بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 31 Mac 2013

Koleksi baju angry birds Iman

Assalamualaikum


Ini adalah koleksi baju Angry Birds yang Iman ada. Ummi takde kerja.. saja simpan sini buat kenangan. Baju tidur Angry Birds tu beli di bangunan SUK, Shah Alam.

Pergi sana sebab nak hantar borang Hadiah IPT adik. Masa tu hari Jumaat. Macam-macam gerai jualan ada. Ternampak pula baju Angry Birds. Terus sms AI beritahu. Rupanya AI pun semangat juga pergi beli masa saya di atas hantar borang ;) Mulanya tunggu dalam kereta je.

Bukan apa.. hari-hari nak pakai baju angry birds. Malam pun nak pakai. Tu yang beli bila nampak :) Lagi pun baju banyak dah tak muat ;) dah makin membesar. Janji takde gambar 'pig' dalam game angry birds tu ;)

Mainan dalam beg tangan

Assalamualaikum


Setiap kali keluar rumah, mesti ada je mainan nak di bawa. Kali ni senyap-senyap je dia masukkan dalam beg ummi dia. Selalunya Iman beritahu. "mi.. bawa mainan. Masuk ni" (beg pakaian Iman). Disebabkan beg Iman dah dimasukkan lebih awal dalam kereta. Inilah jadinya :)

AI ada, macam-macam mainan dibelinya..

Sabtu, 30 Mac 2013

Shopping online dengan dealmates.com.my

Assalamualaikum



Pertama kali shopping online dengan dealmates.com.my. Sebenarnya saya adalah orang yang takut untuk membeli secara online. Takut ditipu atau tertipu ;). Sebelum ni pernah beli baju online dengan Humaira. Alhamdulillah, cepat dan selamat tiba. Entah kenapa hari ni saya berani pula untuk membeli dengan dealmates. Harap-harap barang saya selamat sampai.

Ada juga buat research mengenai perkhidmatan dealmates.com.my ni. Kalau di Facebook, ramai yang komen kata barang tidak diterima. Bila search melalui google pula... ada yang mengatakan barang yang di order lebih selamat diambil sendiri di office mereka di Mid Valley. Mungkin perkhidmatan kurier mereka yang tidak menjalankan tugas sebaiknya. Biasalah bila barang-barang di hantar melalui pos / kurier, ada yang tidak jujur.

Saya beli beg di atas tu. Harganya murah sahaja RM33 (dari Korea). Untuk yang pertama kali register ada diskaun RM5. Jadi harganya cuma RM28. Tertarik nak beli sebab beg ni kalis air dan boleh dipakai dalam 3 cara (sling, sangkut di bahu dan belakang badan). Cuma barang ni akan sampai hujung bulan 4 dan penghantarannya dalam bulan 5. Agak lama. Tak kisahlah janji saya terima dengan selamat nanti. Inshaallah.

Ada satu lagi barang saya beli.. alat pemutih gigi ;) harganya RM40. Kalau tengok di tempat lain harganya RM60. Tolak point beg di atas jadi RM39.16. Yang ni delivery dalam bulan 4. Jadi jika barang ni selamat di terima bermakna ianya satu transaksi yang boleh dipercayai.

Beli di dealmates ni, memang mengambil masa, kerana barang hanya di hantar selepas barang tersebut sampai. Jadi kenalah tengok delivery item tu awal-awal. Saya yakin sedikit kerana kalau tipu sudah pasti dah lama perkhidmatan ni dimansuhkan. Apa pun jawapannya setelah saya terima barangnya nanti.

P.s: Setiap pembelian yang di buat, mereka akan Email transaksi ID dan No. Certificate barang tersebut.

Jumaat, 29 Mac 2013

Ayam Bakar Mas Mono Seksyen 7, Shah Alam

Assalamualaikum


Masih lagi menu jalan-jalan cari makan. Masa AI ada ni lah berpeluang nak makan-makan di luar ;) Sepatutnya AI adalah masak (untuk suami). Tapi terbalik pula.. Sebenarnya tertarik nak cuba Ayam Bakar Mas Mono ni masa tengok rancangan Fuzz Food. Tengok beriya sangatlah Noh Hujan tu kata sedap. Masa nak cari kedai ni terpaksa juga google sebab tak tahu nama jalannya. Pusing-pusing akhirnya jumpa juga.

Ada servis ke pintu. Areanya tak pasti pula.

Ini map, alamat dan nombor talian kedai ni. Lokasinya di kawasan yang ada bangunan Jakel.

Tak sempatlah nak ambil gambar. Sebab dah lapar sangat masa ni. Sampai je makanan terus makan hingga licin pinggan. Puashati lah mencubanya. Menu di kedai ni simple-simple je, termasuk minumannya. Saya cuba es teler yang berharga RM4. Ais yang di blend dicampur susu, buah mangga potong dadu dan buah avocado. Sedap. Tapi buah avocado tu sedikit pahit ;) tapi habis juga saya makan.

Sesiapa yang pergi seksyen 7, Shah Alam boleh cuba makan di sini. Harga 1 set nasi (ayam bakar, tempe, sayur timun dan kobis mentah, sambal beserta sup) cuma RM8.50. Semuanya murah di sini.

3 layer spinach lasagna secret recipe

Assalamualaikum


Pertama kali cuba menu 3 layer spinach lasagna ni di Secret Recipe. Sebenarnya tidak seperti apa yang digambar dan diharapkan oleh saya ;) saya ingatkan bayam tu di blend tapi satu-satu dimasukkan dalam menu ni. Rasa muak bila dah separuh makan. Cheese adalah penyelamat keadaan bagi menu ni. Begitu juga tomato puri yang tidak sebati dengan bahan yang lain. Lebih menambahkan rasa muak bila sampai dibahagian tomato tu.

Maaflah Secret Recipe mungkin saya ni lidah melayu ;) ini cuma komen dan pendapat peribadi saya sahaja dan tidak berniat untuk memburukkan menu ini. Untuk permulaan ok tapi bila dah banyak sangat bayam rasa muak pula. Lebih-lebih lagi tak banyak kulit lasagnanya.

Ini pula menu yang di order oleh AI. Kurang menepati selera juga.

Rasanya percubaan menu yang kurang menarik buat kami hari tu atau lebih tepat salah menu ;) Air epal hijau dan celery penyelamat sebab rasanya sedap dan tidak menghampakan. Macam chef pula nak komen-komen ya... ;)

Selasa, 26 Mac 2013

Sepi sebab line internet slow + AI dah balik

Assalamualaikum

Lama juga menyepi tanpa entri. Tiba-tiba cepat je rasanya masa berlalu. Lepas baik demam hari tu.. urat-urat semua 'lemah'. Susah juga nak recover balik apa yang hilang. Susah payah nak naikkan berat badan.. nak turun senang je. Kena makan banyak-banyak lagi lepas ni. Tekak pun baru nak ada selera.

Tengok tajuk dah tahu kenapa menyepi... hari Sabtu malam baru ni AI balik. Terkejut juga kata balik Isnin.. tau-tau dah ada KLIA hari Sabtu. Bukan nak surprise, tapi tiket ada extra katanya. Jadi balik je lah. Masa AI sampai Iman dah tidur. Bangun pagi sekali nampak AI baring di sebelah terus nangis "ayah". Sadis je bunyinya. Bermulalah episod 'berkepet' je. Tak nampak je AI, mesti menangis.

Line internet sedang slow.. bukan sebab coverage tapi sebab tak bayar lagi. Rasanya baru je bayar... Tu yang tak bayar. Sekali check ada yang dah due. Belum masuk bil terbaru. Lihat betapa cepatnya masa ;)

Maaflah tak sempat ziarah menziarahi. Kalau berkesempatan, muncul lah saya ;) ini pun sebab line tiba-tiba ok. Esok baru nak bayar bil guna broadband AI. Dah slow nak buat payment pun tak boleh.

Khamis, 21 Mac 2013

Khasiat Rooibos Tea untuk kesihatan

Assalamualaikum


Dah lama sebenarnya simpan gambar ni.. nak share dengan kalian tapi hari ni baru dapat nak buat. Itupun sebab takde idea nak story disebabkan fikiran dan tenaga masih lemah lepas pulih dari demam. Hilang selera makan. Berat pun dah turun 2kg. Sedih..


Boleh lihat pada label di kotak ni, isi kandungan dan kebaikannya. Untuk yang ada masalah kesihatan. Buat cair-cair sahaja dulu. Kalau tidak sakit kepala. Macam saya tiada masalah bila minum. 1 uncang 1 cawan saya bancuh. Kebaikan teh ni telah dikongsikan oleh makcik saya. Teruja, saya pun beli untuk mencuba. 1 kotak harganya RM40 lebih. Tak ingat harganya secara tepat. Saya beli di Cold Storage.

Ciri-ciri Kesihatan dan Data Analitik

Program-program penyelidikan saintifik lengkap yang dijalankan oleh banyak institusi yang diiktiraf menunjukkan bahawa Teh Rooibos Organik Health Builders mempunyai faedah-faedah kesihatan. Antaranya ialah :
  • Ia kaya dengan bahan "volatile", bebas daripada kafein dan mempunyai kandungan tanin yang rendah
  • Ia membantu bagi perkembangan tulang dan gigi yang kuat
  • Ia mengandungi elemen-elemen yang menjadikan kulit sihat
  • Ia mengandungi mangan, penting untuk sistem urat saraf yang sihat
  • Ia mengandungi besi, kalium, kaprum dan bahan galian untuk fungsi-fungsi metabolik
  • Ia tidak mengandungi asid oxalik dan oleh itu boleh dinikmati oleh mereka yang menghidapi karang buah pinggang
  • Ia baik untuk bayi yang bermasalah seperti kolik, kembung perut dan ruam lampin
  • Secara klinikal, ia kerap ditetapkan untuk ketegangan urat saraf, alah dan lain-lain masalah perut dan penghadaman
  • Ia mengandungi lebih daripada 37 anti-oksidan
  • Ia tidak mengandungi bahan aditif, pengawet dan pewarna dan ia adalah bersih dan suci. Secara umumnya, ia juga menyumbang secara purata kepada usaha untuk memanjangkan jangka hayat hidup manusia

Rabu, 20 Mac 2013

Sample percuma Anmum Materna

Assalamualaikum

Sample yang diminta dan diterima

Sekarang ni saya masih lagi menjalankan aktiviti meminta sample percuma :) dah lama juga minta sample anmum materna ni. Minggu lepas baru terima. Tak mengandung pun nak juga ke? Tak salahkan... mana tahu lepas minum mengandung pula ;)

Nak beritahu rasanya sedap dan tak manis sangat. Lepas minum rahim tu jadi subur. Orang perempuan akan tahu maksud saya. Baru minum sikit dah macam tu ke? Bolehlah cuba kalau tak percaya. Nak dapatkan sample percuma sila ke website Anmum sample request

Untuk yang ingin hamil bolehlah cuba minum ya.. ramai juga yang mengandung sebab minum susu ni kerana kandungan asid folik yang tinggi di dalamnya di samping zat-zat lain yang bagus untuk kesihatan.

Isnin, 18 Mac 2013

Duit hilang di ATM dah masuk kembali

Assalamualaikum

Sambungan dari entri sebelum ini. Hari ni tiba-tiba tergerak nak online akaun CIMB. Tengok duit dah bertambah. Bila saya check transaction yang dibuat rupanya keesokan harinya duit sudah pun di bank in. Lega rasanya. Tak perlu menunggu lama.

Jadi jangan risau siapa yang terkena macam saya. Call sahaja buat report. Pasti ada yang buat follow up. Yang penting beritahu masa kejadian dan nombor ID mesin ATM yang ada ditampal pada mesin. Mudah sikit orang bank nak buat kerja. 

Demam kena hujan

Assalamualaikum

Hari Jumaat baru ni kena hujan masa pergi pejabat pos dan beli kuih tepi jalan. Malam baru mandi. Awal pagi tiba-tiba rasa sejuk satu badan. Kepala dan badan sakit-sakit. Memang tak larat sangat. Nak bangun pun sakit badan. Kalau boleh gagahkan badan memang di gagahkan. Malangnya terbaring satu hari.

Mujur Iman faham ummi dia tak sihat. Nak uruskan dia terpaksa juga gagahkan diri. Iman peluk ummi dia rasa belakang badan "ummi.. panas ni" sayu pula dengar Iman cakap macam tu. Bila rasa sakit kepala. Saya panggil Iman suruh dia urut. Iman dah biasa tolong dari dia baby lagi :) masa tu kalau sakit kepala, saya suruh Iman tarik rambut. Budak kecilkan suka tarik rambut.

Sedap juga tangan Iman bila suruh urut. Lama jugalah dia tolong. Terharu rasanya. Bila tengok ummi dia tak sihat. Iman main sorang-sorang. Bila dah petang akhirnya Iman tertidur sendiri. Ada masa datang kat saya.. buat-buat sedih. Tapi dia faham bila saya kata "ummi tak sihat".

Pagi Ahad baru pergi klinik ambil injection. Minta tolong adik hantar (malam sabtu mak dengan adik temankan di rumah) Sebab tak tahan pinggang sakit sangat. Lepas cucuk rasa sihat, badan berpeluh-peluh. Tapi mata pula bangkak. Alahan agaknya dengan ubat tu. Susah juga bila banyak perkara di tarik nikmat.

Sekarang alhamdulillah. Lepas makan ubat badan mula berpeluh balik. Ingatkan dah sihat. Tiba-tiba sejuk pula badan bila kena angin.

Jumaat, 15 Mac 2013

Tengah keluar duit... ATM blackout

Assalamualaikum

Rasa nak cerita juga kisah semalam. Baru pertama kali berdepan dengan masalah macam ni. Tapi mood saya alhamdulillah ok je semalam ;)

Alkisahnya draw duit di mesin ATM CIMB di Econsave dekat dengan rumah. Iklan sekejap... Tiap kali nak draw mesti ada tangan lain nak tekan sama (Iman sayalah tu). Masa duit nak keluar tiba-tiba boleh blackout pula mesin tu. Malang sungguh. Masa tu saya tunggu juga dengan harapan mesin tu 'hidup' kembali dan duit saya tu keluar. Nampaknya tiada harapan, bila dah 'hidup' duit tak keluar pun.

Saya terus call nombor 1 300 880 900 yang ada di mesin ATM tu buat aduan. Kenalah tunggu seminggu untuk dapatkan balik duit yang 'hilang'. Tadi orang bank ada call, line pula tak clear. Katanya dia dah terima report dan akan siasat (macam polis pula) kes saya ni. Dia akan call lagi lepas dah siasat apa yang berlaku. Kalau betul bank akan masukkan balik duit tu dalam akaun. Harap cepatlah selesai.

Susah juga kalau jadi macam ni kan? Nasib ratus-ratus je.. kalaulah kena duit yang dikeluarkan itu je yang ada.. mau nangis kan? Memang tak boleh buat apalah.. nasib kurang baik. Takkan nak marah mesin ATM tu pula ;)

Tanda berhenti atau waqaf dalam Al-Quran

Assalamualaikum


Bila kita membaca al-Quran pasti kita akan berjumpa dengan tanda-tanda seperti di atas. Membaca al-Quran selain kena betul tajwidnya kena juga tahu di mana kita patut berhenti dan tidak boleh berhenti. Makna ayat akan jadi lain jika kita salah berhenti dan salah menyambungnya kembali.

Contoh ayat:

Tanda Waqaf Lazim : harus berhenti, seperti:


 : Tanda Waqaf Mamnuu‘: dilarang berhenti, seperti:


 : Tanda Waqaf Jaiz : boleh berhenti atau terus sama hukumnya, seperti:


 : Tanda Waqaf Jaiz : boleh berhenti, tapi lebih baik diteruskan, seperti:


 : Tanda Waqaf Jaiz: boleh berhenti, dan itu lebih baik. Seperti:


Tanda waqaf mu‘anaqah: hukumnya boleh memilih, jika berhenti pada yang pertama, pada yang ke dua harus terus atau sebaliknya, seperti:

Sama-sama betulkan bacaan kita.

Sumber contoh ayat : Qurancomplex.com

Khamis, 14 Mac 2013

Barisan ke Masjid lebih pendek. Kenapa?

Assalamualaikum


Dah lihat gambar? apa yang kita rasa dan fikirkan? betul atau tidak hakikat yang sebenarnya. Bila saya lihat gambar ni... cukup tersentuh dan terasa apa yang dilihat. Astaghfirullah.

Mari sama-sama ubah apa yang kita lihat. Buat peringatan dan renungan bersama..

Rabu, 13 Mac 2013

Cara nak tahu blog mana yang letak link blog kita

Assalamualaikum

Alexa Traffic RankReputation
Global 1,415,384
Global Rank 
Malaysia Flag 11,206
Rank in MY 
Sites Linking In






ini trafik blog saya

Entri buat mereka yang nak tahu blog / site mana yang letak link blog kita dalam blog mereka. Caranya mudah sahaja. Setelah kita masukkan widget Alexa Traffic dalam blog. Kalian cuma perlu klik di widget tersebut dan di situ kalian boleh tengok senarai blog / link yang meletakkan blog / link kalian. Klik sahaja di nombor link (81) seperti contoh di atas tu. Keluarlah senarainya. Mudahkan? Di situ juga kalian boleh tengok pencapaian blog mereka dan entri hot di blog mereka. Sampai macam tu sekali boleh tahukan?

Ambil yang positif sahaja ok. Yang tak tahu macamana nak letak widget Alexa Traffic tu sila ke entri saya sebelum ni Cara masukkan Alexa Traffic widget. Dalam entri tu ramai yang tanya apa fungsinya kan? jadi inilah jawapannya. Kalau kalian dah letak dan klik di widget tu, kalian sendiri boleh tahu apa fungsinya.

Kadang-kadang pelik juga bila tengok trafik blog yang berbeza-beza dia antara Nuffnang, Blogspot dan Alexa :)

Akhir sekali terima kasih buat mereka yang letak link blog saya dalam blog mereka.

Selasa, 12 Mac 2013

Doa Qunut Nazilah buat Lahad Datu

Assalamualaikum

Saya sentiasa memerhati apa yang berlaku di Lahad Datu, Sabah. Apa pun puncanya, perkara sudah terjadi. Yang tidak berdosa menjadi mangsa. Mungkin banyak yang boleh dipelajari dari apa yang berlaku di sana. Dari segi keamanan dan benteng pertahanan negara.

Apa yang boleh saya lakukan, hanya berdoa agar keadaan pulih seperti sediakala. Marilah sama-sama baca doa qunut nazilah buat Lahad Datu, Sabah.



Maksudnya: 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur.

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah.

Peringatan:

· Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.

· Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.

Isnin, 11 Mac 2013

Cenderahati cup cake

Assalamualaikum


Dah lama sebenarnya dapat cenderahati cup cake ni.. tapi baru semalam buka. Simpan dalam dashboard kereta tak ingat nak ambil ;) masa terima tu pun terkejut sebab ada bungkusan kat atas lantai kat pagar rumah. Kena campak sebab tak muat masuk dalam mailbox. Mujur tak hujan kalau tak habis basah.

Terima kasih Budak Kampung atas pemberian ni.. sekarang cup cake ni duk bertenggek atas TV ;) buat sementara waktu...  :)

Sebenarnya masih ada cenderahati dari blogger yang belum disimpan dalam blog ni. Masa tu saya dalam keadaan berdukacita ;) cenderahati yang mereka bagi ada tersimpan dalam box. Dah lupa juga siapa yang bagi. Insyaallah ada masa saya akan simpan buat kenangan untuk blog ni (dalam label hadiah & kisah blog).

Ahad, 10 Mac 2013

Minat angry bird dapat hadiah dari pak uda

Assalamualaikum

Seluar besar ;)

"ummi.. tidurlah" gambar lakonan dari Iman bila ummi dia nak ambil gambar.

Dah tengok gambar? Baju dan seluar angry birds di atas adalah hadiah dari pak uda (adik lelaki saya) buat Iman sebab dia tahu Iman minat sangat dengan angry birds. Sekarang dah ada 3 pasang baju angry birds. 2 pasang yang ummi dia beli murah je ;) nak pakai di rumah katakan. Yang pak uda beli ni mahal, sebab memang ada cop AB. Terima kasih ya pak uda, lain kali belilah lagi :)

Lepas dapat terus pakai bawa tidur. Besar sikit sebab untuk budak usia 4 tahun. Iman 3 tahun pun tak sampai lagi. Takpelah boleh pakai lama. Pak uda kata ini je yang tinggal. Ramai peminat AB rupanya.

Hari-hari tanya "mi.. baju A tri bird mana?" bila ummi dia tengok je muka Iman. Iman jawab sendiri "basuh" :) hari-hari kalau boleh nak pakai. Tapi ummi dia tak lah bagi. Alasannya.. basuh ;)

Iman memang minat sangat burung dari kecil. Saya hairan juga kenapa dia minat sangat AB. Saya agak sebab AB tu bulat ;) Iman minat sangat dengan benda  yang berbentuk bulat. Segala yang berbentuk bulat tak kira apa dia akan suka.

Tak kisahlah.. ummi dia kecil-kecil minat apa ya? erm.. zaman ummi dia rasanya tiada lagi pengaruh besar macam ni :) maklumlah dulu-dulu kartun yang popular ultraman dengan popeye. Mainan pula guli, tenteng, askar yang kecil-kecil tu, baling selipar, baling tin, lastik, tangkap ikan laga kat parit. Semua mainan ni memang mak marah lah kalau main. Ayatnya "awak tu perempuan.. main permainan orang lelaki, nak jadi lelaki ke?" aduh.. dah keliling semua budak lelaki, nak buat macamana. Kadang kena boikot juga dengan budak lelaki (termasuk adik beradik). "pergi sanalah.. kitorang tak nak main dengan orang perempuan" ha itu lah kisahnya. Itu belum masuk suka panjat pokok sebab dulu-dulu banyak pokok buah. Lari dari tajuk AB ^ ^ 

Sabtu, 9 Mac 2013

Bila ayah telefon Iman

Assalamualaikum

Reaksi Iman bila ayah kata "esok ayah telefon lagi ya... Assalamualaikum Iman"

Masih tak bagi ayah letak telefon. Ummi tengok Iman pun mengalir airmata.

Bila berjauhan jangan sangka anak kecil tak ingat atau rindu ayah/ibu mereka. Tengok saja Iman ni.. walau tak tanya atau sebut ayah dia. Bila ayah dia telefon, terus jadi sedih sebab teringat ayah yang jauh di mata. Dapat dengar suara pun jadilah. Sampai tak bagi ayah dia letak telefon. Sabar ya.. Insyaallah minggu terakhir bulan ni ayah balik.

Harap bila besar nanti pun akan tetap rindu ayah macam ni :)

Khamis, 7 Mac 2013

Kenapa anak buat kita rasa marah?

Assalamualaikum

Berdepan dengan anak yang membuatkan kita hampir hilang sabar kadang-kadang membuatkan kita berfikir, kenapa anak kita jadi macam tu.

Faktor persekitaran memang penting dalam peringkat awal pembesaran anak-anak, sebab masa tu mereka mudah meniru apa yang mereka lihat. Pendekatan psikologi amat penting antara ibubapa dan anak. Dulu saya cepat juga rasa nak marah. Bila Iman langsung tak boleh ditinggalkan sendirian. Nak buat apa pun susah. Sebab dia pasti menangis. Dari bayi lagi dia macam tu. Kadang-kadang ada masa dia ok. Dia memang sukakan perhatian dan tak boleh tak nampak saya. Dia tak bagi langsung peluang ummi dan ayah buat perkara lain tanpa melayan dia. Sedangkan kami selalu melayan, memeluk dan menciumnya.

Sabar kunci utama membesarkan anak. Dulu-dulu jaga adik 7 orang tak sama jaga anak yang seorang ni ;) ramai yang kata anak dulu dan sekarang banyak bezanya. Anak dulu lebih bersikap takut dan hormat bila di tegur dan lebih berdikari, anak sekarang sensitif, bila ditegur mudah merajuk dan memberontak walaupun kita tegur dengan baik. Mereka juga lebih suka mengharapkan bantuan ibubapa untuk melakukan sesuatu. Untuk hilangkan sikap negatif yang ada dalam diri mereka juga agak sukar. Walau diberitahu berkali-kali.

Jangan sebut perkataan nakal pada anak. Kata-kata itu satu doa. Mereka tidak tahu apa-apa. Mereka cuma meniru apa yang mereka lihat dan mungkin juga untuk mendapatkan perhatian dari ibubapa.

Kenapa anak jadi macam tu, di bawah saya kongsikan tips mengatasinya yang diperolehi dari Facebook buat mereka yang belum membacanya. Saya cuba nak ringkaskan, tapi sayang kerana setiap ayat cukup berguna untuk dipelajari dan difahami.

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.

Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.

Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.

Ada beberapa tips yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.

Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.

Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.

Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.

The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.

Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.

Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.

Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.

Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.

Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.

Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.

Info dikongsi dari : My Kewpies Outlet dan Excel Qhalif

Isnin, 4 Mac 2013

Karnival WOW Putrajaya 2013

Assalamualaikum

Bergambar dalam gelap ;) saya tiada di situ.

Hari Sabtu yang lepas kami pergi ke karnival WOW di Putrajaya. Tiada nak cari apa sekadar lihat apa yang ada. Pergi malam sebab siang panas. Lagi pun tak rancang nak pergi pada awalnya. Saja ajak adik ke sana.

Mula-mula sampai singgah di khemah Upin Ipin. Masa kami sampai tak ramai sangat orang. Lepas tu tiba-tiba ramai yang datang. Mungkin sebab meriah dengan aktiviti yang di buat bersama Ehsan dan Mail.

Aktiviti bergambar dengan Upin dan Ipin. Ramai yang ambil peluang bergambar.

Dapat bergambar dengan banner Upin Ipin pun jadilah. Mesti mama tam yang suruh buat jari macam tu..

Masuk dalam khemah yang ber aircond. Tumpang untuk sejukkan diri seketika. Berpeluh-peluh juga walaupun malam.

Beratur nak beli nasi ayam penyet. Cuma RM5 sebungkus. Yang best semuanya panas-panas lagi. Sambalnya pun sedap. Puashati makan bawah khemah ;)

Cuma beli mainan budak-budak je. Biasalah tempat macam ni penuh dengan mainan. Beli pistol bubbles angry bird dengan 'belon' angry bird untuk Iman. Suka sangat dengan angry birds.

Sabtu, 2 Mac 2013

Iman dan ilmu

Assalamualaikum

"Murid-murid sebut A dengan betul". Jangan terpedaya, ini dialog ummi Iman ;) Habis segala apa yang ada dalam laci dikeluarkannya.

Setiap ibubapa mesti rasa seronok bila tengok anak minat dengan buku. Kami beli buku sejak Iman masih baby lagi. Saya rasa apa yang kita tunjukkan dia semasa baby, itu lah yang akan diikut dan menjadi minat.

Macam biasa bila nampak ummi dia ambil gambar, sempat posing ;)

Buat masa sekarang, alhamdulillah Iman dah kenal huruf. Mungkin kerana selalu dengar lagu ABC. Iman juga sudah kenal warna. Cuma satu warna je dia tak tahu dalam bahasa melayu iaitu 'hitam'. Dia akan sebut 'blak' ;) Dari segi agama boleh ikut jika kita ajar mengaji. Tapi baru basic je. Ayat panjang tergeliat lidah nak sebut ;) sebenarnya kena rajin tunjuk ajar.. Ummi dia banyak sangkut-sangkut :( Iman pun jadi sangkut-sangkut. Kejap ingat kejap lupa.

Suka bila dengar Iman bahasakan diri Iman bila bercakap. "ini Iman punya" :)

Doa agar anak jadi orang berilmu