بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 31 Disember 2013

Selipar lain sebelah

Assalamualaikum

Cerita seminggu yang lepas.. semasa ingin ambil kereta baru yang tak berapa baru, baru-baru ni (berapa banyak baru pun tak taulah) kami naik teksi. Jauh juga dari Pelabuhan Klang ke Kuala Lumpur. Mujur kebetulan masa nak keluar cari teksi, ada teksi lalu kawasan rumah. Panggil teksi ikut sampai rumah baru naik teksi.

Bila dalam teksi baru Iman cakap "mi.. selipar lain mi". Adeh.. tergelak melihatnya. Kalut-kalut dari kereta nak naik teksi sampai tak perasan. Dalam kereta ada 2 selipar. Iman pun nak cepat salah sarung. Tak kisahlah mujur warna lebih kurang ;) sekarang memang trend selipar sebelah lain kan.. hehe.

Sementara menunggu AI pergi bank dengan salesman sempat lagi ambil gambar. Lama juga menunggu.. tak tau nak buat apa kan..

Memang seronok naik vellfire.. luas dalamnya.. berdiri pun boleh budak-budak ni.. merasa naik sekejap je lah.. memang tak mampu nak beli :)

Siapa pernah lalu situasi macam ni? Pakai selipar lain sebelah... ;) mesti malu kan... tapi buat tak tau je lah hehe.. Adakala kesilapan tu buat kita tertawa sendiri bila teringat.

Delima Selatan Afrika besar sungguh

Assalamualaikum

Hari Sabtu minggu lepas, sementara menunggu kereta siap dipasang plastik kawalan cahaya matahari (tinted) yang mengambil masa hampir 4 jam. Terpaksalah menapak ke pasaraya baru yang terletak di Jalan Genting Kelang / Setapak. Pertama kali datang sini... nama pasaraya pun google. Baru tau namanya KL Festival City. Baru lagi tempat ni..

Lepas solat jalan-jalan terjumpa stall buah. Macam-macam buah ada dan semuanya nampak fresh. Ada jual air buah juga. Saya beli air dragon fruit. Sedap.. rasanya ada di campur creamer. Tengok-tengok buah ternampak buah delima yang besar. Pertama kali tengok... teruja pula. AI tanya nak beli ke? Mula-mula nak beli 1 tapi jadi 3 sebab nak bagi orang sebagai buah tangan. Sebiji RM16.

Fresh je buahnya

Bangunan KL Festival City

Ni rupa delima yang sudah di belah. Letak dalam pinggan makan saiz biasa.

Rasanya ada campur-campur. Ada masam sikit.. ada manis. Tapi suka sebab biji ya tak keras macam delima lain. Senang nak makan.

Hari ni hari pertama tanpa AI semula. Dah selamat terbang tengahari semalam. Tu yang ada masa nak update. Kali ni cepat pula rasa rindu.. :(

Jumaat, 27 Disember 2013

Sedapnya aiskrim

Assalamualaikum

Salam Jumaat. Hari ni sudah hari ketiga di Permatang Pauh. Lokasi berdekatan Politeknik Seberang Perai. Keliru juga Permatang Pauh atau Seberang Perai. Dah lama tak datang pening juga pusing-pusing cari jalan bila nak ke mana-mana. Kena guna GPS :)

Sebelum cerita kisah di Penang, nak update dulu kisah anak kesayangan ni yang gemar makan aiskrim sama macam ayah dan ummi dia juga.

Ni di Tutti Frutti KLCC semasa menunggu AI

Sedapnya.. Mujur juga bagi aiskrim tak penat nak ikut dia berjalan merata tempat.

Yang ni pula di Amcorp Mall. Singgah makan nasi padang balik dari office AI

"lili tengok ni... sama kan" rapat juga diorang berdua ni. Ada masa lah.. Ada masa berebut juga mainan ;)


Isnin, 23 Disember 2013

Tiada rezeki naik kereta kuda

Assalamualaikum

Ni saja nak letak gambar dua minggu lepas semasa pergi tasik titiwangsa untuk kenangan. Mula nak bawa anak-anak kecil ni naik kereta kuda, tapi dah terlewat. Pukul 6 dah tutup. Kesian diorang. Saya cakap pada Iman dah tutup pukul 6. Iman mula lah tengok papan kenyataan di situ sambil cakap. "tengok ni dah tutup".. "dah tutup dah" ada orang di situ senyum-senyum dengar Iman cakap.

Tak dapat naik pun nak juga ambil gambar ;) jadilah...

Seronok masing-masing tengok

Bila sampai je dah tutup.. Lupa pula waktu operasi sedangkan dah naik sebelum ni. Garang kuda dalam gambar ni. Masa uncle tu buka mata dia, kuda lari arah kami, mujur tak kena langgar. Buka langkah lari :)

Serius je muka "abang"

Payah sungguh nak suruh masing-masing tengok kamera. Adik saya tu je lah yang beriya hehe..

Sibuk sangat AI balik kali ni, tak sempat nak pergi mana. Hari-hari pergi KL urusan kerja dan urusan mencari kereta.


Rabu, 18 Disember 2013

Kadar baru tol yang dikatakan naik

Assalamualaikum

Lama tak update blog sebab AI dah pulang Malaysia hari Rabu minggu lepas. Ada teman jadi blog dipinggirkan seketika ;). Memang saya bukan kategori blogger sepenuh masa. Hanya berblog bila ada masa :). Takpelahkan... memang tak mampu nak fokus sepenuhnya. Namun hati saya tetap ingat pada mereka yang selalu juga singgah sini. Panjang pula intro. Biasalah dah lama tak membebel di sini ;)

Terima info kadar tol baru ini dari WhatsApp. Banyak juga naiknya... Rasanya saya agak ketinggalan juga berbanding orang lain untuk tahu isu kenaikan harga tol ni. Ramai tak puashati kan, namun ada juga yang terima sebulatnya. Maksudnya tak kisah pun. Bagi mereka yang masih mampu memang tidak akan rasa apa-apa. Tapi pada yang cukup-cukup makan pakai sebelum ni pasti akan garu kepala juga. Mula lah cari alternatif untuk tambah pendapatan. Umum tahu harga tol naik, segala yang melibatkan pengangkutan akan naik juga.

Memang rakyat Malaysia gigih mencari rezeki. Kagumlah dengan diri masing-masing yang sentiasa berusaha untuk mencukupi keperluan hidup. Segala keringat kita keluarkan untuk kesenangan keluarga dan negara. Besar sungguh pengorbanan dan jasa kita. Harap pemimpin buka mata. Gaji mereka hasil titik peluh rakyat. Mereka hanya menjalankan amanah wang rakyat untuk digunakan sebaik mungkin. Ada lagi... tapi cukuplah setakat ini dulu. Yang betul tetap betul yang salah tetap salah. Sebab itu ada dosa, ada pahala, ada neraka ada syurga. Sebagai orang Islam berpeganglah pada al-Quran dan Sunnah. Bersihkan lah hati kita sentiasa. Tepuk dada tanya iman.


Kadar baru tol

LEBUHRAYA SUNGAI BESI BESRAYA RM1.30 to RM2.00

LEBUHRAYA BARU PANTAI (NPE) RM1.60 TO RM2.00

LEBUHRAYA DAMASARA/PUCHONG (LDP) RM1.60 TO RM2.10

LEBUHRAYA BERTINGKAT AMPANG (AKLEH) RM1.50 TO RM2.50

LEBUHRAYA KAJANG (SILK) RM1.00 TO RM1.30

LEBUHRAYA KL-PUTRAJAYA (MEX) RM2.50 TO RM3.50

LEBUHRAYA KAJANG-SEREMBAN (LEKAS) RMRM1.90 TO RM2.30

LEBUHRAYA TRAFIK KL BARAT (SPRINT) RM1.50 TO RM2.50

PANTAI RM1.50 TO RM2.50

DAMANSARA RM1.00 TO RM1.50

KIARA RM2.00 TO RM3.00

LEBUHRAYA LEBAH KLANG SELATAN (SKVE) RM14.96c/KM TO 16.46c/KM

LEBUHRAYA KORIDOR GUTHRIE (GCE) RM1.40 TO RM1.90

LEBUHRAYA SMART RM2.00 TO RM3.00

Selasa, 10 Disember 2013

Aiskrim goyang

Assalamualaikum

Pernah makan aiskrim goyang? Ahad lepas saya bawa adik dan anak-anaknya pergi tasik Titiwangsa. Masa sampai untuk pergi ke taman permainan, kami lalu depan aiskrim goyang ni yang terletak depan surau berhampiran restoran dan tempat orang main kereta remote control. Menarik pula tengok saudara tu goyang-goyang tempat nak buat aiskrim tu. Masa tu tengok je..

Bila nak balik baru singgah beli. Anak-anak kecil yang ada semua teringin. Aiskrim ni dibuat dari air yang disusun tepi tempat buat aiskrim tu. Bekas tu acuan aiskrim. Bawahnya ada ais untuk bekukan air tadi. Kagum juga begitu cepat nak bekukan menjadi aiskrim. Cuma goyang-goyang je... tapi jenuh jugalah tengok saudara tu menggoyang :) tu yang buat tertarik nak cuba... ;)

Tengok ramai peminat. Semua tertarik nak beli.

Seronok Iman dengan kakak Najihah dapat aiskrim. Itu lah rupa aiskrimnya. Saya pun nak tau juga rasanya. Oklah, halus je. Tapi kena makan cepat-cepat, sebab lembut. Bila gigit aiskrimnya akan tertanggal dari batangnya. Macam budak dua orang ni. Kesian.. yang last jatuh ke tanah. Masing-masing tak puashati.


Isnin, 9 Disember 2013

Beriya suruh beli bendera

Assalamualaikum

Bentang atas meja untuk ambil gambar

Cerita ni dalam beberapa minggu yang lepas. Masa tu saya pergi 99 speedmart beli barang. Iman ternampak bendera yang dibungkus dalam plastik. "mi nak bendera mi". Saya cakap tak payahlah. "mi nak bendera". Berulang-ulang kali disebutnya. Akhirnya saya dengan muka terpaksanya untuk bagi dia diam, belilah.

Sampai rumah terus suruh buka. Dia tanya mana batang bendera. Dalam hati semangat patriotik pula Iman ni. Bila AI telefon sibuk tunjuk bendera sambil lilit di badan dia macam baju. Kelakar pula melihatnya. Tak sangka kecil-kecil dah pandai sayang negara sendiri.

Malu pula dengan Iman ;)

Wajah anak Malaysia yang cintakan negara :)

Tertanya-tanya juga macamana Iman boleh bersungguh-sungguh nak beli bendera. Pengaruh dari manakah? Bendera tu dia buat main. Sibuk suruh ikat. Mesti nak main kibar-kibar. Takde batang, di lambung-lambungnya bendera tu. Jangan pijak sudah. Jadi kontroversi pula nanti ;)

Ahad, 8 Disember 2013

Banjir terburuk Malaysia

Assalamualaikum

Jumlah mangsa perpindahan banjir dari skrin berita TV9 malam tadi yang dikatakan jumlah paling ramai dalam sejarah banjir di Malaysia

Masih lagi mood banjir walaupun tempat saya alhamdulillah tidak mengalaminya. Kesian melihat  keadaan mereka di sana. Moga cepat pulih. Banyak belanja yang perlu dikeluarkan oleh mereka. Dengar berita PM bagi RM500 untuk mangsa banjir. Bank juga diminta tangguh proses bayar balik pinjaman. Moga banyak lagi bantuan yang mereka terima.

Ramai yang mengharapkan mangsa banjir di beri khemah agar lebih selesa. Kalau saya pun tak selesa juga. Kesiankan.

Dari dulu memang kagum dengan keprihatinan Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah ini kepada rakyat. Gambar ni saya ambil dari Facebook. Katanya Tunku turut membantu memasak dan makan di penempatan banjir. Sangat merendah diri. Perasaan yang perlu ada pada semua pemimpin.



Jumaat, 6 Disember 2013

Kira BMI untuk tahu kategori badan yang dikatakan sekeping

Assalamualaikum

Kurus sangat ke?

Bila orang asyik cakap saya ni kurus, rasa tak selesa dan tak puashati juga. Sebut kurus takpelah lagi, bila kata sekeping tu yang tak sedap dengar. Saya ni ada perasan juga. Kalau selalu orang cakap macam tu, bila nak berisinya badan saya ni. Nampak je kurus, tapi saya selesa pakai saiz M. Kalau S memang ikut badan.

Untuk puaskan hati sendiri. Maka mula lah mengira BMI diri sendiri. Jawapannya ada di bawah. Mengikut keputusan bawah 18.5 baru di kira underweight. Jadi untuk jawapan saya tu kira masih tahap ok. Cuma kurang 0.5 sahaja untuk capai tahap ideal. Akan diusahakan. Tak maulah dengar orang cakap kurus sangat atau sekeping lagi. Kata-kata tu kan doa.

Ada siapa-siapa nak kira juga? Klik BMI Calculator.


UI: Tak suka tegur fizikal orang... tapi orang suka juga nak tegur fizikal saya. Saya sendiri tak pernah rasa saya ni terlalu kurus :(. Apa pun fizikalnya yang penting sentiasa berdoa Allah beri kesihatan yang baik. Bukan sebab macam nak cantik jer hehe... ;)


Body Mass Index Calculator

Body Mass Index (BMI) is a measure of a person's weight in relation to height, not body composition.

Weight : 45 kg

Height : 152 cm

Body Mass Index :19.5

Result Notes:

  • Between 20 and 25 is considered ideal 
  • Below 18.5 indicates underweight 
  • Between 25 and 29 indicates overweight which can lead to health problems 
  • 30 or higher, experts consider an indicator of obesity which is dangerous to your health. 
These values do not apply to athletes and body builders, pregnant and nursing women, the frail or elderly or people under 18.

Khamis, 5 Disember 2013

Suasana banjir ujian suka duka dan kuasa Allah

Assalamualaikum

Musim tengkujuh ni, saya dan Iman banyak habiskan masa di rumah. Lihat cuaca yang mendung, buat diri lebih tenang berada dalam rumah. Tapi bagi saudara kita yang lain terpaksa meninggalkan rumah kerana rumah mereka dinaiki air. Semoga tabah hadapi ujian dan semoga keadaan cepat pulih dengan izin Allah. Tersenyum melihat mereka yang masih mampu tersenyum dengan musibah ini. Kuatnya keimanan mereka.

Di bawah koleksi gambar yang diperolehi dari Facebook. Gambar-gambar yang mampu buat kita berfikir.

Gambar ni pasti dah ramai yang tengok. Hanya kawasan masjid yang tidak ditenggelami air di Kuantan

Gambar yang ini pun ramai yang kongsi. Semua kagum melihat air yang jernih di dalam masjid berbanding air di luar yang kotor.

Yang ni istimewa sikit. Pandai kucing comel ni cari tempat selamat :)

Gambar ni buat rasa terharu.

Kagum dengan gambar ni. Masih mampu tersenyum walau kereta dah tenggelam. Kalau saya nangis dah ni.

Seronok pula tengok gambar pasangan pengantin ni. Ceria je. Mesti jadi kenangan yang indah buat mereka :)

Gambar ni pun menarik. Sayang pakcik ni dengan binatang. Angsa tu yang buat takut tengok. Jangan pula di sudu pakcik tu :)

Rabu, 4 Disember 2013

Dah pandai guna WhatsApp dan LINE

Assalamualaikum

Disebabkan selalu berhubung dengan AI guna WhatsApp dan LINE. Iman yang mula memerhati, sekarang dah pandai guna. Macam-macam dihantarnya. Baru ni hantar gambar ummi dia dan gambar dia beserta voice message. Cakap dengan AI, Iman yang hantar gambar tu. Macam tak percaya pula AI. Budak-budak ni tak ajar pun pandai. Kalau ada mesej masuk dari AI, Iman tau.. sebab ada tone khas saya set untuk AI :) "mi ayah mi". Nanti dialah yang buka dulu.

Tengoklah apa yang dihantarnya :)

Yang ni pula aplikasi LINE. Tahu pula rekod suara di sini, selalunya Iman hantar guna WhatsApp

Terbaru saya dan AI berhubung guna Skype. Hangouts AI ada masalah. Guna LINE rupanya kena charge data kalau buat video call melainkan guna WiFi. Terasa cepat pula habis kuota. Tapi Skype lebih ok rasanya. Cakap pun tiada sangkut-sangkut walau cuaca tak elok.

Selasa, 3 Disember 2013

Krisis penyembuhan makan vitamin Shaklee

Assalamualaikum

Sambungan dari entri sebelum ni. Masuk hari ke dua hingga hari keempat lepas makan vitamin Shaklee, kepala rasa berat bila waktu malam. Badan pula terasa sangat letih. Kebetulan saya sedang datang bulan. Jadi saya WhatsApp mama iman tanya kenapa. Dia kata itu mungkin healing crisis. Terus dia WhatsApp gambar di bawah ni.


Saya tanya kena teruskan ke? mama iman kata boleh kurangkan bcomplex tu dari 2 biji jadi 1 biji. Tapi saya degil, terus juga ambil 2 biji.

Semalam, alhamdulillah kepala dah tak berat. Mungkin sebab saya minum banyak air. Namun masih terasa pergerakan aliran darah di kepala, tapi tidak menyakitkan. Yang seronoknya, lepas makan GLA terasa ada perubahan pada muka. Baru-baru ni, tiba-tiba naik banyak jerawat. Sekarang  jerawat-jerawat tu dah beransur hilang. Muka pun rasa lembab je.

Sekadar berkongsi pengalaman..  Terima kasih pada mereka yang kongsi pengalaman dan pendapat dalam entri sebelum ni.


Ahad, 1 Disember 2013

Cuba vitamin Shaklee untuk .....

Assalamualaikum


Hari ni masuk hari yang keempat ambil vitamin Shaklee. Hari pertama ok, masuk hari ketiga rasa berat pula kepala belah kiri ni. Tapi taklah teruk sangat. Cuma rasa tak selesa. Saya beli sahaja dan tidak menjadi ahli/pengedar. Cuba makan dan lihat ada tak perubahan dan hasil yang positif.

Saya beli dengan distributor belakang rumah saya je. Dekat dan boleh terus ambil barang. Nama anak dia pun Iman juga. Dia pun ada blog "http://mamaimaneliasyah.blogspot.com/". Tapi blog khas untuk produk Shaklee.

Semoga percubaan ni berhasil ke arah kebaikan dan apa yang diharapkan. In shaa Allah. Amin.