بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 31 Ogos 2013

Petua bagi pesakit kencing manis

Assalamualaikum

Ingin berkongsi tips rawatan bagi pesakit kencing manis yang diambil dari Facebook layar minda. Boleh beritahu pada yang belum tahu. Semoga penyakit yang ada cepat sembuh. Inshaallah.

Kepada pesakit Diabetis. Pada hari raya kedua saya beraya di rumah pak cik saya yang temankan saya menunaikan haji dalam tahun 1992. Dia baru balik dari keluar Tabligh. Dalam pertemuan singkat itu, sempat lah mendengar "ceramah" beliau tentang penyakit.

Menurut beliau, walaupun dari segi perubatan moden, sakit kencing manis itu hanya boleh dikawal, namun tidak boleh sembuh, namun dari segi perubatan Islam, penyakit itu tetap ada penawarnya. Dan betul seperti janji Allah, "Setiap penyakit ada ubatnya kecuali kematian".

Beliau memaklumkan, untuk merawat kencing manis, perlu dirawat pankerias kerana kerosakannya menyebabkan tidak dapat merembeskan insulin secara normal. Caranya adalah dengan mengambil sebiji buah tomato yang cukup masak (merah). Potongkannya dan blend dengan sesudu teh yis (mauripan) dicampur dengan secawan air (air jangan banyak sangat, sebab kalau tomato besar akan menjadi banyak sangat dan sukar untuk dihabiskan). Juga perlu diminum segera sebaik buah tomato dikisar kerana jika dibiarkan, gelembung yis akan memenuhi cawan dan susah untuk meminumnya. 

Buat 3 hari berturut-turut, kemudian dos boleh dikurangkan. Masa pengambilannya yang 3 hari tu, sekali pagi dan sekali malam. Perkara ini telah dicuba kepada ibu saudara saya ketika admit di hospital putrajaya, kaki beliau yang bengkak susut dan tidak perlu dibedah. Semoga anda semua mendapat manafaat dari perkongsian ini. Semuga cepat sembuh. Amin

Punca sebenar pencemaran air di Selangor

Assalamualaikum

Gambar sungai tercemar yang diambil dari Facebook

Setakat ini rumah saya masih tak putus bekalan air. Mungkin punca air berbeza walau kawasan berdekatan rumah sudah tiada air. Harapnya begitulah. Boleh bantu keluarga yang memerlukan. Berikut kenyataan resmi dari EXCO Selangor (diambil dari Harian Metro Online) mengenai punca sebenar masalah pencemaran air yang berlaku dan usaha yang telah dilakukan bagi menangani masalah tersebut. 

Kenyataan rasmi dari EXCO Selangor:

Maklumat berkenaan tumpahan minyak diesel ke dalam Sungai Selangor telah diterima oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) daripada pihak operator loji pada jam 8 pagi ini. Ekoran daripada perkara tersebut, loji pembersihan air (LPA) Rantau Panjang telah menghentikan operasinya pada jam 8.05 pagi disebabkan oleh kehadiran minyak diesel yang dikesan di muka sauk loji. Ini diikuti oleh tiga (3) lagi LPA utama di Lembangan Sungai Selangor yang juga menghentikan operasi pada jam 9.20 pagi bermula dengan LPA Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan seterusnya Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) yang terletak bersebelahan di antara satu sama lain.

Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor (JKPSA) yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Puan Elizabeth Wong, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, dan diurusetiakan oleh LUAS telah diaktifkan untuk menjalankan siasatan di lokasi. LUAS bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd (SPLASH) dan Puncak Niaga Sdn. Bhd (PNSB) telah menjalankan siasatan dengan menjejaki kesan tumpahan minyak tersebut hingga ke punca dan mendapati ianya berasal daripada Sungai Gong. Pada jam 10.50 pagi, tumpahan minyak diesel tersebut dikenal pasti adalah berpunca daripada sebuah pusat penyelenggaraan lori sampah di kawasan industri lokasi berkenaan.

Premis tersebut telah diarahkan oleh JAS untuk menghentikan operasi dan juga tumpahan minyak daripada premis. Arahan pembersihan juga telah dikeluarkan kepada premis untuk dilaksanakan. Sementara itu, pihak operator loji telah meletakkan “oil boom” untuk mengurangkan kadar minyak yang mengalir ke muka sauk.

Sehingga sekarang, punca pencemaran dapat dikawal dan tumpahan minyak tersebut tidak lagi memasuki sungai di mana ianya banyak terkumpul di oil boom yang dipasang. Kesan minyak di Sungai Selangor juga adalah minimum dan dijangkakan keadaan sungai akan kembali pulih seperti biasa pada lingkungan jam 8 malam setelah kerja-kerja pembersihan selesai. Namun begitu, pemantauan yang ketat dijalankan dengan berterusan untuk memastikan tiada sebarang pencemaran lain yang berlaku.

YB Elizabeth Wong Keat Ping,
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar.
~ MAB

Merdeka tanpa air di Selangor

Assalamualaikum

Malam nak sambut merdeka hairan melihat manusia yang penuh di pasaraya Tesco, Bukit Tinggi Klang tadi. Sampai troli pun habis. Ramai warga berbangsa Cina membeli air mineral penuh satu troli. Hairan pula saya. Murah sangat ke sebab Tesco pun dalam proses menyusun atur balik susunan pasarayanya.

Ada seorang chinese tegur saya. Tak beli air ke? Kenapa saya tanya. Nanti air takde 5 hari katanya. Jumpa pula bapa mertua adik tunggu kotak air mineral yang diambil. Pasti menunggu troli datang. Masa tu dah hampir bersih ruangan air mineral. Yang mahal pun orang beli.

Saya terus call kawan @ jiran. Dia kata masih ada air lagi. Jadi adik saya yang tinggal di Pendamaran pun mula lah memulakan operasi mengisi air. Penuh satu kereta bekas air yang diisi. Adik lagi sorang yang duduk di Andalas pun datang. Lepas ni rombongan mak yang duduk di Kapar pula. Mereka bukan ambil air tapi nak tumpang tidur. Kalaulah tiada air dirumah saya pula nanti. Saya dengan Iman pergi Kelantan atau duduk Putrajaya (kalau ada air).

Rumah siapa lagi yang tiada air?
Gangguan Bekalan Air di KL & Selangor Akibat Lori Diesel Terbalik
KUALA LUMPUR: Sebahagian besar penduduk di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor mengalami gangguan bekalan air setelah empat loji rawatan air ditutup selepas Sungai Selangor dicemari tumpahan diesel.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata tumpahan minyak berlaku apabila sebuah lori tangki diesel terbalik dan muatannya melimpah dan mengalir ke dalam Sungai Selangor pada kejadian kira-kira pukul 8 pagi Jumaat.
Berikutan insiden itu, beliau berkata empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor, iaitu Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SPP2) dan Fasa 3 (SPP3) serta LRA Rantau Panjang ditutup bagi mengelak rawatan air mentah yang sudah dicemari.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT)Umno di sini, Mahdzir berkata proses pembersihan minyak sedang dijalankan dan dijangka mengambil masa yang lama.
Sungai Selangor merupakan sumber bekalan air untuk dirawat oleh empat loji berkenaan sebelum disalurkan ke rumah pam dan kolam-kolam.
Beliau berkata penutupan empat LRA itu menyebabkan gangguan bekalan air kepada penduduk di sekitar Gombak, Klang, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Petaling Jaya dan Kuala Langat.
Mahdzir berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan membuka bilik operasi untuk membantu memberi maklumat secara berterusan kepada penduduk.
UI: Sumber dari mStar

Jumaat, 30 Ogos 2013

Asian Taste Laksa Sarawak sedap juga

Assalamualaikum

Bila makan laksa Sarawak pasti teringat arwah mak itam yang telah meninggalkan kami baru-baru ni. Laksa Sarawak mak itam memang sedap. Orang Sarawak memang pandai buat laksa Sarawak. Teringat kakak masa bekerja di KL dulu. Sedap juga laksa sarawaknya. Bertambah-tambah makan. Rindu kak Nor yang mesra dan peramah tu.

Tunjuk katalog Asian Taste

Laksa Sarawak dengan air bandung cincau

Bila terliur nak makan laksa sarawak, saya suka makan di Asian Taste yang terletak di Harbour Place, Klang. Ini kali kedua makan laksa sarawak di sini. Kali pertama dulu rasanya lebih ummmpphh. Kali kedua terlebih santan / susu cair. Tapi tetap membuka selera. Entah kenapa suka sangat makan laksa Sarawak. Rasa rempahnya tu yang buat teringat-ingat.

Seronok lihat Iman bermesra dengan rusa

Assalamualaikum

Salam Jumaat. Salam ceria. Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Semoga hidup kita sentiasa dilimpahi rahmat dan diberkati Allah. Amin.

Melihat muka anak seperti melihat gambaran syurga. Itu gambaran saya setiap kali melihat muka Iman. Subhanallah. Betapa bersyukurnya dengan rezeki Allah ini. Tak terkata nikmatnya. Sangat rugi bagi mereka yang membuang bayi dan mendera anak mereka sendiri. Tidakkah mereka tahu betapa beruntungnya mereka dikurniakan zuriat oleh Allah berbanding mereka yang masih menanti.

Sedikit emosi melihat kes orang buang bayi. Berbalik pada tajuk entri, seperti biasa bila AI ada kami akan bawa Iman jumpa mama dia. Kasih ibu dan anak tak baik dipisahkan, walau macamana sayang pun kita pada anak yang kita bela. Mama Iman dah saya anggap macam kakak saya. Dia seorang wanita yang sangat baik. Sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain. Saya harap Iman baca semua entri saya bila dia dah pandai membaca nanti. Supaya dia tak fikir sesuatu yang negatif tentang dirinya. Bersyukurlah dia yang mempunyai ummi dan mama yang kasih pada dirinya. Sayu pula hati ni...

Tempat tinggal mama Iman ada bela rusa. Bukan rusa sahaja, tapi macam-macam binatang ada. Iman dan binatang cepat mesra. Kalau Iman panggil biasanya binatang tu datang. Mungkin ianya kelebihan Iman. Ada dalam entri-entri setiap kali kami bawa dia jumpa binatang. Seperti di Zoo Negara dan Taman Burung.

Nak pegang tapi takut

Kesian tiada makanan nak bagi

Saya ambil roti yang tinggal sedikit dalam kereta untuk Iman bagi rusa-rusa ni makan

 
Mula jauh je nak bagi makan

Rusa yang berjaya makan roti dari tangan Iman :) habis dia ngap. Tak ingat yang lain dah

Seronok dapat bagi makan. Minta lagi.. sayangnya kat sini takde kedai. Pujuk Iman yang merengek-rengek tak puashati masuk dalam kereta, bagi susu sementara tunggu AI solat Asar di surau.

Khamis, 29 Ogos 2013

U Mobile broadband WiFi prepaid alternatif line bermasalah

Assalamualaikum

U Mobile Broadband

Baru beli broadband ni semalam. Alasan beli sebab line Maxis tak clear sangat di rumah. Jadi susah AI nak buat call guna internet dari sana (iraq). Jadi belilah U Mobile Broadband ni yang berharga RM379 (termasuk 5gb kuota untuk tempoh sebulan). 5 orang boleh guna dalam 1 masa. Maklumat lanjut sila klik sini

Setakat ni guna untuk handphone ok. Laju juga. Untuk iPad belum guna lagi. Baru belikan. Tapi semalam dua orang adik online sekali guna handphone oklah. Kelajuan 21 Mbps. Saya ambil prepaid mudah sikit nak stop bila-bila masa. Boleh top up ikut suka ikut kuota yang kita mahu. RM48 (2GB), RM68 (5GB). RM28 pun boleh (500MB).

Simcard boleh masuk dalam handphone kalau mahu. Tapi tak perlu rasanya sebab broadband ni boleh bawa mana-mana. Cuma perlu charge baterinya sahaja. Masa beli tak charge lama baterinya. Jadi bateri cepat habis bila guna. Kalau di rumah saya plug in je. Senang.

Belum lagi berjaya buat voice call di rumah sebab line internet tempat AI tak berapa ok. Jadi tak pasti lagi usaha ni berjaya atau tak. Nak tukar line lain selain Maxis, mungkin tidak :) Pengguna setia gitu. Dari mula pakai handphone guna Maxis. Kalau handphone boleh masuk 2 simcard mungkin boleh. Tapi dah terbeli satu je simcard boleh masuk. Nak beli lain rasa membazir sebab baru beli. Kenapalah tak terfikir masa beli :(

Harap usaha ni berbaloi...


UI: (update) Alhamdulillah.. berjaya juga akhirnya!

Buang angin dalam badan dengan buah betik

Assalamualaikum


Baru-baru ni berurut dengan bibik (pembantu kepada mak mertua adik yang berasal dari jawa timur). Berurut untuk betulkan urat saraf yang banyak angin. Masa berurut tanya bibik, mahu makan apa untuk buang angin dalam badan. Makan papaya katanya. Serius baru pertama kali dengar petua ni.

Memang kena amalkan makan betik pula sekarang ni. Lepas google ternyata bagus juga khasiat betik ni. Namun tiada info yang menyatakan betik boleh buang angin dalam badan. Apa pun nasihat orang berpengalaman dan mengamalkannya boleh diguna pakai. Lebih-lebih lagi banyak khasiatnya.
Betik kaya dengan vitamin A, vitamin C dan juga kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Kesemua nutrien yang terdapat di dalam sebiji buah betik dapat membantu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan strok.
Untuk buang angin harus makan yang berwarna merah. Selain betik masak, betik muda pula boleh digunakan untuk merawat masalah gout (klik sini untuk lihat caranya). Daunnya pula dikatakan boleh merawat demam malaria, menambah susu badan untuk wanita lepas bersalin, mengawal tekanan darah dan banyak lagi.

Betik juga dikatakan boleh mengurangkan lemak berlebihan dalam badan serta menaikkan seri wajah. Banyak sungguh khasiatnya. Jom kita amalkan. Baru semalam beli sepotong betik. Hari ni nak beli sebiji ;)

Selasa, 27 Ogos 2013

Ayat pembatal sihir

Assalamualaikum


Ayat yang biasa di baca ustaz / ustazah jika berubat


Zaman sekarang dah kembali ke zaman dahulu. Banyak orang menggunakan sihir kerana tak puashati dengan kebahagiaan orang lain atau ingin melihat orang tersebut tidak bahagia. Carilah kebahagiaan diri masing-masing.

Bagi yang ditimpa musibah sihir ini, bersabarlah. Allah sedang menguji kita dan saya yakin dugaan ini untuk membuatkan kita lebih dekat kepada Allah. Ini antara nasihat yang cukup terkesan dihati saya. Mereka yang berbuat tidak baik, ada juga bahagian mereka. Bertaubatlah sebelum terlambat.

Selain ayat Kursi dan 3 Kul, Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :- 

1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6

2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257

3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286


UI: Sekadar perkongsian dan ingatan buat saya


Isnin, 26 Ogos 2013

Samsung Galaxy S Advance jadi pilihan

Assalamualaikum



Semasa AI balik baru-baru ni, tiba-tiba AI syorkan saya pakai telefon Samsung bagi memudahkan komunikasi bersamanya. Kenapa Samsung? Sebab AI baru beli Samsung Tab 7.0 inci di Dubai. Mulanya AI cadangkan beli Samsung Tab juga. Tapi saya tak mahu sebab besar. Malu pula nak cakap kat public nanti ;)

Handphone C3 saya masih ada lagi. Simpan dulu.. takut yang ni rosak ada spare. Sebelum AI offer ada juga survey handphone Samsung ni. Suka sebab lengkap semuanya ada. Kamera pun ada flash. Tertarik sebab ianya dual core dan skrin LED. Laju sikit bila buka internet. Sebenarnya jika Android (operating system) mudah sikit, sebab mesra pengguna. Tak terhad macam Apple. Yang utama harganya tidak mahal sangat. Yang ini model lama. Jadi susah nak dapat yang original.

Sekarang boleh buat video call guna "Hangouts" (google application). Jadi jimat kos telefon sebab ianya guna line internet. Tempat AI ada WiFi. Bila nampak muka terubat lah rindu masing-masing ;). Tapi Iman bila nampak muka AI, lagi tak tentu arah. "nak ayah... nak ayah". Bila nak buat panggilan biasa, AI guna application LINE.

Ada juga kelemahannya bateri cepat habis (guna power saving, oklah sikit) dan tidak selasak Apple (touch screen). Apa pun puashati juga. Biasalah ada yang lebih dan ada yang kurang. Yang penting apa yang kita nak tu ada. Paling menarik boleh sync akaun google. Jadi gambar dalam handphone automatik boleh masuk dalam Google+. Mudah update blog (guna iPad). Gambar-gambar terbaru masa raya baru ni kebanyakannya guna handphone ni.



Sabtu, 24 Ogos 2013

Doa pagar diri dari gangguan makhluk halus

Assalamualaikum

Sekadar ingin berkongsi doa yang saya terima dari ustazah yang membuat rawatan ke atas saya. Ustazah ni beritahu bahawa doa ni diperolehi daripada gurunya setelah ustazah ini turut diganggu setelah mengubati orang. Katanya banyak jin datang cuba mengganggu dia.

Inilah doanya. Pesan ustazah hendaklah dibaca 100x. Mesti didahului dengan bismillah.

Ustazah ada beritahu maksudnya. Tapi saya dah lupa. Boleh cuba bagi mereka yang ada gangguan. Insyaallah, makhluk halus yang ada akan segera pergi dengan izin Allah.

Doa ini juga boleh dibacakan untuk ahli keluarga yang lain dengan menghembuskan dari kepala hingga ke kaki.

Kelalaian punca tragedi

Assalamualaikum

Sekadar meluahkan pendapat peribadi ke atas setiap tragedi yang berlaku. Setiap tragedi kita katakan takdir, namun tidak semua begitu. Jika tiada kelalaian, Insyaallah tragedi dapat dielakkan. Bila sudah berlaku tragedi kita kena redha dan terima ianya sebagai takdir. Maksud saya pada mereka yang bukan melakukan kelalaian.

Faham ke apa yang cuba saya sampaikan?. Jika tidak berlaku sesuatu perkara, kita akan hanyut dan alpa. Tapi bila terjadi sesuatu, baru kita sedar apa sebenarnya yang berlaku. Kita pasti mencari puncanya.

Saya bercakap umum. Baik berita tragedi serangan di Mesir begitu juga dengan tragedi nahas bas di Genting Highland. Setiap yang berlaku ada sebab disebaliknya. Kita tidak akan tahu sebabnya jika tragedi ini tidak terjadi.

Mungkin juga kerana kelalaian, Allah timpa kan musibah. Semoga Allah membantu umat Islam yang tidak berdosa walau di mana mereka berada.

Setiap yang berlaku kita jadikan iktibar dan pengajaran.

Khamis, 22 Ogos 2013

Pokok mahkota dewa dan belimbing buluh pak itam

Assalamualaikum

Hari Ahad yang lepas baru ni saya, mak dan adik-adik ke Muar rumah adik arwah abah (pak itam). Jarang sangat dapat jumpa. Tahun lepas tak pergi pun masa raya. Jadi raya tahun ni ambil peluang pergi beraya sambil singgah rumah adik lelaki saya yang terletak di Alor Gajah, Melaka.

Bila sampai rumah pak itam memang seronok tengok tumbuh-tumbuhan yang pak itam dan mak itam tanam. Kali ni tertarik sebab dapat lihat sendiri pokok mahkota dewa yang sedang hangat diperkatakan sekarang ni.

Pokok mahkota dewa yang kecil sahaja saiznya. Buahnya akan bertukar warna merah bila dah masak.

Menurut pak itam, bila dah masak, buahnya dipotong dan dikeringkan. Kemudian baru direbus atau rendam dalam air panas untuk minum.

Lagi gambar pokok mahkota dewa. Gambar blur sikit sebab tertekan flash dan ada sesuatu yang mengganggu di situ ;)

Geram tengok buah belimbing buluh yang meriah dan gemuk-gemuk ni ;) Ingat nak minta bawa balik. Tapi terlupa nak ambil.

Seronok jika berbudi pada tanah. Dapat hasil yang memuaskan hati dan sejuk mata memandang.

Rabu, 21 Ogos 2013

Bermalam di hotel murah Kuala Krai kerana menunggu jenazah

Assalamualaikum

Sepatutnya kami balik hari Ahad (raya ke-4). Tapi disebabkan menerima berita kemalangan yang meragut dua nyawa cucu angkat bapa mertua saya. Kami terpaksa tangguhkan perjalanan balik. Kebetulan hari Ahad tu pun jalan cukup sesak. Dari Kota Bharu ke Kuala Krai sahaja ambil masa 4 jam.

Cerita sedikit kemalangan yang berlaku ketika cucu angkat (sulung lelaki dan perempuan atas bongsu) bapa mertua saya bersama isteri yang sedang hamil 2/3 bulan yang dalam perjalanan balik dari Kuala Krai ke Rawang, Selangor.

Kemalangan berlaku berhampiran kawasan perumahan arwah. Keretanya berlanggar dengan lori 1 tan yang mengakibatkan bahagian pemandu dan penumpang belakang pemandu remuk teruk (ada gambarnya). Punca kemalangan tidak dapat dipastikan. Apa pun berita ni cukup membuatkan saya dan AI terkejut kerana kami sempat berjumpa dan bersembang dengan arwah (lelaki) di hari raya pertama. Semuanya kuasa Allah. Sekelip mata dua anak kepada anak angkat bapa mertua saya (yang dibela dari kecil dan kini masih tinggal bersama) pergi buat selama-lamanya. Saya kagum dengan ketabahan ibubapa arwah. Sabar dan redha dengan apa yang terjadi. Namun isteri arwah seperti dalam keadaan tertekan. Mujur kandungannya selamat. Mungkin terkejut dan trauma kerana dia ada bersama ketika kejadian berlaku.

Kejadian berlaku pukul 4 pagi. Mangsa dibawa ke hospital oleh rakan-rakan kerja (Perodua Rawang) yang ternampak kereta mangsa. Jenazah dimandikan dan dikapankan di hospital dan selamat tiba di Kuala Krai pada pukul 9 malam dan di kebumikan pada pukul 10 malam. Memang terharu melihat jenazah keduanya. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh mereka.

Kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa, kami mencari hotel yang paling hampir dengan rumah bapa mertua saya. Maka ternampak lah Hotel Damar yang terletak selepas trafik light dari Kuala Krai menuju ke Gua Musang, Kelantan (bahagian kanan jalan)

Harga bilik famili (join room) ni hanya RM100 untuk 1 malam. Air panas dan iron baju ada di letakkan di bahagian luar. Ada free kopi tapi tiada peti ais. Kelengkapan mandi pun ada. Cuma towelnya satu ok dan satu lagi melekat bulu benang bila lap :) Apa pun oklah. Yang penting selesa tidur.

Lepas bersiap pagi tu, kami sarapan di kedai makan yang terletak bersebelahan hotel. Ok juga masakannya. Sebelum balik singgah dulu rumah bapa mertua dan rumah arwah pakcik AI.

Isnin, 19 Ogos 2013

Jalan-jalan Kelantan Raya 2013

Assalamualaikum

Bersambung lagi kisah catatan raya. Dalam kita bergembira beraya, ada insan yang sedang berduka. Semoga Allah membantu mereka dalam menyelesaikan masalah yang sedang mereka hadapi. Saya hanya mampu berdoa dan turut merasa kesedihan mereka.

Lepas beraya rumah adik mak mertua (raya kedua) singgah Pantai Cahaya Bulan cari layang-layang Iman. Sempat juga minum air kelapa fresh dan makan colek. Sedap :)

Dalam perjalanan ke Rantau Panjang, sempat singgah perkampungan Siam. Saja bawa adik yang belum pernah tengok patung Siam tidur ni. Gerun juga bila tengok mata dia ;)

Keesokan (raya ketiga) cuci mata di Rantau Panjang. Shopping barang untuk famili je. Diri sendiri takde ;)


Raya kelima.. sebelum gerak balik sempat posing atas jambatan gantung yang terletak di Gua Musang



Sabtu, 17 Ogos 2013

Rehat sebentar di Goa Inn Hotel Gua Musang

Assalamualaikum

Sambung cerita perjalanan balik beraya di Kelantan. Disebabkan mengantuk dan penat serta nak cari tempat untuk mandi. AI pilih untuk berehat di Goa Inn Hotel yang terletak di Gua Musang. Harga bilik RM100 tapi kami cuma mahu berehat selama 3 jam, jadi dapatlah harga RM40 selepas minta kurang.

Lepas mandikan Iman, solat dan berehat seketika, kami pun sambung semula perjalanan. AI yang plan nak tidur, tak tidur pun... keluar cari barang. Namun sempat mandi, segarkan diri. Saya yang duduk sebelah ni pun entah berapa kali tertidur.

Hotel Goa Inn yang terletak di bandar Gua Musang. Baru pertama kali singgah sini.

Iman yang baru nak mandi. Makan makanan yang tak sihat :(

Oklah hotel ni kalau sekadar ingin berehat seketika. Bila terlalu memaksa badan pun letih. Terutama bila banyak kenderaan dijalanraya.

Rabu, 14 Ogos 2013

Cerita Raya 2013

Assalamualaikum

Salam Aidilfitri. Terasa lama menyepi. Tahun ni kami beraya di Kelantan lagi. Raya je berpeluang balik kampung lama-lama. Jarang sangat dapat peluang macam ni disebabkan kesibukan AI bekerja. Mak dan adik saya cik Zue ikut sekali. Teringin sangat cik Zue nak melawat Kelantan. Alhamdulillah tiada masalah sepanjang perjalanan. Biasalah sangkut sikit bila tiba di kawasan pekan.

Bertolak jam 7 pagi dari rumah. Tiba di Bentong lebih kurang pukul 10 pagi. Seronok dapat lihat kabus pagi.

Balik sehari sebelum raya. Jalan kejap ok kejap sesak.

Satu-satunya gambar yang sempat diambil di pagi raya. Iman tiba-tiba tak mahu bergambar. Tema tahun ni AI yang pilih. Jenuh juga nak cari baju Melayu yang sama dengan baju yang saya tempah.

Cari punya cari... akhirnya beli baju Melayu di Jakel. Harga berpatutan sebab free sampin. Makin lama harga yang ditawarkan makin turun. AI tak beli label Aaron Aziz sebab AI lebih suka kain cotton. Kain baju kurung saya juga dari Jakel.

Banyak lagi gambar untuk disimpan sebagai kenangan. Tunggu masa untuk publish. Kami baru balik dari Kelantan hari Isnin. Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi untuk berhari raya bersama-sama AI sebelum kembali bekerja.


UI: mata mengantuk... mengantuk mata... (mana satu betul?) ketika menaip entri ni..

Isnin, 5 Ogos 2013

Jumpa Nazrey Johani yang memohon sumbangan pembinaan Kompleks Tahfiz Bayu Syahadah di Ranau Sabah

Assalamualaikum

Semalam saja pergi ke gerai-gerai jualan sempena bulan Ramadhan yang terletak di bandar Klang. Agak lewat juga pergi, lebih kurang pukul 12 malam, sebab kami bertiga baru bangun tidur akibat kepenatan. Sampai sahaja, lihat penuh sesak orang. Dah sampai pergi je lah.

Baru je sampai terdengar orang bercakap menggunakan mikrofon memohon bantuan. Bila saya lihat ternampak saudara Nazrey Johani, bekas kumpulan Raihan. Seorang peniaga lelaki memberitahu saya itu Nazrey kumpulan Raihan, minta derma untuk buka sekolah tahfiz miliknya. Katanya lagi Nazrey ni baru je ada di situ dan akan terus ada di situ hingga malam raya.

Gambar ni saya ambil setelah nak balik. AI sempat bertanya dan memberitahu kebaikan usaha yang ingin dia lakukan. Iman pun salam juga.

AI beritahu saya yang bantuan untuk pembinaan kompleks tahfiz ni telah lama dilakukan. Setelah saya google memang betul. Ianya bermula pada 19 November 2009 sebagai pra pelancaran untuk mengumpul dana. Manakala perasmian tapak telah dilakukan pada 1 Ogos 2010. Tapaknya merupakan tanah wakaf saudara Abdullah.

Melihat pada gambar bangunan yang ingin didirikan, saya rasa projek ini menelan belanja yang besar. Kerana setiap binaan yang ingin dibuat sangat indah dan sempurna. Apa pun saya harap semoga impian saudara Nazrey ini tercapai.

Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan bagi pembinaan Kompleks Tahfiz Bayu Syahadah. Sumbangan bolehlah disalurkan melalui akaun Bank Islam 12038010098575 atas nama At-Tahfiz Bayu Syahadah.

Di sini saya letakkan link blog yang dimiliki oleh saudara Nazrey untuk projek Kompleks Tahfiz ini. http://tahfizsyahadah.blogspot.com/ dan http://nazreytahfizsyahadah.blogspot.com/.

Kami hanya membeli kopiah Iman dan dodol sahaja di gerai yang mula-mula kami tiba. Tak jadi nak jalan sampai habis. AI tak sanggup mengharungi lautan manusia. Walaupun adatnya memang begitu suasananya. Kena pergi Jusco juga cari baju melayu nampaknya :)


Ahad, 4 Ogos 2013

Gara-gara tukar ekzos kereta baru rupanya

Assalamualaikum

Kini terjawab persoalan disebalik masalah kereta. Baru-baru ni ekzos bocor buat pertama kali. Tukar ekzos yang baru. Paip ekzos lama 4:2 tapi bila tukar yang baru 4:1 (harap tak salah.. lupa pula). Untuk kereta auto tak sesuai dengan ekzos baru ni. Original memang tiada dipasaran sekarang. Melainkan pergi tempat kereta potong.

Masa tu manalah kami tahu. Masa tukar perasan juga kenapa tak sama dengan yang lama. Mereka cuma kata yang lama dah tiada. Sekarang semua pakai yang macam tu.

Jadi sesiapa yang nak tukar ekzos kereta kena pastikan cari yang sama macam yang lama kalau boleh. Kalau untuk kereta manual tiada masalah. Untuk auto kurang sesuai. Ada masa kereta akan bergetar sedikit. Menurut adik kerana ada angin dalam ekzos. Patutlah lepas tukar ekzos rasa tak sedap sikit kereta. Macam ada angin je kat ekzos tu.

Baru ni lepas buat major servis. Mereka tak set balik timing kereta. Tu yang jadi kereta berdaum-daum masa nak jalan balik bila berhenti di traffic light. Adik saya kata cuma perlu tukar ke gear 2 je kalau jadi macam tu. Barulah kami faham. Katanya masalah bila slow je, tapi bila laju kereta jadi sedap. Macam-macam kan kalau tak tahu pasal kereta ni.

Dahlah masa tukar ekzos hari tu braket yang pegang belting power stereng bengkok dibuat oleh mereka. Yang ni kami buat di kedai khas bahagian ekzos. Bila dah jadi macam ni bertambah lagi pengetahuan pasal kereta.

Petang tadi sempat tinted cermin kereta. Ambil yang murah je. Ada promosi 1 pintu RM10. Bertahun-tahun guna kereta baru pertama kali buat tinted, kelakar juga bila fikir. Kereta dah lama diberi wajah baru :) itu pun ada lagi yang tak sempat nak buat. Harap Allah permudahkan bila balik Kelantan nanti. Dah perhabis macam-macam dah supaya nak pastikan tiada masalah nanti.

Nak cari kereta lain juga nanti... Insyaallah.

Iman main golf dalam pasaraya

Assalamualaikum

Pandai pegang kayu golf ya.. Ada gaya :). Gambar terakhir tu sebelum dapat main.


Dua hari lepas beli nasi Mandy di kedai Arab yang pernah saya ceritakan sebelum ni dalam bangunan Harbour Place, Klang. Untuk sampai ke kedai Arab tu, ternampak lah 'padang' golf kecil-kecil ni yang ada 9 kesemuanya. Sementara tunggu AI order, Iman sibuk berlari keluar. Nak main bola katanya. Saya kata tunggu ayah.

Puas jugalah ikut Iman yang keluar masuk kedai Arab tu. Tak tentu arah tengok dia yang teruja dengan 'padang golf' ni. Bila AI keluar dari kedai, terus Iman meluru, beritahu nak main bola. AI kata lain kali. Tapi saya kesian. Akhirnya, AI tanya dulu kena bayar berapa pada lelaki yang berkopiah bersama 3 orang anaknya. "RM10 bang, untuk 9 lubang".

AI keberatan nak bagi Iman main. Takut Iman ralit dan terlambat nak balik berbuka nanti. Saya tanya ada ke untuk budak? Ada katanya. Terus bagi kayu dan bola golf. "Ala bang budak-budak, bagi je lah main" (percuma). Segan pula kami.

Bukan main seronok lagi Iman dapat main dan bersungguh masukkan bola ke dalam lubang. Main  satu tempat je. Bila saya dan AI kata nak balik. Tinggalkan Iman dekat situ. Barulah dia nak balik. Kami bagi juga duit RM5. Tak tergamak pula rasanya. Walau orang tu tak mahu.


UI: Kereta masih bermasalah walau dah pergi 2 workshop semalam. Workshop yang biasa kami pergi dengan pengeluar kereta. Satu tukar barang yang baru di tukar (ni yang menghairankan). Keluar duit lagi, satu lagi set timing. Sekejap je ok, lepas tu ada tanda-tanda nak bermasalah walau tak teruk seperti sebelum ni. Yang pelik sebelum ni kereta ok je. Dah call adik saya malam tadi, nak suruh dia tengok hari ni. Tak puashati juga sebab dah pergi 2 workshop tapi masalah tak juga selesai. Adik saya arif juga bab kereta walau bukan kerja dia. Kalau kita cerita, dia boleh agak apa yang tak kena. Berbanding workshop yang tak pasti apa masalahnya.

Sabtu, 3 Ogos 2013

Kecewa servis kereta tempat pengeluar

Assalamualaikum

Tak tahu nak cakap apa. Pertama kali pergi servis tempat pengeluar kereta, bukan bertambah baik. Tapi buruk akibatnya. Inilah akibatnya berpaling tadah pada workshop setia kami. Bukan sebab tak bagus. Malah khidmat tempat kami pergi tu cukup bagus. Sajalah ingat kalau tempat pengeluar lebih bagus kalau nak make sure kereta betul-betul ok sebelum jalan jauh.

Dahlah 1 hari tunggu kereta nak siap. Bila siap lain pula jadinya. Kereta elok-elok. Lepas buat major servis terus jadi tak elok. Berdaum-daum enjin. Macam nak mati pun ada bila nak sampai rumah tadi. Frust sangat AI. Ialah habis 1k lebih tapi hasilnya cukup hampa.

Pagi-pagi nanti. Buka je workshop tu, nak call diorang suruh ambil kereta. Nak bawa pun tak berani. Takut mati tengah jalan. Pertama kali kereta bermasalah teruk macam ni. Sabar je lah kan.

Memang taubat nasuha tak mahu dah pergi situ lagi. Memang tak jangka sampai macam ni sekali hasilnya. Tengok je lah nanti.. diorang boleh selesaikan masalah ni ke tak? Diorang yang buat kenalah bertanggungjawab kan?. Nak pergi workshop biasa tu nanti, apa pula kata dia. Lagi pun takut kena tambah duit lagi nanti. Biar yang buat masalah, selesaikan masalah ni.

Sedih dalam redha.. Yang pasti empunya duit dan kereta lebih sedih dan kecewa. Peringatan untuk diri sendiri, jika sudah ada yang sesuai jangan tukar. Kerana kita tak kenal dengan yang baru.

Sabar ya AI... mungkin ini pengajaran dan ujian buat kita.

Jumaat, 2 Ogos 2013

Khasiat teh hijau

Assalamualaikum

Brand yang menjadi pilihan. Pinjam gambar dari google.


Sekarang ni saya dah mula amalkan minum teh hijau lepas tengok AI yang tak tinggal minum teh hijau. Iman pun suka. Ada juga campuran jasmine. Kalau brand selain pokka rasanya kurang sedap sikit untuk tekak saya.

Tertarik nak tahu khasiat teh hijau. Selepas google jumpa info di bawah yang diambil dari artikel Harian Metro.

Mengurangkan risiko kanser 

Teh hijau mempunyai komponen zat yang mampu melawan sel kanser. Ia mencegah pertumbuhan sel tidak normal ini dan menghasilkan saluran darah baru bagi menggalakkan pertumbuhan sel yang baik. Kajian yang dijalankan menunjukkan teh hijau membantu mengurangkan kanser payu dara, perut, esofagus, kolon dan kanser prostat. 


Mengatasi bengkak mata 

Oleh kerana ia mengandungi antioksida yang tinggi, dengan mengambil dua kantung teh hijau yang sudah digunakan dan diletakkan pada mata selama 10 minit mampu mengatasi masalah bengkak mata. Malah mata menjadi segar dan cerah. 


Antiseptik kulit 

Kandungan semula jadi antiseptik pada teh hijau mampu mengurangkan kegatalan dan bengkak pada kulit; juga luka serta terbakar akibat pancaran matahari. 

Ini boleh dilakukan dengan meletakkan sedikit teh hijau pada luka atau tempat yang terkena gigitan haiwan. 


Melindungi kulit 

Produk mengandungi ekstrak teh hijau mampu melindungi kulit daripada masalah jerawat, gatal dan radang kulit. 


Menurunkan tekanan darah 

Kandungan teanin di dalam teh hijau yang bersifat antihipertensif iaitu mampu membantu menurunkan tekanan darah dan berada pada tahap normal. 


Menguatkan daya ingatan 

Dengan meminum teh hijau dua gelas sehari dikatakan mampu menguatkan daya ingatan anda. 


Awet Muda 

Kandungan vitamin E membuatkan kulit lebih muda. Selain itu minuman ini juga membantu melancarkan peredaran darah sekali gus mengurangkan risiko sera­ngan jantung dan strok.

Khamis, 1 Ogos 2013

Helmet kanak-kanak untuk Iman dari AI

Assalamualaikum

Nampak je ummi dia nak ambil gambar.

Semalam masa nak ambil adik balik kerja (praktikal), tiba-tiba dapat call dari AI kata dia dah sampai KLIA. Buat kejutan lagi nampaknya. Sebenarnya kerja macam AI tak tetap bila baliknya, walau sepatutnya 40 hari kerja boleh balik. Tapi lebih juga 40 hari. Jadi lepas ambil adik, terus pergi airport ambil AI.

Pagi ni, bawa kereta ikut belakang AI yang kena tolak motor pergi kedai. Dah lama tak panas enjin, tak boleh nak start. Saya bab motor, minta maaf, memang tak serasi ;) berbanding kereta. Kesian puasa-puasa tolak motor. Ada orang naik motor nak tolong, AI kata takpelah. Mungkin tak mau susahkan dia.

Saya kena follow, faham-fahamlah Iman tak boleh tak nampak AI kalau AI dah balik. Mana pergi semua nak ikut. Bila sampai je kedai motor. Nangis panggil ayah dia. AI pun dukung. Tak lama lepas tu, nampak AI pakaikan Iman helmet. Saya senyum je tengok gelagat Iman dengan helmet barunya. Cute je rupanya.

Bergaya dengan helmet baru. Sedondon pula dengan warna baju dan kasut :)

Dah ada helmet, bolehlah naik motor dengan ayah. Seronok dah lama rindu nak naik motor. Masa bawa kereta, nampak orang naik motor. Iman cakap nak naik motor ayah :) Memang suka sangat naik motor. Dah biasa dari baby, ronda-ronda kawasan rumah dengan motor.