بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 27 September 2013

Tak ingat bulan

Assalamualaikum

Nak tergelak pula.. Ingatkan sekarang ni bulan Oktober. Rupanya masih September. Sila gelak sama. Dah ada tanda-tanda penuaan di situ ;) Nasib baik cepat perasan dan cepat-cepat delete entri sebelum ni :). 

Alang-alang rasa kelakar tu.. selit sini joke yang saya dapat dari sepupu AI.

faham ke tak joke ni?

Ada masa terkeliru ;)

Khamis, 26 September 2013

Wujud pulau kecil selepas gempa bumi di Pakistan

Assalamualaikum

Sebelum ni saya kerap buat entri mengenai gempa bumi yang berlaku di seluruh dunia. Entah kenapa kejadian gempa ni buat saya tertarik untuk mengikutinya. Kejadian gempa semakin kerap sekarang ni. Terbaru gempa bumi di pakistan yang telah meragut 200 lebih nyawa dan 300 lebih turut tercedera.

Apa yang menariknya kali ini, selepas gempa bumi berlaku, wujud satu pulau kecil di tengah-tengah laut. Kejadian ini memang menghairankan ramai orang. Boleh baca cerita selanjutnya di bawah.


Islamabad - Pulau kecil yang muncul di perairan dekat pantai Pakistan pasca gempa 7,7 SR menarik perhatian warga setempat. Dengan menggunakan perahu seadanya, mereka berlayar mendekati pulau baru tersebut.

"Ini bukan hal kecil, tapi hal yang besar yang muncul dari dalam air," tutur seorang warga setempat, Muhammad Rustam kepada AFP, Rabu (25/9/2013).

Terlihat puluhan orang telah berada di atas pulau yang lebih tampak seperti gundukan bebatuan tersebut. Mereka sibuk mengamati dan memperhatikan pulau yang baru muncul beberapa jam setelah gempa.

Gempa berkekuatan 7,7 SR terjadi pada Selasa, 24 September sekitar pukul 16.29 waktu setempat. Pusat gempa berada sekitar 20 kilometer di bawah tanah di distrik Awaran, provinsi Baluchistan yang berbatasan dengan Iran.

"Terlihat sangat, sangat aneh bagi saya dan juga sedikit menakutkan karena tiba-tiba pulau sebesar ini muncul dari air," imbuh Rustam.

Pulau kecil yang muncul di lokasi sejauh 200 meter dari garis pantai ini memiliki ketinggian sekitar 18-21 meter. Sedangkan panjangnya mencapai 91 meter dengan lebar mencapai 36 meter.

Fotografer AFP menuturkan, permukaan pulau ini terlihat solid, namun diwarnai oleh adanya bebatuan, pasir, dan lumpur. Ditambah adanya ikan-ikan yang mati dan ganggang laut di permukaan pulau ini.

Karena baru muncul setelah gempa, warga setempat menyebut pulau baru ini sebagai 'Pulau Gempa Bumi'.


Sumber: news.detik.com

Buruk orang buruk diri sendiri

Assalamualaikum

Sentiasalah belajar untuk menerima kelemahan atau keburukan orang lain. Jangan sesekali memburukkan mereka dengan perkataan-perkataan tidak baik. Malu kadang baca ayat orang yang berkata macam-macam pada orang lain. Terutama dilaman sosial.

Fahami betul-betul pesanan Imam Shafie di bawah ini. Kenapa beliau berkata begitu. Bila kita bercerita buruk tentang orang lain, terserlah sifat buruk kita sendiri. Kita manusia sama sahaja. Ada salah silap. Bila melihat kesilapan orang lain tegur dengan cara elok atau berdoa dalam hati agar Allah mengampunkan dosa mereka dan bimbing mereka ke jalan yang lurus. Jangan mudah menghukum orang dengan kata-kata yang tidak baik yang dalam masa yang sama kita juga tidak baik kerana ucapkan perkataan yang tidak baik. Walau sebenarnya perbuatan mereka memang tidak baik.


Rasanya tak perlulah mensensasikan cerita yang memang mengaibkan. Takut kita tergolong dalam orang yang suka mengira keburukan orang lain. Sabar separuh daripada Iman. Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang sentiasa bersabar dan menjaga lisan dan hati. Amin. Cukup ambil iktibar atas apa yang berlaku. Orang yang teraniaya, Allah akan buka jalan. Wallahuaklam.


Rabu, 25 September 2013

Solat dan bersantai bersama keluarga di Masjid Negeri Selangor

Assalamualaikum

Lepas balik dari Pantai Indah Seaview kami pergi Shah Alam. Mula cadang nak pergi bukit cahaya Sri Alam (Bukit Cherakah). Sebelum tu makan di kedai Asam Pedas di seksyen 7 Shah Alam. Pernah program jalan-jalan cari makan sampai sini. Tapi mengikut apa yang dirasa biasa-biasa sahaja. Lepas makan pergi singgah masjid negeri solat zohor.

Lepas solat sempatlah mak dengan adik ipar berurut di kerusi urut yang ada di situ. Ada gerai jualan diperkarangan masjid yang kebanyakannya menjual pakaian muslim / muslimah. Anak masing-masing bermain di masjid. Kami perhatikan sahaja. Seronok pula dah duduk dalam masjid. Sejuk je.. alang-alang tunggu sehingga Asar.

Gambar di ambil dari wakaf tempat saya, Iman, Najihah dan Faris duduk.

Saja bawa diorang di sini makan aiskrim. Ada pakcik naik motor jual aiskrim

Aksi Faris nak suruh Iman bergambar. Sempat main buih sabun. Ada famili bawa makanan dan makan di wakaf ni. Ada paip air. Senang nak cuci tangan.

Iman berlari ikut pak uteh dia ambil wuduk. Faris kata Iman kacau dia solat. Gambar ni pak uda dia yang ambil. Bagus pula duduk diam di situ. Tu yang pak uda ambil gambar agaknya.

Alahai cekci che Nayli gi masjid ;) Nayli ni ada ekzema. Tu yang mommy dia selalu beli baju takde lengan. Kuat berpeluh pula tu.. dalam aircond pun boleh berpeluh :) alhamdulillah sekarang dah tak teruk macam dulu.

Sebenarnya bagus selalu buat macam ni. Bagi anak-anak terbiasa dengan masjid agar jadi kebiasaan mereka hingga dewasa. Lepas solat Asar tak jadi pergi bukit cahaya. Bawa anak-anak main di taman dekat tasik Shah Alam je. Lepas tu terus balik.

Selasa, 24 September 2013

Gambar percutian keluarga di Pantai Indah Seaview

Assalamualaikum

Abadikan gambar kenangan bercuti bersama keluarga di Pantai Indah Seaview. Alhamdulillah seronok sekali sekala bercuti beramai-ramai. Ada 3 adik beradik yang tak dapat join sama. Kalau ada pasti lebih meriah.

Sebelum balik sempat bergambar berlatar belakangkan apartment


Gambar mandi-manda. Saya pun ambil kesempatan. Lebih 10 tahun rasanya tak masuk swimming pool :) Ramai-ramai kurang sikit segannya. Bila dah berendam 2 hari tak lepas peluang ;)

Lagi seorang anak buah.. Aqilah tertinggal pula dalam gambar di atas. Umur sebaya Iman tapi pelat. Suka dengar dia cakap. Baik tak banyak karenah.

Malamnya kami makan di Aroma Ikan Bakar, Jeram. Suka tempat ni. Siapa yang pernah sampai sini pasti puashati. Sedap dan murah. Walaupun ramai sangat orang, layanan tetap memuaskan. Saya pernah buat entri sebelum ni.

Yang ini ambil di pantai berdekatan apartment. Boleh tengok orang kutip lala / kerang.


Tertinggal pula Muhammad dalam gambar di atas. Umur 1 tahun 6 bulan. Tapi dah pandai bercakap. Geram dan kelakar tengok dia.

Isnin, 23 September 2013

Apartment Pantai Indah Seaview Selangor tempat percutian keluarga

Assalamualaikum

Sambungan cerita dari entri sebelum ni. Alhamdulillah akhirnya rancangan hendak bercuti bersama keluarga di Apartment Pantai Indah Seaview menjadi juga. Saya dan AI tahu tempat ni tapi belum pernah tidur. Cuma berjalan di kawasan pantainya sahaja lama dahulu. Kali ni baru berpeluang tidur di apartment ni bersama keluarga.

Pantai Indah Seaview Resort Sdn. Bhd.
5182, 17th Mile Jalan Kapar, 45800 Sg. Sembilang, Selangor
Tel: 03 - 3264 9617 / 03-3264 9618

Kami sewa apartment RM100 (2 bilik katil queen, 1 bilik kecil takde tilam. Nak sewa tilam RM10 untuk single. Kami bawa toto. Bilik untuk adik yang ada pasangan je. Yang lain tidur depan tv. Cerita tentang apartment je dulu... gambar dan aktiviti famili kemudian... takde apa pun aktivitinya. Cuma kenangan bergambar ;)
, Selangor
Jalan nak masuk ke apartment Pantai Indah Seaview

Pemandangan dari balkoni bilik kami

Ada court badminton. Dalam bilik belakang tu ada disediakan meja pingpong. Cuma perlu bawa raket dan bola sahaja. Bagus jika boleh bermain. Aktiviti sihat bersama keluarga.

Dah nak balik baru ambil gambar ni.. bersepah ;) ni ruangtamunya. Luas dan panjang.

Ni pula bilik utama. Ada bath tub kecil dalamnya dan ada aircond. Yang lain kipas.

Ada kolam memancing berdekatan apartment ni.

Aktiviti mandi-manda di swimming pool yang sejuk airnya. Menggigil Iman.

Ahad, 22 September 2013

MR D.I.Y Harbour Place Klang

Assalamualaikum

Semalam tiba-tiba tergerak hati nak ajak adik-adik bersantai di Pantai Indah Seaview yang terletak di Batu 17, Jalan Kapar. Setelah WhatsApp adik-adik. Mereka pun berminat. Jadi rancangan pun jadi kenyataan walau spontan. Betul ke penggunaan perkataan tu ;)

Disebabkan rancangan untuk mandi manda. Kenalah cari baju mandi secara segera. Baju lama dah tertinggal masa mandi di sungai. Kalau ada pun pasti tak muat dah. Adik saya, Ain beritahu ada ternampak baju mandi murah di Harbour Place. Tapi tak ingat nama kedai. Saya pun apa lagi pergilah mencari. Lagi pun tak jauh dari rumah dan sehala nak menuju ke destinasi.

Sampai je terus ke lokasi yang diberitahu adik (bawah tanah katanya). Sekali tengok MR D.I.Y rupanya. Ingat tak entri sebelum ni tentang kedai ni yang ada di Space U8 tapi malas nak tengok apa ada. Akhirnya masuk juga kedai ni. Cuma lokasi je berbeza.

Terus cari baju mandi. Pusing-pusing akhirnya jumpa juga. Memang murah harga dari RM18.50 sahaja.

Tada... inilah baju yang saya beli untuk mereka berdua. RM18.50 sahaja. Tebal juga. Ada dua lagi baju mandi saya beli untuk anak saudara perempuan. Sempat juga beli baju pelampung tu untuk Iman (RM5.90 je) dan satu lagi pelampung bulat (RM4.90). Tapi kena tiup sendiri lah...

Menarik juga kedai MR D.I.Y ni rupanya. Sempat jeling-jeling je. Sebab nak cepat. Dalam nak cepat sempat lagi beli payung dengan senduk nasi :). Lepas ni nak cerita tentang apartment Pantai Indah Seaview pula dan apa yang menarik ada di situ. Tak perlu jauh-jauh. Dekat pun ada dan harga apartment berpatutan. Cuma makan je kena bawa sendiri. Tak kisahlah.. banyak kedai makan di sini bila malam. Sedap pula tu :)

Jumaat, 20 September 2013

Rambut baru... hensem tak?

Assalamualaikum


Baru lepas mandi.. ada bukti tuala di belakang tu ya. Gambar yang telah di hantar pada AI yang jauh di mata tapi dekat di hati kami :)

Suka tengok senyuman Iman.. kini ummi pun dah pandai tersenyum bila ambil gambar ;)

Khamis, 19 September 2013

Kolam Air Panas Gadek Melaka

Assalamualaikum

Sebelum pulang ke Klang hari Isnin kami singgah dulu di kolam air panas Gadek yang terletak di jalan menghala ke Tampin dari Alor Gajah, Melaka. Banyak signboard, jadi ikut sahaja arah yang ditunjukkan.

Ini kali ketiga saya ke sini. Tapi kali ni lama sedikit.. sebab sampai awal jadi boleh santai lama di wakaf yang ada di situ. Bayaran masuk dewasa RM5, kanak-kanak usia 6 tahun ke atas RM3.


kolam paling hampir dengan pintu masuk. Tempat pilihan kami rendam kaki setiap kali datang sini. Pilih nak yang panas, kurang panas atau memang betul-betul panas.

Ni pula bahagian belakang. Kolam yang ni tak panas.

gambar dari wakaf tempat kami bersantai. Banyak kolam kat sini. Pilih je nak yang mana. Tapi tahap kebersihan kolam kurang memuaskan.

panas-panas pun nak main juga :)

Ada kemudahan surau di sini. Gambar tak boleh nak upload lagi sebab tak masuk lagi dalam google+ (guna iPad). Lambat pula.. dari handphone dah masuk. Akan di update kemudian.


Pokok buah mata kucing dan semalu wan

Assalamualaikum

Salah satu hobi ambil gambar pokok. Bagi yang selalu singgah sini dah fahamkan hobi saya. Pernah tengok pokok buah mata kucing? Kalau belum boleh tengok sini. Ada dua pokok wan induk tanam. Merimbun buahnya. Tapi sayang... tiap kali datang muda lagi... ambil juga yang coklat sikit-sikit tu rasa.. manis.. tapi nipis je isinya :)

ambil dari jauh... depan rumah wan.. saja nak tunjuk macamana rupa pokoknya.

ambil dekat pula...

tengok buah yang merimbun... lebat sana sini... tapi sayang tak masak lagi

ini pokok semalu... dulu-dulu masa kecil selalu jumpa. Sekarang susah sikit. Ambil juga gambar. Mana tau pupus pula suatu hari nanti (harap taklah). Suka usik pokok ni masa jadi kanak-kanak riang... sekarang giliran Iman pula usik... suka dia tengok pokok malu ;)

Rabu, 18 September 2013

Seronoknya kampung

Assalamualaikum


Hari Sabtu tengahari menuju ke rumah Wan Induk di Air Paabas, Melaka setelah mendapat keizinan dari AI. Mula mak dengan adik hendak menaiki bas. Tapi tiba-tiba rasa nak join sekali sebab pasti boring tiada aktiviti di rumah nanti. Tak sangka jalan sesak. Lepas Seremban baru lega. Ramai yang ambil kesempatan bercuti ke mana-mana.

Sampai-sampai je memang terserlah keseronokan Iman. Sempat layan main bola dan main basikal tak lupa juga ayam Wan Induk yang manja tu.

Cantik ayamnya... Iman cakap "white mi". Ayam ni ikut je mana kami pergi.

basikal dah rosak sebenarnya. Jadilah asal boleh tolak

Ayam pun pandai beratur keluar dari reban. Kagumlah che Iman kita tu dapat tengok banyak ayam.

Lepas tengok Wan bagi ayam makan. Pergi kebun limau kasturi pula.. kenalah gigit nyamuk. Entah kenapa nyamuk minat sangat dengan Iman.

satu baldi mak dengan wan petik. Banyak sungguh lah... Sedap limaunya. Wan buat sambal kicap letak limau ni.. Memang terbaik lah rasanya.

Saja ambil gambar pokok jambu air ni... putih warnanya. Kecil lagi...

Seronok sangat sekali sekala masuk kampung. Berangan juga alangkah bagusnya ada rumah di kampung. Sangat suka dengan alam semulajadi.

Sabtu, 14 September 2013

Santai Iman

Assalamualaikum

Alhamdulillah usia saya sudah pun genap 37 semalam. Masih diberi peluang oleh Allah untuk bersama insan-insan tersayang. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik agar berpeluang memperbaiki keimanan terhadapNya.

Semalam saya hanya jamu mak dan adik beradik yang tinggal berdekatan makan. Tak sempat nak rakam kenangan malam tadi. Simpan dalam ingatan sahajalah. Nak simpan gambar kenangan Iman hari ni.

Bawah ni gambar ketika kami pergi ke kem Sungai Besi untuk berjumpa Ya yang akan terbang keesokan harinya ke Manchester. Alhamdulillah rezeki dia dapat biasiswa penuh dari kerajaan. Ada cerita tentang Ya sebelum ni di sini.

Nur Zahira (Ya) diapit adik mak dan mak (kanan)

Sempat bawa Iman dan Nayli di taman

Sweet.. suka tengok mereka bersama

Di bawah ni pula gambar Iman ketika saya dan adik (ogy) ke Putrajaya. Nak jumpa mak mertua sebelum dia balik Kelantan esok paginya. Sempat bawa Iman dan anak adik bersantai dahulu.

Mereka sendiri yang beratur untuk bergambar. Elok je susunannya :)

Pertama kali bergambar di Empangan Batu Putrajaya ni. Ada kedai makan di sini.

Masa ni Faris saja-saja nak buat Iman tengok kamera. Gambar ni diambil di belakang hotel Pullman. Taman rekreasi air namanya.

Jumaat, 13 September 2013

Tolong reka header blog Ummi Iman

Assalamualaikum


Entri melekat hingga 13 September 2013. Scroll bawah untuk entri baru.

Nak minta tolong sesiapa yang sudi buatkan header blog catatan Ummi Iman. Saya akan berikan saguhati kepada header yang terpilih nanti.

Syarat-syaratnya:
  1. Warna mesti bersesuaian dengan background blog
  2. Simple dan menarik
  3. Masukkan gambar saya dan Iman (boleh pilih mana-mana gambar dalam blog ni) tapi edit dalam bentuk lukisan satu kelebihan
  4. atau gambar lain (doodle) ibu dan anak (islamik)
  5. Emailkan header tersebut ke alamat ummi_iman@ymail.com
  6. atau boleh buat entri penyertaan dan tinggalkan link tersebut di ruangan komen
  7. tarikh tutup 13 September 2013 (ulangtahun kelahiran saya)
  8. akan dilanjutkan jika masih tiada yang berkenan di hati

Sudi-sudilah ya... Terima Kasih :)

Khamis, 12 September 2013

Kesilapan ketika solat

Assalamualaikum


Semoga kita sama-sama sentiasa perbaiki solat kita agar solat kita diterima Allah.