بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 30 Januari 2013

Anugerah blogger penyumbang trafik blog Ummi Iman

Assalamualaikum

Seperti yang saya janjikan dalam entri sebelum ni. Saya nak umumkan pula blog yang selalu tersenarai dalam list sebagai referral atau penyumbang trafik ke blog saya. Dia juga kerap berkunjung di blog ni. Rasanya tak pernah tertinggal walau satu entri pun.

Siapa dia...


Terima kasih akak ucapkan. Semoga kita juga dapat bertemu satu hari nanti.

Semalam sibuk ubah blog. Jadi tak sempat nak blogwalking. Siang pula duduk di rumah mak. Jadi memang tak online ;) Nak minta tolong sikit ok ke view background blog ni. Saya tengok di laptop ok, tapi di iPad background tu duduk di tengah-tengah.

P.s: Cik Nur akak tak sempat lagi kirim barang yang akak janjikan baru ni. Insyaallah, bila berpeluang akak pos ok.

Selasa, 29 Januari 2013

Anugerah Blogger Setia di blog Ummi Iman

Assalamualaikum

Pagi ni saya update blog list untuk ringankan blog. Maaf pada blog yang telah di 'hilangkan' dalam senarai. Saya utamakan pada yang kerap singgah di blog ini dan letakkan link blog saya dalam blog mereka. Agak sukar sebenarnya bila berada di situasi macam ni.

Dalam melihat senarai blog. Saya tertarik pada dua rakan blog yang usia blog mereka lebih kurang sama usia blog saya (blog saya tua beberapa bulan sahaja dari blog mereka). Walaupun bilangan Follower's mereka meningkat jauh berbanding saya, mereka masih tidak 'mengetepikan' saya. Alhamdulillah mereka juga masih peramah seperti selalu. Betapa saya tahu 'keikhlasan' mereka.

Walaupun mereka tidak selalu singgah, dan saya juga begitu ;) tetapi tali ikatan itu tetap bercantum, bila kami saling bertegur sapa. Saya faham mereka ramai pengikut setia :) Saya harap ianya kekal begitu. Suatu hari nanti Insyaallah akan bertemu mereka.

Siapa dia blogger yang saya maksudkan...



Terima kasih kerana masih setia bersahabat di alam maya.


P.s: lepas ni saya nak umumkan blog penyumbang trafik terbanyak di blog saya.

Update: nak timbang berat blog juga? Klik sini

Ahad, 27 Januari 2013

Airmata Iman buat ayah

Assalamualaikum

Baru balik dari hantar AI ke KLIA. Cuti seminggu rasa sungguh cepat berlalu. Kalau tanpa AI pula lama sungguh nak habiskan seminggu ;) itu lah bezanya ada dan tiada. Iman memang tak nak berenggang langsung dengan ayah. Pergi surau pun nak ikut. Sebelum ni tak bawa sebab Iman aktif, takut dikacaunya orang solat. Disebabkan AI tak sampai hati tengok airmata Iman, di bawanya juga. Tak tahulah macamana. Tapi AI kata dia berjalan sampai ke tempat imam ;)

Airmata Iman. Bila ayah ada selalu lah dengar suara dia merengek.. "ayah... ayah" bila tak nampak AI

Bersambung cerita... sebelum hantar AI ke airport, saya dah beritahu Iman yang ayahnya nak pergi bekerja kembali. Saya tanya "Iman nangis tak nanti" Iman jawab "nangis". Kali ni saya cuma hantar di luar sahaja. Tak masuk dalam airport. Tak sanggup lihat Iman. Mulanya AI nak terus masuk. Disebabkan Iman menangis AI bawa Iman sewaktu daftar di kaunter. Letak Iman di bahu sambil tolak troli. Saya dan mak tunggu di kereta. Nanti kena saman pula ;) mak saya pun menangis tengok Iman. Saya dah kuat hadapinya buat kali kedua. Kalau tak sebak tengok Iman yang terjerit-jerit panggil ayah.

Ambil dari dalam kereta. AI tolak Iman bawa pusing-pusing dalam airport. Nak pula dia duduk situ. Sebab tu AI tak bagi dia pakai selipar. Kalau tak mesti nak jalan sendiri.

Puas dah duduk atas troli..

Sempat lagi senyum nampak ummi dia ambil gambar :)

AI suruh Iman cium buat kali terakhir sebelum berpisah

AI pula cium Iman. Pasti akan sama-sama merindui satu sama lain. Ummi pun sama..

Semoga AI selamat tiba dan sihat di sana dan semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati AI. Tak puas rasanya jumpa baru ni.


Sabtu, 26 Januari 2013

Kasturi Syifa' mencegah gangguan jin dan sihir

Assalamualaikum

Minyak kasturi syifa'
Harga RM 35

Pelbagai cara yang boleh kita usahakan untuk mencegah dan merawat gangguan serta pendinding diri bagi mengelakkan gangguan jin dan juga sihir. Sebelum ni saya ada kongsikan cara saya merawat gangguan dengan minum Air Zafaran. Ada juga saya minum air Anugerah yang saya rasa bagus juga kesannya. Yang penting ikhtiar untuk kebaikan diri.

Alhamdulillah saya rasa bertambah sihat. Diri sendiri kena ada kekuatan dalaman yang kuat untuk melawan. Jangan ikutkan sangat hasutan jin/iblis yang menganggu kita supaya kita fikir yang bukan-bukan. Terutamanya rasa seperti nak mati. Itu semua mainan mereka. Kadang sakit sikit tapi kita fikir sakit kita dah kronik. Macam-macam kita fikir hingga kita lupa yang sebenarnya Allah itu berkuasa dan apa pun yang terjadi kita kena bertawakal dan berserah kepadanya.

Sambung balik mengenai minyak kasturi syifa' ni. Malam semalam baru beli. Susah juga nak cari pengedarnya. Untuk yang tinggal di Klang, boleh beli di Booth kedai tudung yang terletak di luar Tesco Bukit Tinggi mengadap parking. Ada di letakkan atas meja. Saya beli 2 botol. Satu untuk saya dan satu untuk AI. Saya punya kotak merah (baunya lebih harum), AI kotak hitam (bau asli haruman kasturi).

Alhamdulillah ianya memang berkesan. Serta merta boleh lihat perubahannya. Saya guna pada Iman juga. Iman sangat aktif dan kuat merengek bila duduk di rumah. Baru-baru ni dia tidur malam gigi berlaga. Bukanlah nak fikir bukan-bukan, sekadar ikhtiar dan elak dari yang tidak baik. Lepas saya sapu di kening dan nadi tangan dia, saya lihat dia dah tak merengek dan kurang sikit aktifnya.

Kalau ada kalangan keluarga kita yang berubah, tiba-tiba murung atau suka menangis tanpa sebab. Ikhtiar lah sesuatu sebelum terlambat. Apa pun kita ikhtiar sahaja dan jangan terlalu 'layan' mainan jin ni. Yang penting jaga solat, mengaji, dengar ayat-ayat al-Quran dan amalkan 3kul dan ayat kursi. Pastikan bacaan ayat kursi kita betul (9 kali berhenti). Kalau tak jin/iblis tak takut.

Saya tertarik hendak membeli setelah saya buat research dan tanya mereka yang dah guna. Semuanya kata berkesan. Sesuai juga untuk bayi yang kerap menangis tanpa sebab. Saya sekadar berkongsi pengalaman dan pengetahuan untuk mereka yang memerlukan. Harap membantu.


Jumaat, 25 Januari 2013

Rawat bibir kering dan pucat dengan lipstik collagen D'Herbs

Assalamualaikum

Harga RM 25. Saya beli RM 23 (dapat diskaun)

Dah lama sebenarnya teringin nak beli lipstik ni. Tapi baru-baru ni sahaja betul-betul beli. Bibir saya memang jenis kering sejak azali lagi. Walaupun tanpa guna lipstik. Pakailah pelembap bibir dan lipstik apa pun akan tetap kering. Orang kata kurang minum air. Tapi saya ni kuat juga minum air kosong.

Untuk kali pertama guna, bibir masih kering di bahagian bawah. Kali kedua dan ketiga masalah makin berkurangan. Bibir dah mula rasa lembab. Yang menariknya, bibir akan nampak merah dalam tempoh yang lama.

Lipstik ni ikut darah. Kalau sihat, merah menyalalah bibir. Iman pun terpegun tengok ;) maklumlah ummi dia tak gemar sangat lipstik merah-merah ni. Dah ikut darah nak buat macamana kan? Tapi bila dah makan dan minum warnanya jadi pudar sedikit. Tapi bibir sentiasa nampak pink.

p.s: ada lagi produk D'Herbs yang saya nak beli ;) entah kenapa jatuh cinta dengan produk keluaran ni. Harga berpatutan dan yang penting berkesan. Bellavita? Tangguh dulu.. tengok pada rezeki ;)

D'Herbs Lunas Herbal Soap untuk muka jerawat dan resdung

Assalamualaikum

Masa di Kelantan baru ni saya beli sabun muka Lunas keluaran D'Herbs ni. Muka memang tiada jerawat. Tapi saya memang ada alahan / resdung. Saja cuba-cuba guna. Kot-kot jadi gebu pula nanti ;). Salah satu sebab kulit muka kita nampak gelap dan kurang berseri kerana ada hama / ulat resdung di muka.


Harga RM24.90. Tapi saya dapat harga murah. Kalau tak silap RM18. Mak mertua ada kad diskaun kedai yang saya beli ni.

Dalam kotak ni terdapat sabun yang berbentuk bulat dan berwarna hitam. Maaflah tak sempat nak ambil gambar. Dah kerat pada 4 bahagian. Kalau beli sabun muka jenis buku ni memang saya suka kerat. Jimat sikit. Sebab jenis sabun ni kan kalau kena air mudah lembik.


Dalam kotak ni juga ada masker. Serbuknya warna kuning. Bau macam kulit rambai. Tegang lah muka kalau guna.

Sesiapa yang ada masalah jerawat dan resdung bolehlah cuba. Setakat ni hasilnya memuaskan. Sebelum ni guna Safi Rania. Ok, tapi dah lama rasa tak serasi mungkin sebab alahan. Rasa gatal muka. Susah juga jika ada alahan. Sebab tu saya natural je ;) kadang tu keluar bedak pun tak pakai ;)

Maaf ya gambar saya belum boleh tunjuk lagi ;) sebenarnya tak sempat lagi nak bergambar. Kurang gemar sebenarnya. Lagi pun ada satu tanda hitam kat pipi sebab syok sangat tekan blackhead ;)

Rindu kulit muka yang licin dan gebu... (dulu-dulu rajin. Lagi pun buka salun kenalah jaga muka ;))

Lepas ni nak cerita tentang lipstik D'Herbs pula.. baru beli 3 hari yang lepas.

Khamis, 24 Januari 2013

Tema Maulidur Rasul 2013 - 2009

Assalamualaikum



Salam Maulidur Rasul dari blog Ummi Iman. Semoga ukhwah yang terjalin diberkati Dan dirahmati Allah.

Di bawah ni tema Maulidur Rasul untuk tahun 2013 -2009 (1434 - 1430 hijrah). Saja suka-suka nak tahu tema Maulidur Rasul. Rasanya lebih kurang sama je matlamatnya.

"Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah"
1434 Hijrah
24 Januari 2013
Hari Khamis


“Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”
1433 Hijrah
5 Februari 2012
Hari Ahad


"1 Malaysia 1 Ummah"
1432 Hijrah
15 Februari 2011
Hari Selasa


 “Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah”
1431 Hijrah
26 Februari 2010
Hari Jumaat


"Wahdah Pemangkin Khaira Ummah"
1430 Hijrah
9 Mac 2009
Hari Isnin

Sentiasa jadikan Rasulullah rujukan, terutama akhlaknya yang mulia.

Selasa, 22 Januari 2013

Doa untuk anak

Assalamualaikum

Doa dari kedua ibubapa sangat penting untuk anak-anak. Siapa yang nak doakan yang tidak baikkan untuk mereka. Sebagai ibubapa pasti kita mahukan yang terbaik. Jadi doalah yang baik-baik untuk anak-anak. Semoga bila besar nanti mereka juga sentiasa doakan yang terbaik buat kita.


Doa perlindungan untuk anak

Aku berlindung kepada Allah untukmu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat



Doa Agar Anak Cepat Cerdik : SURAH AL-ANBIYA' AYAT 79.



Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak): dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.




Doa Agar Anak Taat Pada Allah : AL-BAQARAH AYAT 128.


"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani




Doa Untuk Mendapat Anak Yang Soleh : ALI IMRAN AYAT 38.


Ketika itu Nabi Zakariya berdoa kepada Tuhannya, katanya: "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.



Doa Lembut Hati : SURAH AN-NAMLI AYAT 30-31.


Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi)nya : ‘Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu sekelian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri”



Ilmu yang baik itu elok dikongsikan bersama :) semoga bermanfaat buat semua. Semoga anak-anak kita menjadi insan yang soleh dan solehah. Amin.

Sumber dari Facebook.

CPUV dah tak merajuk ;)

Assalamualaikum

U Mobile Prepaid Promotio...Catatan Ummi Iman03 Jan 2013On Going0.24%+3.0612.26


Terima kasih atas komen yang diberikan sebelum ni. Betullah tu Nuffnang ada masalah teknikal agaknya. Pagi ni bila tengok balik ianya dah normal kembali ;)

The moral of this story (tiba-tiba pula keluar ayat mat sallehkan) Jangan cepat melatah. Kelakarkan.

Jangan merajuk membawa hati yang patah
Banyak lagi yang menanti di situ
Lain kali jangan cepat melatah
Ada sebabnya jadi macam tu

Disebabkan entri ni pendek sangat. Perah otak buat pantun untuk hiburkan diri sendiri ;)

Isnin, 21 Januari 2013

CPUV merajuk?

Assalamualaikum

CampaignBlogStart DateStatusCTRCTR BonusAmount
U Mobile Prepaid Promotio...Catatan Ummi Iman03 Jan 2013On Going0.00%0.00
HP PrinterCatatan Ummi Iman22 Oct 2012Credited0.00%0.31
Nokia Lumia Asha Year EndCatatan Ummi Iman22 Oct 2012Credited0.27%+1.516.06
U Mobile Project Galactic...Catatan Ummi Iman09 Jul 2012Credited0.10%11.55
VW Polo Sedan Launch (Pha...Catatan Ummi Iman03 May 2012Credited0.13%14.22


Cuaca gelap dan hujan. Iman dan AI sedap tidur ;) saya pula cari 'kerja'. Buka Nuffnang tengok kempen baru dah kosong. CPUV pun pandai merajuk ke? BE UMobile sudah melekat di blog ni sejak 3 Januari 2013. Duit yang dah capai RM11 lebih tiba-tiba jadi kosong. Pelik tak? Boleh ya jadi macam tu?

Dah bagi ambil balik. Tak baik tau ;) Takpelah ikut suka en Nuffnang lah nak jadi macamana pun. Saya rasa CPUV saya dah lari ke blog lain yang jumlah uniknya lebih tinggi berbanding saya. Entahlah. Pening juga kadang-kadang dengan en Nuffnang ni. Pertama kali jadi macam ni.

Walaupun tak kisah kadang tu kisah juga ;) orang bagi kita ambil, tak bagi takpe. Yang penting tak rugi apa-apa ;) (ada macam ayat merajuk tak? :))

p.s: Mak mertua pun dah pergi Putrajaya tadi. Pagi-pagi dah suruh hantar. Baru sampai dah nak balik Kelantan. Mimpi tak baik katanya. Nak tahan tak boleh dah. Ikut sahajalah. Rindu masjid katanya.. rindu juga dengan makanan Kelantanlah tu.. siapa yang tak suka duduk rumah sendirikan? Apa kena mengena dengan entri ni? 'ada dan tiada' faham ke? Sunyi lah lepas ni..

Ahad, 20 Januari 2013

Jejak kasih Iman dan AI

Assalamualaikum

Letak gambar lama ;)

Alhamdulillah AI selamat kembali ke tanah air semalam pukul 7 lebih malam. Kelam kabut juga sebab AI kata sampai pukul 9 malam. Disebabkan flight delay. Tempoh 7 jam penerbangan dah jadi 5 jam lebih. Nasib baik takde speed trap di udara tu ;)

Terima call baru gerak pergi KLIA. Iman teruja nak jumpa ayah. Dalam menunggu AI keluar (tak masuk dalam airport, tunggu di luar sahaja) sempat lagi Iman buat lawak. "ayah!" ingatkan dia dah nampak AI. Rupanya saja nak buat ummi dia terkejut. Lepas tu dia gelak. Kecil-kecil dah pandai usik orang ;)

Bila AI tiba di kereta Iman mula lah... muka terkejut lepas tu menangis. Akhirnya dapat juga jumpa ayah lepas 2 bulan tak jumpa. Habis orang tengok Iman menangis sambil AI dukung dia. Suara dah la kuat. Tak ambil gambar.. malu ;)

Atas kereta berkepet je dengan AI. Seronok bukan main, siap gelak-gelak. Sampai rumah pun sama. Tak dekat ummi dia dah :) Bagi peluang Iman bersama ayah puas-puas. Seminggu je ayah cuti. Lepas ni terpisah lagi.

Iman bersama cenderahati dari ayah


Sabtu, 19 Januari 2013

Selamat tiba dari Kelantan... lenguh

Assalamualaikum

Alhamdulillah selamat tiba di LCCT pukul 6.15 petang tadi dari Kelantan. Kecut perut juga semasa baru sahaja terbang tadi. Cuaca hujan dan mendung. Berdegup-degup langgar awan dengan kapal terbang yang turun mendadak walaupun rendah je. Tak suka betul bila berdepan situasi macam ni. Kecut juga perut.

Iman pun takut. Terus duduk diam. Mata terkelip-kelip. Saya urut dada dia. Bila dah stabil mulalah Iman buat bising. Tegur kakak yang duduk belakang seat dia. Siap perkenal. Ni ummi, ni nenek, ma tok (betulkan balik). Ni baju... ni seluar :) macam-macam lagi disebutnya.. kapal terbanglah. Menyesal pula buka belt dia. Sebab sebelum tu dia duduk diam je. Mujur tak lama lepas tu Iman tertidur.. 

Masa ni baru bangun. Mujur bangun.. ummi dah tak larat dukung dengan beg sandang dan handbag lagi. Suruh ambil gambar dengan kapal terbang tak mahu. Jauh betullah park flight. Lenguh kaki jalan. 1st time kena macam ni. Lenguh kaki tangan dibuatnya.

Iman pilih seat dibahagian luar. Tak mahu duduk dekat tingkap. Lemas agaknya rasa terkepung. Pandai pula pakai belt sendiri. Siap cakap "yeay berjaya" :) 3 anak dara sebelah sana tu, rajinlah melayan Iman. Siap ambil gambar lagi. Dari atas flight sampailah tempat mengambil bagasi.

Ada cerita yang berlaku masa check in. Dah naik atas, terlupa daftar bagasi ;) saya turun balik dengan dua beg (ma dan saya). Angkat satu-satu sebab turun tangga. Dahlah berat ;). Bila sampai kaunter terlebih berat (7kg) kena tambah RM75. Nak jimat letak satu beg je. Adik tu kata tak boleh lebih 7 kilo bawa naik atas kapal terbang. Saya kata tadi dah naik, ok je lepas.

Masuk lagi sekali ruangan check in. Tiba-tiba kena tegur. "Macam berat je ni.." sekali timbang 11kg. Patah balik. Dahlah jauh kaunter dengan check in. Nak buat macamana.. bayar je lah. Mana tak berat MIL siap bawa beras ;) kalau tau awal-awal tambah lagi beg masa beli tiket. Baru RM20. Rugi... rezeki Air Asialah tu ;)

Oklah nak tidur. Walaupun naik flight, kali ni lenguh kaki... jauh juga dukung Iman yang tidur dalam flight tadi. Nak kejut tak sampai hati. Berat Iman je 13kg, belum masuk dua beg lagi di bahu... Dahlah ummi ni slim je.

Tidur Putrajaya malam ni, dekat sikit nak ambil AI di KLIA esok. Tadi sepupu AI yang duduk sini ambil di airport. Tak sabar nak jumpa AI... Macamanalah reaksi Iman agaknya.

Jumaat, 18 Januari 2013

BellaVita buat saya tertarik nak mencuba

Assalamualaikum


Segmen tajaan dalam Wanita Hari Ini hari Rabu baru ni memaparkan produk BellaVita. Produk yang diasaskan oleh Nealofa, mak dan kakaknya. Tertarik bukan sebab Nealofa ;) tetapi isi kandungan yang terdapat di dalam produk tersebut semuanya hebat dan banyak khasiat. Membuatkan hati tertarik nak mencuba.

Isi kandungan BellaVita:

BellaVita mengandungi Peptida Kolagen Marin, Asid Hyaluronik, Beri Acai, Oxxynea® (Buah Epal, Aprikot, Buah Ceri, Tomato, Lobak, Teh Hijau, Brokoli, Anggur Merah & Hijau, Buah Oren, Blackcurrant, Grapefruit, Bilberi, Betik, Nenas, Strawberi, Kubis Hijau, Bawang Merah, Bawang Putih, Buah Zaitun, Wheat germ, Timun, Asparagus), Campuran Ekstrak Beri (Kranberi, Raspberi, Strawberi, Blueberi, Beri Hitam), Resveratrol, Ekstrak Biji Anggur, L-Glutathione, Vitamin C, Asid Alpha-Lipoik, Ekstrak Kacip Fatimah, Ekstrak Manjakani, Ekstrak Akar Maca, Frukto-oligosakarida, Isomalto -oligosakarida, Fruktosa, Maltodekstrin, Asid Buah.

Kebaikan produk ini pula ialah:
  • Antioksida yang kuat untuk melindungi sel-sel badan daripada kerosakan radikal bebas
  • Membantu melambatkan proses penuaan dan mengekalkan umur biologi
  • Membantu mengurangkan kedutan dan garis-garis halus dengan meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit daripada kerosakan sinar UV
  • Menggalakkan pertumbuhan semula kolagen di dalam badan
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Mengelakkan pembekuan darah dalam saluran darah dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung, strok dan sebagainya
  • Melancarkan peredaran darah dan menurunkan tekanan darah
  • Membantu merendahkan tahap kolestrol terutamanya LDL kolestrol (kolestrol tidak baik)
  • Meningkatkan kesihatan sendi, rawan dan kepadatan tulang
  • Membantu mengekalkan sistem penghadaman yang baik dan sistem usus yang sihat
  • Mencegah penyakit barah
  • Memberikan kesan anti-bakteria, anti-kulat dan anti-virus yang tinggi
  • Membantu mengurangkan berat badan dan pembendungan air di dalam badan
  • Membantu membuang toksin dan logam berat dari tubuh
  • Menggalakkan tidur yang baik dan tenang
  • Meningkatkan tenaga, stamina dan ketahanan badan
  • Meningkatkan keinginan seksual dan menstabilkan hormon
  • Mencegah PMS dan simptom menopaus
Pembelian produk melalui online. Harga 1 kotak RM 179. Sekarang ada promosi untuk pembelian 2 kotak ke atas. Penghantaran adalah percuma.

Pengambilan tidak sesuai untuk wanita hamil, menyusu dan datang haid.

Nak tahu lebih lanjut bolehlah ke laman web bellavitaonline.my

Kalau beritahu AI mesti dia kata, macam-macam produk ada sekarang ni. Semuanya kata bagus ;) tak terkejar kita dibuatnya. Sebenarnya dah lama teringin nak cuba makan supplement berasaskan buah-buahan. Dah namanya nak mencuba, beli satu kotak dulu tengok hasilnya macamana ;)

Rabu, 16 Januari 2013

Pokok bunga Cempaka Telur ma

Assalamualaikum

Lagi gambar pokok bunga yang ada di rumah mak mertua saya. Sebelum ni bunganya tak kembang. Semalam baru mula mengembang. Mak mertua saya kata di Kelantan panggil bunga telur. Nama sebenarnya setelah di google ialah pokok cempaka telur.  



Sedikit info mengenai pokok ini:

Pokok Cempaka Telur adalah sejenis pokok berkayu yang berbunga harum.

Pokok Cempaka Telur berasal dari China dan diperkenalkan di England pada 1786 oleh Lady Amelia Hume.

Ia mempunyai bunga yang berbau harum yang biasanya hanya tahan satu hari dan kembang pada waktu petang, rangginya gugur pada esok pagi. Ia lambat membesar dan tempoh berbunga yang panjang.

Selasa, 15 Januari 2013

Top 5 entri dalam blog

Assalamualaikum


Di bawah adalah senarai 5 entri yang paling ramai orang cari dalam blog saya. Nampaknya entri ucapan takziah buat arwah Yasmin Hunwick menduduki tangga teratas. Tak sangka entri yang dibuat secara tiba-tiba dengan ucapan takziah tanpa mengenali siapa arwah meningkatkan trafik di blog saya.

Untuk pengetahuan blog arwah masih lagi aktif dengan entri-entri dari ibubapa arwah sendiri. Sedih juga membaca coretan dari ibu arwah. Kehilangan anak sulung yang disayangi cukup memberi kesan. Semoga terus tabah.


Takziah Yasmin Hunwick
Jun 4, 2012, 16 comments
Pageviews 12015

Zikir murah rezeki
Jun 3, 2011, 1 comment
Pageviews 6533

Mari Belajar Menjahit Tudung Likra Bersama R&R Cra...
Mar 25, 2011
Pageviews 1978

Gambar Masjid di Malaysia
Sep 29, 2011
Pageviews 1960

Kebaikan dan Keburukan Sauna
Feb 21, 2011
Pageviews 1933