iman nanti.. :)

    nur pernah beli untuk opis..letak diluar..skali hilang..huhuhu

    BalasPadam
  2. Jiran sebelah rumah kak ina tanam pokok ni sampai dah besar tinggi sangat... kalau kat rumah kak ina tunggu pokok lebih husben tanam untuk client aje..he he..

    BalasPadam
  3. Cantik lah pokok rhu tu..semangat Iman nak siram.. harapnya tumbuh dgn subur..:)

    BalasPadam
  4. hijau... tenang... damaiii...
    mak is suka tanam bunga, pokok2... is suka tengok ja (^___^)

    BalasPadam
  5. seronok kan kalau depan rumah tanam pokok yang merimbun :)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...