بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 31 Julai 2013

Lucu tengok gelagat kera

Assalamualaikum


Pagi tadi hantar adik pergi tempat praktikal dia. Sementara menunggu polis trafik memberi laluan, tertarik tengok seekor kera yang nampak seronok menggigit botol air mineral atas pembahagi jalan sambil memerhati kereta lalu lalang.  Macam-macam gaya dia pegang botol tu. Kesian pun ada. Mungkin sebab tiada makanan yang hendak dimakan, dia gigit botol plastik ni.

Macam makan kuaci pun ada. Gigit-gigit buang. Ambil rasa je agaknya. Ataupun dia sedang protes dan mogok tepi jalan ni sebab tiada makanan, atau juga meminta simpati orang ramai supaya bagi makanan pada dia.

Apa pun dia masih boleh survive hidup di tengah bandar yang penuh dengan dugaan ni ;) 

Kecil-kecil dah pandai bawa kereta

Assalamualaikum

Lebih seronok ada teman meronda. Nayli nenek tolong control sebab belum ada lesen macam abang Iman.

Entri yang tersimpan dalam draft. Masa ni belum puasa lagi. Ini adalah antara aktiviti luar untuk mengajar Iman lebih berani dan berkeyakinan disamping membuatkan dia happy. Sebenarnya Iman masih ada malu-malu lagi walaupun dia sudah pandai mengawal sendiri kereta yang dia bawa.

Sebelum ni Iman tak berapa mahir lagi mengawal kereta berbanding motor. Sebab motor Iman dah biasa bawa di rumah. Motor Iman di rumah dah lama rosak. Bateri tak boleh nak charge. Sekarang Iman dah mahir bawa kereta, dan boleh mengelak pun jika nak berlanggar dengan orang lain masa memandu.

Sesekali bagi peluang main yang ada di pasaraya. Mujur Iman jenis yang tidak melekat bila dapat naik. Habis je masa, bangun lah dia. Biasanya bayar RM5 je untuk 10 minit. Dah ok. Janji dapat naik.

Masa ni ummi dia yang offer Iman naik lepas makan di Harbour Place. Luas tempatnya dan tak ramai orang. Kereta sebenar pun dah teringin nak bawa. Mujur kaki tak sampai ;)

Ummi cuma memerhati...

Saja selit gambar yang diambil masa di Jusco Bukit Tinggi ni. Duduk je atas kereta ni. Mesin untuk tukar coin ke chip dah rosak. Mujur Iman jenis tak kisah. Asal boleh duduk pun ok je :)


Selasa, 30 Julai 2013

Wisma Kastam Diraja Malaysia Selangor pun boleh bersantai

Assalamualaikum

Tengahari tadi teman adik pergi Wisma Kastam Diraja Malaysia, Selangor yang terletak di Pelabuhan Klang, Selatan atau pun biasanya di sini panggil Pulau Indah. Sebenarnya adik ajak mak suruh teman kan dia. Memang selalunya macam tu. Tiap kali nak pergi kastam, mesti dia ajak mak. Kebetulan Iman nak ikut, jadi dengan ummi dia join sekali.

Baru pertama kali tengok bangunan kastam ni. Bangunan ni terletak bertentangan dengan bangunan WestPort.

Close up pintu masuk kastam

2 orang anak kecil yang turut serta ;)

Seronok tengok ikan koi

Mak saya memang suka pergi sini. Sejuk katanya. Lepas datang sini, memang sejuk udaranya. Kuat angin. Maklumlah dekat dengan laut. Menunggu pun tak rasa lama. Iman dengan Nayli pun seronok main dekat tiang-tiang laluan jalan kaki depan kolam ikan ni.

Wisma Kastam pun jadi nak bersantai-santai ;)


Tragedi berbuka di Nyonya Colors

Assalamualaikum

Beberapa minit sebelum tragedi :)

Sambungan dari 2 entri sebelum ni. Lepas keluar dari Ikea, niat hati nak terus balik. Tapi adik saya cik Zue, ajak singgah Jusco Bukit Raja nak cari kasut raya. Jadi kami pergilah Jusco. Mula pergi Bata, lepas tu masuk dalam Jusco pula. Tapi kasut tak beli lagi. Jadi saya suruh adik booking table dulu di Nyonya Colors ni sementara bersihkan Iman yang dah membuang lagi sekali. Sampai tembus di seluar. Seluar pula dalam kereta. Kenalah Acik tolong ambil kan. Pakai dryper je lah Iman sementara tunggu acik ambil seluar.

Macam biasa lepas order makanan, sementara menunggu... ambil lah gambar untuk update dalam blog (biasalah kan bila ada blog, semua nak story). Tak lama lepas tu azan. Air teh o panas yang di order baru di letakkan atas meja. Masa ni Iman sibuk nak makan kuih percuma yang kedai ni bagi. Sedang saya nak ambil kuih, entah macamana sepantas kilat Iman tertarik cawan air teh panas. Habis tumpah kena tangan saya. Iman pun terkena juga sikit. Apa lagi meraung lah dia. Saya terus bawa pergi bilik air.

Lepas basuh tangan dia dan saya. Tukar lagi pakaian Iman. Masa ni saya rasa pedihnya tangan. Cuba selak tengok merah-merah bahagian hampir dengan siku. Ada satu bahagian nampak hitam. Tapi tahan je lah. Duduk balik, buka puasa. Iman ok je. Lepas solat, sambung balik cari kasut acik. Akhirnya beli di Bata.

Lepas beli terus balik rumah mak. Terus tengok tangan. Alamak dah menggelembung kulit. Patutlah pedih sangat. Boleh lagi gelak-gelak cerita dengan adik ipar. Beritahu dia Iman dera dan mujur saya yang kena. Kalau Iman, tak tahulah.. mak kata 'hadiah makan kat Nyonya Colors' ;)

Sekarang dah pecah yang menggelembung tu. Terlanggar pintu. Adoi pedih jugalah mula-mula tu. Kalau tengok macam kena cakar rimau je. Sebab ada 5 garisan kesan percikan air. Bayangkan punyalah panas air tu sedangkan saya pakai 2 lapis baju. Dah nak kena. Redha je lah. Saya cuma pesan pada Iman, lain kali jangan buat macam tu lagi. Tengok apa dah jadi kat tangan ummi. Lepas tu boleh pula dia menangis. Tahulah tu salah dia.

Sempat lagi tengok show kat ruangan legar. Tiba-tiba nak bersilat diorang ni bulan-bulan puasa ;) sekali dah tengok, ralit juga. Hairan, kenapalah buat pentas macam ni. Orang nak tengok pun susah.

UI: Mujur sedap laksa Thai yang di order.

Isnin, 29 Julai 2013

Tengok langsir Ikea

Assalamualaikum

Mujur tak sesak sangat jalannya

Lepas selesai mak buat rawatan di darussyifa', saya terus bawa kereta menuju ke Ikea, Damansara. Dalam hati ni meronta-ronta nak tukar langsir. Tengok iklan Ikea dalam blog, nampak menarik dan murah. Dah 2 tahun langsir yang sama. Nak tukar sebab tak puashati dengan langsir yang ada. Jahit sendiri. Faham-fahamlah. Tak sempurna rasanya. Warnanya pun gelap. Malap je rumah :)

Sampai di Ikea terdengar alunan selawat nabi Ya Hanana. Ada 4 orang lelaki berbaju Melayu dan bersampin duduk di tepi mesin ATM. Dalam hati kata, bagus juga Ikea ni. Memang syahdu je dengar.

Kami masuk melawan arus. Puas lah berjalan nak cari bahagian langsir. Bila dah sampai. Belek sana, belek sini. Lama juga fikir nak beli ke tak? Macam-macam fikir, sesuai ke tak? tahan lama ke tak? Rasa macam panjang sangat pula. Akhirnya, tengok je lah.

Dah datang jauh-jauh, untuk tidak menghampakan diri sendiri, belilah fitted sheet untuk katil single yang ada di bilik bawah. Fabrik tilam tu licin jadi bila ada benda ni, taklah 'lari-lari' cadarnya. Masa bayar, casher tu tanya, satu ni je.. saya angguk je lah...  itu je yang diperlukan. Lain dicari lain yang dibeli ;)
tengok gambar semuanya cantik

Pertama kali ke Darussyifa Shah Alam

Assalamualaikum

Banglo pusat perubatan Darussyifa Seksyen 11 Shah Alam
Beralamat No. 1, jalan 11/3

Semalam bawa mak yang nak cuba perubatan darussyifa untuk tangannnya yang masih belum sembuh sepenuhnya. Saya google alamatnya. Biasanya kami ke darussyifa Sejangkang. Tapi fikir jauh nak ke sana dari rumah mak. Jadi saya bawa mak saya ke sini.

Pusing-pusing juga cari Sekyen 11. Terlajak lah.. tapi akhirnya sampai juga. Mujur sampai sebelum tutup. Bulan puasa waktu rawatan dari pukul 9 - 3 petang di sini. Ramai juga orang yang datang walaupun bulan puasa.

Saya sibuk uruskan Iman yang 'membuang' pula masa nak ke sini. Suka tengok landskap kat tepi banglo ni.. cantik. Ada kolam ikan. Tak sempatlah nak ambil gambar. Sebab lepas urus Iman terus masuk dalam kereta.

Untuk info lanjut mengenai pusat rawatan ni, sila layari http://darussyifashahalam.blogspot.com/.

Ahad, 28 Julai 2013

Sampel percuma dari Kao

Assalamualaikum

Sekali hantar banyak pula. Macam-macam sampel ada.

Baru-baru ni terima sampel percuma dari Kao. Kao ni pengeluar bermacam-macam produk kegunaan harian. Banyak juga produknya. Lihat saja sampel yang diterima ni. Ada pencuci muka Biore, Laurier, Attack softener, Syampu Asience (yang ni tak pernah jumpa) dan yang best ada beg comel untuk letak barang mekap.

Sebenarnya tak ingat masa bila minta sampel-sampel ni. Adakah saya isi borang survey ataupun memang saya minta nak sampel. Tapi takkanlah hantar macam-macam sampelkan?

Apa pun terima kasih Kao. Biore pencuci muka pertama yang saya guna. Attack pun sama. Laurier juga. Yang saya masih guna hingga sekarang ialah brand Laurier. Itupun kadang beli juga yg lain.

Kagum dengan company yang rajin hantar sampel.

Sabtu, 27 Julai 2013

Kurma Iraq

Assalamualaikum

Pernah tengok kurma Iraq? AI ada hantar beberapa gambar dia bersama kurma Iraq. Ada juga minta AI bawa balik. Tapi yang macam ni kena tunggu lama juga untuk dimakan sebab belum masak lagi. Pernah juga makan yang kurang masak masa AI pergi Sudan dulu. Rasanya kelat sikit.

Rupa kurma Iraq

Yang ni pula gambar dalam masjid masa AI solat Jumaat di sana. Cantik hasil binaan mereka. Ralat: ini bukannya masjid, tapi tempat mesyuarat dan perjumpaan kata AI.

Tempat kerja AI di Iraq, bukan mudah untuk kemana-mana. Setiap pergerakan dikawal rapi oleh tentera. Nak keluar pun kena pakai baju kalis peluru sebagai langkah keselamatan. Di sana majoriti mengamalkan Syiah. Risau juga dengan AI yang bekerja di sana. Tapi AI beritahu tempat kerjanya jauh dengan tempat yang berlaku pergolakan.

Kongsi sedikit ayat al-Quran yang menyebut tentang buah kurma.

Dalam al-Quran, Allah sering mengingatkan manusia bahawa pohon kurma yang tumbuh di bumi ini merupakan salah satu daripada tanda-tanda kekuasaan-Nya.

Oleh itu manusia hendaklah memerhatikan kekuasaan Allah itu dan mengakui keagungan-Nya. Contohnya, firman Allah SWT yang bermaksud: Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan. Maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu biji yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. (al-An'am: 99)

Kebun kurma adalah satu nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia yang semestinya disyukuri. Cara bersyukur adalah dengan cara menyedekahkan atau mengeluarkan zakat sebahagian daripada hasil buah kurma tersebut kepada fakir miskin.

Ini dijelaskan oleh Allah SWT yang bermaksud: Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon kurma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya) dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan disedekahkan kepada fakir miskin); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan. (al-An'am: 141)

UI: Info tentang kurma diambil dari artikel Utusan Malaysia

Jumaat, 26 Julai 2013

Kenapa dan cara menangani anak agresif

Assalamualaikum

Berkongsi nota dari Prof Dr Rozieta Shaary yang diambil dari Facebook. Menjadi ibubapa memang sentiasa kena belajar memahami anak-anak. Adakala kita tertanya-tanya kenapa anak jadi begini dan begitu. Mari baca kenapa anak kita menjadi seorang yang agresif. Nota dari Prof ini banyak membantu saya. Semoga dapat membantu kalian juga.

Sebenarnya, pada usia 1 tahun hingga 3 tahun dan mungkin membawa ke 4, 5, 6 tahun adalah usia dimana anak-anak mula mengekpresikan diri mereka. Mereka mahu memberitahu apa yang mereka rasa dan mahu. Namun, oleh kerana mereka tidak pandai bertutur lagi (bagi yang 1-2 tahun) maka mereka melakukannya melalui pergerakan dan aksi. Sebelum ini mereka melakukan melalui tangisan sahaja. Oleh itu ibu bapa perlu memerhatikan apakah maksud pergerakan mereka itu.


Beberapa perkara yang perlu kita fahami

1) Jika ada anak 1 hingga 2 tahun yang kelihatan mahu memukul anak lain, jangan cepat bersangka buruk kepadanya. Selalunya dia mahu memegang dan mengusap anak kecil itu kerana melihat orang lain melakukan perkara seperti itu. Namun, pada usia sebegini mereka belum pandai mengawal kekuatan tangan mereka, maka adakalanya jadi terlebih kasar. Apa yang ibu selalu lakukan pada anak-anak kecil sebegini, ibu tolong pegang tangan mereka dan tolong dia mengawal tangannya supaya dia boleh mengusap baby kecil itu sambil mengatakan; ‘gently, gently…’ atau ‘ perlahan-perlahan…’ Jika anda cepat marah dengannya, maka dia akan hilang keyakinan dirinya dan membentuk kepercayaan diri yang negatif di dalamnya. Contohnya “ Saya ini tidak berguna”.


2) Setiap generasi mempunyai karakter yang berbeza. Contohnya generasi X, Y, Z dan mellinia berbeza dari segi trait dan karakter mereka. Kebanyakan Gen Mellinia ini lebih ekspresi. Selalu dikatakan degil, keras kepala dan suka menunjuk perasaan, memberontak dan lebih berani mengeluarkan pendapat mereka. Mengapa mereka begitu memang ada dan banyak sebabnya.


3) Ramai ibu bapa kurang berpengetahuan cara terbaik menangani anak-anak Gen Mil ini. Ramai yang masih menggunakan skil parenting semalam untuk menangani Gen Mil ini. Contohnya, menyuruh anak-anak dengar dan patuh tanpa penjelasan yang memuaskan. Terlalu lembut sehingga semuanya dibiarkan. Terlalu keras dan tidak ada ruang berbincang, Terlalu suka melarang dan ditakut-takutkan. Maka, anak-anak ini menjadi lagi hampa dan memberontak. Dan Gen Mil ini lagi cepat dan kuat berasa hampa kerana memang trait mereka ini adalah sangat ekspresi. Sebenarnya mereka bukan degil, tapi kuat keinginan dan mahu cara mereka. Oleh itu bila kehendak mereka ditangani DENGAN TIDAK BIJAK DAN BERHEMAH, ini yang menyebabkan mereka memberontak. Dan sekiranya ini terus-menerus berlaku, anak ini akan membesar dengan semangatnya patah atau menjadi agresif yang tidak menentu. Itulah yang menyebabkan keadaan bertambah kritikal. Jika tidak diperbaiki, anak-anak ini akan membesar menjadi remaja yang payah dibentuk.


Langkah Mengatasi Perkara ini

1) Bawa anak-anak bermain dengan aktif, seperti di padang mainan indoor atau outdoor. Lebih baik outdoor. Bila mereka bermain, mereka dapat mengekpresi diri mereka. Mereka boleh menjerit-jerit, melompat, berpeluh dsb. Ini membolehkan tenaga negatif yang tersimpan dikeluarkan dengan cara yang sihat. Cucu sulung ibu, baru-baru ini tiba-tiba suka sangat menjerit, menjadi garang dan agak agresif. Ibu dan mamanya perasan perkara ini. Bila kami kaji balik, rupa-rupanya sudah berbulan-bulan dia tidak dibawa bermain di padang. Semenjak itu mamanya memastikan dia bermain di padang sekurang-kurangnya3 kali seminggu. Semenjak mamanya melakukan perkara itu, cucu ibu tidak lagi berkelakuan seperti tadi.


2) Kurangkan masa menonton TV, bermain video games di komputer atau ipad atau TV. Bila anak-anak bermain video games, mereka akan mengalami adrenalin rush. Dan bila mereka tidak beri bermain lasak di luar terutamanya, maka adrenalin rush itu tiada jalan keluar dan menyebabkan anak-anak kecil itu menjadi tidak keruan perlakuan mereka. Ini selain daripada pengaruh games itu sendiri termasuklah mesej tersirat yang subliminal dimasukkan ke dalam games itu. Oleh itu pilih games yang baik dan try games itu dahulu sebelum diberi kepada anak-anak kecil anda. Jika anda sendiri rasa tak menentu selepas bermain games itu, apatah lagi anak-anak kecil itu.


3) Kurangkan pengambilan gula secara nampak atau tidak nampak. Nampak, maksudnya kita sendiri yang memasukkan gula itu. Tak nampak contohnya minuman soda, fast food dan sebagainya. Jika menyediakan makanan sediakanlah dengan penuh kasih sayang dan tenang. Makanan itu masuk ke dalam badan mereka dan menjadi darah daging.


4) Elakkan menjerit-jerit dan terlalu kerap memarah. Boleh marah, tapi simpan marah itu untuk sesuatu isu yang sangat memerlukan marah itu. Contohnya sesuatu yang merbahaya baginya, seperti bermain di tengah jalan dsb. Bila terlalu suka memarahi, marah kita itu sudah tidak ada maknanya. Malah ia menjadi cara hidup yang anak-anak kecil itu akan ikut. Marah yang tidak dikawal dengan baik akan menyalurkan tenaga negatif yang akan diserap oleh anak-anak itu. Maka kita akan lihat mereka pula mempunyai karakter suka marah-marah. Ibu tahu para ibu bapa semua adakalanya tidak boleh mengawal diri dan terus marah. Itu sekali sekala, tak pe. Kita manusia, kita buat silap. Apa yang kita tidak mahu jadi ialah kita menjadikan itu karakter kita – suka marah-marah dan berleter. Kawal – jika nak marah sangat, jika berdiri, duduk, istigfar atau bilang sampai sepuluh. Jika marah juga, pergi tempat lain yang anak tu tak nampak, maka keluarkan marah itu dengan menjerit sambil memekup muka ke bantal … atau yang lebih baik, pejamkan mata dan bayangkan anda berada di bawah air terjun yang indah dan air itu memandikan anda sehingga semua marah anda tadi dibasuh keluar dan pergi bersama air yang luruh daripada badan anda.

Bila sudah selalu melakukan sedemikian, anda akan mengambil masa yang lebih singkat dan bila tenang, anda boleh mengambil langkah yang lebih bijak.

Marilah kita bersama-sama membentuk generasi yang genius dan berhati mulia.

Suka dapat kacau ummi dia

Assalamualaikum

Dah macam iklan telefon ummi tengok :)

Suka tengok aksi spontan Iman. Memang kuat gelak, tak kurang kuat menangis juga. Kira 50-50. Apa yang digelakkan dan apa yang dinangiskan kadang-kadang memang tiada sebab :) Mereka yang kenal Iman memang faham sangat dua sifat Iman ni.

Gambar di atas tu diambil semasa saya sedang lipat kain dalam bilik. Mana ada ummi, situ ada Iman.. dah macam kembar siam :) apa saya buat dia pun nak buat sama. Saya bagi je peluang tu.. dengan harapan sampai ke besar rajinnya. Suka bila dapat tolong. Ummi dia je yang kadang pening, terpaksa buat kerja dua kali bila assistant dah lakukan kesilapan. Sabar je lah...

Sambil lipat kain sambil layan Iman. Yang sekejap jadi lambat nak siap. Ada je iklannya. Kalau larang mesti merajuk. "taknak kawan ye" (ummi dia lah tu ajar ayat ni). Menyesal pula. Tapi mujur kejap je merajuknya. Merajuk macam ni takpe lagi. Kalau menangis.. lagilah haru. Tegur lembut pun menangis. Memang tak boleh tegur langsung. Kena ayat bodek-bodek baru takpe. Dah jadi pakar pkisologi ummi dia ni. Apa pun Iman yang banyak mengajar saya dalam memahami diri seseorang :).

Terima kasih Budak Kampung

Assalamualaikum


Entri dah lama tersimpan dalam draft. Saya ada terima cenderahati di atas tu dari blog Budak Kampung @ Mimbarhatiku. Mulanya tak tahu kenapa dapat cenderahati ni. Tapi bila diingatkan kembali rasanya ianya hasil dari tekaan yang BK kerja sebagai apa. Betul ke BK? Apa pun terima kasih banyak-banyak. Buat susah-susah je :)

Kreatif sungguh orang zaman sekarang. Batang aiskrim tu saya rasanya sebagai petanda buku. Satu lagi tu panggil apa ya... untuk disangkutkan pada handphone rasanya.

Macam biasa comel-comel cenderahati yang saya terima :)

Khamis, 25 Julai 2013

Terkejar-kejar rasanya

Assalamualaikum

Setiap kali Ramadhan. Terasa cepat sungguh setiap hari berlalu. Kalau boleh nak suruh lambat-lambat sikit raya tu. Macam biasa nak raya kenalah kemas-kemas rumah. Walau memang dah biasa kena kemas. Tapi nak raya kena terlebih sikit kemasnya. Betul tak? Nak ada juga nampak sikit perubahan. Tapi masih tak tahu apa yang perlu di ubah untuk kemeriahan Syawal tahun ni. Masa ni lah mood nak alih-alih barang rumah timbul. Walaupun tiada kena mengena dengan nak raya. Sebab itu semua dalam bilik ;)

Ramadhan kali ni sibuk berulang-alik rumah mak. Kesian mak, tiba-tiba tangannya alah pada sabun dengan tahap yang teruk juga. Mengelupas dan langsung tak boleh kena air. Jadi kenalah membantu. Maklumlah AI pun tiada. Kami pun tak lah boring sangat. Terutama saya yang nak sahur dan berbuka sorang-sorang di rumah.

Seronok juga bila jadi chef rumah mak. Nak masak ni lebih seronok untuk ramai orang yang nak makan. Entah kenapa rasa macam tu. Bila berdua mungkin sebab sikit sangat nak masak. Rasa tak meriah. Ada juga 2 hari tak sempat masak sebab ada aktiviti yang terlebih masa. Jadi beli sahaja di pasar Ramadhan.

Persiapan untuk balang raya belum mula lagi. Baju raya saya punya je dah siap tempah. Iman dan AI biasa beli ready made. Nak tunggu AI balik baru beli. Kenderaan pula belum lagi check apa yang patut. Nak jalan jauh ni kenalah pastikan semuanya dalam keadaan baik. Ada juga perbaiki apa yang patut. AI kata tunggu dia balik.

Apa yang merisaukan. Tak tahu lagi AI balik bila. Kalau balik lagi 3 hari nak raya. Memang terkejar-kejar nanti.

Last sekali.. update blog pun terkejar-kejar juga ;) lagi lah nak blogwalking. Maaf sangat. Rasa bersalah juga pada kalian. Internet pula slow di rumah mak. Perasan tak entri sebelum ni tak banyak text pun. Sebab itu lah.. Kalau line internet tak ok.. memang apa pun tak boleh.


UI: hari ni ada di rumah sendiri.. ;)

Rabu, 24 Julai 2013

Percuma untuk ke syurga

Assalamualaikum

Gambar dari Facebook

Menarikkan? Bagusnya jika sentiasa ada peringatan sebegini di mana-mana. Alhamdulillah jika ada yang tersedar dan mahu berubah. Sememangnya Allah sentiasa beri kita percuma tanpa perlu bayar apa-apa.

Isnin, 22 Julai 2013

Surau bergerak

Assalamualaikum

Tertarik nak kongsi gambar surau bergerak yang terletak di Taman Perindustrian Saujana Indah, Shah Alam berhampiran pasar malam. Bagus disediakan perkhidmatan begini untuk yang berniaga di pasar malam. Sambil mencari rezeki solat tidak ditinggalkan. Teringat kisah ribut di pasar Ramadhan tahun  lepas yang menyebabkan ada yang terkorban.

Gambar surau bergerak yang diambil dari dalam kereta

Tidak pula tahu rupa di dalamnya. Ada disediakan air untuk mengambil wuduk kah? Saya ke sini bukan untuk ke pasar malam. Jauh sangat tu dari rumah, saya ke sini kerana mengambil adik perempuan saya yang sedang buat praktikal di office yang terletak berdekatan pasar malam ni.

Sudah dua kali ambil adik di sini. Khidmat kakak dia ni diperlukan jika adik saya yang lelaki lewat untuk mengambil dia atau kerja di luar daerah. Adik saya yang lelaki tu kerja di Hulu Langat. Jadi kenalah hantar dan ambil dia sebelum dan selepas ke tempat kerja.

Adik perempuan bongsukan... manjalah sikit walau dah berusia 24 tahun. Asyik kena usik je.. maklumlah dia seorang je yang masih single.

Jumaat, 19 Julai 2013

Doaku untuk suami tercinta

Assalamualaikum



Selasa, 16 Julai 2013

Perbetulkan diri sendiri dahulu

Assalamualaikum

Umum tahu kisah Alvin Tan dan Vivian Lee yang mengucapkan selamat berbuka puasa dengan sup ba alif ba ya. Sebenarnya saya tak kenal pun mereka. Tapi bila kecoh-kecoh yang tak kenal jadi kenal. Bila dah kenal rupanya mereka ni memang tak patut saya kenal kerana banyak buruk dari baiknya. Sepatutnya dari awal lagi blog mereka perlu 'dibuang'. Saya rasa bangsa mereka sendiri malu dengan apa yang mereka lakukan.

Apa yang mereka buat memang silap sebab tidak memikirkan sensitiviti umat Islam. Tapi tidaklah besar impaknya pada kita yang Islam ni. Setakat orang saja ingin 'geli-geli' kita, berbanding umat Islam sendiri yang masih ramai menghina Islam. Agak kasar bunyinya. Tapi itu lah kita. Apa yang Allah larang, masih ramai yang melakukannya.

Fikir-fikirkan... semoga umat Islam sentiasa memperbaiki kesilapan sendiri dahulu. Banyak perkara wajib yang Islam suruh tapi masih ramai yang tidak melakukannya.


UI: Diri sendiri masih banyak yang perlu diperbaiki. Semoga kita semua sentiasa diberikan hidayah oleh Allah.

Ahad, 14 Julai 2013

Riak di internet

Assalamualaikum

Image dari Facebook

Berhati-hati dengan apa yang kita lakukan. Takut riak dalam keadaan yang kita tidak sedar. Ingatan buat diri sendiri juga. Nauzubillah.

Wahai lelaki jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu..

Assalamualaikum


Bawalah dia ke jalan Allah
Nasihatilah dia
Perbetulkan kesilapannya
Jagalah dia dengan baik
Kasihanilah dia
Lindungilah dia
Berilah kasih sayang padanya
Hargailah dia
Ucapkan terima kasih atas kelebihannya
Bersabar dengannya
Terimalah dan cintai lah kekurangannya
Jadi imam terbaik dan redhalah padanya

Moga berkasih dan bercinta hingga ke syurga... Inshaallah

Sabtu, 13 Julai 2013

Cara minum air kosong yang betul

Assalamualaikum

Fakta yang menarik untuk dikongsi bersama



Hilangkan YouTube di skrin iPad

Assalamualaikum

Disebabkan anak ummi, iman suka sangat tengok Angry Birds di YouTube. Maka ummi dia sudah menghilangkan application YouTube di skrin iPad. Mujurlah Iman tak tanya. Ummi mana YouTube? (tak tau pun sebut sebenarnya, sebab tak ajar) Senyum je ummi dia tengok Iman yang fokus mencari YouTube di skrin yang sudah hilang.

Saya tak tanya pun, Iman cari apa? Soalan bahaya tu.. saya biarkan saja. Ada perkara positif lepas hilangkan YouTube. Barulah nak buka Al-Quran, dengar orang mengaji. Kalau tidak hanyut dengan video Angry Birds. Saya tengok terlalu obses. Jadi sekarang kena kawal sikit minat dia tu.

Jumpa getah je, buat lastik Angry Birds. Jumpa tali semua tarik nak buat lastik. Silap ummi dan ayah dia juga turut apa yang dia suka.

Bila selalu buka YouTube, kuota internet ummi dia pun cepatlah semput. Jadi tak bolehlah ummi dia nak blogwalking bila ada masa terluang. Mulanya ummi dia terkial-kial juga cari jalan nak hilangkan apllication ni. Sebab application ni tak boleh di delete.

Cari-cari, rupanya ada di setting > General > Restrictions > (create passcode) > off kan sahaja application yang kita tak mau ada di skrin.

Lega...  :)

Jumaat, 12 Julai 2013

Habatus Sauda untuk kesihatan menyeluruh

Assalamualaikum

Habatus Sauda bermadu beli di Az-Zain, Meru

Puas cuba macam-macam produk kesihatan. Tiba-tiba terbuka hati nak cuba habatus sauda. Setelah tengok-tengok produk yang ada, tertarik nak cuba yang ini. Harganya cuma RM12. Ada gambar ustaz Ismail Kamus di situ. Sebelum ni pernah juga makan yang jenis minyak. Tapi tak tahan sebab panas tekak. Yang ni rasanya biasa sahaja.

Hanya suku sudu teh dibancuh bersama satu cawan air suam. Sudah terasa keberkesanannya. Terutama dalam pembuangan angin dalam badan. Mak saya pun kata bagus. Terkentut dan sendawa selepas minum. Selain terasa kesannya ditempat yang bermasalah.

Saya nak cuba amalkan habatus sauda ni. Umum tahu bahawa habatus sauda mampu menyembuhkan pelbagai penyakit. Antara yang saya baca melalui pencarian google ialah masalah angin dalam perut, kolesterol, kencing manis, masalah peredaran darah (anemia, darah tinggi, darah rendah), menggalakkan pengeluaran susu ibu, masalah pernafasan (asma, batuk berkahak), mengelak terkena penyakit kanser dan merawat kanser, masalah buah pinggang, migrain, masalah dalaman wanita, masalah tulang / sendi (gout, arthritis), gangguan makhluk halus (testimoni orang yang mengamalkannya) dan sebagainya.

Selain dicampur dengan madu. Habatus sauda juga ada yang dicampur dengan minyak zaitun. Mungkin campuran kedua bahan ini lebih membantu.

"HABBATUSSAUDA INI ADA PENAWAR SEGALA PENYAKIT KECUALI AL-SAM (MAUT)" - hadis sahih bukhari & muslim 


Boleh cuba sendiri dan rasa keberkesanannya. Pemakanan sunnah itu lebih baik dan harganya mampu dibeli untuk diamalkan setiap masa. Inshaallah. Yang baik itu semuanya dari Allah dan Dia Maha Mengetahui.

PETIKAN DALAM KANUN PERUBATAN IBNU SINA (980-1037 MASEHI) : "Habbatus Sauda adalah bijirin yang sangat meransang tenaga badan dan sangat membantu dalam kelelahan kronik, kehilangan semangat serta memberikan kesan therapeutic pada gangguan pencernaan, penyakit puan dan sistem pernafasan.."

Khamis, 11 Julai 2013

Boikot kurma perlu ke?

Assalamualaikum

Pemilik Yusof Taiyoob berasal dari Pulau Pinang

Baru-baru ni terpengaruh juga dengan isu boikot kurma dari Iran yang kebanyakannya diedarkan oleh Yusof Taiyoob. Sibuk lah mencari kurma dari negara lain di merata tempat. Namun hampa. Bukan mudah. Namun ada jumpa juga kurma dari Tunisia keluaran Yusof Taiyoob juga.

Baru-baru ni ada terbaca dalam Facebook, pendapat dan pandangan dari saudara Suhaimi Md Saad. Ada benar juga kata-katanya. Kesian pada penjual kurma yang rata-ratanya Islam. Dalam pada kita nak boikot negara pengeluar kurma, kita juga dalam masa yang sama telah menyekat sumber rezeki umat islam itu sendiri.

Biasanya pembeli sudah pasti membuat tempahan awal bagi proses pembelian kurma. Jadi bila dah beli, kena juga jual. Dalam masa yang sama orang ramai sedang memboikot kurma. Kena juga fikir dari sudut lain. Banyak yang negatif atau banyak yang positif.

Kalau ikut isu boikot, rasanya banyak sangat produk lain yang turut sama boleh diboikot, jika dikira pada penyumbang kemusnahan umat Islam. Fikir-fikirkan. Wallahuaklam.

Selasa, 9 Julai 2013

Maafkan saya

Assalamualaikum

Di bulan Ramadhan yang mulia ini, ingin saya memohon maaf zahir dan batin jika ada tersalah kata secara sengaja atau tidak sengaja. Saya harap tiada yang salah faham terhadap saya dalam berblogging.

Masa untuk berblogging amat terhad buat saya. Kalau ada yang rasa saya singgah blog yang hanya singgah di blog saya, itu silap. Disamping mengunjungi blog yang tertarik untuk dibaca, saya akan singgah kembali sebagai tanda terima kasih. Itu pun terkadang terlewat. Kalau ada yang tidak singgah saya minta maaf.

Setiap rakan blog yang saya kenal semuanya baik-baik. Masing-masing ada cara tersendiri. Namun inilah cara saya. Jika berkesempatan Inshaallah saya akan singgah. Saya faham perasaan mereka yang kerap singgah tapi tiada kunjungan balas. Pasti terdetik juga rasa negatif. Saya cuba mengikis perasaan sebegitu. Mungkin mereka sama macam saya tiada masa. Lebih elok rasanya tiada paksaan dalam melakukan sesuatu. Kita dalam dunia yang sama namun mungkin cara kita berbeza. Namun saya hormat pada kalian semua sebagai kenalan maya saya.

Mungkin ada juga yang tidak kisah atas kunjungan balas atau tidak. Apa pun persepsi kita, saya harap semuanya bersikap terbuka. Sentiasa fikirkan yang baik-baik. Sekali lagi maaf jika ada salah silap.

Selamat bersahur dan menjalani ibadah puasa. Semoga sama-sama merebut peluang mencari pahala dan semoga ibadah kita diterima Allah. Inshaallah. Amin.

Salam Ramadhan Al-Mubarak.

Kedai makan sedap Batu Belah Klang D'Mesra Seafood

Assalamualaikum

D'Mesra Seafood
Lokasi: Jalan Batu Belah - Rantau Panjang (Shapadu), Klang
Gambar tak clear. Suruh adik ambil.. Manalah orang reti katanya ;)
Akan update kalau ambil gambar baru

Malam Sabtu lepas adik saya yang berkaca mata dalam gambar di bawah ni sibuk nak belanja makan. Dapat duit hadiah IPT buat belanja famili pula. Kira salahguna sikit lah. Sekarang dia sedang buat praktikal di Shah Alam. Moga murah lagi rezeki dia lepas ni dalam pelajaran dan kerjaya.

Alkisah nak makan di restoran Wahida di Rantau Panjang, Klang. Tapi tutup, jadi pusing balik. Tak tahu nak makan kat mana. Adik saya Hisham cadangkan di kedai ni. Masa sampai ramai betul orang. Tempat duduk penuh. Akhirnya selepas tunggu sekejap, dapatlah tempat. Kalau dah penuh mestilah sedapkan. Saya dan adik beradik gurau-gurau cakap kena bagi nama kedai terlajak laris :) Kebetulan ramai datang makan bersama famili masa ni.

Mujur masih ada rezeki kami nak makan ikan siakap stim dan 3 rasa. Sebab ikan ni memang tinggal 2 ekor je. Ikan masak stim halia tu oklah, saya lebih suka stim limau. Tapi siakap 3 rasa memang best. Sebab ikan dia garing dan rangup. Sup ekor, burung puyuh goreng dan sayur kailan goreng pun sedap. Rasa fresh. Tiada gambar closed up untuk menu. Sebab tangan pegang Iman yang baru tidur.

Sebelum makan posing dulu bersama adik-adik dan anak buah. Iman ada di riba saya masa ni :)

Blur gambarnya...

Masa kami makan, orang dah mula beransur balik.

Kena tunggu lepas raya pula makan-makan macam ni. Bulan puasa memang susah nak makan di luar. Terkejar-kejar nak solat nanti. Salam Ramadhan Kareem. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah. Amin.

Isnin, 8 Julai 2013

Pertahankan hubungan demi Allah

Assalamualaikum


Jika ada pasangan suami isteri yang berselisihan faham atau mula rasa tak serasi dengan hubungan yang sedia ada. Eloklah berfikir panjang sebelum buat keputusan untuk berpisah. Mungkin kita fikir sudah takdir begitu. Namun jika kita betul-betul mendalami islam pasti kita fikir banyak kali dan pertahankan hubungan yang sedia ada. Sayangkan putus begitu sahaja. Bila kita memilih seseorang, sudah pasti orang itu yang terbaik buat kita.

Masing-masing kena perbaiki hubungan yang ada. Pasti ada kesilapan di mana-mana. Jika diperbaiki, inshaallah hubungan akan lebih bermakna semula. Jika pasangan buat kesilapan, jangan mudah melatah. Jika kita berlembut, inshaallah mereka akan tersentuh dan mula menghargai kita.

Saya cukup rasa tersentuh dengan kata-kata dari seorang ustazah. Sebagai seorang isteri kita adalah peneman suami sepanjang hayat. Tengok balik, adakah sempurna tugas kita sebagai isteri untuk suami. Seperti mana yang suami kita mahukan tak? Adakala kita tak perasan. Tak kira isteri atau suami. Namun menyuarakan apa yang kita mahu dan tidak suka itu lebih baik dari memendam rasa. Kerana memendam rasa tidak akan mengubah apa pun. Malah semakin memburukkan keadaan yang sedia ada.

Bagi saya biarlah perkahwinan itu sekali seumur hidup. Kita pertahankan apa yang dilafazkan semasa ijabkabul. Memang kita tak mampu menolak takdir. Tapi kita masih mampu terus berdoa dan berubah agar hubungan sentiasa kekal walaupun banyak ujian yang melanda.



UI : Gambar dari Facebook. Entri ini sekadar renungan bersama. Semoga kita tergolong dalam keluarga yang bahagia. Amin.


Ahad, 7 Julai 2013

Singgah blog Irine Nadia Marcello dan Mat Luthfi pemenang DiGi WWWOW Awards 2013

Assalamualaikum

Irine Nadia Marcello Blogger of The Year
DiGi WWWOW Awards 2013

Singgah di blog denaihati.com pagi ni untuk melihat keputusan pemenang DiGi WWWOW Awards 2013. Ternyata blog yang menang tak pernah saya singgah ;)

Masa tengok keputusan tu, mula-mula rasa tertarik nak singgah blog matluthfi90.com yang telah memenangi Fave Video of The Year dan Best of The Best. Siapa tak kenal Mat Luthfi yang famous di YouTube. Tak sangka ada blog rupanya. Bila baca entri blog dia, rasa macam tengok video dia. Pasai apa? Kenalah baca sendiri noo ;).

Ada yang tak kenai ka?

Lepas baca entri-entri Mat Lutfhi yang santai tu, singgah pula blog irinenadia.blogspot.com/ yang telah memenangi anugerah Blogger of The Year. Sweet je blog Irine ni, macam orangnya. Banyak berkisar cerita peribadi. Terkini entri mengenai anak dia yang comel Fiska Medina. Dia ada juga buat bisnes online. Nak tau bisnes apa, singgah lah blog dia :)
Bila tengok gambar anak Irine Nadia, Fiska Medina ni. Tiba-tiba teringat Qhaliff anak Ben Ashaari :). Jangan marah ya Irine akak 'culik' gambar Fiska ni dari blog Irine.

Tahniah buat Irine Nadia dan Mat Lutfhi. Juga buat pemenang yang lain. Senyum je tengok header blog Mat Luthfi. Simple je tapi dalam maksudnya.

.
NI SEMUT

Jumaat, 5 Julai 2013

Maksud doa qunut

Assalamualaikum


Ya Allah, berilah petunjuk kepadaku sebagaimana orang yang Engkau beri petunjuk

Berikanlah kesihatan kepadaku sebagaimana orang yang Engkau telah beri kesihatan

Dan peliharalah aku sepertimana orang yang telah Engkau peliharakan

Berilah keberkatan dalam setiap perkara yang Engkau berikan

Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan

Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya dihukum

Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin

Dan sungguh tidak mulia orang yang Engkau musuhi

Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi

Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan

Aku memohon ampun dariMu dan aku bertaubat kepadaMu

Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarganya, sahabatnya

Khamis, 4 Julai 2013

Lagi cara mudah dan cepat khatam Al-Quran

Assalamualaikum

Sebelum ni saya pernah keluarkan entri formula khatam Al-Quran DI SINI. Kali ini entri yang sama tapi caranya berbeza sedikit. Semoga sama-sama berpeluang melaksanakannya.


Alangkah bagusnya jika diamalkan setiap bulan. Semoga diberikan keimanan yang tinggi dalam melaksanakannya. Adakala terasa begitu malu kerana masih gagal untuk terus istiqamah dalam beramal. Tahu tapi tak buat.

Cemburu untuk menjadi seperti mereka

Assalamualaikum



❥ Saya tak CEMBURU melihat Wanita-wanita lain yang lebih Cantik berbanding diri Saya..
❥ Tapi saya sangat CEMBURU melihat Wanita-wanita lain yang lebih Solehah berbanding diri saya..

❥ Saya Tak CEMBURU melihat Wanita-wanita lain dapat suami yang kaya dan BERGAYA..
❥ Tapi saya sangat CEMBURU melihat Wanita-wanita lain yang dapat Suami yang Soleh & Bertaqwa...

❥ Saya tak CEMBURU melihat Wanita-wanita lain menjadi Pujaan & Pujian para Lelaki..
❥ Tapi saya sangat CEMBURU melihat Wanita-wanita Solehah yang menjadi Pilihan para Lelaki Soleh lagi Beriman..

❥ YA ALLAH, Jadikalah Wanita Yang Membaca Status ini Wanita yang Solehah, Serta Soleh/Solehah kan lah seluruh keturunan nya..


Sumber: Facebook

UI: Namun jika mereka orang yang soleh dan solehah, dan mereka juga tergolong dalam orang yang cantik dan kaya... mashaAllah. Akan lebih kagum dengan mereka.

Tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2013

Assalamualaikum

Buat peringatan tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2013 /1434 - 1435 H bagi Malaysia.


12 Rabiulawal 1434 (24 Januari 2013) : Maulidur Rasul

27 Rejab 1434 (6 Jun 2013) : Israk dan Mikraj

*1 Ramadhan 1434 (10 Julai 2013) : Awal Ramadhan/Berpuasa

17 Ramadhan 1434 (26 Julai 2013) : Nuzul Al-Quran

*1 Syawal 1434 (8 Ogos 2013) : Hari Raya Puasa/Idul Fitri

1 Zulhijjah 1434 (6 Oktober 2013) : Awal Zulhijjah

* 10 Zulhijjah 1434 (15 Oktober 2013) : Hari Raya Korban/Idul Adha

1 Muharam 1435 (5 November 2013) : Awal Muharam/Maal Hijrah


* Tertakluk kepada perubahan

Sumber : Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia