بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 30 Jun 2013

Telekung lycra murah di Jakel

Assalamualaikum

Gambar guna camera C3. Berebut iPad dengan Iman ;)

Baru pertama kali masuk Jakel Seksyen 7, Shah Alam ni. Gara-gara nak pilih kain lycra buat baju dan jubah. Saudara saya ada kad diskaun. Dia memang ambil tempahan menjahit bajukurung, blouse, jubah dan seluar. Regular customer Jakel. Jadi kebetulan dia nak beli kain jadi saya tumpang pilih mana yang berkenan untuk buat baju. Kalau pergi rumah dia memang sentiasa tiada stok. Habis orang borong.

Dah lari dari tajuk ni.. ;) balik pada tajuk, lepas pilih kain. Semasa kak Nor nak bayar, ternampak telekung kain lycra yang tergantung dekat dengan cashier. Murah harganya berbanding yang dijual secara online. Kebetulan memang plan nak beli telekung jadi saya pun ambil lah satu. Ada banyak warna tapi saya pilih pink nak ke purple sikit.

Sempat ambil gambar ;) Suka sebab labuh. Main sarung je tu, tak tengok cermin :) tengok telekung sahaja ya..

Nak tahu ke berapa harga telekung Lycra ni? Ok. Saya bagitaulah ya... harganya RM99 tapi dapat diskaun lagi. Berapa? Yang tu kena pergi beli sendiri. Mungkin berbeza nanti harganya. Tapi memang banyak juga diskaunnya.

Ini pula jubah dan tudung yang di beli dari saudara saya tu (kak Nor). 

Seronok sebab sekarang dah mudah nak beli tudung dan baju. Suka tudung dan baju yang kak Nor jahit. Selesa pakai.

Pandai gosok gigi

Assalamualaikum

Gaya Iman gosok gigi

Dah lama juga gambar ni tersimpan. Mula dulu susah juga nak suruh gosok gigi. Tapi bila ummi cakap "gigi Iman dah rosak", barulah Iman semangat nak gosok gigi. Takut gigi rosak. Sekarang ni setiap kali mandi mesti nak gosok gigi. Takde berus gigi, dengan tangan pun jadi.

Tapi gigi arnab tu, dah nampak juga tanda-tanda nak reput.

Solat subuh dan isyak paling berat bagi orang munafik

Assalamualaikum

Dua solat ini adalah solat yang biasanya berat bagi sesetengah orang lakukan. Kenapa? Sebab tidur. Nak mudah bangun solat subuh baca doa tidur dan 3 kul sebelum tidur. Untuk tidak terlepas isyak, terus solat lepas azan (memang tak elok pun lambatkan solat kan?). Bila solat isyak lewat, dah penat kita akan tertidur. Biasanya bila kita solat di awal waktu terasa panjang masa dan tenang jiwa kerana sudah menunaikan tanggungjawab. Semoga kita terhindar dari menjadi orang yang munafik.


Hadis Nabi s.a.w. :

يعقد الشيطان على قافية رأس أحدكم إذا هو نام ثلاث عقد يضرب مكان كل عقدة عليك ليل طويل فارقد فإن استيقظ فذكر الله انحلت عقدة فإن توضأ انحلت عقدة فإن صلى انحلت عقدة فأصبح نشيطا طيب النفس وإلا أصبح خبيث النفس كسلان
Maksudnya : “Syaitan mengikat atas belakang kepala seseorang kamu ketika ia tidur sebanyak tiga ikatan. Sambil syaitan berkata pada setiap ikatan, ‘malam masih panjang maka tidurlah’. Apabila seseorang kamu terjaga dari tidur, lalu menyebut nama Allah nescaya akan terlerai satu ikatan. Jika ia mengambil wuduk nescaya terlerai satu ikatan lagi dan sekiranya ia solat nescaya terlerailah semua ikatan. Maka ia bangun waktu pagi dalam keadaan rajin cergas serta baik hatinya. Jika ia tidak (melakukan begitu), nescaya ia bangun pagi dalam keadaan buruk jiwanya sambil rasa malas".

Rasulullah s.a.w. bersabda :

أثقل الصلاة على المنافقين صلاة العشاء وصلاة الفجر، ولو يعلمون ما فيهما لأتوهما ولو حبواً
Maksudnya : “Solat paling berat bagi orang munafiqin ialah solat isyak dan subuh. Sekiranya mereka mengetahui apakah (ganjaran) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang bersolat walaupun dalam keadaan merangkak”.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelebihan solat subuh dan isyak:

Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Rasulullah  SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka."

Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah seumpama bangun mengerjakan qiam separuh malam dan barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjamaah seumpama dia solat keseluruhan malam.” (HR Muslim)

Sabtu, 29 Jun 2013

Ingatan dari Mat Jiwang yang bermakna

Assalamualaikum


Di waktu kamu ingin melepaskan seseorang,
ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya

Di waktu kamu mulai tidak mencintainya,
ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya

Di waktu kamu mulai bosan dengannya,
ingatlah selalu saat terindah bersamanya

Di waktu kamu ingin menduakannya,
ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu

Di waktu kamu ingin membohonginya,
ingatlah dia telah jujur kepadamu

Maka kamu akan merasakan bermakna dia untukmu

Jangan sampai nanti dia sudah tidak lagi di sisimu, kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu

- Mat Jiwang -


UI : Sumber dari Facebook

Jumaat, 28 Jun 2013

Waktu sedekah yang paling tinggi ganjaran

Assalamualaikum


Adakala terasa seperti orang yang datang meminta sedekah pada kita satu ujian dari Allah dan juga pahala yang Allah ingin berikan kepada kita. Di saat Allah murahkan rezeki, pasti ramai yang datang meminta. Bila fikir dari sudut negatif pasti kita rasa, mereka mengambil kesempatan. Tapi dari sudut keimanan kita pada Allah, mungkin rezeki yang Allah beri, buat mereka melalui kita. Tapi kena lihat juga sama ada yang meminta benar-benar dalam keadaan memerlukan.

Soal rezeki semuanya dengan ketentuan Allah. Bila melihat orang lain yang lebih sedikit pendapatannya tapi mampu hidup macam mereka yang berpendapatan lebih. Di situ timbul rasa keinsafan dari segi rezeki yang berkat dan tidak berkat. Walaupun lebih pendapatan, tetapi sentiasa tidak cukup.

Islam sentiasa menggalakkan umatnya bersedekah. Sehinggakan Allah suruh kita mengeluarkan zakat fitrah, harta dan sebagainya. Bila melihat suruhan Allah ini, tidakkah benar bahawa rezeki yang kita perolehi adalah buat orang lain tetapi melalui kita pada mereka yang memerlukan. Dalam masa yang sama kita beroleh ganjaran dengannya.

Di bawah ayat Al-Quran berkaitan sedekah.

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. (Surah Al-Baqarah : ayat 264) [1]
“ Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.(Surah An-Nisaa’ : ayat 114) [2]
“ Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Surah At-Taubah : ayat 60) [3

Khamis, 27 Jun 2013

Cermin mata transition cerah bertukar gelap

Assalamualaikum

Dengan transition cermin mata bertukar menjadi gelap bila terkena cahaya matahari

Nak cerita pengalaman menggunakan cermin mata transition. Cermin transition ni mahal juga kosnya. Saya buat hari tu untuk cermin sahaja harganya RM600 lebih. Itu termasuk rabun silau dengan kos yang paling murah. Belum termasuk frame. Transition ni cermin yang akan bertukar menjadi gelap bila terkena cahaya. Ianya nipis, ringan dan tak mudah bercalar.

Mata saya memang tak tahan kena panas. Bukan sebab silau sahaja tapi ada selaput yang timbul di bahagian mata putih. Ianya akan terus merebak jika terkena panas.

Buat mereka yang ada masalah macam saya, eloklah gunakan cermin transition ni. Dulu pernah tempah khas cermin mata hitam dengan power. Tapi yang ini lebih mudah. Tak perlu tukar cermin mata. Guna satu sahaja. Harga mahal jadi murah juga sebab tak perlu tempah cermin mata hitam lagi.

Alah membeli menang memakai :) Sangat puashati. Terutama ketika memandu dalam cuaca panas.

Rabu, 26 Jun 2013

Ujian buat kita lebih menghargai apa yang kita ada

Assalamualaikum

Betul.. setuju sangat

Amin..

Terima kasih Allah.

Selasa, 25 Jun 2013

Solat istisqa' di Masjid Negara

Assalamualaikum

Khutbah lepas solat istisqa' tentang jerebu yang melanda.

Semoga Allah makbulkan solat istisqa' di Masjid Negara tadi. Ketika menaip entri ini. Terdengar bunyi guruh di langit. Alhamdulillah jika Allah turunkan hujan. Maha Kaya Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Terima kasih Allah.

Di bawah pengetahuan tentang solat istisqa' untuk saya pelajari dan fahami.

Solat Istisqa (bahasa Arab: صلاة الاستسقاء) adalah solat Sunah yang dilakukan untuk meminta diturunkannya hujan. Solat ini dilakukan bila terjadi kemarau yang panjang atau karena dibutuhkannya hujan untuk keperluan/hajat tertentu. Salat istisqa dilakukan secara berjamaah dipimpin oleh seorang imam.

Tata Cara Pelaksanaan

Pra salat[sunting]

Tiga hari sebelum salat Istisqa dilaksanakan terlebih dahulu seorang pemimpin seperti ulama, aparat pemerintah atau lainnya menyerukan kepada masyarakat agar berpuasa dan bertaubat meninggalkan segala bentuk kemaksiatan serta kembali beribadah, menghentikan perbuatan yang zalim dan mengusahakan perdamaian bila terdapat konflik.

Hari Solat[sunting]

Pada hari pelaksanaan, seluruh penduduk diperintahkan untuk berkumpul (bahkan membawa binatang ternak) di tempat yang telah dipersiapkan untuk salat istisqa (tanah lapang). Penduduk sebaiknya memakai pakaian yang sederhana, tidak berhias dan tidak pula memakai wewangian. Solat istisqa dilaksanakan dalam dua rakaat kemudian setelah itu diikuti oleh khutbah dua kali oleh seorang khatib.

Khutbah salat istisqa sendiri memiliki ciri/ketentuan tersendiri antara lain:
  • Khatib disunahkan memakai selendang
  • Pada khutbah pertama hendaknya membaca istigfar 9 kali sedangkan pada khutbah kedua 7 kali.
  • Khutbah berisi anjuran untuk beristighfar (memohon ampun) dan merendahkan diri kepada Allah serta berkeyakinan bahwa permintaan akan dikabulkan oleh-Nya.
  • Pada khutbah ke-dua khatib berpaling ke arah kiblat (membelakangi makmum) dan berdo'a bersama-sama.
  • Saat berdoa hendaknya mengangkat tangan tinggi-tinggi.
  • Niat Salat[sunting]
Niat salat ini, sebagaimana juga salat-salat yang lain cukup diucapkan di dalam hati, yang terpenting adalah niat hanya semata karena Allah semata dengan hati yang ikhlas dan mengharapkan Redho Nya.

Hadis terkait[sunting]

Hadis terkait salat istisqa:

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas Radhiallaahu anhu ia berkata, "Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam ke luar dengan berpakaian sederhana, penuh tawaduk dan kerendahan. Sehingga tatkala sampai di musala, beliau naik ke atas mimbar, namun tidak berkhutbah sebagaimana khutbah kalian ini. Ia terus menerus berdoa, merendah kepada Allah, bertakbir kemudian salat dua rakaat seperti salat ketika Ied". (HR. Abu Dawud dan at-Tirmidzi dan di hasankan oleh al-Albani)

Sumber: http://id.wikipedia.org/wiki/Salat_Istisqa

Penawar semulajadi akibat jerebu

Assalamualaikum


Share info ni dari Facebook. Harap dapat membantu kita dalam masalah kesihatan akibat jerebu. Pelabuhan Klang sedang berdepan dengan masalah jerebu yang serius sekarang ni.

== PENAWAR SEMULAJADI PENYAKIT AKIBAT JEREBU ==

Banyakkan minum air kelapa dan air limau nipis ketika bencana ini.
Air kelapa mengandungi oksigen mudah larut menembusi sel.

Limau nipis mengandungi vitamin C asli dapat menyerap asid sebelum sempat bertukar menjadi gas yang lebih merbahaya.

(Sumber: Prof Norhisham Wahab, Pengasas CVT)

Bacaan IPU pada 24 Jun 2013 jam 12 malam


Isnin, 24 Jun 2013

Tuala mandi sulam nama tempah dari MamAlya Boutique

Assalamualaikum

Seperti yang diminta dari MamAlya Boutique

Beberapa hari sebelum birthday Iman. Saya order tuala mandi di atas tu dari rakan blog MamAlya ataupun nama samaran di blog Noen. Kebetulan tuala mandi Iman masih guna yang dibeli dari dia masih baby lagi. Bila tengok Noen yang sedang giat dengan hasil bersama mesin sulamnya tu yang kebetulan barang yang sedang dicari ada. Jadi ambil peluang beli satu buat Iman.

Terima barang ni dalam pukul 11 lebih pagi tadi. Tunjuk Iman. Suka dia sebab ada gambar kapal terbang kat situ. Petang tadi mandi, Iman terus minta tuala baru. Tak sangka ingat pula tuala baru dia tu. "mi.. tuala kapal terbang" katanya.

Bersama tuala baru. Saja letak bow tu, tutup nenen ;)

Terima kasih MamaAlya. Suka towel ni sebab tebal dan lembut. Memang berbaloi beli ;) Sesiapa berminat bolehlah like Facebook mamAlya.boutique dan singgah blog mamalyaboutique.blogspot.com. Harganya RM25 tidak termasuk postage.

Air Purifier / penapis udara laris kerana jerebu

Assalamualaikum

Honey well air purifier

Semalam udara di Pelabuhan Klang mula teruk tercemar kerana jerebu. Saya dan Iman tak sedap tekak dan selsema (masih ditahap minima lagi). Masa ni memang kena minum banyak air. Hari ni juga sekolah di Selangor mula ditutup. Beritahu AI, dia cadangkan beli Air Purifier (penapis udara) sebagai langkah keselamatan dan kesihatan.

Setelah 2 hari berkurung, semalam baru keluar kerana nak cari air purifier. Dua kedai Sengheng di Pandamaran dan Bukit Tinggi kehabisan stok. Katanya semalam ramai orang beli. Masing-masing risau dengan kualiti udara sekarang. Saya cuma tahu dan lihat brand, Sharp dan Panasonic.

Melalui google ada yang menyatakan penapis udara dengan ozon atau ion tidak bagus. AI cadangkan saya cari brand Honeywell. Melalui google juga mereka kata brand ini adalah yang terbaik. Masih lagi sedang buat research. Apa pun kena beli ikut budget ;)

Tak tahan dah dengan bau asap. Dada pun mula dah rasa sakit sikit-sikit. Malam tadi malam nisfu Sya'ban. Diharap ramai yang buat solat hajat dan berdoa semoga Allah ampunkan dosa kita dan turunkan hujan. Amin. Semoga cepatlah berakhir masalah pencemaran udara ni.

Iman dah jadi zorro ;) kena cari mask. Dengar cerita mask pun habis stok.

Ahad, 23 Jun 2013

Aplikasi LINE boleh dengan Nokia C3

Assalamualaikum

Hebat juga Nokia C3 ni kan?

Kali ni saya saja-saja cari melalui Google, sama ada Nokia C3 saya ni boleh download aplikasi LINE atau tidak? Bila tengok aplikasi ni boleh di dapati dalam Ovi Store. Jadi saya cuba cari. Ternyata ada dalam tu. Jadi hanya perlu download dan ikut apa yang diminta. Selesai download boleh terus guna.

Bila dah download. Teraba-raba juga nak cari kat mana aplikasi ni tersimpan. Rupanya ada dalam Apllications > Gallery > Mcard > Collection.

Macam-macam aplikasi ada. Boleh pilih mana yang kita rasa mudah dan senang nak guna. Kalau kita je guna tapi kawan-kawan tak guna aplikasi ni. Tak guna juga. Kalau ada line internet apa pun boleh. Tak gitu?

Sabtu, 22 Jun 2013

Aplikasi LINE dalam iPad


Rasanya ramai dah tahu tentang aplikasi LINE ni kan? Pada yang belum tahu boleh klik pada link di atas tu. Aplikasi LINE boleh dimuat turun dalam: 

Mobile
iPhone / Android /
Windows / BlackBerry
NOKIA Asha
PC
Windows / Mac OS X /
Windows8

Menarik juga aplikasi ni, fungsi lebih kurang sama macam WhatsApp. Seronok bila boleh download dalam iPad. Caranya mudah saya. Pergi application dan cari LINE, kemudian install. Masa install dia akan minta nombor handphone untuk hantar verification code. Jadi taip sahaja nombor handphone anda. Dan confirmkan code tersebut. Dah siap. Selain tu, ada juga diminta alamat Email.

Aplikasi ni ada free voice call. Saya belum pernah cuba lagi. Jadi tak boleh nak cerita. Dah suruh AI download. Mudah nak berhubung dan jimat. Sekarang ni guna WhatsApp. Jimat juga. Tapi kalau boleh voice call lagi seronok. Lagi pun free.

Image lebih menarik berbanding WhatsApp.

Jumaat, 21 Jun 2013

Aktiviti di hari ulangtahun ke-3 Iman

Assalamualaikum

Pagi dalam pukul 10 saya bawa adik interview untuk praktikal di Shah Alam. Lepas interview singgah Giant Seksyen 13 untuk makan tengahari. Lama tak datang banyak perubahan yang kelihatan lebih menarik. Adik yang baru lepas interview tak selera nak makan, jadi layan Iman dan Nayli di playground.

masing-masing pandai bawa diri dalam playground ni.

Dah puas mereka main. Gerak ke Harbour Place. Order dulu nasi Arab (mendy ayam) untuk makan malam (take away). Lepas tu cari buah pula dan terus ke rumah adik (ogy). Lama juga bersantai di sini tunggu sehingga Faris habis sekolah 6:40 petang.

Selepas bersiap di rumah ma tam. Pakai baju dan seluar AI beli. Nak pergi ambil Faris. Excited masa ni. Jarang beraksi begitu.

Kek atas permintaan Iman. Lepas ni tak boleh dah nak "ber angry birds sangat". Kena tukar cool birds pula ya.

Buat angka 3 dengan muka serius ;) sebab ada cikgu yang ajar masa ni ;) bukan ummi ya..

Pukul 11 malam baru gerak balik. Terima kasih nenek, keluarga along, mak uda, mak anjang, ma tam dan akhir sekali acik kerana sudi memeriahkan majlis Iman.

"Alhamdulillah Iman happy ada orang nyanyikan lagu "Allah selamatkan kamu" buat Iman. Sebenarnya lagi 2 hari nak sambut birthday Iman. Macam dah tau-tau je birthday dia dah dekat sebab tiba-tiba nyanyi "hepibeday to you". Terkejut ummi dengar. Pagi hari ulangtahun bangun pukul 7 pagi. Terus peluk dan baring atas badan ummi (tak pernah pula begitu sebelum ni). Lepas tu nyanyi happy birthday to you lagi. Senyum je ummi dengar.

Khamis, 20 Jun 2013

Ulangtahun ke-3 Iman : Happy Birthday!

Assalamualaikum


Syukur alhamdulillah. Cepat sungguh masa berlalu. Hari ni genap umur Iman 3 tahun. Kali ni AI tiada bersama untuk meraikan ulangtahun Iman kerana bekerja. Tapi AI ada call wish happy birthday buat Iman. Just untuk remind Iman.

Ayah dan ummi sentiasa doakan yang terbaik buat Iman. Kerana Iman amat bermakna buat ayah dan ummi. Semoga Iman terus membesar dengan sihat dan cerdik ilmu dunia dan akhirat. 

Malam ni ummi dah plan sesuatu untuk Iman. Semoga Iman gembira nanti.

Selamat Ulangtahun Sayang Ayah dan Ummi. Mmmmuuuaaah.

Wanita yang dihormati itu lebih baik

Assalamualaikum


Fikir-fikirkan dan renung-renungkan apa yang tersirat dan tersurat. Semoga kita menjadi wanita yang dihormati oleh kaum lelaki.

Selamat Malam.

Rabu, 19 Jun 2013

Rancangan pendidikan di TV takde ke?

Assalamualaikum

Petang-petang macam ni penuh cerita kartun di TV 9. Kartun yang merosakkan minda pula tu, terutama Aaahh! Real Monster. Rasa tak patut ada kartun macam ni. Taknak tengok memang boleh tengok cerita lain. Tapi alangkah bagusnya tayang rancangan bercorak pendidikan. Ini awal-awal dah merosakkan minda anak-anak.

Mungkin rating tak bagus agaknya. Tak bagus mungkin sebab cara persembahan atau rancangan tidak menarik. Boleh je kalau nak buat. Kalau tak, takde pula CD untuk program pendidikan anak-anak yang dijual sampai beribu-ribu di luar tu.

Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Selagi pentingkan keuntungan, macam ni lah jadinya. Kita nak anak kita soleh solehah tapi...

Renungan buat diri sendiri.

Psikologi kenali diri

Assalamualaikum

Sumber dari Facebook

Kenali diri kita dan orang lain. Ada betulnya atau tidak? Yang menariknya akhir sekali tu, rasa ada betulnya. Cuba hidup penuh kasih sayang, buat apa nak marah-marah, betul tak?

Selasa, 18 Jun 2013

Harga tiket bas ekspress naik

Assalamualaikum

Info dari Harian Metro Online.

Harga terkini tambang bas dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kuantan, Alor Setar, Kangar, Butterworth, Sungai Petani, Johor Bharu dan Alor Gajah.

Kalau naik bas sorang takpe lagi dengan harga ni. Tapi kalau ahli keluarga ramai dan tiada kenderaan. Kesian juga.

Nokia C3 boleh WhatsApp rupanya

Assalamualaikum

Tak sangka telefon Nokia C3 boleh WhatsApp. Kawan saya (Zana) yang beritahu. Biasalah orang jarang pegang handphone ;) Guna untuk call dengan sms je. Kadang RM10 sampai tamat tempoh tak habis guna. Ada masa cepat juga habis ;)

Berangan juga nak tukar handphone lagi canggih. Tapi masih mampu mengawal nafsu :) iPad dah adakan? Jadi tak perlu membazir. Bagus tak fikir macam tu ;) Yang ada ni masih mampu berjasa. C3 pernah tersenarai dalam 10 teratas telefon pintar (tengok masa google). FB, Twitter, Email dan macam-macam lagi application ada. Nak buka dan update blog pun boleh. Nak tahu lebih tentang C3 boleh tengok Di SINI. Suka Nokia sebab tahan lasak. Jatuh banyak kali pun sihat ;)

Kalau dah suka kata apa pun tak dengar (biasalah tu kan?) Sebelum merapu lebih panjang. Lihat saja cara nak install application WhatsApp ni dalam handphone C3.

Kita akan terima mesej macam ni jika ada yang invite kita guna WhatsApp. Jadi hanya perlu klik atau search http://whatsapp.com/dl/ untuk download application ni. Invitation dari kawan dah delete. Jadi invite mak dan suruh mak forward message ni. Nasib free sms untuk Maxis semalam ;)

Dah siap. Tak tahu duduk kat mana WhatsApp tu (macam saya). Pergi ke Apps (application) > Extra, Jumpalah icon WhatsApp kat situ. Bolehlah ber WhatsApp. Nak upload gambar profile pun boleh. Mudah je.

Tengok pada sms dalam gambar tu. WhatsApp Messenger boleh digunakan untuk Android, iPhone, Nokia, Blackberry dan Windows. Ada pun jarang juga guna. Kawan saya Zana tu je yang hantar message. Itupun masa baru-baru download :) Orang kata jimat. Sesuai lah untuk yang kerap bermesej.

UI: Untuk pengguna hotlink boleh apply internet melalui *100# untuk jimat kos.


Isnin, 17 Jun 2013

Sms percuma untuk pengguna Hotlink / Maxis hari ni

Assalamualaikum


Dah cuba sms tadi. Memang betul free. Bolehlah ambil kesempatan sms puas-puas hari ni ;) tapi siapa pula lah yang nak di sms :)

Pencemaran udara lagi

Assalamualaikum

Sekali lagi kita berdepan dengan masalah pencemaran udara (jerebu). Pelabuhan Klang seperti biasa termasuk dalam senarai. Jadi duduk rumah lebih baik. Iman pun dah mula selsema bermula semalam. Alhamdulillah tidaklah teruk sangat.

Sempat ambil gambar di skrin TV malam tadi. Muar, Bandaraya Melaka, Port Dickson dan Pelabuhan Klang mencatatkan bacaan tidak sihat.

 
Ini pula indeks pencemaran udara untuk hari ini.  Kemaman, Balok Baru, Indera Mahkota dan Bandaraya Melaka mencatatkan bacaan tidak sihat.

Kena kurangkan aktiviti di luar untuk kawasan yang terlibat dengan pencemaran udara. Take care.


Lampu berdiri murah Ikea

Assalamualaikum

Baru siap pasang semalam. Mentol takde rupanya ;) kenalah beli. 'Mangkuk lampu' yang warna putih tu plastik je. Jadi tak risau bila terjatuh anak tarik.

Ingat tak lagi ENTRI minggu lepas yang kami pergi cari lampu berdiri di Ikea? Inilah lampunya. Sama macam rumah mak. Bila mak kata murah je beli di Ikea RM69, terus pergi cari lampu ni. Mak letak dalam bilik. Tapi saya letak di ruangan meja makan ;) area yang kelam bila petang. Nak pasang lampu tiada wiring lampu kat sini. Nak buat leceh kena tebuk dinding. Kalau tak tebuk, AI tak suka nampak wayar yang menjalar di dinding. Tak kemas katanya.

Jadi saya tiba-tiba terfikir cari lampu berdiri. Tak perlu susah-susah fikir nak buat wiring. Sebenarnya kami tak buat plaster siling. Kalau buat tiada masalah kelam di area ni. Tak tahulah kalau AI tergerak hati nak buat lepas ni.

Untuk sementara boleh guna lampu ni dulu. Belum letak mentol lagi... kalau dah menyala baru tahu kesannya nanti. Banyak lagi pilihan tapi yang ni paling murah dan berkenan dihati ;)

Ahad, 16 Jun 2013

Sampel susu Sustagen lagi

Assalamualaikum

3 pek kecil susu Sustagen perisa vanila, fridge magnet dan acuan telur atau nasi

Ini merupakan kali kedua terima sampel susu Sustagen. Minta sampel kali pertama untuk Iman cuba. Nampaknya Iman tak minat juga nak tukar susu. Kali kedua ni dapat sebab saya terima Email untuk jawab soalan survey yang dihantar oleh MeadJohnson. Dah lama juga jawab survey tu.

Sampel susu ni saya bagi pada anak adik. Anak dia tak kisah minum susu apa pun. Janji susu. Mudah kalau Iman pun macam tu :) tapi sekarang saya rasa tak perlulah saya tukar susu sebab memang dah Iman serasi dengan susu yang dia minum sejak dari baby lagi. Yang penting Iman sihat. Alhamdulillah.

Nak juga sampel susu Sustagen? Boleh lihat linknya dalam entri sebelum ni.

Sabtu, 15 Jun 2013

Pandai akademik tapi gagal islamik

Assalamualaikum


Cukup buat terasa dan terkesan dengan ayat di atas tu. Nampak sangat kita lebih cuba untuk memahami apa yang ada di dunia berbanding di akhirat yang kita sentiasa ambil mudah.

Harga tayar Michelin

Assalamualaikum

Kenapa tiba-tiba buat entri tentang harga tayar Michelin pula ni? Entri ini sebagai tanda ucapan terima kasih buat Michelin kerana sudi melekat di blog saya. Mungkin ada juga yang ingin tahu harga tayar ni. Kami belum pernah guna tayar ni. Jadi tak boleh nak komen :) Senarai harga didapati dari website Michelin.

MICHELIN

With MICHELIN Primacy 3 ST tyres, your drive remains a time when you can get away from it all. And with MICHELIN Total Performance you’ll enjoy silence, comfort and safety, while not compromising on longevity.

Rim DiameterTyre SizeLoad IndexSpeed IndexPrice
16205/55 R1691WRM480
205/60 R1692VRM504
205/65 R1695VRM496
215/55 R1697WRM560
215/60 R1699VRM500
225/55 R1699WRM624
225/60 R1698WRM588
235/60 R16100VRM568
17215/45 R1791WRM504
215/50 R1795WRM636
215/55 R1794VRM608
215/60 R1796VRM640
225/45 R1794WRM560
225/50 R1798WRM632
225/55 R17101WRM640
235/50 R1796VRM792
235/55 R17103WRM720
245/45 R1799WRM808
18245/45 R18100WRM880
245/50 R18100WRM996
255/45 R1899WRM856
19245/45 R19102WRM1040
*All prices shown are Manufacturer’s Suggested Retail Price or Recommended Retail Price. Actual dealer price may vary. Prices may also vary for vehicles with a technical / legal requirement for reinforced (extra load) tyres. See your local authorized Michelin dealer for more details.