بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 31 Mei 2013

Mega Mawlid 2013 di Stadium Shah Alam esok

Assalamualaikum

Sms yang diterima pagi ni..

Jom hadir sekeluarga berqasidah dengan Habib Syech Ya Hanana di Stadium Shah Alam esok.

Tarikh: 1 Jun (Sabtu)
Jam: 8 malam

PERCUMA dan terbuka untuk semua.

Gambar hasil carian google


UI: Inshaallah akan menghadirkan diri.

Iman pertama kali solat Jumaat

Assalamualaikum

Sedang menunggu AI. Pakai sendiri kopiah. Nak pula pakai.

Alhamdulillah.. pertama kali Iman dapat pergi bersama ayah ke masjid menunaikan solat Jumaat. Seronok Iman bila AI tanya Iman "nak ikut ayah sembahyang Jumaat". "Nak semayang". Teruja dia.. Sekali lagi pakai baju Melayu purple ni (baju raya tahun lepas). Iman suka pakai baju ni. "nak baju purple" :)

Ummi menanti di kaki lima masjid. Kebetulan ummi uzur. Sempat dengar sedikit khutbah Jumaat yang berkisar tentang harta yang disedekahkan kepada fakir miskin dan ke jalan Allah. Agar mendapat keberkatan hidup dan rezeki yang Allah beri.

Macamanalah Iman solat agaknya. Tak bolehlah nak mengintai. Nanti nampak ummi dia, tak khusyuk pula dia ;)

Pandangan dari tempat saya duduk. Mujur ada kerusi satu. Macam tau-tau je ada tetamu hari ni ;)


UI: AI kata elok je Iman solat. Bila tanya Iman. Macamana Iman solat. Iman mendiamkan diri.. :)


Hukum mengumpulkan dua waktu sembahyang

Assalamualaikum

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar (sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya)

Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut:

Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas "Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda:

"Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)

Wallahua'lam



Balasan dan seksaan meninggalkan solat

Assalamualaikum


Ya Allah jadikanlah aku, keluargaku, dan saudara seagamaku orang yang tidak meninggalkan solatnya. Amin.

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

"Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar ini? Mereka menjawab: Kami tidak termasuk golongan orang-orang yang bersembahyang." (AlMudathsir:42,43)


Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang fardu, seksanya umpama:-

Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.

Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak:
Allah berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggaldi bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku." Segala gerak-gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.


Seksaan Ketika Hidup Di Dunia

  • Allah kurangkan keberkatan umurnya.
  • Rezekinya dipersempitkan oleh Allah.
  • Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam.
  • Doanya tertolak.
  • Hilang cahaya soleh dari wajahnya.
  • Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.

Seksaan Ketika Sakaratul Maut

  • Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina.
  • Matinya dalam keadaan menderita kelaparan.
  • Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.

Seksaan Ketika Di Dalam Kubur

  • Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit sempitnya.
  • Kuburnya akan digelapkan.
  • Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.


Seksaan Ketika Berada Di Akhirat

  • Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat.
  • Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan.
  • Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan diseksa dengan keras di dalam neraka.

"Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)


Tiga jenis seksa di dalam kubur :-
  1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.
  2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.
  3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata:

"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia-siakan sembahyang Subuh."

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat."


Sumber: http://masjidwilayah.gov.my

Khamis, 30 Mei 2013

Aircond midea murah dan tahan lasak

Assalamualaikum

Penghawa dingin jenama Midea yang dipasang di bilik bawah

Cuaca panas sekarang ni mesti nak guna aircond. Jadi saya sekadar nak kongsi aircond mampu milik dan yang penting berbaloi untuk dibeli. Harga aircond Midea (1hp) ni kalau tak silap RM899. Saya beli di Onking. Mulanya kawan saya perkenalkan jenama ni. Katanya murah, cepat sejuk dan satu rumah boleh rasa walau hanya 1hp.

Dah lebih 3 tahun guna aircond ni dan masih belum pernah di servis lagi. Walau sentiasa juga pasang. Mulanya pasang untuk customer buat rawatan dalam bilik ni. Tapi selepas tu ia tetap digunakan untuk tetamu dan cuaca panas. Walau 1hp dan dipasang dalam bilik. Bila buka satu rumah bahagian bawah terasa sejuknya. Bunyi pun tak bising.

Dalam bilik utama di atas pasang brand Sharp. Tapi baru guna dah rosak. Harga pun mahal RM1.4k. Beli kedai lain. Nasib baik under warranty. Jadi pilihlah yang puashati ya. Tak semua yang murah tu tiada kualiti.

Setakat guna aircond bil rumah tak tinggi pun. Sama sahaja. Yang pentingnya cuma guna 1hp (power). Kalau 1.5 atau 2 hp mungkin bil akan meningkat.

Terkejut AI dah sampai KLIA

Assalamualaikum

Lepas maghrib tadi ajak adik (ogy) pergi pasar malam dekat rumah saya. Dalam kereta dari rumah adik, dapat call. AI kata dia dah balik. Balik mana? boleh pula saya tanya macam tu ;). Asyik buat saya terkejut je. Sebelum ni pun balik mengejut juga.

Bila tanya kenapa tak bagitau. AI kata dia pergi Abu Dhabi baru ni. Esok (Khamis) ada interview naik gred kat office KL. Tu yang AI ambil tiket balik dari Abu Dhabi.

Lepas hantar adik balik (sempatlah beli makanan kat pasar malam). Terus balik rumah. Sampai rumah, tengok teksi KLIA dah ada depan rumah. Cepat betul sampai. Mujur kebetulan, kalau tidak menunggu lah AI depan rumah dalam hujan renyai.

Bila Iman nampak AI, macam biasa terus nangis nak dukung. Mujur sekejap je. Lepas tu AI ajak keluar. Saja pusing-pusing atas kereta sambil-sambil cari barang, isi minyak dan beli makanan. Atas kereta Iman asyik tengok muka ayah je sambil gelak-gelak. Suka dapat jumpa ayah. Macam tak percaya agaknya.

Macam biasa nak berdukung dan tak boleh berenggang. Mana AI pergi semua nak ikut.

Rabu, 29 Mei 2013

Reaksi Iman minum Dugro

Assalamualaikum

Semalam pertama kali saya cuba bagi Iman minum susu Dugro kurma madu. Masa nak bancuh, dia nampak pula saya ambil pek Dugro tu. Apa lagi, bising Iman. "mi tak nak tu, nak ni" (tunjuk susu Lactogen). Saya tetap buat susu Dugro. Merengek-rengek Iman. Lepas buat, mula taknak minum. Saya cakap sedap, cuba rasa.

Mula rasa Iman buat muka tak sedap. Saya suruh juga minum. Dia minum separuh. Sambil buat suara mengeluh. Lepas tu buat gaya nak muntah (berlakon je tu). Saya tanya kenapa tak habiskan. "taknak.. manis". Pandailah nak tipu. Susu tu tak manis pun. Lastnya ummi dia minum. Tapi tinggalkan sikit. Tak lama lepas tu Iman minta susu lagi. Saya suruh habiskan yang tinggal sikit tadi. Minum pula dia.

Hari ni saya tak buat pun susu Dugro. Bagi susu lama je. Kesian tengok minum separuh-separuh. Dah lah kurang makan. Nampaknya Lactogen tetap jadi pilihan Iman. Cepat sangat ummi dia give up ;).

Selasa, 28 Mei 2013

Pelapik dan Pelampung Angry birds dari Melaka

Assalamualaikum


Kenangan dari Melaka. Jauh terbang angry birds ni ;) Peminat tegar. Tidaklah beria Iman nak. Tapi ummi beli untuk buat Iman gembira. Setelah tengok Iman teruja. Semakin rindu ayah. Setiap lelaki kalau jumpa panggil ayah :) senyum-senyum je orang yang dipanggil ayah dengar.


Lactogen 4 vs Dumex Dugro kurma madu

Assalamualaikum



Baru-baru ni saya beli Lactogen 4 untuk Iman. Setelah puas minum Lactogen 1, 2 dan 3. Seperti yang pernah diceritakan. Iman suka jenama susu ni dari susu lain. Mula-mula minum Lactogen 4 ni, dia tak mahu juga (walaupun kosong tapi macam ada campuran vanila). Iman siap ambil bekas susu (Lactogen 3) dan suruh buat. Saya kata dah habis. Kalau tak minum nanti lapar. Akhirnya, boleh juga dia minum.


Masa pergi Tesco Melaka baru ni, Iman merasa susu Dumex Dugro yang diberi secara percuma di situ. Bercawan-cawan minta. Hairan juga saya.. jadi saya beli pek kecil satu untuk percubaan di rumah. Bila tengok ada campuran kurma dan madu. Rasa tertarik juga. Semua tahu khasiatnya kan? Setakat ni belum bagi lagi susu ni.

Adakah Iman akan bertukar susu selepas ni.. kenalah tunggu keputusan yang dibuat Iman ;) sebab dia yang minum dan rasa. Kena ikut selera dia. Sebelum ni kalau tanya, nak tukar susu tak? Mesti Iman jawab "taknak".


UI: Gambar ihsan google ;)

Isnin, 27 Mei 2013

Sesak jalan dari Melaka

Assalamualaikum

Banyak juga kereta dah malam-malam ni

Masih lagi dalam kereta. Mata mula mengantuk. Mujur jadi penumpang je ;) naik kereta adik (Ain). Hari ni kami pergi Melaka tanpa dirancang. Bukan jalan-jalan makan angin atau cari makan. Tapi cari saudara :) gerak dari rumah pukul 2 lebih. Lewat sebab ada orang betulkan paip dan pasang frame syiling yang dah kena makan anai-anai.

Mula plan pergi rumah Wan Induk (Puan). Tapi Wan takde pergi hospital ziarah keluarga. Jadi kami pergi rumah pakcik (adik arwah abah). Tak jauh rumahnya dari rumah Wan Induk. 2 jam juga sembang-sembang. Lepas tu kami cari pasaraya, nak beli baju anak adik. Takde baju dah nak pakai. Jalan-jalan jumpa Tesco dekat kawasan Cheng. Pertama kali sampai sini.

Dah beli baju, pergi rumah adik lelaki (bawah saya) pula. Isteri dia tengah tunggu hari nak melahirkan anak ke 6. Sampai-sampai penuh anak adik beratur depan pintu. Senyum je mak tengok. Berderet cucu menunggu katanya :) Setakat ni adik saya ni paling ramai zuriat.

Lepas 2 jam. Gerak balik. Jam pun dah pukul 10 lebih. Mula-mula masuk Highway ok lagi. Lepas tu.. merangkak..laju..merangkak..laju. Pukul berapa nak sampai tak tahulah. Anak-anak dah tidur. Mujur tak kerja. Driverlah kesian. Esok kerja...


Sabtu, 25 Mei 2013

Hari yang menghairankan ???

Assalamualaikum

Penat sebenarnya hari ni bersama dugaan dan agak kelam kabut bersama Iman yang aktif. Lepas habis orang sembur anai-anai. Terus keluar sebab baru nak ambil duit untuk bayar. Mula kereta kat luar. Parking dalam nak suruh van fumigation tu parking depan rumah. Takut ganggu jiran sebelah nak parking. Tapi dia pergi parking nun jauh tepi jalan. Rupanya jiran sebelah tak balik-balik pun.

Masa sembur. Ada satu lubang syiling tak boleh buka sebab kunci mangga tu takde (dari mula beli).  Rajin pula orang tu naik ikut syiling nak pergi kat area yang tak boleh dia sembur tadi. Sekali terpijak syiling (pecah). Dia nak ganti, tapi murah je. Takpelah. 

Masa nak keluar, undur kereta, terlanggar tiang khemah. Macamana boleh tak perasan. Mula menggigil juga sebab ingat terlanggar kereta orang. Rupanya tiang khemah. Lega. Mujur takde apa sangat kereta lekuk sikit dan kecil je.

Ambil duit kat Shell kawasan rumah. Masa nak balik, kereta tak boleh start. Tiba-tiba buat perangai. Panggil orang workshop datang. Lepas tu kena call orang fumigation tu suruh datang kat Shell ambil duit. Lepas je diorang buat sesuatu. Enjin pun hidup. Terus pergi workshop.

Lepas check memang confirm distributor yang rosak. Belum pernah tukar lagi sebelum ni. Harga boleh tahan sebab model injection. Nak bayar guna kad, kad tiba-tiba tak boleh guna. Padahal draw tadi takde masalah. Kena cari ATM lagi. Duit draw sebelum tu tak cukup.

Lepas bayar. Masa ni lah timbul rasa hairan. Mula-mula draw rmxxx. Lepas bayar RMxxx kat fumigation tu, ada lebih RM50. Kali kedua draw RMxxxx untuk bank in ke Mak mertua RMxxx + RMxxx duit distributor. Lepas tu duit ada balance RM50. Kenapa ada lebih RM50 tiap kali keluar duit. Hairan juga saya. Adakah ini dinamakan rezeki ??? kalau bank short duit. Beritahu saya ok. ATM lain-lain (CIMB dan Maybank).

Bagitau adik saya. Dia kata rezekilah tu... taknak bagi kat dia. Pernah juga terbaca kisah yang macam saya ni. Orang tu berniaga. Tiap kali kira duit pasti berlebih. Rasa macam tak percaya je bila dia bagitau. Dia rajin buat solat Dhuha. Saya kadang-kadang je ;).

Anai-anai menyerang lagi

Assalamualaikum

Terpaksa kosongkan ruangan ni

Masih tak habis lagi masalah anai-anai ni. Dah tak boleh makan di bawah, naik atas pula. Yang hairannya cepat pula dia membina rumah kat situ. Baru perasan semalam. Semua gara-gara sinki yang menitik airnya. Dah panggil orang datang repair esok.

Sedang menunggu orang datang sembur ubat anai-anai pukul 10 pagi nanti. Kawasan rumah saya kebanyakannya ada masalah yang sama. Memang susah nak kawal walau ada yang tebuk lubang satu rumah letak ubat, anai-anai tetap ada juga. Agaknya apa cara paling bagus untuk menghalang anai-anai ni dari terus menyerang. Risau melihatnya.

Makan kenduri jiran sebelah

Assalamualaikum

Hari ni jiran sebelah buat kenduri arwah. Berkali-kali mengajak. Jadi kenalah duduk rumah je. Tapi tak tolong pun. Dah bagitau makcik tu. Dia kata takpe. Faham-fahamlah ada budak manja ni. Mana boleh tinggal.

Untuk mengelakkan perasan malu tu, ajak member sekolah (jiran) datang sekali. Kenal jiran dekat-dekat je. Ni baru pertama kali masuk rumah makcik tu ;) AI dah pernah sebelum ni. Masa tu Iman tidur, jadi duduk rumah je teman Iman.

Sempat lagi ambil gambar, sebelum pergi. Tudung ni hadiah dari mak. Segan nak pakai ;) nampak bergaya sangat ;) Iman macam-macam muka dibuatnya nak suruh ambil gambar. Bila tak elok "mi.. taknak ni" tau pun.


gaya Iman bila ummi nak ambil gambar. Tak mau pakai kopiah. Bila tak dipraktikkan, macam ni lah jadinya.

Khamis, 23 Mei 2013

Doa supaya anak dijauhkan dari syaitan

Assalamualaikum




Bencana alam jadikan pengajaran

Assalamualaikum

Semalam tengok rancangan di TV1 tentang bencana alam yang pernah berlaku sebelum-sebelum ni. Saya tertarik dengan bencana yang terakhir, di mana sedang beribu orang menyaksikan sebuah konsert di Belgium, cuaca yang mulanya tenang, tiba-tiba bertukar menjadi ganas. Awan tebal yang datang dengan cepat kemudian berlaku ribut yang menyebabkan ada yang terkorban dan tercedera. Melihat kisah ini terasa cukup takut dan sedar tentang kekuasaan Allah. Untuk mengetahui lebih lanjut kejadian ini bolehlah singgah di SINI.

Banyak lagi kejadian-kejadian yang Allah turunkan sebagai balasan dan pengajaran. Minta dijauhkan dari negara kita ini.

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
  • Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
  • Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
  • Zakat dijadikan hutang.
  • Suami memperturutkan kehendak isteri.
  • Anak derhaka terhadap ibunya, sedangkan dia berbaik-baik dengan kawannya.
  • Dia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
  • Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
  • Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
  • Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
  • Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
  • Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
  • Para artis-artis disanjung-sanjung.
  • Muzik banyak dimainkan.
Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat). Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain. (Hadith Riwayat Tirmizi)


Rabu, 22 Mei 2013

Cara mudah bersihkan dapur

Assalamualaikum

Iklan tidak berbayar ;)

Belum pun keluar iklan Amy Mastura (Cif) dah ready nak buat iklan sendiri, tapi lambat pula iklan sendiri ni nak keluar :) Sebenarnya mudah je nak bersihkan dapur walaupun tanpa Cif TAPI bila dapur dah mula kena virus (kotoran yang sukar dihilangkan) kena juga guna khidmat Cif ni.  

Dapur saya ni mula bermasalah bila saya guna minyak bunga matahari untuk masak. Ternyata minyak yang terperecek (terkena) dapur agak sukar dihilangkan. Jadi penyakit malas pun menjadi sebab kecewa setelah puas menyental.

Baru-baru ni teringin nak cuba Cif. Alhamdulillah semua yang sukar jadi mudah. Table top yang nampak bercalar pun jadi bersih dan licin. Kalau ada masalah yang sama, boleh cuba guna Cif. Terus rajin bersihkan dapur.

Selasa, 21 Mei 2013

Cara nak tidurkan Iman

Assalamualaikum

Tersenyum tengok gambar Iman ni. Gambar ni saya agak Faris (anak adik) yang ambil. Mesti Iman buat-buat berlakon tidur. Jarang lah nak tengok tidur tersenyum macam tu ;)

Gambar sekadar hiasan je ;) Sekarang Iman sedang tidur lagi. Nak tidurkan Iman ni, ummi dia mesti kena tidur juga (berlakon, kadang-kadang tertidur sama). Selagi dia tengok ummi dia tak tidur selagi tu lah dia berjaga walau mata dah tak larat nak buka. Bila jadi macam tu, mula lah ada je yang tak kena.

Macam tulah caranya siang dan malam. Kalau pergi rumah mak atau adik (sesiapa je), memang dia tak tidur siang. Kalau ada orang datang rumah pun sama. Walaupun dah mengantuk.

Sebenarnya seronok nak main sebab tu tahan mata. Kalau kat rumah tak puashati agaknya kalau dia tidur, ummi dia jaga. Ragam anak macam-macam ada :)

Isnin, 20 Mei 2013

Kisah pengajaran buat anak yang bertengkar dengan ibu

Assalamualaikum

Sebagai anak mungkin ada yang merasa ibubapa mereka tidak bagus seperti apa yang diharapkan. Malah mungkin ada yang menyalahkan ibubapa di atas kegagalan mereka. Kisah di bawah cukup membuatkan kita sebagai anak berfikir, betapa besarnya pengorbanan seorang ibu dari saat mereka melahirkan kita lagi. Ini kan pula memelihara kita sehingga mampu berdikari. Jangan kita jadi anak yang lupa diri. Siapa pun ibubapa kita, kita wajib hormat mereka.

Sumber dari FB. Dipetik dari wall Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official):

Alkisah sebiji burger…

Malam itu, Kak Fidah bertengkar dengan emaknya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak Fidah teringat bahawa dompetnya tertinggal dan dia tiada sebarang duit bersamanya.

Tiada syiling pun menelefon rumah untuk meminta pertolongan.

Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Kak Fidah tiba di satu gerai burger ramli, yang baunya mengancam, kelaparannya bertambah.

Kak Fidah harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada duit.

Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Kak Fidah melihat dia sedang mengigil ketakutan lalu bertanya…

“Adik dah makan belum? Kalau nak, ambil burger ayam ini untuk makan dulu,” kata penjual burger itu.

“Tapi saya tiada duit pakcik,” kata Kak Fidah dengan sipu-sipu.

“Tak apa, pakcik belanja. Mai, duduk sini makan,” kata penjual burger itu sambil membuat satu Milo panas untuk Kak Fidah.

Beberapa minit kemudian, Kak Fidah mengalirkan air mata…

“Mengapa sayang?” tanya penjual burger.

“Tiada apa. Cuma terharu dengan hati baik pakcik,” kata Kak Fidah sambil melapkan air matanya.

“Orang asing macam pakcik boleh bagi burger makan kat Fidah, tapi mak saya, lepas bertengkar dengan saya, dia halau saya keluar rumah. Kejam betul mak saya!” tambah Kak Fidah lagi.

Mendengar kata-kata Kak Fidah, penjual burger mengeluh.

“Adik, mengapa adik fikir begitu? Renungkan semula. Pakcik hanya beri adik satu burger, adik dah rasa terharu dan terhutang. Ibu adik membesarkan adik sejak kecil, mengapa adik tak pula rasa syukur malah bertengkar dengan ibu adik?” kata penjual burger itu.

Kak Fidah amat terkejut dengan jawapan itu, dan selepas berterima kasih dengan pakcik burger, dia terus berjalan menuju ke rumahnya.

Dalam perjalanan Kak Fidah asyik terfikir…

“Mengapa selama ini saya tidak terfikir perkara itu? Satu burger daripada seorang yang asing boleh membuat saya rasa terhutang, tapi mak saya yang membesarkan saya sejak kecil dan saya tidak berasa sedemikian, walaupun sikit.”

Kak Fidah memikirkan apa yang perlu dikatakan kepada emaknya apabila dia tiba di rumah… “Maafkan saya mak. Semua salah Fidah… maafkan saya mak.”

Sejurus tiba di rumah, Kak Fidah melihat wajah maknya yang penuh kebimbangan bertukar menjadi lega melihat kepulangannya setelah puas mencari…

“Fidah masuk. Mungkin dah lapar. Mak dah masak, jom makan,” kata maknya.

Fidah terus menangis di tangan maknya…

Di dalam kehidupan, kita mudah menghargai perkara-perkara kecil yang dilakukan orang sekeliling kita, tapi untuk ahli keluarga kita sering merasakan apa yang dikorbankan mereka adalah normal dan patut dilakukan tanpa sebarang penghargaan.

Kasih sayang ibu-bapa dan keprihatinan mereka kepada kita adalah perkara paling berharga kurniaan Allah pada kita sejak dilahirkan. Ibubapa tidak pernah mengharap anak-anaknya membayar kembali kos membesarkan mereka… tapi pernahkah kita menghargai dan bersyukur dengan pengorbanan tanpa syarat ibubapa kita?

Minggu depan cuti sekolah. Baliklah berjumpa ibu-bapa ya.



Pasar borong NSK Sentosa besar, segar dan murah

Assalamualaikum


Malam tadi ikut adik pergi pasaraya borong NSK yang terletak di Sentosa, Klang. Pertama kali pergi sini. Sebelum ni ada juga dengar orang sebut-sebut tentang NSK ni. Besar juga pasaraya ni. Di sini sesuai untuk orang ramai beli secara borong dan harganya lebih murah. Ada ruangan khas untuk barang borong. Ada ditawarkan kad keahlian bernilai RM10 untuk setahun. Setelah siasat ;) kad ini bukan kad rebate tapi kad diskaun. Jadi harga akan menjadi lebih murah. Saya tak buat pun semalam sebab tak tahu. Kalau tak mesti murah lagi :) pasaraya ni lebih kepada barangan makanan (mentah dan sebagainya) dan minuman.

Lepas survey memang di sini harganya lebih murah dari pasaraya lain. Ada yang kurang sen2 dan ada juga ringgit. Seronok tengok barang basah yang nampak segar berbanding tempat lain. Harga Pet Pet di sini cuma RM 31.90. Saya beli sayur, ayam telur dan sekotak aiskrim Magnum (3 batang, saiz besar) yang berharga RM 9.99 (murah ke?, tak tahu pula harga tempat lain).

Mula ingat nak ambil juga gambar dalam pasaraya ni, tapi kurang rajin pula. Sebab seronok tengok-tengok barang. Ditambah pula dengan ramai orang. Oh ya, pasaraya ni tutup pukul 12 malam. Banyak masa nak shopping.

Ahad, 19 Mei 2013

Iman hijau biru

Assalamualaikum

Gambar yang diambil sendiri oleh Iman. Bila saya tengok dalam photo, bukan main banyak lagi gambar dia hijau biru ni yang diambilnya. Sayang pula nak buang. Pandai pula ambil gambar sendiri :)



UI: Sedang bersantai berdua dengan Iman di rumah. Sedang berfikir arah nak di tuju ;)

Sabtu, 18 Mei 2013

Cara daftar anak angkat sah mengikut undang-undang

Assalamualaikum

Saya ingin berkongsi proses untuk mengambil anak angkat secara sah mengikut undang-undang. Sekarang ni ramai yang mengambil anak angkat sebagai penyeri dan peneman pada yang tiada zuriat dan juga bagi mereka yang ingin membantu anak-anak yang tidak boleh di jaga oleh keluarga asal atas sebab-sebab tertentu.

Caranya:
  1. Ibubapa kandung dan ibubapa angkat bersama anak yang ingin dipelihara hendaklah datang sekali sewaktu ingin mendaftar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  2. Mula sekali kena ambil borang Surat Akuan Berkanun (Surat Keizinan Pengangkatan).
  3. Setelah lengkap borang tersebut hendaklah di stamp (setem hasil) di Lembaga Hasil Dalam Negeri.
  4. Lepas stamps, kena bawa borang tersebut untuk ditandatangan depan Pesuruhjaya Sumpah serta untuk mendapatkan cop dan tandatangan sebagai pengesahan.
  5. Selesai. Borang tersebut ibubapa angkat hendaklah simpan selama 2 tahun.
Nota: Dokumen yang perlu ada, sijil kelahiran anak (yang asal), kad pengenalan ibubapa dan sijil nikah (ibubapa angkat). Orang yang belum berkahwin juga boleh mendaftar untuk mengambil anak angkat. Surat Keizinan Pengangkatan tersebut sudah sah mengikut undang-undang. Ibubapa angkat boleh menggunakannya untuk tujuan resmi. Untuk memudahkan proses, boleh mendaftar di JPN Putrajaya.

Selepas 2 tahun:
  1. Pergi JPN dan ambil borang untuk permohonan sijil Pengangkatan.
  2. Setelah lengkap. Hantar borang tersebut di kaunter dan JPN akan buka satu fail untuk tujuan mendapatkan sijil tersebut.
  3. Biasanya selepas 2 minggu atau lebih, bergantung pada nombor giliran kita. Pihak JPN akan hantar surat untuk datang temuduga di JPN.
  4. Masa temuduga kena bawa anak angkat bersama. Mereka nak tengok keadaan anak angkat tersebut dan bertanya serba sedikit latar belakang keluarga angkat. Mereka cuma nak pastikan bahawa masa depan anak angkat tersebut terjamin tinggal bersama keluarga angkat.
  5. Selepas di temuduga. Pihak JPN akan serahkan sijil Pengangkatan bersama Mykid yang baru (dalam borang untuk mendapatkan sijil, ibubapa angkat boleh mengubah nama anak angkat).
Tambahan: Jika salah seorang ibubapa kandung tidak ada semasa mengisi borang yang mula-mula tadi. Prosesnya jadi panjang kerana ibubapa angkat kena berurusan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula bagi memudahkan proses undang-undang jika berlaku sebarang tuntutan.
  1. Prosesnya bermula selepas di temuduga dengan pihak JPN. Pihak JPN akan menghantar surat ke JKM untuk tindakan selanjutnya.
  2. Setelah itu pihak JKM akan memanggil ibubapa angkat untuk ditemuduga (tempohnya bergantung pada nombor giliran / fail).
  3. Selepas di temuduga. Pihak JKM akan membuat satu laporan dan dihantar ke JPN.
  4. Selepas pihak JPN terima laporan tersebut, barulah mereka akan keluarkan sijil Pengangkatan dan Mykid yang baru.
Harap membantu.

Jumaat, 17 Mei 2013

Carta perencanaan anak soleh

Assalamualaikum

Semoga Iman menjadi anak yang soleh. Begitu juga anak rakan-rakan semua. Besar juga cabarannya dalam mendidik. Semoga Allah permudahkan segalanya.
Sumber : Facebook

Surah Ibrahim : Ayat 40

Khamis, 16 Mei 2013

Mengimbau zaman persekolahan di hari guru

Assalamualaikum

Dah lama simpan entri ni.. baru nak publish. Sempena hari guru ni nak mengimbau zaman persekolahan. Mula bersekolah pada tahun 1983 dan berakhir di kolej pada tahun 1996. Prestasi masa sekolah sekadar biasa-biasa sahaja. Namun kenangan bersama guru dan rakan adalah kenangan yang paling seronok untuk dikenang.

gambar darjah 1
SRK Telok Gong, Pelabuhan Klang. Masa ni dah pandai berkawan dengan anak teruna ;) Kalau ingat memang senyum je.. lama juga berkawan hingga kami berusia 17 tahun rasanya. Sebenarnya budak lelaki ni seorang yang sangat pemalu dengan perempuan. Saya yang tak malu ;) AI tahu cerita ni..

darjah 5 (gambar dah dibuang.. sebab tak bertudung)
Ingat lagi masa ni tudung basah. Nak bergambar siap basuh tudung lepas tu tak kering. Bila nak keringkan tudung pulak terbakar ;) Pernah jadi pengawas sekejap. Masa ni saya mula bersajak (cikgu suruh) dan jadi johan 2 tahun berturut-turut, mengaji dapat tempat kedua, masuk kumpulan menari zapin dengan endang. Sekarang jangan suruh semua tadi.. malu je.. bukan pandai sangat pun ;)

gambar tingkatan 1
disebabkan keputusan sek agama ok antara pelajar lain di sekolah saya, maka terpilih masuk Sekolah Agama Menengah Tinggi Hishamuddin, Kg Jawa, Klang. Peratus saya tak tinggi macam mereka yang lain terpilih masuk sekolah ni. Malu je bila kawan tanya peratus masa tu. Rezeki Allah dan mungkin ini yang terbaik buat saya mendalami ilmu agama di sini. Segala yang sunat dapat dibuat. Masa ni juga saya mula istiqamah bertudung.

gambar tingkatan 5 (AJK asrama blok CD)

Masa sekolah saya seorang yang aktif, mudah mesra dengan cikgu dan kawan. Tidaklah aktif mana, tapi memang ada je jawatan yang dipegang masa sekolah. Tak tahulah kenapa. Mungkin sebab 'mesra' kot. Itu masa belajar. Sekarang dah kurang sikit mesranya ;)

Lepas SPM sambung belajar di kolej swasta. Main ambil je kursus yang memang di luar dari jangkaan. Masa tu tak tahu nak pilih kursus apa. ;)

Senyum dengar Iman bercakap dengan AI

Assalamualaikum

Gambar sekadar hiasan ;) kali ni Iman tak nangis dah.

Bila berjauhan telefon sebagai penghubung. Tapi AI dengan Iman masing-masing tak mahu bercakap di telefon. Bila tanya Iman. Nak cakap dengan ayah tak? Iman mesti jawab "taknak". AI pula memang tak call. Sebab bila dapat dengar suara masing-masing sedih. Terutama AI. Seminggu nak recover sebak teringat Iman.

Saya yang selalu buat mereka bercakap di telefon ;) Senang je... saya tanya Iman. Kalau dia kata taknak, saya takdelah sms AI suruh call. Tapi selagi dia tak cakap nak, selagi tu saya tanya ;) bila Iman kata "nak". Saya sms AI "kalau tak sibuk call, Iman nak cakap" :) sebenarnya ummi dia tumpang seronok dengar mereka bercakap. Lega je hati lepas tu ;)

Selalu bila mereka bercakap saya ada dekat Iman. Tapi baru ni saya pergi ke dapur nak buat susu. Rupanya bila saya takde, pandai pula Iman bersembang dengan AI. Senyum-senyum saya kat dapur dengar. AI tanya Iman makan apa hari ni.. bubur. Iman kat mana.. rumah. AI selalu tanya macamana bunyi motor ayah. Bila AI tak tanya, Iman pula buat. "ayah2... motor... brummm". Suka tengok dan dengar perkembangan komunikasi Iman. Semakin hari semakin bertambah. Dah nak masuk 3 tahun pun bulan 6 nanti. Iman memang lambat sikit bercakap berbanding anak-anak adik saya yang dah petah semasa sebaya Iman. Mungkin sebab mak mak mereka riuh orangnya ;)

Paling seronok dengar, habis je AI nak letak telefon, lepas bagi salam. Cepat-cepat Iman cakap "i love u". Tapi riak wajah tu jelas nampak yang Iman menahan sedih. Masa tu mata ummi dia pun berair. Nak tunggu letak telefon tu lama juga, selagi Iman tak puas dengar suara ayah dia.

Selasa, 14 Mei 2013

Iman suka bergayut dan main gelungsur

Assalamualaikum

Saya selalu juga bawa Iman main di taman permainan kanak-kanak. Seronok tengok dia happy dapat main. Lagi satu nampak yang dia seorang yang berani. Saya selalu perhatikan saja dari jauh. Semua benda yang ada dia nak cuba, walaupun tak sesuai dengan umur dia. Iman suka sangat bergayut. Yang ni memang kena tolong pegang dia. Sebab tak sampaikan. Gelongsor pula, asyik ulang-ulang naik turun.

Taman permainan yang terletak di Tasik Titiwangsa. Sungguh besar dan luas. Tak perlu berebut nak main. Sebab banyak pilihan.


Masa ni dah membuang. "mi... berak" tapi tetap nak main juga. Belum puas agaknya. Dah rimas barulah "mi.. cebuk mi" ;)

Pergi sini lepas naik kereta kuda. Puas jugalah Iman dengan anak-anak adik bermain. Selalu datang sini hujan. Hari tu saya pergi awal dalam pukul 3 - 6 petang. Siapa belum pernah sampai taman ni, ada juga alat-alat exercise untuk orang dewasa macam di gym tu. Tapi malu pula nak buat sebab ramai orang ;). Pernah juga guna peralatan tu waktu malam dengan kawan saya. Tak ramai orang. Lagi pun gelap ;)

Isnin, 13 Mei 2013

Al-fatihah buat mak itam

Assalamualaikum

Hari Sabtu 11 Mei bersamaan 1 Rejab, saya telah kehilangan seorang makcik (berumur 56 tahun) yang merupakan isteri kepada arwah Pak Itam saya (abang mak). Kali terakhir berjumpa pada majlis perkahwinan anaknya yang bongsu. Arwah berasal dari Sarawak. Selepas arwah Pak Itam saya meninggal (14 tahun yang lalu), arwah terus menetap di sini kerana anaknya tak mahu tinggal di Sarawak.

Patutlah seminggu dua ni saya asyik teringatkan arwah je. Terasa nak pergi ke rumahnya, tapi tertangguh-tangguh. Arwah ada sakit lemah jantung. Namun arwah nampak sihat dan tak pernah masuk wad. Cuma makan ubat sahaja. Arwah meninggal akibat sukar bernafas.

Pagi Sabtu tu, abang saya hantar anaknya (untuk diasuh). Bila panggil banyak kali senyap sahaja. Tak lama lepas tu arwah buka pintu. Dia kata dia pengsan dari pukul 6 pagi (2 jam). Arwah tinggal seorang sekarang selepas anak bongsunya sudah berkahwin. Lepas buka pintu, abang saya nak bawa pergi hospital. Tapi arwah tak mahu. Jadi abang saya telefon anaknya yang sulung. Lepas bawa pergi hospital, keadaan arwah semakin kritikal (wad icu). Doktor terpaksa tebuk lubang di leher arwah. Namun semuanya kuasa Allah. Akhirnya arwah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3 petang.

Saya tak sempat jumpa. Sampai hospital arwah dah tiada. Cuma dapat tatap arwah yang sudah terbujur kaku. Arwah meninggalkan 3 orang anak. Yang sulung (lelaki) sebaya saya (anak 4 orang) Dua orang lagi perempuan. Yang nombor dua masih belum berkahwin.

Bila semakin meningkat usia ni, ada sahaja berita kematian. Terasa kerap pula. Pasti sedih sepupu-sepupu saya tu kerana tak lama lagi nak sambut Ramadhan dan Syawal. Tiada lagilah laksa Sarawak yang sentiasa kami tunggu arwah masak di hari raya. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Al-fatihah.

UI: Gambar arwah boleh dilihat dalam entri INI (arwah pertama dari kiri).

Jumaat, 10 Mei 2013

Ayat-ayat Al-Quran buat pemerintah dan pengikut

Assalamualaikum

Ramai yang tidak faham dalam pemilihan ketua atau pemerintah. Jika kita membiarkan sahaja atau menyokong perbuatan mungkar yang mereka lakukan, kita turut menanggung dosa mereka. Fahami ayat-ayat Al-Quran di bawah. Kerana ini merupakan pesanan Allah.


Ayat-ayat Al-Quran buat pemerintah



Bermaksud:

“Katakanlah (Wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkau sajalah adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah Ali-’Imran : ayat 26)

”Sesungguhnya Allah, menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebajikan serta menunaikan hak kaum kerabatnya dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya..” (surah an-Nahli : ayat 90)

”Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda, yang mana Allah telah menjadikan kamu sebagai wakil dalam menguasai dan menguruskannya. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu, serta membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah), mereka tetap beroleh pahala yang besar.” (Surah al-Hadid : ayat 7)

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah : ayat 188) 

“Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (Surah al-Isra’a : ayat 27)

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat. (Surah an-Nisa : ayat 58)

“(Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga neraka): Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah neraka .Kemudian curahkanlah di atas kepalanya – azab seksa – dari air panas yang menggelegak.(Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan masyarakatmu).” (Surah ad-Dukhan : ayat 47 hingga 49).


Ayat-ayat Al-Quran buat pengikut pemerintah yang zalim

“Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua (dalam kesesatan) yang mengajak ke neraka (dengan kekufurannya), dan pada hari kiamat pula mereka tidak mendapat sebarang pertolongan.” (Surah al-Qasas : ayat 41)

“Kemudian orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong takbur itu akan berkata kepada mereka (yang menjadi pemimpinnya): Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut kamu; maka adakah kamu dapat menolak daripada kami sedikit dari azab Allah?” (Surah Ibrahim : ayat 21)

"Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.” (Surah al-Ahzab : ayat 67)

Khamis, 9 Mei 2013

Kepentingan kalsium bukan hanya untuk tulang

Assalamualaikum

Kita sentiasa fikir kalsium hanya untuk menguatkan tulang. Tahukah kita kalsium juga penting untuk fungsi lain di dalam badan. Di bawah info yang boleh dikongsikan buat semua.

Kalsium adalah mineral yang amat penting bagi manusia, antara lain bagi metabolisme tubuh, penghubung antara saraf, kerja jantung, dan pergerakan otot.

Berikut beberapa manfaat kalsium bagi manusia:

Setelah umur 20 tahun, tubuh manusia akan mulai mengalami kekurangan kalsium sebanyak 1% per tahun. Dan setelah umur 50 tahun, jumlah kandungan kalsium dalam tubuh akan menyusut sebanyak 30%. Kehilangan akan mencapai 50% ketika mencapai umur 70 tahun dan seterusnya mengalami masalah kekurangan kalsium.

Gejala awal kekurangan kalsium adalah seperti lesu, banyak berpeluh, gelisah, sesak nafas, menurunnya daya tahan tubuh, kurang nafsu makan, sembelit, berak-berak, insomnia, kram, dan sebagainya.

Sumber: Wikipedia.org