بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 11 Disember 2014

Bayview hotel Langkawi selesa

Assalamualaikum

Cerita tentang tempat penginapan kami di Langkawi. Pertama kali duduk di Hotel Bayview ni. Semasa tiba di airport kami sewa kereta. Mahal juga harga sebab cuti sekolah katanya. Nissan sentra RM180. Kereta murah dah habis katanya. Betul ke tak tak tau la kan.AI tak survey harga pun tempat lain. Tanya situ terus jadi.

Lepas dapat kereta terus ronda-ronda nak cari hotel mulanya. Tapi tukar plan sebab nampak signboard cable car. Ceritanya di entri lain ;-). Balik dari situ. Makan nasi dulu. Sambung lagi cari hotel. Singgah Kuah pula Iman sibuk nak tengok patung burung helang simbol Langkawi.

Lepas ambil gambar guna camera dslr (beli dengan kawan). Mujurlah bawa kalau tidak gelap je la kan guna handphone sebab dah malam ;-). Sambung lagi cari hotel.. tengok betapa susahnya nak cari tempat tidur. Sebenarnya dah survey melalui google. Hati ni berkenan dengan Bayview. Tapi AI pula taknak. Akhirnya ke situ juga kami tidur. Punyalah lama memikir.

Hotel ni terletak di pekan Kuah. Tengah pekan. Tapi tak serabut la. Untung juga dekat dengan kedai makan dan kedai nak shopping. Walau tak shopping hehe. Beli coklat je sebab adik nak. Ahad malam ada pasar malam bawah hotel tu. Sempatlah cuci mata. Pergi sekejap memang terhadlah perjalanan. Tujuan utama bawa Iman naik kapal terbang kata AI.

Bilik hotel ni katilnya besar. Tidur bertiga pun luas lagi. Double bed (katil single tapi saiz besar). Harga RM250 termasuk sarapan. Sarapannya best. Banyak sangat pilihan. Selebihnya boleh nilai dari gambar di bawah dan google. Memang ramai yang puji sebab selesa dan puashati. Kami pun rasa macam tu juga. Tak sempat tengok swimming pool yang terletak di tingkat 4. Ajak AI.. dia taknak. Tak pergi la hehe. Kalau google cantik poolnya. Besar.

Pertama kali terbang bersama Malindo

Assalamualaikum

Demi memenuhi permintaan Iman yang nak naik kapal terbang. AI suruh saya booking tiket. Lokasi mendarat tu saya yang pilih ;-). Dah lama tak pergi Langkawi.

Saya terus je masuk website Malindo check tiket sebab niat nak naik di Subang. Harga tiket sehari sebelum fly rasanya dah murah. Jadi terus booking. Tak tengok pula harga tiket yang lain. Teringin nak naik Malindo sebenarnya ;-).

Esoknya kami lewat ke airport. Jadi tak sempat nak ke tempat parking kereta. Sementara ada rezeki ni, AI guna khidmat valet parking. Sehari RM120. Kalau parking biasa harga antara RM30-50.

Ok sambung pengalaman bersama Malindo. Disebabkan kapal terbang ni guna kipas, jadi terbangnya tak tinggi sangat. Seronok sebab nampak pemandangan di bawah. Masa balik tak dapat tengok. Awan tebal. Pilot sampai elak-elak awan. Best juga.. tak rasa kalau naik kapal terbang besar ;-).

Masa terbang dapatlah air mineral yang dalam cawan kecil tu bersama sebungkus biskut yang kecil. Ok la kan. Harga tiket termasuk free luggage 15kg. Harga tiket dari Subang ke Langkawi pergi balik booking sehari sebelum terbang RM594 untuk kami bertiga. Tak ambil insurans ;-).

Kalau awal.. mesti murah lagi kan. Seronok sangat Iman. Best katanya. Siap buat thumbs up. Bukan satu tangan tapi dua :-). Esok kita naik lagi ya.. tengok betapa mesra kapal terbang. Umminya penakut kapal terbang ;-).

Khamis, 4 Disember 2014

Pak Tam Cendol High Way

Assalamualaikum

Tercari-cari tempat makan yang ada pelbagai jenis masakan mee. Boleh datang sini. Pak Tam Cendol Highway namanya. Terletak di jalan rantau panjang klang menghala ke pelabuhan utara. Dari Klang sebelah kanan. Dari Pelabuhan Utara sebelah kiri.

Ada mee/bihun sup, mee kari, mee udang, laksa, mee rojak. Ada ABC, cendol dan macam-macam air. Tempatnya redup sebab banyak pokok. Memang sedap-sedap. Tak rugi cuba.

Isnin, 1 Disember 2014

Iman takut sunat

Assalamualaikum

Ahad baru ni, dua orang anak saudara bersunat. Abang dan adik. Umur 9 dan 7 tahun. Meriah sebab sunat beramai-ramai di masjid. Berarak pusing taman naik lori. Mandi air bomba. Berdebar masing-masing nak sunat. Tidur lewat malam tu adik saya cakap. Risau memikir nak sunat. Kalau tanya Iman lagi la.. sampai menangis takut. "Abang taknak sunat, nanti abang pengsan". Kalau dia tak takut dah selamat la.. tak sabar ummi dia nak dia jadi dewasa ;-)

Tak tau la bila giliran Iman.. eloknya lahir-lahir tu sunat terus. Senangkan. Ikut masing-masing la ya ;-). Lepas sunat muka masing-masing control je. Padahal dalam tu menangis. Diorang saja je bagi tenang dulu baru keluar. Takut ada yang lari dan takut agaknya hehe. Ada juga baya Iman hari tu. Macamana la agaknya..

Rabu, 26 November 2014

Nama baru beberapa jalan di Kuala Lumpur

Assalamualaikum

Penamaan semula atau nama baru bagi beberapa jalan di Kuala Lumpur dikatakan akan bermula pada 26 November 2014. Penamaan semula ini bagi menggunakan nama-nama Raja yang pernah bergelar sebagai Agong. Kena ingat nama-nama baru ni. Walau jalan sama tapi bila orang sebut nama baru rasanya baru-baru keliru juga.

Isnin, 24 November 2014

Oakley warehouse sales

Assalamualaikum

Lagi cerita tentang warehouse sales. Kali ni oakley pula. Brand mahal-mahal amat berbaloi beli semasa murah ;-). Ini bukan iklan berbayar ya.. teringat AI sebab dia suka pakai sunglasses oakley. Harganya makin mahal sekarang. Sayang juga duit nak beli ;-). Takde rezeki AI sebab masih belum balik. Nak belikan takut tak kena citarasa.

Khamis, 20 November 2014

Tefal Warehouse Sales Petaling Jaya

Assalamualaikum

Berita baik buat peminat barangan tefal. Bermula 21-23 haribulan November 2014 tefal ada membuat jualan gudang untuk barangan dapur dan elektrik yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Diskaun sehingga 70%.

Happy shopping 😉

Jumaat, 14 November 2014

Selfie monopod & bluetooth shutter murah

Assalamualaikum

Sesiapa yang suka selfie tu.. ada tawaran murah monopod dengan shutter di Lazada. Cuma RM18 sahaja. Murah sangat. Saya beli dulu mahal. Berganda-ganda harganya. Siapa yang belum ada tu boleh la beli. Shutter tu yang best :-)

Shopping melalui Lazada lagi

Assalamualaikum

Seronok pula shopping online dengan Lazada ni. AI pun sampai tegur.. banyak shopping dengan Lazada hehe. Beli yang murah-murah je.. rasa hati terpanggil-panggil tu memang beli la ;-).

Ada 4 barang lagi yang di shopping. Tapi harga lepas diskaun tu memang setandinglah dengan barangnya. Kalau tengok harga sebelum diskaun tu mahalkan. Faham ke maksud saya ;-).

Macam comel je

Assalamualaikum

Tajuk 'macam comel je' sebab Iman suka juga sebut perkataan tu ;-). Terikut-ikut sepupu-sepupu dia. Kelakar bila dia sebut macam tu pada ummi dengan ayah dia. Saja nak menyakat. Comel je kan..

Ayat dia yang tahan tu.. "umi ni.. macam comel je.. macam cantik je". Ummi dia senyum je la.. walau dalam hati tak berapa suka sangat ayat tu sebab teringat video yang jadi viral tu ;-).

Sebenarnya nak tunjuk aksi comel Iman ni.. saja je buat aksi macam tu. Comel je kan aksinya tu ;-).

Superhero ;-)

Assalamualaikum

#throwback lagi... jalan-jalan jusco bukit raja Iman ternampak superhero. Walau tak tengok tv superhero2 ni.. tapi dia tahu itu superhero ;-). Biasanya yang dia sebut ironman.. batman.

Ummi dia pun rajin layan. Bukan senang nak jumpa kan ;-). Gambar lagi satu tu di Amcorp Mall :-)

Santai di pantai remis

Assalamualaikum

Cerita beberapa minggu yang lepas. Masa tu tiba-tiba terfikir nak bawa Iman tengok laut. Saya pun suka laut. Rindu kalau lama tak tengok ;)

Lewat juga sampai sini. Hari Sabtu ada pasar malam. Penuh kereta. Lepas tengok laut kami singgah pasar beli kuih. Sedap betul kuih-kuihnya. Iman pun suka.

Lepas maghrib baru balik. Sini ok juga kemudahan awamnya. Bolehla dari takde.

Ahad, 9 November 2014

Kenapa ada katak dalam blog ni

Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu. Ada sesiapa sudi bagitau tak kenapa ada image katak dalam blog ni. Apakah bendanya tu.. terima kasih :-)

Selasa, 4 November 2014

Di hari persandingan adik Mar

Assalamualaikum

Hari Ahad baru ni saya bersama mak, iman dan kawan kolej saya ila menghadirkan diri ke jemputan perkahwinan adik bongsu mar di AU4 Keramat, Kuala Lumpur.

Selesai makan dan bergambar kami ke Jusco Wangsa Maju. Tak plan pun beli barang tapi terbeli juga la.. permintaan 'abang' sorang ni. Erm.. macam-macam dia nak.

Lepas shopping pergi tasik titiwangsa pula.. bawa iman main layang-layang yang memang ada dalam kereta dengan naik motor mainan yang ada di situ. Sempat lagi iman beli 'kucing'.

Pukul 6 kami gerak hantar ila. Lepas maghrib terus balik klang. Makan malam dulu, sampai rumah mak mandikan iman. Kemudian baru balik rumah.

Sabtu, 25 Oktober 2014

Salam Maal Hijrah 1436

Assalamualaikum

Salam Maal Hijrah semuanya. Semoga kita menjadi insan yang lebih baik inshaallah. Aamiin. Maaf sangat sebab jarang ada masa dengan blog. Namun kalian tetap dalam ingatan. Mana yang ada dalam senarai disebelah kanan. Walau jarang bertegur siapa. Kalian akan kekal di situ. Semakin lama rasa semakin matang dengan dunia blog. Alhamdulillah.

Bagi saya blog adalah ruang untuk saya simpan segala memori buat Iman. Juga berkongsi apa yang saya tahu buat rujukan orang lain. Income tu hanya sampingan jika ada. Siapa taknak kan. Dunia hari ni segala-galanya perlu duit. Semakin lama semakin tinggi kos sara hidup. Adakala rasa seperti kita terpaksa lebihkan dunia untuk hidup sempurna. Moga dalam kesibukan kita tak lalai dengan ingatan terhadap Allah.

Memang banyak sangat kena ubah. Kalau diri sendiri tak ubah sampai bila-bila pun kita takkan berubah. Semoga Allah sentiasa bagi ruang dan peluang untuk menjadi insan beriman. Semoga kita mati dalam beriman dan layak masuk ke dalam syurgaNya. AAMIIN.

Selasa, 21 Oktober 2014

Gegaran Dinosaur di Shah Alam

Assalamualaikum

Hujung minggu baru ni tak tahu nak bawa Iman ke mana. Adik saya kata dia bawa anak-anak dia tengok pameran dinosaur yang terletak betul-betul sebelah muzium Shah Alam.

Kecil je kawasan pamerannya. Bayaran tiket dewasa rm10, kanak-kanak 5 tahun ke atas rm5. Ada pakej famili 2 dewasa 2 kanak-kanak rm25.

Lama juga kami duduk dalam tu. Menghayati betul-betul ;). Ada tayangan video dinosaur.

Aktiviti bersama AI

Assalamualaikum

Gambar aktiviti bersama AI baru-baru ni..

Jumaat, 17 Oktober 2014

Jus Mutiara Kaseh

Assalamualaikum

Baru sahaja mencuba produk jus mutiara kaseh yang di beli secara online. Ternampak iklannya di facebook. Setelah lama berfikir dan banyak kali juga ternampak. Perasaan nak mencuba tu cukup kuat. Akhirnya beli juga.

Tak boleh nak bagi testimoni penuh lagi sebab baru minum. Hari mula minum tu tengah sakit kepala. Biasa hujung-hujung datang bulan memang macam tu. Alhamdulillah rasa lega pula lepas minum. Banyak angin keluar dari badan. Tertarik sebab tengok kandungan dan khasiatnya. Yang utama boleh menjaga kesihatan dalaman wanita.

Setiap orang lain kesannya.. boleh cuba sendiri untuk lihat hasilnya. Rasanya tak sedap sangat. Macam jamu.. tapi macam saya ok je boleh telan. Yang penting sihat.

Selasa, 14 Oktober 2014

Photobook Iman tempah melalui facebook

Assalamualaikum

Alhamdulillah setelah bertahun berhajat akhirnya siap juga photobook Iman. Bermula dari sembang di group whatsapp tentang gambar. Kawan beritahu ada orang boleh tolong buatkan photobook. Cuma tempah melalui dia sahaja. Apalagi laju je saya pm dia melalui facebook dan terus suruh buatkan. Nak buat sendiri asyik tak terbuat.

Untuk permulaan saya buat photobook Iman dari usia 0-2 tahun. Lepas ni nak buat 3-4 tahun pula dan lagi satu gambar kami sekeluarga. Teruja tengok hasilnya. Harga photobook ni RM85 termasuk kos buat dan hantar. Size A4. Harga ikut harga offer. Saya pilih hard cover. Dalamnya kertas licin. Puashati sebab gambarnya terang. Saya ambil gambar dari album Iman yang dimasukkan dalam fb. Memang setakat umur Iman 2 tahun je saya masukkan. Senang sikitla kerjanya.

Mudah sangat nak berurusan. Cuma perlu add facebook Hera's Pier. Beritahu nak photobook macamana. Kemudian hantar gambar. Sibuk juga dia sebab banyak tempahan. Jadi kenalah bersabar. Ikut giliran.

Bawah ni antara gambar dalam photobook Iman.

Isnin, 13 Oktober 2014

Cari perabot lama di Rengit Johor

Assalamualaikum

Hari Isnin sehari lepas hari raya aidiladha kami ke Rengit Johor survey perabot lama. AI ajak adik saya Sham join sekali. AI balik kali ni asyik survey perabot kayu je.. letih juga.. AI memang cerewet bab perabot. Kalau boleh beli sekali seumur hidup ;). Hayat perabot lebih lama dari umur tuan perabot hehe. Begitu kaedahnya.

Sebenarnya AI minat barangan antik. Perabot lama kebanyakannya tahan lama sebab solid kayu. Kayu yang digunakan pula kayu bermutu tinggi. Macam jati, meranti, cengal dan sebagainya. Jati sekarang banyak ukir. AI tak minat.

Pertama kali pergi ke Rengit. Tanya-tanya orang juga lokasinya. Dah tau senang je. Sampai bandar Rengit cari pasar awam Rengit. Nama jalan untuk masuk ke tempat jualan barang-barang lama Rengit tu Jln Kg Batu Laut. Nampak bangunan kuning dalam gambar di bawah tu.Masuk jalan tu terus je ke dalam. Nanti jumpalah banyak kedai tepi-tepi jalan.

Lepas survey jumpa juga barang yang berminat. Tapi masalah transport pula. Kalau nak murah kongsi lori. Seorang bayar RM250. Tapi ambil masa 2 minggu. Sebab nak kumpul jumlah barang. Satu lori RM700 lebih dari Rengit ke Klang.

Kami tak beli apa pun.. nama pun nak survey. Tapi nampaknya AI puashati. Saya banyak duduk dalam kereta. Cuaca panas sangat. Kami sampai pukul 11 pagi. Balik 5 petang. Tapi sampai rumah pukul 1 lebih. Sakit kepala yang amat. Jalan jem teruk. Tu lah orang sibuk balik kampung.. kami sibuk tengok barang.

AI cuti singkat. Sebelum tu kami balik Kelantan 4 hari. Lepas ni AI kata nak pergi lagi kena tidur hotel. Esoknya baru balik bawa barang sekali. Itupun kalau jadi.. ;)