بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 30 November 2013

Tulisan pertama Iman

Assalamualaikum

Seronok sangat bila tengok Iman boleh ikut huruf dengan garisan dot-dot dalam buku. Setiap perkembangan anak memang buat ibubapa teruja. Sebab itu ramai orang suka cerita perkembangan anak masing-masing kan. Cerita sebab teruja... 

Sibuk nak lukis angry bird je sebelum ni.. puas lah ummi dia nak suruh menulis dengan betul. Tapi saya tak paksa. Saya tetap tulis ABC atau 123. Biarkan dia tengok. Atas gambar angry bird dia pun saya tulis ;)

Setelah berbagai cara ummi suruh ikut dot-dot tu. Akhirnya tanpa pengawasan Iman boleh pun buat sendiri. Terkejut pula saya tengok. Saya pun cium dia cakap "Pandainya Iman".  Hasil tulisan lebih elok tanpa saya lihat. Bila lihat dah jadi kurang cantik. Tak suka menunjuk agaknya :)

Harap ada perkembangan yang positif seterusnya. Kena juga jadi 'cikgu' yang diminati. Baru seronok anak didik nak belajar :).

Jumaat, 29 November 2013

Umpan anai-anai DIY beli secara online

Assalamualaikum


Beli online melalui http://pestgrave.webs.com/

Rasanya dah hampir sebulan beli umpan anai-anai ni. Saya tahu mengenai umpan ni melalui komen pembaca blog ni juga. Terima kasih kerana berkongsi info. Cumanya pembaca tersebut tak beritahu mana nak beli. Saya cari kedai hardware tapi tiada. Akhirnya google dan jumpa. Memang semuanya jual online. Lepas tengok-tengok, ambil keputusan beli melalui website di atas. Jauh juga rupanya. Dipos dari Perlis.

Memang kena sabar guna umpan ni. Saya ambil masa 2 minggu baru nampak banyak anai-anai keluar dan mati. Mulanya macam kecewa juga. Tak pastilah sama ada koloninya dah mati semua. Kena tunggu lagi. Tapi mengikut kaedahnya dalam masa 3 minggu semua anai-anai akan mati.

Jika ada sesiapa nak tahu lebih lanjut, boleh pergi ke website di atas tu. Di situ ada kaedah dan caranya. Tertarik nak beli sebab katanya kaedah umpan anai-anai ni boleh mematikan semua anai-anai yang ada. Sembur 3 bulan sekali pun tengok sama je. Jadi cuba yang ini pula.


UI: Terima kasih Nur Liyana

Nur Liyana berkata...
First time baca blog akak. Rumah saya pun ada anai2. Saya sembur sendiri je. Tapi tak tahan setiap bulan kena buat. At last rujuk google cari umpan anai-anai.. Saya guna termites diy tak silap.. Kotak warna hijau... Alhamdulillah menjadi.. Tapi kena sabar.. Kena letak kwsn laluan anai2. Tak silap saya 21 hari baru anai2 tu takde.. Sebelum cukup 21 hari tu , tak sanggup nak tgk anai2 berkerumun makan umpan, menitik2 anai2 jatuh. Geli. Naik bulu roma. Pastu macam magic takde sampai sekrang...bulan 12/2012 saya letak. Till now takde. Lega. Saya tak jual.. Mungkin ni pun boleh guna.. Tq

Melatih diri bersabar dengan karenah anak

Assalamualaikum


Internet dah laju nampaknya.. jadi ambil peluang update blog. Beberapa hari yang lepas Iman demam. Bangun pagi kaki tangan sejuk. Lepas mandi terus badan panas tak turun-turun. Bagi ubat klinik yang biasanya lepas makan akan berpeluh. Tak menjadi. Saya bacakan alfatihah dan 3 kul hembus di seluruh badan dan dalam air minuman sebagai alternatif.

Akhirnya, Iman berpeluh lepas makan ubat sirap panadol perisa strawberi yang dibeli di kedai. Alhamdulillah lega rasa hati. Ubat ini nampaknya serasi dan tidak mengganggu perut dia. Biasanya Iman akan mengadu sakit perut lepas makan ubat demam dan muntah. Bila anak tak sihat ummi tak keruan. Risau melihatnya.

Berbalik pada cerita yang nak disampaikan. Anak-anak sebenarnya memang banyak melatih kita dalam ujian kesabaran. Banyak juga baca tips-tips yang dikongsikan orang difacebook ibubapa cemerlang. Mungkin dulu sikap tegas ibubapa mudah diterima anak. Tapi masa kini, apa yang saya lihat. Bertegas akan buat anak lebih memberontak dan sukar mendengar kata.

Anak-anak sekarang lebih suka pendekatan yang lembut. Betul ke ibu-ibu? Masing-masing ada pengalaman sendirikan? Banyak faktor sebenarnya, dan bila difikir-fikir mungkin ada kesilapan yang kita tak sedar.

Sekarang saya guna pendekatan yang lembut. Bila Iman buat sesuatu kesalahan saya bagi hukuman cium pada dia. Gelak-gelak dia.. sampai cakap "janganlah mi". Kadang cakap "jangan cium banyak ek". Nampaknya ada perubahan. Sebenarnya banyak kesilapan yang saya pernah buat dalam mendidik Iman. Dulu banyak rasa tak sabar, bila nak buat apa pun tak boleh. Nak berkepet je. Kini dalam proses membetulkan kesilapan. Membesarkan anak yang aktif dan susah berenggang memerlukan kesabaran yang tinggi. Lebih-lebih lagi susah duduk diam bila pergi mana-mana. Sebab tu saya jarang jumpa kawan atau ajak kawan datang rumah. Iman mesti suruh layan dia juga. Sampaikan ada orang telefon pun dia nak cakap juga. Berbeza jika dia ada kawan. Saya percaya dengan kata kawan-kawan. Anak yang aktif adalah anak yang aktif pemikirannya.

Anak-anak tidak melakukan kesilapan sebenarnya. Mereka dalam proses meneroka dunia mereka sendiri dan sukakan perhatian. Lebih sukar anak yang suka meniru perbuatan yang negatif dan sukar menerima teguran. Kita je kena banyak bersabar dan pandai-pandai betulkan mana yang perlu.

Rabu, 27 November 2013

Berdua-duaan bermesra-mesraan

Assalamualaikum

Apa khabar semua... rasa lama tak update blog ;). Bila line internet slow sebab kuota yang sudah  sampai tahap limit, buat hilang terus mood untuk online. Ambil masa menunggu memang tak sanggup. Semuanya sebab Iman tengok video. Tak salahkan dia pun... bila takde orang layan, dia akan cari aktiviti dia pula kan?

Iman memang sentiasa mahu berdua untuk bermesra. Memang dia tak puashati tengok ummi dia buat perkara lain. Boleh kata semua perkara kami buat bersama. Tiada kawan macam tu lah..


Banyak masa kami berdua. Disebabkan banyak masa bersama hubungan tu lebih erat.

Dalam kereta pun berkepet je... tak tahu lah macamana bila kena pergi sekolah nanti. Terlalu manja? tak juga.. alasannya seorang dan kami sentiasa bersama.


UI: Sentiasa lah bermesra-mesraan dengan orang yang kita sayang. Hakikat hidup suka disayangi.. begitu juga hubungan dengan Allah. Sentiasa ingat Allah, sentiasa Allah ingat kita. Setiap yang berlaku ada sebabnya sebagai ingatan dari Allah.

Jumaat, 22 November 2013

Jangan minum dan makan macam ni

Assalamualaikum

Credit: Facebook 


Dah banyak kali diingatkan. Kadang terlupa. Untuk orang dewasa tak risau sangat tapi untuk anak yang masih minum susu macamana?

Lagi satu pesanan AI. Jangan makan durian bersama buah tembikai boleh memudaratkan.



UI: line internet masih kurang sihat :(

Rabu, 13 November 2013

5 makanan utama penyebab dan mengelak penyakit kanser

Assalamualaikum


Sumber dari Facebook




UI: Internet slow :(

Ahad, 10 November 2013

Berani yang membimbangkan

Assalamualaikum

Gambar tiada kena mengena dengan cerita ;) masa ni hantar pak uteh Iman nak balik Johor

Internet mulai slow kerana kuota semakin kurang kerana anak kesayangan tu asyik buka YouTube je. Walau dah hilangkan icon YouTube, jumpa juga kat mana boleh tengok :) ambil masa nak buat entri.

Nak sambung kisah yang mendebarkan sewaktu pergi pasaraya. Semasa AI balik baru ni, kami pergi Jusco Bukit Raja. Masa nak makan di Nyonya Colors, lepas order AI dan Iman masuk ke dalam pasaraya. Saya, mak, adik (acik) dan Faris (anak saudara) menunggu di meja.

Masa kami sedang borak-borak, tiba-tiba nampak Iman berlari ke arah kami. Yang saya hairan mana ayahnya. Bila tanya Iman dia excited tunjuk mainan di tangannya. Saya pun cuba call AI tapi tak boleh, rupanya AI pun sedang cuba call saya. Sebab saya nampak dah AI masa tu.

Sebelum tu saya dah cakap dengan mak, mesti ayah dia kelam kabut cari Iman. Macamana boleh tak perasan Iman takde. Yang kami hairan, macamana Iman ingat jalan nak keluar dan cari kami. Pucat AI masa tu. Saya pun terkejut. Tak sangka Iman seberani macam tu.

AI pun hairan. Dia kata tempat yang dia pergi tu jauh dari pintu nak keluar. Ini semua gara-gara Iman teruja nak tunjuk mainan yang baru dibeli pada Faris. Puas juga saya ajar Iman yang dia tak boleh jalan jauh dari kami.

Ada lagi satu peristiwa masa saya, mak dan adik pergi Tesco Meru. Iman sibuk nak makan aiskrim, lepas bagi Iman terus dia lari, saya ingat dia nampak mak dan adik. Sebab dia sebut nama. Rasa tak sedap hati pula. Saya pun cari Iman. Dengar suara dia sebut ummi... ummi... saya pun cari dan jumpa dia. Berdebar betul dibuatnya. Sebab tu jarang juga nak pergi pasaraya melainkan ada benda nak beli. Nak tinggal, Iman tak boleh berenggang dengan kami. Pergerakannya tu laju sangat. Kita yang dewasa ni tak terkejar dibuatnya.

Tapi kalau kami berdua kurang sikit, bila ramai ada kawan, tu yang jadi macam tu. Kalau jalan sekali dah tentu dia tak cari yang lain. Memang kena peka. Risau dibuatnya.

Sabtu, 9 November 2013

Cahaya hati

Assalamualaikum


Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala

Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala

Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu

Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah



Rabu, 6 November 2013

Ummi tak pandai

Assalamualaikum

Lama rasanya tak cerita perkembangan Iman. Sekarang ni boleh tahan bercakap. Entah kenapa suka sangat bahasakan diri abang. Mulanya, dia asyik usik Nayli anak adik. Saya dan adik beradik lain bagitau yang dia abang, jadi kenalah mengalah. Terus bahasakan diri abang :)

Adik dengan mak suka usik Iman. "abang mesti ada adik". Iman jawab "takpe". Tersenyum-senyum je kalau dengar Iman bercakap. Tapi sifat sensitif tu makin besar makin menjadi. Tak boleh tegur langsung. Tegur elok-elok pun merajuk. Tak tau nak buat macamana.

Oh berbalik pada tajuk tu. Kisahnya Iman dah pandai tutup pagar di tangga. "ummi.. ummi.. tengok ni". "Abang dah pandai".. "ummi tak pandai". Terus saya gelak. Kelakar pula keluar ayat macam tu.

dah pandai main sorang-sorang

gaya standard bila merajuk. Yang kelakar siap beritahu "abang majuk"

hari-hari sibuk dengan mainan. Sepah satu rumah. Bila suruh kemas. "ummi kemaslah ummi". Kita buat baru dia nak buat sama.

Pergi pasaraya tak boleh duduk diam. Tapi Iman tak usik barang. Cuma dia suka jalan jauh dari kami. Ada kisah berdebar di pasaraya. Nanti cerita.

Suka sangat buat muka comel macam ni. Sekejap je besar rasanya.

Anak kecil ni memang buat hati kita tersentuh melihat mereka. Lihat muka mereka je rasa hilang semua masalah. Mereka seolah semangat buat kita. Ibubapa sanggup buat apa sahaja untuk anak. Bila besar kita sering lupa jasa ibubapa. Semangat kita tak sehebat semangat mereka menjaga kita. Bila sudah berumahtangga kita lebih utamakan keluarga kita berbanding mereka. Nauzubillah.


Berhijrah ke UMobile sebab jimat

Assalamualaikum

Pakej prepaid UMobile. Klik gambar untuk lebih jelas.

Baru-baru ni saya ambil simcard umobile dalam WiFi dan masukkan dalam handphone sebab kredit Maxis yang baru je top up tu dah habis. Tukar sebab terasa juga dengan Maxis, top up je habis duit. Kemana hilangnya pun tak tau. Lebih 10 tahun dengan Maxis. Kini masa untuk berhijrah ke rangkaian baru. Win win situation.

Mula saja-saja, sebab simcard UMobile tu masih boleh guna. Tapi terus kekal. Cuma baru ni AI top up untuk plan internet jadi tak boleh nak buat call. Untuk whatsapp, LINE, Hangouts, facebook, twitter (rangkaian internet) tiada masalah. Tapi takpe boleh top up duit untuk buat panggilan.

Saya pernah buat entri tentang UMobile sebelum ni DI SINI. Adik beradik lain pun ada dah bertukar ke UMobile. Untuk telefon pintar memang berbaloi dengan UMobile. Sangat Jimat. Line pun tiada masalah. Sebab ada 3G.

Saya kerap guna WhatsApp, LINE dan Hangouts bila berhubung dengan AI. Dengan UMobile kita boleh pilih plan mana yang kita nak. Dari RM18 hingga RM48 sebulan termasuk buat call dan internet.  Jimatkan?

Dulu 012 sekarang 011 ;) apa pun Maxis prepaid bagus bila kita berada di overseas. Ceruk mana orang call pun boleh dapat sebab line tu akan bertukar. Contoh masa pergi Perth, akan keluar signal Vodafone. Dubai.. lupa dah.. di Iraq pun masih boleh terima. Kalau nak ke luar negara, boleh tukar simcard Maxis untuk sementara ;)

Cerita di atas berkisar talian prepaid ya..

Selasa, 5 November 2013

Alat berkesan untuk masalah tumit kaki kasar

Assalamualaikum

Tertarik nak kongsi alat yang kira baru juga di beli bulan lepas. Masa tu tiba-tiba rasa nak beli alat ni untuk AI. Tiap kali balik pasti tumit dia merekah teruk. Saya agak disebabkan menggunakan selipar getah. Bila kerja sentiasa guna kasut. Saya pun ada juga masalah yang sama, tapi tak teruk sangat.  Kenalah pakai sandal atau kasut mahal sikit untuk kebaikan kaki. Kalau guna stokin pasti tiada masalah ni.

Ini alatnya. Beli di Magicboo Bukit Tinggi Klang (menjual barang-barang salun kecantikan)

Alat ini ada dua permukaan. Kasar dan halus.

Sebelum ni ada juga gosok guna alat lain, tapi kurang berkesan. Bila beli yang macam ni. Dalam masa kurang 5 minit kaki dah licin. Seronok sangat. Bagi saya kalau sapu krim tapi masih ada kulit mati yang tak dibuang, memang tak nampak sangat kesannya. Memang kena gosok.

Lebih mudah gosok lepas mandi, sebab kulit kasar dah kembang. Bila gosok macam daki jatuhnya. Memang saya syor sangat alat ni. Tak perlu bazir duit ke salun untuk menghilangkannya.

Teringat dulu-dulu masa sekolah. Rajin gosok tumit guna berus sabut. Tak pun gosok atas simen. Untung juga ada lantai simen yang kasar, mudah untuk menggosok setiap kali mandi ;). Tapi sekarang ada alat khas untuk menggosok.

Isnin, 4 November 2013

Semoga diberi kekuatan untuk berhijrah

Assalamualaikum


Sendiri tahu tahap kebaikan yang ada dalam diri sendiri
Sendiri tahu apa yang perlu diperbaiki
Sendiri tahu yang mana boleh dan tidak boleh
Semua terpulang pada diri sendiri untuk memilih

Semoga kita terus diberi hidayah oleh Allah
Semoga dibukakan pintu hati agar berubah
Semoga menjadi muslimin dan muslimah
Semoga menjadi insan soleh dan solehah

Salam Maal Hijrah 1435

Doa merawat darah tinggi dan kolesterol tinggi

Assalamualaikum

Banyak doa-doa yang menarik boleh didapati dari facebook anugerahquran. Di bawah ni cara dan doa untuk merawat tekanan darah tinggi dan masalah kolesterol tinggi.

1. Surah al-Fatihah.
2. Surah al-Hasyr ayat 21 hingga 24.
3. dan baca doa di bawah ini.


Semoga Allah makbulkan doa mereka yang terkena penyakit ini dan pulih seperti sediakala. Amin.

Ayat 21 - 24 Surah al-Hasyr

Ahad, 3 November 2013

Genie bra online tertarik mencuba

Assalamualaikum


Set genie bra dengan tiga warna (boleh pilih Classic atau Colorful)

Baru-baru ni buka facebook. Lihat ada yang promote bra di atas tu dengan tag rakan Facebook saya. Bila tengok rasa tertarik pula nak mencuba dan membeli. Nampak selesa sangat dan kemas bila dipakai. Terus WhatsApp dan kata berminat nak order. Lepas confirm size dan warna terus transfer duit.

Memang selesa kerana lebar dan nampak tak seksi bila memakai ;) Cuma materialnya senang berbulu jika tersentuh benda kasar. Saya ada juga google mengenai genie bra ni. Ada yang jual murah berbanding harga yang saya beli. Terpulang mahu beli di mana. Yang penting barang selamat diterima. Betul tak?

Rasanya dah ramai yang tahu tentang genie bra ni. Sebab ramai yang jual secara online. Pemakaian bra yang betul juga penting untuk kesihatan wanita. 

Jumaat, 1 November 2013

Ikut kata hati

Assalamualaikum

Setiap orang diberikan hati oleh Allah. Terpulang pada diri sendiri untuk mencorakkannya. Entri ini sekadar ingatan buat diri sendiri. Melihat orang lain gigih berusaha. Ingin menjadi seperti mereka, tapi angan-angan cuma. Benarlah, hidup setakat bercita-cita tapi tiada usaha, tidak ke mana. Apa pun ambil yang positif. Sebagai pengajaran tapi bukan perbandingan.



Jangan bandingkan hidup atau lebih tepat nasib hidup kita tidak sebahagia dan sempurna orang lain. Selagi kita mencari kekurangan diri sebenarnya itu yang membuatkan kita tidak bahagia. Kita kata syukur tapi dalam masa yang sama ada yang kita keluhkan.

Semoga kita benar-benar bersyukur dan ikhlas dalam menerima takdir hidup kita.   Kerana apa yang kita lalu itu adalah jalan yang kita pilih. Jika ingin bahaga.. Ada caranya. Dalam masa yang sama selari dengan tuntutan agama. Wallahuaklam.