بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 27 Februari 2013

Cerita tak sedap di dengar dari Iman

Assalamualaikum


Dah masuk tiga kali Iman ulang cerita yang sama. Mulanya timbul cerita ni, bila dia bercakap dengan AI di telefon. Masa tu saya tak dengar apa dia cakap sebab sedang memandu. Nenek Iman yang tolong ceritakan kembali pada saya. Bila dengar tu saya pelik juga.

Esoknya bangun tidur dia cerita pada saya pula. "ummi.. ular besar... gigit (sambil tangan cubit peha belah kanan dia). Siap buat bunyi ular ssssshhhh.

Semalam cerita lagi "ummi.. ular gigit ni (tangan tunjuk peha kanan). Saya yang dengar cerita tu pada mulanya dari Iman rasa tak sedap hati juga. Takut ada perkara yang tidak baik. Minta Allah jauhkan. Saya beritahu Iman supaya jangan cerita lagi.

Saya tak pasti AI dengar ke tak apa Iman beritahu. Tapi biasa AI akan cakap. Takde apa-apalah.

Ya Allah, lindungilah Iman dari segala perkara yang tidak baik dan jauhkanlah dirinya dari gangguan jin dan iblis. Amin.

UMobile internet tanpa had RM48 sebulan

Assalamualaikum

CPUV yang singgah di blog. Tolong promote :)



Pakej yang ditawarkan oleh UMobile

Sebulan RM48 : 2GB DATA
100 minit panggilan percuma
30 sms percuma

Untuk ketahui lebih lanjut sila klik SINI

Isnin, 25 Februari 2013

Pintu kabinet dapur yang baru aluminium + fiber

Assalamualaikum

Hari yang cukup penat. Tak tahulah kenapa. Dari tengahari sampai maghrib baru habis urusan. Mulanya bawa mak ke pejabat pos. 3 tempat juga pergi.. memang ramai orang. Akhirnya terpaksa akur menunggu (dalam kereta bersama Iman dan che Nayli). Lepas tu pergi workshop kereta. Check bateri. Sebab pagi tu adik saya kata tak boleh start masa dia nak alihkan kereta. Mujur masa saya nak keluar boleh start. Bila check memang bateri dah lemah. Jadi, ganti yang baru.

Balik rumah menunggu orang buka kabinet lama dan gantikan yang baru. Lama juga. Yang belum tahu kenapa kena tukar, boleh baca DI SINI. Baru je nak mandi, datang pula orang untuk betulkan water heater yang tiba-tiba tak panas. Mujurlah under warranty lagi.

Ini rupa yang asal. Luar nampak elok, tapi dalam sebahagian dah kena makan anai-anai.

Ini rupa pintu table top yang baru (frame aluminium dan ditengah tu fiber) dengan keadaan yang masih bersepah ;) nak kena ada mood mengemas dulu. Nampak sangat tak sabar nak update ;)

Simple je kan. Sekarang atas dan bawah dah tak sama. Biarkan, janji hilang masalah yang dihadapi. Tak sanggup nak tengok anai-anai lagi. Yang ni Iman tak pandai nak buka. Lega. Kalau tak asyik buka je main senduk dengan sudu ;)

Tak tahulah mahal ke tak (kosnya RM800). Panjang table top ni 11 kaki. Tapi murah lah berbanding yang lama. Yang penting tahan lama dan kos baik pulih murah. Jika ada yang nak buat macam ni bolehlah ke kedai cermin. Saya buat sliding. Jimat ruang. Bila buat macam ni dah tentu dalamnya tiada sekatan dan para. Jadi kenalah cari alternatif sendiri untuk menyusun barang. Boleh buat laci tapi saya tak mahu. Ada juga jenis fiber yang bercorak.

Ahad, 24 Februari 2013

Ziarah baby baru

Assalamualaikum

Bila ada aktiviti bersama keluarga memang tak online ;) kalau ada saya menyinggah di blog dan buat entri baru bermakna saya memang tiada aktiviti.

Hari Jumaat baru Iman tidur pukul 2 pagi sebab petang dah tidur jadi 'bateri' dah recharge. Dah lama dia tak tidur lewat macam ni. Baru tidur, dalam pukul 3 pagi merengek pula sakit kaki. "ummi sakit.. minyak". Mesti lenguh kaki dia. Saya rasa sebab terjatuh masa teman saya isi minyak. Nak pegang tak bagi.. kan dah jatuh.

Berbalik pada tajuk entri. Semalam memenuhi jemputan kawan AI sempena kepulangan dia dari Kelantan, setelah isteri bersalin dan habis berpantang 60 hari. AI tiada pun saya pergi juga. Sebab kami dah lama kenal. Dia kawan AI dari zaman bujang lagi. Ajak mak dan adik sekali :)

Muhammad Adam Ausyar

Gambar ni Iman yang ambil ;)

Alhamdulillah rezeki mereka setelah 7 tahun menanti. Jadi siapa yang masih belum ada zuriat jangan putus asa. Saya lagi lama, kalau ada anak dah sekolah menengah :) apa pun syukur ada rezeki lain yang Allah beri sebagai penyeri.

Sabtu, 23 Februari 2013

Baby Bus application uji dan rangsang minda anak

Assalamualaikum




Nak cerita tentang application yang terdapat dalam iOS, tablet dan yang sewaktu dengannya ;) Saya tahu application ni dari adik ipar. Tengok anak dia che Nayli tu ralit sangat dengan application ni. Sampai Iman duk intai-intai apa che Nayli buat.

Saya pun cari dalam iPad ni. Mulanya tak jumpa.. sebab bila taip Baby Bus tu hanya satu je yang ada. Cari lagi.. akhirnya jumpa. Nak bagitau jumpa kat mana pun saya dah tak ingat. Cuba-cubalah cari ya. Lama-lama jumpa lah tu.

Yang menarik application ni boleh merangsang minda anak-anak dari usia 1 - 6 tahun. Dari ABC, 123, melukis ikut bentuk, mewarna, dan macam-macam lagi. Cukup menarik kerana ianya mudah difahami dan dipelajari oleh kanak-kanak. Gambar-gambarnya juga buat anak tertarik nak belajar.

Banyak lagi application lain (education) yang boleh merangsang minda dan proses pembelajaran mereka termasuk belajar alif ba ta dan mengaji. Mujur Iman tak hanyut dengan game angry birds je sampai tak nak belajar ;) kenal pun sebab nampak orang duk main. Ummi dia pun tumpang sekaki juga ;)

Jumaat, 22 Februari 2013

Cara masukkan Alexa Traffic Widgets

Assalamualaikum

Alexa Certified Traffic Ranking for sfgate.com

Baru sahaja tambah widget Alexa Traffic dalam blog ni. Sebelum ni (masa baru ada blog) cuba buat asyik tak menjadi je. Tengok tutorial dalam blog orang lain pun tak boleh nak buat. Hari ni tiba-tiba pandai pula ;) Mudah je rupanya.. untuk yang belum tahu ya...

Siapa yang nak masukkan widget seperti di atas tu, cuma perlu ke website ini http://www.alexa.com/siteowners/widgets dan masukkan sahaja URL blog kalian. Kemudian copy code HTML yang diberikan dan masukkan dalam blog.

Ubat demam cepat sembuh untuk anak

Assalamualaikum

Ubat demam Iman

Disebabkan sekarang saya tengok ramai kanak-kanak demam. Jadi saya nak share ubat demam yang cepat sembuh untuk anak. Biasa ubat demam ni ada yang warna merah dan oren kan? Macam Iman memang serasi dengan yang warna oren dengan label atau jenama di atas.

Kalau bagi memang suhu badan akan terus turun. Insyaallah demam tak berpanjangan. Ubat klinik tak sama, rasanya boleh tanya dulu di kaunter, ada tak ubat seperti di atas.

Saya bagi pada anak buah. Alhamdulillah terus pulih dari demam.

Sharing is caring :)

Ayat kekalkan kebahagiaan rumahtangga

Assalamualaikum

Tengok Semanis Kurma tadi (semalam). Tajuk "Dah baligh tapi belum mumayiz". Suka tengok rancangan ni,  banyak ilmu dan nasihat yang boleh dipelajari.

Maksud baligh: cukup umur dan dewasa (11-15 tahun), manakala mumayiz: sudah tahu membezakan mana yang baik dan yang buruk atau mana yang betul dan yang salah.

Saya cuma nak kongsikan ayat untuk kekalkan kebahagiaan dalam rumahtangga yang diberi oleh ustaz dan ustazah.

Surah Al-Kahfi : ayat 10 & 39


Maksudnya : (Ingatkanlah peristiwa) tatkala serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".

 "Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu.

Khamis, 21 Februari 2013

Suara13.Com CPUV politik?

Assalamualaikum


Tak sangka ada juga iklan politik yang disiarkan oleh Nuffnang. Mungkin sebab nak pilihanraya. Jadi masing-masing ambil kesempatan memancing undi ;) Website ni baru ditubuhkan rasanya. Siapa yang dapat CPUV sama macam saya?

Soalan lagi... Siapa yang baru pertama kali nak mengundi? Sama macam saya ;) sudah terlepas peluang beberapa kali. Insyaallah tahun ni berpeluang dan mesti cari peluang :)

Bukan setakat di blog. Dalam handphone saya tak putus-putus dapat sms pasal politik. Dari dua-dua belah pihak pula tu. Satu pun saya tak jawab. Biarlah jawapannya di kertas undi ;)

Sssshhh... jaga-jaga ada yang memerhati :)

Screen iPad pecah.. ujian lagi


Assalamualaikum

Baru perasan screen iPad saya dah pecah. Anak kesayangan dah jatuhkan. Ingatkan takde apa-apa tadi. Sebenarnya dah banyak kali iPad ni bertahan. Kalau ikut jatuh. Rasanya lebih 10 kali dah anak kesayangan tu jatuhkan. Sedih pula rasanya. Hadiah dari AI tak di jaga dengan elok.

Tak bagi, nampak kita pegang dah tentu dia nak. Kalau tak bagi.. biasalah mesti merengek. Lagipun saya bagi sebab dia banyak belajar menggunakan application (education). Dah kenal warna dan anggota badan dalam bahasa inggeris. Memang dah macam Iman punya pun. Saya berpeluang pegang masa dia tidur je.

Sedang mencari tempat yang boleh repair dengan harga yang berpatutan. Masa google ramai sebut-sebut di Pertama Kompleks. Dah jumpa alamat dan contact. Baru lepas hantar Email. Tanya boleh repair ke tak? Lupa pula tanya berapa kosnya. Kalau mahal memang tak berbaloi nak repair. Baru je plan nak beli tablet yang harga RM200 lebih untuk Iman. Sebab risau tengok dia duk pegang iPad ni. Nampaknya risau tu yang terjadi dulu.

Nak marah budak-budak. Bukan dia tahu apa pun. Benda ni kan berat. Terlepas... sebelum ni masa baru-baru beli, ada juga dia mengamuk dia baling ;) Tak bagi orang lain selain ummi dan ayah dia pegang. Masa tu takde apa-apa pula. Mungkin sebab guna casing original dan tutup penuh. Tapi bahagian bucu terbuka. Kemek bila dah jatuh. Tukar yang lain.. Tutup bucu sahaja pulak.

Dah Email AI bagitau. Mesti pening juga AI mendengarnya. Sabar je lah. Nak buat macamana. Boleh repair, hantar repair je. Yang penting masih bernyawa :)

Dah pecah ni, memang kena sorok, sebelum bertambah parah. Sementara ni guna casing lama balik. Tertutup bahagian yang pecah. Cuma keyboardnya dah naik ke atas sikit. Mungkin kesan pada bahagian yang retak. Susah sikit nak taip bila dah sampai bawah.

Rabu, 20 Februari 2013

Sembur anai-anai

Assalamualaikum

Lagi penyelesaian dari ujian kecil sebelum ini. Sejak duduk rumah ni, sudah 2 kali sembur. Masa tu masalah anai-anai ni tak teruk sangat. Tapi disebabkan dah lama tak panggil diorang datang sembur. Maka makin meriah lah anai-anai berpesta di rumah ni. Masa beli dulu takde pula anai-anai. Bila orang sebelah dah buat (sembur anai-anai), dia lari rumah kita pula. Orang sebelah pun ada sebab orang sebelahnya buat. Macam tu lah kaedahnya.

Lihat sahaja kesan penaklukan anai-anai di rumah saya ni...

Dalam bilik. Frame yang sebelum ni nampak elok sahaja. Tapi setelah diketuk oleh mereka nyata telah di makan dalamnya. Jadi mereka telah membuangnya. Kenalah ganti yang lain.

Kayu tu sengaja dipecahkan oleh mereka kerana telah kosong dalamnya. Bila kita sembur sendiri. Anai-anai ni makin meriah pula. Kata mereka anai-anai ni lari tempat lain.

Disebabkan ada anai-anai, maka saya ambil keputusan nak tukar keseluruhan pintu kepada aluminium dan fibre. Kalau tahu dari awal guna material ni lebih baik. Jimat duit juga, sebab lebih murah kosnya. Siapa-siapa nak buat kitchen cabinet yang mana kawasan rumah ada anai-anai baiklah guna material bukan kayu untuk langkah keselamatan. Cantik juga (tengok di rumah adik dengan pakcik masa pergi Johor baru ni).

Untuk mereka yang mencari perkhidmatan sembur anai-anai di rumah boleh telefon nombor ni : 016-6618873 (Kumar). Saya panggil dia sebab officenya dekat dengan rumah. Puashati juga dengan perkhidmatan mereka. Peramah juga orangnya.

Mula-mula dulu kena RM80 je.. sekarang RM150. Tengok pada jenis ubat. Ada ubat sekali untuk lipas dan cicak (murah sikit), tapi kurang berkesan untuk anai-anai. Lagi satu untuk anai-anai sahaja.  Yang ni mahal sikit sebab ubat dah naik harga katanya. Kalau yang ni memang anai-anai tu mati dan lambat nak datang lagi. Macamana pun kena sembur 2 bulan sekali sebagai langkah berjaga-jaga.

Saya tak buat yang tebuk lubang. Sebab ramai kata ada juga anai-anai bila buat. Dahlah kosnya mahal. Harap lepas ni takdelah nak membiak lagi.



Alpha service ke rumah

Assalamualaikum

Technician Alpha sedang gantikan fius yang dah rosak

Lagi penyelesaian dari ujian kecil sebelum ni. Setelah sebulan lebih, baru masalah ini dapat diselesaikan. Setelah puas cari contact number Alpha tak jumpa, di campur dengan balik Kelantan 19 hari. Lepas AI pulang kembali ke Abu Dhabi baru saya call kedai jual kipas minta nombor telefon Alpha. Nak beli baru lagi mahal dari repair. Baik repair je yang ada ni.

Sebenarnya call seminggu sebelum raya Cina. Tapi mereka sibuk. Hanya tarikh 19hb Februari ni je baru mereka boleh datang. Yang penting perkhidmatan mereka bagus. Masa saya call dia dah beritahu kos datang rumah RM50. Belum termasuk harga repair. Saya tanya awal-awal berapa, jangan sampai mahal dari harga kipas ;) dia pun beritahu. Setuju, terus set date.

Alhamdulillah hanya fius sahaja yang rosak. Mereka charge RM50 sahaja termasuk datang rumah. Kalau sensor yang rosak mahal sikit RM120.

Sesiapa yang ada masalah dengan kipas Alpha, bolehlah hubungi nombor ni : 03-57406666. Layanan penuh mesra di talian. Technician yang datang pun baik dan sopan santun :)

Selasa, 19 Februari 2013

Cenderahati buat rakan blogger

Assalamualaikum



Akhirnya setelah lama berniat. Hari ini baru dapat laksanakan niat tersebut. Selagi tak bayar niat, selagi tu rasa serba salah ;) Lega rasanya bila sudah tertunai. Diharapkan ianya selamat sampai kepada semua penerima anugerah yang saya sebutkan dalam entri INI dan INI.

Dalam entri tu saya tidak sebut Blog Ayu. Ayu juga sebelum ni merupakan blogger yang rajin meninggalkan komen di blog ni dan memberikan trafik yang tinggi juga semasa dia buat segmen : Saya blogger dari....

Harap sudi terima cenderahati ikhlas dari saya tu. Buat Cik Nur lain sikit dari yang lain. Sebab blog Cik Nur sentiasa ada sebagai penyumbang trafik di blog ni.

Terima kasih semua atas sokongan :)

Warna warni KLCC penutup CNY

Assalamualaikum


Lepas makan di Kak Mah Tomyam, Muhammad anak adik nampak pula bangunan KLCC masa menuju ke kereta dengan mulut muncung uuu.. uuu.. Tengok jam masih awal lagi, demi memenuhi impian Muhammad, kami ke KLCC pula. Dah lama sangat tak datang sini lepas berhenti kerja. Kalau tak hari-hari tengok :) banyak kenangan di sini. Banyak dah berubah. Pening tengok bangunan yang semakin bertambah di sekitar KLCC ni.

Anak-anak kecil yang teruja

Makin meriah air pancut ni dengan lampu yang berwarna-warni

Apa yang che Nayli cakap dengan Iman agaknya. Berdua je, kejap duduk, kejap berdiri.

Bukan anak kecil je. Orang dewasa pun teruja sama. Siap ada orang Libya nyanyi lagu lagi sambil pegang bendera kat sini. Mesti nak download dalam YouTube ;) tahu orang Libya sebab diorang nyanyi Libya.. Libya. Itu je pun yang saya faham ;)

Tukang ambil gambar memang tiada dalam gambar :)

Sekejap je singgah. Sini je tempat yang di tuju. Melayan anak kecil yang riang ria. Kemudian balik. Jelas tergambar muka puashati Muhammad. Diam je bila nak balik. Che Nayli pula yang tak nak balik lagi. Sampai rumah tak boleh nak tidur. Meriah bunyi mercun dan bunga api. Iman cakap "takut". Dekat sangat bunyinya. Habis je terus tertidur Iman.

Kak Mah Tomyam cari bubur nasi

Assalamualaikum

Selepas makan durian crepe di Titiwangsa. Kami bergerak ke Kak Mah Tomyam pula yang terletak di Jalan Sultan Ismail cari bubur nasi. Bila kurang sihat selera nak makan bubur :) sekarang nak makan bubur mesti datang sini. Walaupun jauh sanggup pergi ;)

Tunjuk sikit menunya. Che Nayli sibuk nak tengok tab. Berlawan dengan Iman.

Belah kanan tu tauhu. Sedap pula dia masak. Kiri tu cendawan.

Sotong kering + ikan masin. Yang hijau tu asparagus. Tu yang bersungguh sangat nak makan sini lagi, sebab nak makan asparagus ;) menu lain yang tiada dalam gambar taugeh.

Selera masing-masing makan. Termasuk anak kecil. Order laicikang nak sejukkan badan lepas makan durian crepe. Sendawa masih lagi bau durian ;) Walau simple je menu, harganya boleh tahan ;)

Isnin, 18 Februari 2013

Durian Crepe di Titiwangsa akhirnya

Assalamualaikum

Semalam lepas semua dah kena virus selsema. Rasa nak ambil angin luar, kalau-kalau boleh sihat ;) Iman demam dah sembuh cuma selsema tak hilang lagi. Tapi taklah teruk. Ummi dia pun dah berjangkit. Mak dan adik-adik saya pun kurang sihat. Saya ajak diorang pergi rendam kaki di Kolam Air Panas, Setapak. Lepas rendam kaki pergi tasik Titiwangsa pula.

Ramai sungguh orang. Nak parking pun susah. Akhirnya lepas pusing-pusing dapat juga parking. Masa pusing-pusing nampak orang jual durian crepe dalam boot kereta. Wah! ada peluang ni nak rasa. Macam tau-tau je teringin. Asyik orang sebut-sebut je. Tengok dalam tv lagi.. harus cuba juga ni. Kuat betul pengaruhnya ya ;)

Jadi siapa-siapa yang teringin tu.. pergilah tasik Titiwangsa :) satu bekas tu ada 5 ketul (betul ke panggil ketul?) harganya RM10. Saya makan sekali 3. Sedap. Dua lagi untuk mak dan adik. Mak dengan adik pun pertama kali cuba. Tapi diorang macam pelik je dengan rasanya ;) lepas makan sendawa durian tak hilang-hilang ;)

Inilah rupa Durian Crepe yang di beli. Masih sejuk sebab diorang letak dalam box yang ada ais.


Selit gambar Iman yang tidur kepenatan lepas rendam kaki :) Tak sedar pun masa bawa turun dan bawa masuk balik dalam kereta ;)

Kami singgah sekejap je. Sebab hujan rintik-rintik. Nanti demam pula anak-anak kecil yang ada. Oh ya kami parking di kawasan tempat yang ada orang main kereta remote control di Titiwangsa tu. Nanti puas pusing tak jumpa pula ;)

Doa hilang stress dan tekanan

Assalamualaikum


Sebagai manusia kita tak lari berdepan dengan situasi yang memberikan sedikit tekanan dalam hidup. Banyak faktor yang menyebabkan terjadinya stress dan tekanan. Adakala perkara kecil pun nak stress juga ;)

Boleh cuba baca doa di atas untuk mengatasi masalah tersebut. Pendek dan mudah nak hafal. Insyaallah takde dah nak stress lagi :)

Sabtu, 16 Februari 2013

Birthday party tergempar

Assalamualaikum

Ramai yang sambut birthday bulan Februari dalam keluarga. Ni untuk anak-anak belum termasuk makcik-makciknya lagi...

Baru sempat online. Hari Khamis baru ni Iman demam selsema. Bagi ubat sejuk sekejap kemudian panas balik. Malam tu ummi dia tak lena tidur. Takut suhu naik mendadak. Kain basah sentiasa ada atas dahi Iman. Semalam petang baru bawa pergi klinik. Masa bawa pergi klinik badan dah mula sejuk dan baru nak keluar peluh sikit, cuma selsema tak hilang lagi.

Dalam kereta Iman dah minta ubat, tak sabar sampai rumah nenek. Saja bawa Iman keluar. Kadang bila tak sihat, tukar angin cepat sikit pulih. Alhamdulillah sampai rumah nenek badan dah tak panas. Tak perlu makan ubat demam. Rasa macam ada gigi baru nak tumbuh. Asyik nak menggigit benda je.

Kebetulan semalam birthday Nayli, saya tak tahu pun. Tiba-tiba adik saya Ain nak buat birthday party. Jadi masing-masing plan nak buat apa. Saya ambil bahagian goreng pasta. Ain beli KFC, Mommy Nayli beli kek Secret Recipes. Selebihnya goreng sosej, kentang goreng dan nugget.

Meriah.. sebab ramai anak-anak kecil.

Berkerumun sebab nampak lilin. Macam biasa kami nyanyi lagu "Allah selamatkan kamu"

Along saya siap tutup lampu. Sebenarnya tak elok tiup lilin. Tapi bergantung pada niat.

Selesai je anak-anak kecil main api ;) semuanya sibuk main. Makanan semuanya tak laku. Sekali sekala berjumpa, lebih seronok main ;)

Semuanya berlebihan. Yang laris hotdog dan nugget je. Ayam KFC pun tak laku sebab semua bahagian daging. Kek pun anak-anak tak tertarik nak makan. Mungkin sebab warnanya. Bila nak cepat macam tu lah. KFC kalau nak bahagian lain kena tunggu 20 minit (memang tak boleh nak tunggu), kek pula itu sahaja yang tinggal (memang tiada pilihan). Sebenarnya sedap keknya. Coklat putih.

Khamis, 14 Februari 2013

Danga Bay destinasi jalan-jalan terakhir

Assalamualaikum

Kesan rintikan hujan jelas di cermin kereta

Lepas makan kacang pool, kami pergi Danga Bay pula. Masa tu hujan rintik-rintik. Tapi disebabkan nak tengok apa yang ada di Danga Bay, kami pergi juga. Sekadar kenal tempat dan bergambar kenangan.



Sempat kami naik keretapi ni.. dan hujan semakin laju turun. Habis je pusing. Semakin lebat hujan.

Adik saya (lelaki) yang kami bermalam di rumahnya serta bawa kami jalan-jalan.

Puashati, setelah sekian lama tak pergi Johor. Sekali pergi banyak juga tempat kami singgah. Tempat yang selalu orang sebut-sebut tu yang teringin nak tengok. Dapat tengok tak masuk pun puashati ;) Tarima kasih pada adik yang jadi tourist guide di sana.

Lepas keluar dari sini kami singgah rumah sepupu saya (anak mak long) di Yong Peng. Adik saya yang duduk Johor ni ikut sekali. Dalam perjalanan tayar kereta dia pancit. Saya yang ikut belakang dia dengar jelas bunyi angin yang keluar. Kereta unser tak jejas apa-apa, kalaulah kereta saya... Nauzubillah. Dah lah laju masa tu. Orang Plus tiba-tiba muncul tak bagi kami parking tepi. Bahaya katanya. Tunggu kereta Plus datang. Diorang yang tukarkan tayar. Kami terus gerak tunggu di tol Yong Peng.

Baru pertama kali sampai rumah sepupu saya ni. Kagum dengan kejayaan dia dan suami. Mereka dua-dua arkitek. Lepas makan malam kami gerak ke Klang rumah mak. Sampai pukul 12 lebih (malam). Iman dah tidur dari dalam perjalanan lagi. Masing-masing keletihan. Tidur rumah mak dulu. Esoknya baru balik.

Rabu, 13 Februari 2013

Makan Kacang Pool Haji, Johor Bharu

Assalamualaikum

Sebelum balik adik ipar bawa kami makan Kacang Pool pula yang terletak di Medan Selera Larkin. Beriya nak suruh kami rasa. Semuanya pertama kali mencuba. Masing-masing terpinga-pinga apa dia kacang pool. Macamana makannya. Akhirnya semuanya terjawab bila sampai depan mata ;)

Inilah dia kacang pool yang dimaksudkan. Makan dengan roti. Sedap juga rasanya. Cuma saya diet telur sekarang ni :). Yang lain habis. Roti tak cukup satu. Sedaplah rotinya.

Adik saya Ayut dan Ain yang baru nak mencuba. Sebenarnya adik yang suruh ambil gambar dia ;) bagus juga.. Nampak juga signboard Kacang Pool Haji kat belakang tu.

Kedai ni pernah masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Katanya lepas masuk rancangan tu ramai yang datang berkunjung di sini. Memang penuh pun tempatnya. Macamana rasanya.. tak tahu nak cerita. Kena cuba sendiri. Yang penting tidak menyesal jika mencuba ;)

Lagi gaya Iman dan Nayli di Hello Kitty

Assalamualaikum

Iman berkenan sangat dengan set ni.. agak mahal harganya. Jika Iman dah tahu menulis, boleh juga beli. Maaf Iman ya.. ada rezeki lain kali kita beli

Suka gambar candid ni.. Lebih menarik jika takde orang di belakang tu ;)

Sibuk dengan sticker masing-masing

Pergi Little Red Cube cari Hello Kitty pula

Assalamualaikum

Lepas pergi JPO, Legoland, kini kami mencari Hello Kitty pula yang terletak di bangunan yang diberi nama Little Red Cube, tempat ni tak jauh dari Mall of Medini yang ada Legoland tu. Macam biasa jenguk-jenguk sahaja. Yang penting meriah dengan bergambar :)

Bergambar dulu di sini... tempat ni di panggil Puteri Harbour. 

Seronok duduk di kawasan ni.. angin kuat

Iman dan Nayli mana-mana pun berdua bila nak bergambar.

Bergambar depan kedai yang menjual barang-barang cenderahati.

Sorang pegang mata. Sorang lagi pegang hidung Hello Kitty ;)

Macam-macam gaya

Ummi Iman pun nak juga bergambar dengan Hello Kitty ;)

Bergambar di bahagian Thomas & Friends pula. Ummi offer barang Iman tak nak. Nak juga beli keretapi Thomas. Rasa sayang pula duit nak beli ;) Jadi beli sticker je. Itu yang Iman nak akhirnya. Selamat duit ;)

Selasa, 12 Februari 2013

Jenguk Legoland malam-malam

Assalamualaikum

Lagi satu tempat yang menjadi tumpuan bila ke Johor, Legoland. Kami pergi malam, hampir pukul 10. Outlet-Outlet yang ada pun sudah tutup. Sebelum nak ke pintu masuk Legoland ni ada deretan kedai kiri dan kanan. Ada juga stall kecil di tengah-tengah. Jauh juga jalan dari parking nak ke Legoland ni.

Inilah dia pintu masuk Legoland

Ambil gambar buat kenangan. Iman masa ni dah berlari sana sini. Seronok tengok tempat luas.

Nampak tak Iman antara huruf L dan O tu.. 

Lokasi Legoland ni terletak di bangunan yang di beri nama Mall of Medini. Satu kawasan yang sedang di bangunkan oleh kerajaan Johor yang diberi nama Medini Iskandar Malaysia, Nusajaya, Johor. Pembukaannya dalam bulan September, 2012.

Di sebelah Mall ni terdapat sebuah hotel yang sedang di bina. Kata adik ipar saya, tak lama lagi Theme Park juga akan di bina. Dah lama tak pergi Johor. Bila datang sini.. rasa kagum juga dengan pembangunan yang sedang dijalankan. Lebuhraya juga besar dan mudah untuk ke satu-satu tempat. Yang menarik tiada tol ;)

Lepas pergi sini. Kami pergi makan Yong Taufu yang terletak di Dataran Bandaraya, Johor Bharu. Semua berniaga menggunakan van. Menunya pula kebanyakannya Yong Taufu. Sedap juga. Nak pergi Danga Bay. Tapi hujan dan dah lewat. Jadi rancangan tu di tunda esok.