بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 30 April 2013

Terkejut ummi dengar Iman sebut KAYA

Assalamualaikum

Dah lama Iman tak pakai jubah ma tok bagi ni.. dah singkat pun. Yang menarik dia tak merungut pun bila suruh pakai. Faham-fahamlah, kalau tidak asyik baju angry birds je. Iman cuma cakap 'white' mi..

Berbalik pada tajuk, alkisahnya Iman menyusun kereta mainan dia. Saya tanya warna apa kereta-kereta tu. Alhamdulillah dah kenal warna. Lepas tu terdengar Iman cakap (masa ni ummi dia buat kerja lain). "banyak kereta Iman... kaya". Saya pun apa lagi terkejut besar. Sebab saya tak pernah ajar atau sebut pada Iman soal kaya atau miskin. Agaknya mana dia belajar ya? Mana pula dia tahu kalau banyak harta tu bergelar orang kaya. Kecil-kecil dah pandai.

Inilah kereta orang kaya Iman ;) ummi harap agar Iman kaya ilmu (dunia akhirat) dan akhlak.

Sekarang ni, Iman semakin bijak bercakap. Kalau tengok ummi dia tak mandi lagi, Iman cakap "mi... mandi mi.." biasanya dia sebut lepas saya mandikan dia. Kalau saya dah mandi "mandi dah ummi" :) Nak tergelak je bila dengar anak bercakap kan.

Setahu saya cuma ada satu dialog ummi dia bercakap tentang kaya. Masa tu mak dan adik saya nak makan roti dirumah. Saya buat joke. "Rumah ni takde kaya (yang sapu kat roti tu), sebab bukan rumah orang kaya". Diorang gelak-gelak je dengar.

Soal kaya atau miskin memang saya tak suka buat perbandingan. Itu semua urusan Allah dan hambaNya. Yang penting redha dan bersyukur dengan kehidupan masing-masing.

Khasiat kacang bendi

Assalamualaikum

Saya salah seorang penggemar bendi. Selalu rebus dan cecah dengan budu. Memang menyelerakan. Kalau letak dalam masakan asam pedas dan kari pun sedap. Terasa nak makan bendi pula. Tak sangka banyak juga khasiatnya.

Antara khasiat bendi ialah:

1. Berupaya menstabilkan kandungan gula dalam darah.
2. Ia dapat mencuci hati.
3. Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.
4. Mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
5. Membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.
6. Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.
7. Mengurangkan risiko mendapat radang paru-paru dan sakit kerongkong. 
8. Membantu meneutralkan asid dalam badan kerana bendi bersifat alkali.
9. Membantu mengurangkan masalah penghadaman.
10. Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada bahagian sendi.

Sumber : Facebook

Pemberian kawan, suami pulang dari Mekah

Assalamualaikum

Ingatan ikhlas dari seorang kawan.

Semalam kawan sekolah rendah saya yang juga merangkap jiran tetangga saya sms nak bagi air zam zam dan kurma katanya. Selalu dia kata saya tiada di rumah. Saya kata kalau takde tu, saya pergi rumah mak. Malam tadi lepas sms dan tahu saya ada di rumah, dia minta tolong anak dia hantarkan pemberian dalam gambar di atas tu. Kawan saya tak pergi. Yang pergi suaminya sahaja sebagai teman dan penjaga ibu dan bapanya menunaikan ibadah umrah di sana.

Terharu sebab orang ingat pada kita dan ianya dari tanah suci mekah. Selalu juga dapat sesuatu dari Mekah. Bila terima mesti rasa terharu. Tak tahu kenapa. Dapat terus minum air zam zam dan buah kurma serta buah tin tu bersama Iman. Ada majalah mengenai Mekah. Yang ni buat saya tiba-tiba rasa seperti petanda untuk saya ke sana. Sebenarnya niat dah lama nak tunaikan umrah. Tapi itu lah Allah lebih mengetahui. Harapan saya semoga impian saya tercapai juga nanti. Inshaallah. Amin.

Isnin, 29 April 2013

Dah tutup pun 'Spa' saya

Assalamualaikum

Tinggal kenangan. Merasalah jadi lady bos sekejap ;) Lagi gambar kedai saya dalam entri INI

Buat pengetahuan Puan Kutu dan Eca yang ada sebut-sebut buka Spa tu dalam entri sebelum ni. Sebenarnya bukan buka tapi dah tutup pun ;) Sekarang ni banyak tahun yang saya dah tak ingat ;) yang saya tahu kedai saya tu mampu bertahan selama 5 tahun sahaja. Tak lama lepas tutup saya dapat Iman.

Bukan senang sebenarnya berniaga ni. Kena banyak bersabar. Bisnes macam saya ni memerlukan banyak tenaga. Nak cari pekerja pun bukan senang. Lebih-lebih lagi yang boleh diharapkan. Mana yang boleh bertahan tu memang mereka orang yang hebat dan sabar. Kewangan juga penting untuk bertahan.

Titik urut refleksologi kaki

Assalamualaikum

Dah lama tak pergi urut tapak kaki. Seronok juga sekali sekala manjakan kaki. Kini ramai tukat urut perempuan. Cuma perlu hati-hati kena cari yang betul-betul mahir. Pernah sekali salah urat. Masa tu arwah nenek ada lagi. Arwah tolong betulkan balik. Boleh pula ibu jari kaki tu tiba-tiba bergerak sendiri.

Bercerita tentang urut, saya pernah mengikuti kursus urutan tajaan MARA di Butik yang terletak di Bangi dan juga urutan Aromaterapi di UTM, Jalan Semarak. Memang seronok masa belajar. Bila dah buat betul-betul, penat dan sakit-sakit badan juga dibuatnya.


Ada juga yang saya tak faham. Jadi saya tulis di sini sebagai rujukan.

3 : Trakea (saluran pernafasan)
10 : Diafragma (otot utama yang digunakan untuk pernafasan, yang terletak bawah paru-paru)
12 : Limpa
18 : Usus kecil
20 : Saraf sciatic adalah saraf yang terbesar dan paling lama dalam badan dan sciatica (sakit sepanjang saraf sciatic) boleh menyebabkan kelemahan, kebas, kesemutan dan kesakitan.

Kalau rajin boleh urut sendiri ;)

Sabtu, 27 April 2013

Nama calon tarik diri PRU 13 tetap dicetak

Assalamualaikum


Tarikh mengundi PRU 13 semakin hampir. Undang-undang SPR yang baru, calon yang menarik diri ketika bertanding, namanya akan tetap dicetak dalam kertas undi berbanding sebelum ni yang mana lawannya akan dikira menang tanpa bertanding jika satu lawan satu.

Sepatutnya dari dahulu dilaksanakan undang-undang macam ni. Lebih elok sebelum penamaan calon lagi dah umum undang-undang baru ni. Buat apa daftar sebagai calon kalau tidak mahu bertanding. Lagi satu kalau boleh mansuhkan sahaja calon atas parti Bebas. Tak tahu apa motif diorang masuk bertanding. Tengok logo pun, gambar gajah, pokok, pensil. Nampak sangat saja nak mengganggu proses pilihanraya. Ini kali banyak betul calon Bebas masuk bertanding. Hairan juga saya.

Nama-nama calon yang menarik diri untuk PRU 13:
  1. Hadnan Mohamad (PAS) : Parlimen Labuan
  2. Mohd. Shamsul Mat Amin (PKR) : DUN Bukit Besi
  3. Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (PKR) : DUN Kota Putera
  4. Ahmad Nazri Mohd. Yusof (PKR) : DUN Seberang Takir
  5. Che Johan Che Pa (UMNO) : Parlimen Pasir Mas
  6. Arshad Kassim (Bebas) : DUN Batu Maung
  7. Ng Lam Hua (Bebas) : DUN Mengkibol
  8. Sim Tong Him (Bebas) : Parlimen Kota Melaka
  9. R Rajendren (Bebas) : Parlimen Gelang Patah
  10. Low Tan (Bebas) : DUN Permatang

Jumaat, 26 April 2013

Ayat-ayat Al-Quran untuk merawat kanser

Assalamualaikum

Semuanya dengan izin Allah. Semoga membantu mereka yang memerlukan.



Khamis, 25 April 2013

Celik Hati Prof Dr Muhaya di TV9

Assalamualaikum

Setelah rancangan Semanis Kurma berehat sementara ianya digantikan dengan rancangan Celik Hati bersama Prof Dr Muhaya. Siaran bermula dari 9.30 - 10.00 malam di TV9. Pendek tapi penuh pengisian. Saya memang suka tengok rancangan yang boleh menambahkan ilmu dan secara tak langsung boleh perbaiki apa yang kurang dalam diri.

Siapa yang tak kenal Prof Dr Muhaya kan? Kata-katanya sentiasa penuh dengan motivasi dan menjadi tarikan orang ramai. Nak tahu apa yang dikongsikan dalam rancangan ni, boleh tengok di  Tweeter Celik Hati.

Nak kongsi sikit kata nasihat dari tweeter Celik Hati untuk ingatan diri sendiri dan yang lain.

@Celik_hati: Roh yang bahagia ialah roh yang tiada bisa-iaitu tiada penyakit hati seperti pemarah dan pendendam.

Apa yang Dr Muhaya terangkan tadi dari kata-kata di atas tu. Kata-kata orang yang tidak baik tentang diri kita ibarat patukan ular. Yang membuatkan kita sakit dan mati adalah bisanya bukan patukannya. Jadi jangan biarkan kemarahan kita itu yang memusnahkan diri kita. Katanya lagi, orang bercerita tidak baik tentang kita 5 minit, tapi kita punya marah 5 tahun. Ibarat macam tu lah.. lihat kesannya jika kita ada perasaan dendam dalam diri yang akhirnya merosakkan diri sendiri. Memang tak eloklah kan... yang sengsaranya kita.

Bagi saya biarlah orang nak kata apa tentang kita. Yang penting kita jaga hubungan kita dengan manusia dan Allah. Saya percaya kalau kita mengalah. Lawan kita akan malu pada diri sendiri juga nanti. Sedangkan Allah dan Nabi ampunkan ummat, inikan pula kita. Kebenaran akan terbukti juga nanti.

Tapi awas juga buat mereka yang mudah percaya dengan apa yang didengar. Kerana tak semua yang kita dengar itu betul. Jadi lebih baik jauhkan diri dari mendengar umpatan orang kerana kita tidak tahu kebenarannya. Jika betul sekali pun kita tiada hak menghukum. Doakan sahaja agar mereka berubah. Itu lebih baik. Pilih kawan itu perlu, tapi jika terlalu memilih hingga menyebabkan orang berkecil hati juga tidak baik. Macamana kita nak tarik orang berubah jadi baik jika awal-awal kita sudah menjauhkan diri. Nabi kita nak sebarkan Islam pun macam-macam cacian yang dia terima.

Memanglah kita bukan Nabi. Tapi jika kita betul pengikutnya, tak boleh ke kita tiru akhlaknya yang mulia tu agar kita dapat menyambung perjuangannya. Dalam ayat al-Quran ada ayat yang menyatakan.. kita tidak boleh kata yang tidak baik pada orang lain, mungkin suatu hari nanti mereka lebih baik dari kita.

Bukan mudahkan nak jaga hati kita... jadi kenalah sentiasa menggilapnya agar celik dan terang. Saya juga sentiasa menggilapnya :)

Allah SWT berfirman dalam surah al-Hujurat ayat 12, yang bermaksud: 

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah sikap dari sangkaan supaya kamu tidak dipengaruhi prasangka yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Jika demikian keadaan mengumpat maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Oleh itu, patuhilah larangan yang disebut itu dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha Mengasihani”.

Lagi gambar di iCity Shah Alam

Assalamualaikum

Secara jujur suka ambil gambar tapi tak pernah print sejak arwah adik saya meninggal 3 tahun yang lepas. Jadi simpanlah di mana-mana yang boleh buat kenangan. Nak tunggu print tak tahulah bila. Sebab bila dah banyak sangat tak tahu nak pilih yang mana ;) nak juga buat... harinya tak tahu bila.

iCity waktu siang. Sebelum ni datang malam. Iman merasa naik Ferris Wheel dengan pak uda. Tiket RM10 seorang. Ummi tak berminat nak naik. Sampai atas terus Iman diam ketakutan. Kat bawah tak sabar nak naik.




Lagi gambar di Trick Art Museum versi potrait pula ;)







Rabu, 24 April 2013

Ulangtahun perkahwinan yang ke-14

Assalamualaikum


Alhamdulillah hari ini adalah hari ulangtahun perkahwinan saya yang ke 14 bersama AI. Kebetulan tarikh yang sama dengan perkahwinan mak dan arwah abah. Tak sangka cepat sungguh usia ikatan ini bertambah. Banyak kenangan dan pengalaman yang kami lalui bersama. Yang paling indah selain bergelar suami isteri adalah dengan kehadiran Iman dalam hidup kami. Memang tidak dapat digambarkan kegembiraannya. Syukur pada Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Harapan kami agar ikatan kasih sayang ini sentiasa dilimpahi rahmat, diberkati, diredhai dan lindungi dari kejahatan oleh Allah. Semoga ianya terus utuh dan bersatu di dunia dan akhirat, Inshaallah.

Kali ni kami hanya wish melalui handphone sahaja disebabkan AI tiada di sini. Kini AI berada di Iraq. Anniversary biasa takde hadiah. Cuma keluar makan je. Biasa saya yang wish dahulu lepas sahaja jam 12 malam. Bagi saya tak kisah siapa dulu kalau kita mahu yang terbaik dalam hubungan kita. Mesti suami kita rasa isterinya sayang dan menghargai dia, begitu juga sebaliknya mesti isteri rasa yang sama. Takde bezakan,  yang penting sama-sama sayang :) kalau ada yang duk tunggu je suami wish, lama-lama sendiri yang merajuk ;) orang lelaki ni kadang terlupa. Tapi kalau kita tanya mesti dia ingat ;) kalau ada yang sentiasa ingat, itu bonus lah buat isterinya.

Gambar perkahwinan kami buat yang belum melihatnya :)

Trick Art Museum iCity Shah Alam kami datang

Assalamualaikum


Hari Sabtu minggu lepas saya ajak adik ke iCity, Shah Alam. Tujuan utama nak masuk Trick Art Museum. Saja tengok apa yang ada dan apa yang dinamakan lukisan 3D. Bayaran masuk RM5 seorang. Kanak-kanak dengan ketinggian 3 kaki / 90 cm ke atas dikenakan bayaran yang sama juga. Iman cukup-cukup je dengan ketinggian tu. Jadi kenalah bayar. Untuk yang nak tahu, waktu operasinya dari pukul 11 pagi - 11 malam. Hari minggu sehingga jam 2 pagi.

Ok jugalah masuk sini. Teruja juga tengok hasil seni mereka. Yang menghairankan dinding dan gambar di situ ada yang dah cacat. Sampai berlubang gambar dan ada kesan cap jari. Sayang kalau tak  jaga elok-elok.

Di bawah gambar yang diambil sebagai kenangan. Untuk lebih jelas (besar) klik pada gambar yang terpaksa dikecilkan kerana banyak sangat. Macam biasa untuk saya yang tiada kamera ni, khidmat kamera iPad sahaja digunakan. Kalau ada kamera DSLR pasti nampak lebih menarik.

 
 
 


Selasa, 23 April 2013

Ubi kentang berkulit hijau bahaya

Assalamualaikum



Bahaya ubi kentang hijau.

Apabila ubi kentang di ladang terdedah lama kepada cahaya matahari, warna hijau akan terhasil pada ubinya.Warna hijau itu adalah solanina (solanine), sejenis toksik yang terhasil dalam famili tumbuhan Solanacea. Ia boleh menyebabkan keracunan bagi sesiapa yang termakannya. Jadi, apabila melihat ubi kentang berwarna hijau di kedai, jangan beli. 

Info dari facebook Jom Tanam Sendiri.


UI: Saya pernah juga jumpa ubi kentang berkulit hijau macam ni. Memang rasanya lain bila di masak, walaupun saya dah buang semua yang berwarna hijau tu. Mujur tiada keracunan bila makan. Dah tahu ni, kenalah pesan pada yang lain supaya kita sama-sama sihat :)

Ahad, 21 April 2013

Petua cuci buah pinggang dengan daun sup

Assalamualaikum


CUCI BUAH PINGGANG DENGAN HANYA RM 1.00

Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja, tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini, caranya mudah sahaja beli seikat daun SUP, cuci bersih-bersih, potong kecil-kecil, masukkan kedalam periuk, masukan air bersih, didihkan untuk sepuluh minit sahaja, sejukkan, tapis, masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk, amalkan meminumnya segelas sehari, insyaaallah anda akan rasa perubahannya, segala kandungan garam dan racun-racun akan dikumuhkan melalui air kencing. Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi! 

Sumber dari sini

UI: Baru pertama kali dengar petua ni dan tertarik juga untuk mencuba. Yang penting ianya adalah tumbuhan semulajadi dan sudah tentu tiada kesan sampingan. Selamat Mencuba! Sesiapa dah cuba boleh cerita hasilnya.


Line internet Celcom sedang bermasalah ke?

Assalamualaikum

Bermula bulan 3 baru ni.. line internet Celcom slow. Saya ada cerita dalam ENTRI INI. Memang saya ada due 1 bulan. Jadi lepas bayar ok. Minggu ni line internet mula buat hal yang sama. Mula-mula loading laju bila dah hujung slow sangat. Jadi hairan juga saya. Saya check balik status akaun saya. Ok. Itupun saya bayar lagi sampai dah terlebih sebulan.

Saya fikir mungkin saya dah terlebih kuota. Walaupun saya jarang online sebenarnya. Berbanding dengan pengalaman sebelum ni. Banyak gambar saya upload, buka YouTube dan sebagainya. Tapi line ok sahaja. Ini pengalaman yang paling teruk setelah bertahun-tahun.

Saya cuba nak tahu. Adakah Celcom sedang upgrade sistem mereka. Bila buka facebook Celcom, ramai juga tak puashati sebab line slow. Tapi tiada jawapan dari pihak Celcom. Susah juga macam ni. Adakah sebab line dah terkena demam pilihanraya? Mula lah fikir yang bukan-bukan ;)

Saya harap masalah ni cepat selesai. Kalau tak ok juga... terpaksalah tukar line. Mungkin sampai line dah ok atau mungkin terus di tutup. Bergantung pada reputasi line yang akan dipilih. Apa pun disebabkan dah terlebih bayar, kenalah bertahan. Rasa tak puashati tu tetap ada :(

Siapa sedang menghadapi masalah yang sama?

Jumaat, 19 April 2013

Macam ni kunci kereta secara manual lebih selamat

Assalamualaikum

Alat yang digunakan untuk membuka pintu kereta

Saya cuma nak berkongsi apa yang saya lihat dan baca di facebook baru-baru ni. Sekarang ada alat yang boleh buka pintu kereta. Sebenarnya alat ini ada di jual dengan tujuan untuk membuka kereta yang telah hilang kuncinya. Kalau tak percaya boleh tengok di alibaba.com. Alat ini boleh membuka kereta model Toyota Lexus, VOLKSWAGEN, Honda, Hyundai, Nissan, Suzuki Swift, General, Kia, Series. Jadi memang mudah lah buat mereka yang hendak mencuri ambil kesempatan. Perlu ke jual alat ini?

Jadi berhati-hatilah dan tingkatkan ciri-ciri keselamatan kereta kita. Boleh pasang kunci tambahan dalam kereta, macam di stereng dan gear. Macam kami, kereta memang dah lama, takde dalam senarai di atas pun :) dulu buka pintu auto, sekarang ni buka secara manual je ;) Bila fikir balik yang manual tu lebih baik. Sebab apa? Bila kita buka pintu. Tak semua pintu terbuka. Jadi kurang risiko orang buka pintu yang lain untuk berniat jahat. Namun ada juga button untuk buka semua pintu (auto) dalam kereta. Sebenarnya jadi macam tu sebab alarm kereta dah rosak ;)

Selasa, 16 April 2013

Alhamdulillah Iman dah sembuh

Assalamualaikum

Gambar lepas Iman sikat kan rambut Nayli. Tu yang saya ambil gambar. Sebab melentik rambut Nayli dibuatnya. Iman sikat selah kanan je. Lagi sebelah yang nampak tak terurus tu Iman tak sikat ;)


Alhamdulillah Iman dah pulih sepenuhnya. Sekarang kami di rumah nenek Iman lagi sejak malam Ahad berkampung di sini ;) Kebetulan hantar nenek Iman yang tidur rumah Iman sejak hari Jumaat. Mujur ada nenek Iman, ada kawan nak pergi hospital. Kalau tak takut juga berdua dengan Iman pukul 3 pagi keluar rumah. Memang tunggu hari cerah baru keluar. Bukan apa takut ada orang nak buat jahat.

Kenapa letak gambar di atas? Sebabnya bila Iman dah sembuh Nayli pula yang demam semalam. Mujur tak muntah macam Iman. Kesian dia.. Mak ngah doakan Nayli cepat sembuh. Doakan sama ya..

Bila tiada AI macam ni lah rutin kami. Dalam seminggu 2 atau 3 kali ke rumah nenek Iman. Cari kawan ;)

Update: alhamdulillah Nayli sudah sembuh.

Isnin, 15 April 2013

Iman muntah dan demam

Assalamualaikum

Dah lama tak update blog ;) macam biasa bila ada aktiviti memang tak online. Kalau online pun jeling-jeling je ;) itu je yang sempat dalam masa beberapa minit. Hari Jumaat lepas pergi SUK lagi. Hari tu dokumen tak lengkap.

Hari Sabtu pergi kampung bawa mak (Telok Gong) ada bacaan yassin. Lepas hantar mak, saya, Iman dan adik serta anak-anaknya menunggu di Masjid. Solat dan berehat ;)

Dari kampung pergi ke Banting pula, masa ni lah Iman dah start muntah. Iman ni mabuk kereta. Kalau naik kereta memang tak tengok luar. Lagi pun sekarang cuaca panas. Hari tu makan pula junk food rumah pak long dia. Atas kereta asyik cakap pening je. Sampai rumah pakcik di Banting, Iman muntah lagi. Masuk je susu atau air mesti keluar.

Balik dari Banting masih lagi muntah. Akhirnya pukul 3 lebih (pagi) saya bawa Iman pergi Hospital Pantai, Klang. Mujur ada kad insurans ING (syarikat AI bekerja). Disebabkan Iman masih boleh makan dan minum dan aktif. Doktor hanya bagi ubat. Masa ni Iman baru mula demam. Tekak dah merah.

Kena bagi ubat tahan muntah dulu. Kalau tidak masuk je keluar balik. Hari ni, alhamdulillah Iman mula nampak ok sikit. Harap Iman cepat sembuh. Bila muntah kena baju angry birds dia, mesti cakap "habis baju angry birds" :) itu yang dia pentingkan.

Doakan Iman pulih sepenuhnya ya..

Khamis, 11 April 2013

Buat pertama kali sebagai daftar pemilih ;)

Assalamualaikum

Untuk pertama kalinya saya akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi ;) malu juga nak mengaku. Jangan jadi macam saya ok. Tunaikan tanggungjawab bila sudah layak. Rugi... kerana kita yang menentukan siapa yang layak memimpin dan bertanggungjawab demi kesejahteraan kita juga nanti.

 DAFTAR PEMILIH YANG TELAH DISAHKAN
 PERKARA PENERANGAN
 Kad Pengenalan
 Nama RUSENIDZAN SULAIMAN
 Tarikh Lahir 13 Sep 1976
 Jantina PEREMPUAN
 Lokaliti 110 / 46 / 11 / 002 - KG NELAYAN
 Daerah Mengundi 110 / 46 / 11 - TELUK GONG SELATAN
 DUN 110 / 46 - PELABUHAN KLANG
 Parlimen 110 - KLANG
 Negeri SELANGOR
 STATUS REKOD -
Untuk sebarang maklumat, sila klik : DISINI

Jika lihat tarikh lahir tu, sudah 2 kali saya tak menunaikan tanggungjawab. Masa tu dua kali AI tolong daftarkan. Tapi masa nak mengundi nama tiada. Akhirnya saya daftar sendiri di pejabat pos.

Masa tu KP alamat kampung (rumah mak atas tanah atuk). Tak kisahlah DUN dan Parlimen tetap sama, kerana rumah sekarang pun tak jauh dari situ. Saya akan mengundi sama dengan mak saya. Mak saya tak tukar alamat mengundi. Sekarang mak saya tinggal di Kapar. Taklah jauh juga berbanding yang lain terpaksa balik Kelantan, Terengganu dan sebagainya.

Semoga impian mengundi terlaksana dan dipermudahkan nanti. Inshaallah.

Rabu, 10 April 2013

Tarikh mengundi PRU13

Assalamualaikum

Akhirnya pada jam 12:37 tengahari tarikh PRU13 diumumkan pada hari Ahad, 5 Mei 2013 setelah Parlimen dibubarkan pada 5 April yang lalu. Manakala hari penamaan calon pada 20 April 2013. Lama juga menanti, terasa pula debarannya. Harapnya semasa PRU13 ini semuanya berjalan dengan lancar. Tiada perkara yang tidak baik berlaku. Fikirlah kita hanya menunaikan tanggungjawab untuk memilih. Bukan untuk mencari masalah sesama kita.

Seperti yang diberitahu di media:
  1. Datang awal (masa mengundi jam 8.00 pagi - 5.00 petang)
  2. Tidak memakai baju yang mempunyai logo parti
  3. Pakai pakaian yang sopan
  4. Lepas mengundi terus beredar dari tempat mengundi
Itu je lah yang saya ingat..

Untuk semak nama dan tempat mengundi sila ke http://daftarj.spr.gov.my

Selamat mengundi :)

p.s: tak dapatlah AI mengundi tahun ni.

Selasa, 9 April 2013

Elak iblis dan syaitan masuk rumah

Assalamualaikum

Entri ringkas je untuk kongsi pada mereka yang tidak tahu. Ingat tak orang tua dulu-dulu selalu pesan tutup pintu sebelum atau nak masuk maghrib. Ingatan tu berterusan untuk kita saling ingat mengingatkan.

Sebenarnya bukan setakat tutup sahaja. Apa yang saya dengar dalam rancangan Halaqah kena lafaz bismillahirrahmanirrahim بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ semasa kita tutup pintu. Barulah syaitan dan iblis tidak masuk ke dalam rumah.

Lagi satu bila ada bayi dalam rumah. Orang tua-tua selalu pesan, jika kita balik masa maghrib kena tunggu dahulu luar rumah seketika. Di takuti ada syaitan atau iblis yang mengekori kita balik. Kalau tidak mula lah bayi tadi meragam.

Selebihnya rajin-rajinlah buka bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Lebih elok pasang ayat-ayat Ruqyah. Yang beritahu ni pun tak lagi pasang hari-hari ;) CD dah rosak. Kena upload sendiri yang baru. Tapi masih tak buat-buat lagi.

Isnin, 8 April 2013

Aktiviti di Tasik Shah Alam

Assalamualaikum

Masa ni dating berdua je dengan Iman.. bawa diri ;)

Semalam (Ahad), pukul 3 petang saya keluar berdua dengan Iman. Mula pergi beli barang. Lepas tu tak tahu nak ke mana. Ikut tangan pusing stereng kereta :) akhirnya ambil keputusan pergi Tasik Shah Alam. Tapi saya letak kereta di depan Wet World. Konon nak bawa Iman tengok akuarium ikan, rupanya dah pindah ke Carrefour, Shah Alam.

Boring juga berdua, sms adik (Sham). Tanya kat mana.. lepas beritahu dia pun setuju join saya dan Iman. Sementara tunggu mereka sampai, saya pusing satu Wet World dulu (ada ruang jalan kaki.. untuk exercise kelilingnya). Seronok Iman tengok tasik. Sesekali angin kuat, siap geleng kepala untuk menikmati angin yang bertiup :)

Tengok orang main air. Ummi dia memang tak suka main air tempat public. Jadi Iman kena tunggu AI lah kalau nak main air. AI pun kurang juga, tapi sebab Iman ok je ;)

Lepas pusing 2 kali di Wet World (lagi satu round dengan adik saya pula). Bawa Iman main di taman permainan pula. Luar biasa sungguh tenaga dia. Tak penat-penat main.

Beriya sangat nak bergayut di sini.. pak uda dia tolong layan :)

Lepas puas main di taman. Main bola pula di padang dekat bangunan MBSA.

AI pesan bila dia takde bawa Iman main depan rumah. Tapi ummi dia bawa tempat jauh nak main ;) AI faham sangat Iman boring takde kawan di rumah. Lepas puas bermain, kami gerak balik dan singgah makan. Tidur rumah nenek Iman pula.

Masa di padang ni adik saya (Ain) dan mak pun join sekali lepas memenuhi undangan majlis aqiqah anak kawan dia. Jadi memang meriah lah.